About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Saturday, October 30, 2010

FaceBook Oh FaceBook

Apa  nak jadi?? oiii kekawan FB ku. Sempoi je kalian ni. Dah lama tak on ni..macam pelatlah pulak nk sembang dengan u all yang glemour semacam. Tapi aku suka wak, lepas rindu berkurun.Ni kawan sekolahku yang dah tercicir 20 tahun lebih tak jumpe..apakhabar kitak orang Sarawak?!! He..he..aku dari Sarawak ramailah  dari sane, jangan jeles pulak kekawan dari semenanjung..kan korang boleh kelakar Sarawak. Tak boleh potong lidah buat sup.


                             
                                 Ingat burung ni ingat korang, tapi mane jambul dia pergi?..


Macam saya di kerja oleh classmate, mereka bawa lidah saya kebengkel, untuk over hold kata sidak ya.
Berputar lidah tok, terbelit-belit mulanya. Kat sitok ne ada orang Sarawak mok mbak kelakar.

Cuma yang ada cikgu ajak, nya pun perli-perli kamek tok. Ha..ha..Akiew a melanau itou. Paya agei akiew bak pulek Mukah. Idak cerita loein inan, tapi jalan mapun Mukah debei ngak diek lalu yau taah kuo. Kepetan tan akiew bak pulek, bak pebak bilun medut labuk. Pedih pa'it menahan kemen semenanjung itou.

Ding-dong!!! macam ne, kira ok lagi dari hari tu yang ko..

Hari ini dalam sejarah..
Ngantok..penat nak fikir macam ne nak tulis dalam bahasa ibunda ni..

Esok sambung lagi eik..

 Satu hal dan penyakit..tak boleh nak upload pic pulak. Weii!! apa penyakit ni.
Ni yang buat aku malas ni. Biaq botak je lah ni..



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Friday, October 29, 2010

Menetap Sehari Di Hatimu Umpama Sekurun Kau Di Hatiku.

Emmm..macam ne nak sambung ni, mek nurse tu dah terkedik-kedik datang bawa tongkat saktinya tu. Dalam kotak besi yang bagaikan ada racun, jejarum yang berceracak membuat ngilu ulu hatiku..bilalah agaknya semua  ini akan berakhir.







UBAT??.. aduhai, pahit. Ingat kata-kata mama masa aku kecil-kecil, liat nak makan ubat, siap kena tangkap dagu dan kena pegang 2 or 3 orang lagi. Itu tak termasuk yang kena sepak terajang..'buasnyeee..budak ni'. Ayah selalu mengeluh.

'Kalau tak pahit bukan ubat sayang'. pujuk mama. Itu je lah yang terpacul dari bibir mama dengan nada suara yang lembut bak desiran bayu. He.he.. seandainya ubat semanis kata-katakan best. Ini..fuuhhh, uweekkk!!.

Cepuk kena lepuk dek ayah, ' tak mau makan ubat masuk hospital, nanti doktor cucuk dengan jarum gajah baru tau, pilih, nak kena cucuk atau telan ubat tu?' jerkah ayah buat-buat garang..takkkan marah anak kesayangan waktu sakit kot, tapi itulah kasih ayah. Aku yang degil.

Now, tiada siapa yang akan marah  atau menyuapkan ubat lagi. Rasa sayu menuntun jiwa. Aku renung wajah nurse yang cantik itu, senyumnya tidak semanis dan seindah senyuman mama, kalau ada mama tak makan ubat pun dah kebah demam tapi yang ni aku bertambah-tambahlah pulak demamnyya.

Ni lagi satu wayer yang berselirat ni,  jarum kat tangan, gerak sikit dah berdarah..fuuuhh,  rasa mau cabut je benda ni..





Bagaimana akan mahu melupakan semua ni? Sakit, sedih, sayu dan rindu. Aku rindu nak balik. Aku rindu rumahku, ikan-ikanku, kucingku, iguanaku, kura-kuraku dan apa cerita yuyu? ( ikan puyu ). Dia gaduh lagi dengan Ciku Nani kucing kukah?. Bagaimana dengan Burney ( iguanaku ), bertambah besarkah dia, atau hari2 gaduh dengan bibik yang pengeli tu, Burney suka buka sangkar sendiri..kunci pun terlepas jugak.

