About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Wednesday, September 15, 2010

Hatiku yang tercicir


&&&&&&&..Hatiku yang tercicir..




...Bilakah agaknya hati ini mampu tenang dan tenteram?? Hati ini terlalu busuk dengan nanah yang membusuk, hati benci mati, maka itu petanda jelas bahawa aku belum cukup mencintai Ilahi. Apakah cukup sekadar dengan keluhan? Padahal hidup memerlukan kayuhan. Kayuhan amal yang tidak putus-putus dan tanpa jemu-jemu. Kita boleh senyum ketawa dan mesra ketika bersama manusia, namun jauh di sudut hati, perasaan sedih dan merintih kerana mengenangkan dosa lalu, dosa kini dan dosa akan datang. Sesekali kita boleh tertawa dengan kebodohan diri, tetapi lama kelamaan jika kebodohan itu berulang, hati akan sengsara oleh satu pertanyaan:

Bila aku akan matang?


Saya tidak pasti apa punca yang membuatkan lama saya tidak menulis. Mungkin, jika hendak diletakkan alasan pasti menjadi seribu.

Ya, saya manusia biasa sahaja sahabat-sahabat, hakikatnya ada waktu dan ketika pasti akan menempuhi fenomena 'up and down', diuji turun naiknya IMAN.

Ada ketikanya, saya rasakan apa yang saya lakukan semuanya tak kena. Pada hari, minggu atau bulan yang malang itu, kecelakaan seolah-olah datang bertimpa-timpa

Bangun Subuh lewat, ngulang Quran tinggal, solat resah, baca buku dan talaqi pun malas, tayar motosikal meletup , bergaduh dengan arab dan macam-macam lagi.

Jadi, kalau demikian ceritanya, apa yang sebenarnya tidak kena ni? Hendak bermula dari mana? Wah, pening kepala dibuatnya.


Pernahkah sahabat dengar ungkapan yang berbunyi takdir sentiasa mengatasi tadbir.?

Takdir itu daripada Allah manakala tadbir daripada manusia yang lemah tidak berdaya. Namun itu bukan bererti kita lemah dan pasrah…

Maka 'Jabariah' dalam hidup itu, atau mengaku super power hingga terjebak dalam 'Qadariah' ketika merasakan diri bebas daripada ikatan Allah itu bukannya pegangan kita.

Kita umat pertengahan – ahli sunnah yang gigih mengatur sebaik tadbir, sekali gus menghulur setulus doa untuk dikurniakan Allah sebaik takdir!

Dalam apa jua keadaan, seorang hamba hendaklah faham bahawa bila keadaan tidak seperti yang diingini, langkah kita bukanlah mengubah keadaan itu tetapi terlebih dahulu mengubah diri sendiri.

Tanpa disengajakan rupanya banyak kali kita tersilap , kita hendak mengubah keadaan luaran sebelum mengubah diri sendiri. Itu salah rupanya, Sunahtullahnya tidak begitu.

Dalam apa jua kondisi, mengubah diri itu perlu diutamakan kerana itulah yang akan mengubah keadaan yang kita hadapi. Jadi, apabila berdepan dengan apa jua masalah pun, hendaklah diingat, ubahlah diri kita sebelum cuba mengubah perkara-perkara yang di luar diri kita.


Tegasnya, kejayaan yang diraih, atau kegagalan dan masalah yang menimpa dapat ditelusuri jauh ke dalam diri, arkitek sebenar di sini ialah diri kita sendiri, bukan orang lain.

Semua manusia mempunyai diari dan catatan perjalanan sendiri, bagi mereka tanggungjawab adalah beban dan memberi masalah. Padahal, tidak seorang pun tidak pernah merasakan kebebasan setelah berani memikul sesuatu amanah. Amanah kita sekarang ialah terhadap diri dan agama.

Ramai di kalangan kita, masih tercari-cari ‘pulau persinggahan’ sebenar, secocok dengan diri, kehendak diri, naluri iman. Perahu yang dikemudi tidak selama-lama berdaya mengayuh melawan badai mendatang, tapi bila mengenangkan nasib diri nun masih jauh lagi meneropong pulau persinggahan idaman, serasa sudah hilang minat untuk mengayuh, biarlah mati keseorangan di tengah-tengah samudera bahaya, tenggelam dipukul ombak.

Dalam suka ada sengsara, dalam duka pula ada kebahagian. Setiap daripada kita ada jalan cerita sendiri, dan rakaman hidup pada kedua-dua keadaan ini.

Sebaik sahaja, diri dilahirkan di dunia, mahu atau tidak kita pasti berhadapan susahnya menghabiskan sisa-sisa hidup. Orang yang hidup lebih dahulu daripada kita hanya mampu tinggal pesan, suri teladan agar kita mampu mentadbir diri, dan keluarga.

Buatlah pilihan terbaik pada diri kita, tinggal lagi mahu atau tidak.











"SAYANG SARAWAK..." Jika aku masih ada di Ramadhan kali ini,maafkanlah,kerana aku takut tidak berkesempatan mengakhirinya atau mngucapkan wida' di akhirnya...





@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


"MAMA OH MAMA" = (Air Tangan)..

Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu.

Mengapa?

Kata orang, itulah penangan ‘air tangan’. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak ‘terlarut’ bersama bahan-bahan masakan.

Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu?


Mama suka buat emping padi yang sudah di angin dan di tumbuk cara tradisi..Mama tumbuk sendiri..

Kalau di Sarawak di goreng n di makan ketika sarapan pagi..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...