“Barangsiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup!”
Itulah kata-kata yang terpacul dari mulut sahabat saya tatkala saat hari lahir saya yang lepas. Agak terasa jugalah saya bila menerima penangan ‘percuma’. Saya kurang mengerti apa motifnya sahabat saya perlu berkata sebegitu rupa pada hari lahir saya (1 Mac ).
Itulah kata-kata yang terpacul dari mulut sahabat saya tatkala saat hari lahir saya yang lepas. Agak terasa jugalah saya bila menerima penangan ‘percuma’. Saya kurang mengerti apa motifnya sahabat saya perlu berkata sebegitu rupa pada hari lahir saya (1 Mac ).
“Untuk apa kita mati?,i belum bersedia lagi untuk itu.”
“Untuk hidup…” jawab sahabat saya.
Saya diam dan terkial-kial. Apalah agaknya yang dimaksudkan sahabat saya seorang ini.
“Mati untuk hidup?”
Antara Perkataan Umar Ibn Aziz yang pernah beliau ungkapkan,
“Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi – alam akhirat. manusia diciptakan untuk hidup selamanya. Hidup selepas mati itulah hidup yang hakiki!”
Ya. Hidup di sini, di dunia ini, adalah tanaman untuk tuaian pada hidup kita di sana,.Maka akhirat itulah tujuan hidup yang fana ini, dan demi kelangsungan hidup yang baqa itu.
"Aku melukis hati ini yang dulu 2 kini jadi satu -hanya tinggal satu bkn BERSATU..hu..hu.."
~Namun lukisan sudah pudar di telan waktu, lantas aku tenunkn ukiran puing-puing hati dgn benang kenangan~
Alhamdulilah, itulah ucapan yang mampu saya ungkapkan setelah melangkah keluar dari dewan peperiksaan hari ini. Walaupun ada sedikit gementarnya, tapi ketenangan yang saya rasa sungguh mententeramkan, dan perasaan tenang itu menjadi lebih indah setelah membersikan anggota yang 4 dan terus mengadu cinta dan rindu pada-Nya. Indahnya merasakan ketenangan anugerah Mu itu ya Allah!! Banyak benda hari ini saya belajar, saya sangat bahagia hari, sungguh saya terlalu bahagia hari ini. Apa sebab? Saya tidak pasti, betul! Amat tepatlah bahawa apa yang kita fikirkan, selalunya sangat mempengaruhi hati dan suasana yang ada disekeliling kita. Justeru, jika kita ingin mengetahui bagaimanakah keadaan pemikiran kita – sama ada positif atau negatif, kesanlah perasaan kita. Ceria atau nestapa. Jika ceria, insya-Allah itu petanda fikiran kita positif dan insya-Allah tindakan-tindakan kita pun akan jadi positif juga. Tindakan yang positif, akan menghasilkan natijah yang positif. "Sebanar aku terduduk juga dengan hentakkn perasaan yg rawan.." Pak Salleh bakal pak mertuaku datang pagi2 menyampaikn satu kertas dari Wisma Putra. "Anak kena kuat, terus berdiri jgn duduk, jangan keluarkan air mata,sebab pak cik boleh tahan semua itu dari semalam, 24 jam pakcik bergelut dengan keberatan jiwa ini" kerut muka jernih itu aku selami dalam-dalam, apalah yang mahu di sampaikn bakal pak mertua ku ini, desah hati ku penuh debar dan tanda tanya.. " Ada apa pak cik??" aku toleh mak Jah di sisi pak Saleh. Mak Jah berpaling terus berlalu seolah mengendong satu beban yang berat. Aku tambah binggung. Hemm apalah pulak ni. "Akak,abang Adi dah meninggal dunia, dia terlibat dalam kemalangan 2 hari lalu di Bahrin". on the sport Khalil adik Rusdi bersuara bila semua bungkam. Antara percaya dan tidak aku gagah untuk pura-pura menerima hakikat. sebenarnya aku rasa bagai mimpi. Semua itu tidak benar, baru seminggu kami siang malam berchat, abng Adi tanya dan berjanji beli jubah, minyak wangi, beg tangan untuk ku. 3 bulan lagi ijab kabul. Apa semua ni?. Mimpi? ngigau? gurau? or apa??
SEPARUH HATIKU PERGI.....
Aku hanya duduk di sini..dewan peperiksaan sudah lenggang dan sunyi..sesunyi hatiku..
"Aku tak menangis!! tak nangis"..getus hatiku..tapi ada aliran suam melaruri pipiku .
Air ini mngalir perlahan,kemudian deras,deras lagi..sebahgiannya mnggalir ke dalam benak ku..Menjadi sungai duka yang menghayutkn setiap bibit-bibit
harapan..~Apakah berdosa aku menyintai?~
Malam ini, aku sudah sujud sejenak dlm sujudku aku berasa tenang dan aku bisa melupakn mu seketika,namun setelah selesai uzlahku, rindu padamu berlabuh semula di kamar hatiku. Menyelimuti resah, membelai gelisah. Entah mengapa semakin aku ingin melupakan dirimu semakin rindu itu memeluk gelombang jiwaku. Semakin aku ingin membuang namamu jauh dari ingatanku, semakin menghujan lembar wajahmu menerpa memenuhi relung benakku. semakin ku kunci pintu cinta itu mendakap kukuh di pintu hatiku.
Wahai Yang Membolak Balikkan Hati…. damaikan aku dari terus mengelojak cinta padanya. Aku tidak sanggup berbicara dengan angin, merenung senyum bulan dan memeluk kawanan hujan. Aku menyoal diri. Apakah salah jika aku menyintaimu ? Berdosakah aku ? Sedangkan kita terpisah oleh lautan. Debunga cintaku merimbun dedaunan penuh kehangatan. Aku ingin kau tahu bahawa aku jua mencintaimu, spt dirimu yg menyatakn 'SELAUT RINDUMU'. ukiran bahasamu itu mnjadikn aku mabuk dalam bahtera kerinduan..macam nak mati je..
Anehnya cinta kita,hemm.teman2 ku mengatakan aku sudah gila..'Di Malaysia bersepah mamat yang gagah dan hensem2, nape jejaka dari seberang jugak yang u mau?''Aduh!! kamu sudah menempah bala Putri, kamu tau risikonya terlalu banyak'.
Aku hanya tersenyum kambing walaupun tidak pernah melihat kambing tersenyum.
'Dasar Cinta Itu Buta' getus temanku, itu salah gumamku,bCinta tidak buta, kerana ia anugrah Allah yang terindah pernah ku rasa, hanya bezanya bila kita menyintai manusia kita akan jadi resah gelisah, rindu tak keruan. Aku amat faham bahawa itu kefanaan,bukan hakiki, cinta hakiki hanya pada Allah saja yg boleh menjadi jiwa tenang dan bahagia..
Antara kasih sayang dan cintaku padamu..aku terpaksa memilih pengorbanan biar pun atas penderitaan dan air mata.Aku berharap kau akan mengerti atas nilai2 pengorbanan bukan penderitaan yang di sengajakn..
great..menyentuh serta penuh tarbiah..
ReplyDelete