Dan yang paling gawat meredah hatiku dapat meseg dari my PA, esok malam ada perlawanan akhir bola Kelante VS Negori. Aku tersenyum sendiri ada orang nak sponsor tiket. Allah apa nak jadi aku ni, bukan minat sangat pun bola tu, oleh kerana abang-abang tu lah abang dan diri seorang adik perempuan ginilah nasibnya. Kemana tumpahnya hobi bersama kalau tak adik pompuannya nilah mangsa. Racing motor aku jugak, sebab abng kedua kaki motor, racing kereta aku jugak sebab abang ke tiga ada kelab kereta. Mane nak elak, semua pakat usung aku ke hulu ke hilir. Sudah tua macam ni mulalah ada tabiat sendiri. Abang sulung kaki bisness.

Aku cuba gerakan kakiku, aduh sakitnya. Pinggangku bagai nak putus. Aku muhassabah diri ku apakah ini balasan atas kealpaanku? Tapi jika benar aku sentiasa bersangka baik dengan Allah. Nikmatnya sudah terlalu banyak aku kecapi. ‘Alhamdullah terima kasih Tuhan’. Sekali lagi aku di beri peluang oleh Mu ya Allah dengan membangunkan aku dari lena yang panjang, sesungguhnya seksa yang amat.





Business Oh Business. Officeku?. what news?. Mereka dah bacakan perjalanan syarikat baru sehari dua ni. Berkepam otakku, sudah lama aku otakku tak berjalan rupanya. Apa yang aku buat? Naluri menyatakan 'bahawa Tuhanmu telah menghijrahkan jiwa dan rohmu untuk kembali menjadi hamba dan sedar siapa dirimu yang sebenar". Prenggggg!!! bagai satu tamparan hebat pada nafsu dan akalku..

'Awak dah Mati sebenarnya? selepas ini apakah kamu mahu mengulangi kerja-kerja yang sia-sia?'
Aku mahu pulang!!, apa cerita kat pejabat ni?.Berlambak-lambat dah laporan yang hebat dan baik-baik aku terima, bisness partner? ok..semua ok, ye ke ok. Aku tersenggeh, macam aku  ni budak kecil tadika je di buatnya, kalau nak senangkan hatiku tak payah reka cerita, cakap je yang betul, hakikat, jangan mikirkan aku akan pengsan dan terkejut, segala rencah dan asam garamnya aku dah lalui dan ketahui biarpun masih baru tapi tak perlu untuk menyenangkan hatiku jika kamu sayang padaku. Ceee, dengar tu wahai warga pejabatku. Aku baik-baik saja. Walau pun aku tidak boleh bangun dan berjalan lagi tapi hatiku sudah bersedia untuk kembali bergelanggang. 

Aku akan bangun dalam dudukku’, itu kamu semua pasti selagi Allah bekalkan hayat ini aku tidak akan terus berputus asa dengan ujian ini.

Ada yang tanya tu, kenapa Tajuk tu macam tu? Jatuh cinta kah? He..he..otak kata begitu. Ya tidak dinafikan sebab aku insan biasa. Tapi aku mahu nyatakan kondisi dan situasiku ini. Ada lagikah kekasihku? Setia lagikah dia?. Apa akan Dia rasa setelah aku pulang dengan kerusi rodaku?..masih adakah CINTA?

Wahai insan yangku sayang, kalian tidak tahu apa yang aku alami di sekitar lenaku yang panjang. Belum cukup waktu untukku lakarkan didada blog atau apa saja yang bisa ku titipkan. Kerana mungkin tidak ada bahasa yang boleh menyatakan, namun akan ku kongsikan agar ia menjadi iktibar pada kita semua. Aku tidak akan kedekut tapi mungkin masa ini terlalu memberi syarat, tubuhku masih terlalu seksa dengan kesakitan tapi hatiku meronta-ronta sebenarnya mahu memuntahkan peristiwa dan derita..

Aku tidak akan mengalah biar pun Rambulan Tertawa Dan Bintang-Bintang Bersorak-Sorai Lalu Mengapa Aku Biarkan Kesedihan Membunuh Dan Mencekik Kebebasanku, Tidak Akan Ku Biarkan.


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Thursday, October 28, 2010

BAHTERA

Aku mendengar kawan ku bercerita panjang lewat kunjungannya ke wad ku..Ia datang dengan mengendong rindu yang berat kerana sudah dua bulan aku terlantar di ranjang putih ini ( di wad hospital ). Aku melayan hatinya yang rawan, hampir setengah jam kami berpelukan dan bertangisan. Luluh hatiku bukan kepalang, aku tidak pernah menduga serta bermimpi untuk bertemu hatta berpelukkan begini semula dengan sahabat2ku. Aku memikirkan aku sudah TIADA setelah koma begitu lama. Aku rasa perit di belakangku bila temanku coba membelek di sebalik baju putih yang bagaikan kapan itu. Belakang ku sudah mula melecet, Masitah kata bagai gelembung-gelembung bisul merah dan bernanah. Ohh..ya Allah, aku terima ini dengan pasrah..




Masyitah gadis arab kacukan melayu itu mengeluh berat, banyak cerita dari mamanya dari Malaysia di laporkan. Aku hanya memandang ranum wajah cantik itu dengan rindu yang terlerai. Cerita tentang perkosaan, pembuangan bayi ( keruntuhan moral ). Politik dll. Betapa masyarakat kita sudah semakin luntur rasa persaudaraan. 'Contohnya kamu sakit, tidak ada sorng pun yang mau datang ziarah atau ambil tahu tentang keluarga mu yang tinggal, khabar antie sakit baru di beri tahu 2 hari setalah antie koma.'
' Alah wak, ana sendiri pun tak tau ana nak jatuh sakit, tup-tup ana dah kat Jedah..ana tak sedar. Mereka tak tau atau tak semua yang mampu my family cari dan bagi tau, ana tak kecil hati pun.' Aku mahu Masyitah tenang dari prasangka. Walau pun dalam hatiku mengatakan ada benarnya cakap dia, tapi keadaanku yang tiba2 jatuh sakit sesiapa pun tak tahu dan tak sangka.

Aku terbayang sebuah Bahtera yang cantik,besar serta gah, hidup ini ibaratkan sebuah Bahtera.

Dalam hidup bermasyarakat, seringkali kita tidak lekang dengan ungkapan privacy, kehidupan sendiri dan macam-macam lagi. Kita tidak suka jika perihal kita dan tata cara hidup kita diganggu gugat oleh orang lain. Bahkan dengan yang demikian timbullah peribahasa “jangan ganggu tepi kain orang”. 




Tetapi sedarkah kita, bahawa dalam hidup bermasyarakat, kita bukanlah hidup berseorangan. Kita adalah ibarat sebuah kapal yang diketuai oleh ulil amri (pemimpin-pemimpin) yang terpercaya. Kapal dan bahtera masyarakat ini lah yang membawa kita sama ada ke arah kejayaan yang gemilang atau pun kehancuran. 
Sungguhpun manusia ini hidup diatas daratan, tetapi selayaknya hidup kita adalah lautan yang penuh gelora dan tidak selalunya tenang. Maka Allah dan Rasul telah menetapkan aturan hidup yang cantik, indah dan sempurna sebagai jalan hidup.

Tetapi, malang dan sangat kesal sekali bilamana kita tidak menurut apa yang telah lama kita ketahui. Kita hanya pandai bercakap undang-undang Islam, hukum Islam dan macam-macam lagi tentang Islam. Tetapi, adakah Islam itu tertegak hanya dengan kata-kata tanpa apa-apa tindakan? Adakah tamadun Islam itu sendiri gah dengan ucapan-ucapan kosong? 

Kalau lah benar Islam ini tertegak sebegitu mudah, Rasulullah tidak perlu berdakwah ke merata tempat. Kalaulah benar Islam ini tertegak dengan kata-kata, kenapa makam sahabat banyak di serata pelusuk dunia. Kalaulah Islam ini tertegak dengan kata-kata, kenapa perlu mujahid setia mengangkat pedang menaikkan maruah Islam?

Islam ini bukan tertegak dengan kata-kata sahaja! Islam ini tertegak dengan perbuatan yang selaras dengan apa yang diucapkan berpandukan Quran dan Sunnah. Dan dalam kita hidup bermasyarakat juga, dalam bahtera perpaduan tidak kira anda agama apa pun, anda bayangkanlah, sebagai contoh berlaku kes  perkosaan serta pembunuhan terhadap kanak2 dan wanita di dalam kapal anda dan anda berdiri disitu, sedang suasana luar kapal itu penuh gelora dan lambungan ombak. Adakah anda akan berdiam diri? Adakah anda akan duduk disitu sahaja dan anda akan berkata, “Ini bukan hal aku. Aku tak buat apa pun. Biarlah diorang”.




Adakah anda akan berdiam diri kerana anda tahu yang jika kapal itu dilubangkan, maka anda akan turut tenggelam dan mungkin sekali anda juga bersalah kerana tidak mencegah apa yang dilakukan itu. Inilah masyarakat. Inilah yang sedang terjadi kepada masyarakat.
Bilamana pelaku bersifat kebinatangan dan pembuat dosa dan maksiat bebas mengatakan yang urusan mereka adalah hak mereka sahaja, bahkan dengan lantang mengatakan, “Suka hati akulah. Kubur masing-masing. Aku tak susahkan orang lain”. Peminum arak, penzina, pelaku maksiat memang melakukan dosa itu sendiri tanpa mudharatkan orang lain secara zahirnya. Tetapi azab Allah tidak hanya tertimpa pada satu golongan manusia sahaja.




Sedangkan kita juga ada anak perempuan, isteri adik dan kakak, termasuk juga percabulan ke atas kanak2 lelaki yang tidak berdosa. Rumah kita adalah Bahtera kita, masyarakat dan negara kita juga adalah Bahtera kita. Kita tidak akan biarkan perosak menebuk lubang pada Bahtera kita, yang akhirnya kita karam dalam lembah dosa dan kermurkaan Allah. 





Mahukah nanti bilamana kita bertanya kepada Allah: “Ya Allah, kenapa aku diazab sedangkan aku tidak lakukan apa yang mereka lakukan??. Lalu Allah menjawab, “Apakah tanggungjawab mu yang telah Ku berikan ilmu dan hidayah sedangkan kau tak berani membetulkan kaum mu?”

Contoh lagi kita sebagai masyarakat, bilamana kapten kapal kita juga melakukan silap dalam menakhoda kapal itu bahkan kita ketahui yang kapal itu jika terus berada pada laluan yang diterajui nakhoda kapal itu akan menyebabkan kapal yang kita naiki akan karam, adakah kita akan mendiam diri bahkan mungkin sekali berkata, “Nakhoda hebat membawa kami ke jalan yang hebat”. Sedangkan kita tahu di hadapan penuh batu dan karang yang akan merobekkan badan kapal dan menyebabkan kita semua lemas. Adakah itu yang kita akan lakukan?

Sedarlah, kita ini adalah bahtera yang dirangkumkan menjadi satu ummat. Bilamana ada nya kemungkaran dimata kita dan tidak kita berani untuk mencegah bahkan tidak terasa untuk membenci, akan sampai satu ketika kapal ummat ini akan terus lemas dalam kejahilan sehingga sampai ummat yang akan menggantikan kita dan memerangi kejahilan itu. Fikirkanlah, adakah kamu akan menjadi ummat yang tenggelam atau yang akan membetulkan kapal ini? ini hanya satu contoh, banyak lagi contoh lain betapa tidak prihatinnya kita sebagai umat untuk layak duduk dalam bahtera ke sejahteraan, bukan antara kita sesama agama saja malah Allah amat memandang tinggi jika kita melebarkan keperihatinan kita pada agama selain islam, seperti mana para sahabat berbuat baik pada seorang majusi dan tawanan perang. ( cari fakta dan sejarah, kena rajin mengkaji dan membaca, jangan malas,jadikan kitab dan buku teman setia anda,kerana ia tidak pernah jemu dengan karenah anda ).
  






"Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya)." [7:64]

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Wednesday, October 27, 2010

Tanpa Judul???

Tanpa Judul???

Sekian lamanya aku tinggalkan blog ini, hanya di teman sahabat-sahabatku. Biar pun ada keluhan yang kudengar tentang kesempurnaannya tapi bagi ku ia cukup sempurna. Biar ada yang kata jelek tapi bagiku cukup indah dan manis..

"YA TUHANKU, LAPANGKANLAH BAGIKU DADAKU..

Pasrahkanlah aku untuk menerima setiap ujian dan jadikanlah aku bersyukur pada setiap pemberian, pemberian yang amat berharga bagiku kini selain dari diriku dan segalanya ada pd rohku adalah sahabat-sahabatku yang banyak mendoakan keselamatan dan kasihatanku serta tidak berbelah bagi memberiku sokongan..maka Engkau berikanlah kebaikan dan segala pahala pada mereka berlipat ganda dari apa yang mereka perbuat untukku wahai Tuhanku."


 



Ambillah Dari Angin Sepoi-Sepoi Kelembutannya, Dari Minyak Wangi Keharuman. Dan Dari Gunung Ketegaran dan Kekukuhan. Kalian tetap yang terbaik bagiku. Aku sentiasa mengimarahkan dalam sujudku setiap titis tinta yang kalian curahkan, setiap kerdip jaga di waktu malammu dan sekelumit masa kerja yang kalian korbankan untuk memberi sentuhan pada blogku. Tiada kata yang mampuku ucapkan hanya aku mendoakan kalian mendapat yang terbaik dalam hari-hari mendatang.



Ku ingin persembahkan seuntai kata untuk kalian yang baik hati, Di Setiap Tempat, Pasti Kalian Temukan Kegelapan Dalam Kehidupan. 
Kewajiban Kita Hanyalah Menyalakan Lampu Untuk Menerangi Diri Sendiri Dan Orang Lain. Jangan Pernah Merunggut Dan Mengeluh..

Sesungguhnya aku amat menyayangi kalian dunia dan akhirat.

He..he.. pasti ada yang suka ya.. yahoooo.com.myyyy..Jangan tanya bila aku mahu serius..seriuslah ni...



 
 
 
 

Tuesday, October 26, 2010

Kekasih Yang Jauh..

Kekasih Yang Jauh..



Hanya di taut hati dgn rangkaian kata,wlu di batasi laut tapi mata bgai bertatap hati bagai berdakap
he..he.. romantik
'Aku ingin kau di hadapan ku, Begitu bahagianya jika kau ada bersama ku..'

'Cinta itu aneh, dalam aneh ada indahnya, dalam indah ada dukanya.
Aku hanya mahu mata yang tak menangis, bibir yang tidak berdusta dan api cinta yang tidak pernah padam'.

Menetap sehari dihatimu umpama berkurun kau di hatiku. Apa lagi yang mahu di lafazkan dalam desah resah yang gila, sanggupkah kamu menjadi seorang AKU yang sudah hilang pengertian diri.

Kerusi roda ini satu pembuktianku bahawa kau tidak akan bisa menyusuri setiap langkahku yang tidak bertapak.




 Berdegup jantungku, bagai genderang perang..


Aku Wanita Yang Paling Bahagia..

Aduyaiii!! Berapa kali dah tulis ni..asyik hilang..dah rasa macam save. Rupenya takkkkkkkkkkk!!!...

Aku nak berterus terang, aku ni tengah jatuh cinta, aku sakit sebenarnya, lebih parah dari barah. Tapi aku tidak mahu sakit jiwa or Strees, tekanan jiwa, ha.ha…ini bukan tekanan jiwa. Aku masih waras ni..

Macam tak waras ya..jangan komen. Nanti berjangkit.

1-Tapi aku bingung 
 
Ngung ngung ngung 
 
Aku hilang daya 
 
Cuci piring saja



2-Bosan aku dengan penat 
 
Pecahkan saja gelasnya, mangkuknya, piringnya 
 
Rugilah pulak jangan buat, kalau nak pecah pun ambik yang antik kat dalam laut tu, selam sendiri..

Apa nak jadi dengan kamu sahabatku..panjat pokok pisang?..





Nak sambung balik..TQ GOD.

Aku pasrah bahawa kehidupan ini hanya beberapa minit, bahkan hanya beberapa detik. Jadilah kita seekor semut.

Aku mahu menjadi seorang wanita yang memiliki cita-cita tinggi.

Alah idea lari pulak.. nak update ni,, tapi malaslah pulak..




Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

CERMIN DIRI

Cermin Diri





Aduhai..kenapa beratnya mata ni, tolonglah wahai mataku, engkau salah satu anugrah yang sangat berharga namun tolong jangan buat hal ya. Time mahu tidur tidak mengantuk, time buat kerja ngantok pulak..
Please please please, tolong jangan ngantok..tok..tok.he..he..
Ok, kita mulakan wahai mataku, ehem-ehem.




‘Semoga rezeki yang sedikit yang kita dapat membahagiakan kita, engkau. dia, mereka dan aku  sebenarnya.’
‘Bukan rezeki banyak menyengsarakan kita.’
Jom kita hitung tentang umur berisi dengan kebahagiaan, keredhaan, ketenangan, dan kepuasan. Sedangkan ketika bersikap rakus, tamak resah gelisah dan amarah bukan termasuk masa bahagia kerana ia mengancam kesihatan dan kebahagiaan kita.
Maka jagalah keredhaan Allah pada kita, bersikap qanaah dengan setiap kurniaanNya serta optimis dalam melalui hari –hari yang sukar.



Aku mahu menjadi seperti kupu-kupu, cantik di pandang, ringan perwatakan, sangat sedikit kebergantungannya pada yang lain, terbang dari sekuntum bunga ke bunga yang lain, dari satu ranting ke ranting yang lain dan dari satu taman ke taman yang lain. Tanpa membuat bunga, ranting dan taman rasa resah malah rasa bahagia.
Atau aku mahu saja menjadi sang lebah, makan dari yang baik dan mengeluarkan yang terbaik. Bila hinggap pada ranting, ia tidak mematahkannya, menghisap sari bunga tanpa menyengatnya. Mengeluarkan madu bukan racun. Terbang membawa kecintaan dan hinggap menebar kasih sayang. Suara dengungannya bagai berita gembira, menyatakan hadis sang Rasul betapa besar kekuasaan Allah atas ciptaanNya.



" Saya adalah pengembara yg mencari kebenaran. Saya adalah manusia yg mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yg impikan sebuah negara yg dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yg murni."

" Saya hanyalah ibarat seorang yg memahami rahsia hidupnya. Sembahyangku, ibadatku,hidupku dan matiku hanya utk ALLAH tuhan sekalian alam, tiada yg mempersekutui NYA. Inilah yg diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yg menyerahkan diri."

~Assyahid Imam Hasan Al- Banna~


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Saturday, October 23, 2010

TERLUKA

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...




TAMMAT

KEKASIH 1

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Syukur, nafasku. Dadaku terasa begitu perit dan sakit,bagai di hempap gunung. Aku hanya ingat waktu terakhir aku melihat teman teman ku, kak Syarifah, bibik dan seorang dua BOD. Mereka menghalang aku supaya berhenti menjawap call dari teman -teman. Mereka minta aku berbuka saja dari berpuasa..Tapi tahu kah kalian, aku sudah meminta dan memohon pada Allah di awal Ramadhan kerana aku merasakan Ramadhan kali ini yang terakhir bagiku, lantas aku bermunajat bahawa kabulkanlah hajat ini agar kali ini puasaku cukup dan habis sebulan, bukan tidak mahu menerima hakikat seorang wanita bila tiba waktu cuti-cuti kenalah cuti. Tapi dekat di hati dan aku amat sayu bahawa Ramadhan kali ini adalah yg terakhir, aku pun tidak tahu kenapa aku merasa begitu.



Sesungguhnya aku benar-benar berharap kepada Allah sehingga dengan kesabaran yang baik seakan-akan aku dapat melihat apa saja yang telah dilakukan oleh Allah kepadaku..

Aku seolah diperlihatkan beribu-biru orang yang tidak beruntung, sedangkan aku berada dalam kenikmatan, beribu-ribu orng dalam kelaparan, sedangkan aku di meja penuh dengan beraneka makanan dan buahan, beribu orang yang di tawan dan di gari, sedang aku bebas dan merdeka, beribu orang di timpa musibah, bencana dan kesakitan ( sakit ), aku bahagia dan selamat.

Banyaknya air mata yang berlinang dipipi seorang wanita, derita seorang ibu, dan beberapa jeritan di kerongkong si kecil,sementara aku lega tanpa dahaga , tanpa air mata. Lantas ada suara menyeruku agar ucapalah 'Alhamdullillah, pujilah atas kasih sayang dan perhatian yang telah Allah kurniakan ke atas mu.'

Wahai kamu sekujur jasad dan roh yang masih liar, duduklah kamu dengan tenang, lalu berterusteranglah kepada diri kamu sendiri. Ambillah mesin kira dan alat hitung lainnya untuk memperincikan sudah berapa banyak harta, nikmat, kesenangan, dan kegembiraan yang telah kamu dapatkan.

Begitu pulang hitung dan muhassabahlah kecantikan, wang, naugan, tempat tinggal. kenderaan, dan berbagai anugrah lainnya. 
Paling besar anugrah Islam dan Iman, serta oksigen..perincikan lagi wahai jasad dan roh yang liar.."Pesan untuk mu jika kau pulang nanti, 'Belilah Dengan Wang Anda Doa Orang-Orang Fakir Dan Kecintaan Orang-Orang Miskin. Tapi bukan dengan tangan kirimu tahu."

Ibnu Umar radhiallahu anhumma telah melaporkan bahawa Nabi saw pernah bersabda,”Wahai kaum wanita! Kamu(teristimewanya) bayarlah sedekah dan banyak bertaubat, kerana daku melihat kebanyakan penghuni neraka adalah wanita.” 



 Agar tulisan di sini selalu membuatku mengingat tempat-tempat indah, tempat aku dapat saling mengirim embun, juga matahari ke seluruh dunia.
Menjadi ruang untuk kukutip hati-hati yang hancur lebur dek ujian terutama wanita-wanita yang di uji dengan berbagai ujian. Janganlah bersedih dan risau. Matahari tetap akan bersinar bila malam mengucap salam. Untuk kaum adam juga, aku tidak pinggirkan bimbing dan didiklah kami yang dari tulang rusukmu yang bengkok..


Thursday, October 21, 2010

Ratip Cinta

Ratip Cinta. 

(ketika kematian cinta di kota Bairut)..

Ketika ku tasbihkn lirik-lirik bundar ini mnjadi kerongsang kasih..semakin silau mataku dengan cahaya bayangmu,kian bergetar nuraniku dengan gejolak rindu..
Kamu tidak tahu aku sedang mengutip puing-puing hatiku yang berkecai..Rasanya sudah tidak berbentuk lagi kalimat akhir yang mendesir..
Pasir-pasir sudah bungkam dalam bicara tentang janji yang kontang..Ini bukan kesah Juliet dan Romeo..tapi ini cerita tentang reality sebuah kehidupan yang jika menyentuh pribadi sesorang saya mohon ampun dan maaf tapi inilah reality kehidupan.
Aku masih hidup,kerana Allah masih menghendaki,,jika tidak aku sudah tiada..kerana agama dan etika,berkat tasbih yang selalu dibaca,bagaikn berita gembira, bagaikan hujan,bagaikan fajar, dalam sujud dan doaku selalu mengemis kasih dan ehsan dari Tuhanku..agar aku mendapat sumber cahaya dari Lauh..





BERBISIKLAH Pasir_pasir.. Terhapuslah Jejak-jejak. Ditepi Pantai..
Ku Terpaku Memandang Ombak yang berderai mengurai berita dan bercerita tentang aku dan dia..
BERKABARLAH Angin-angin.. Bertahanlah Serindu Mungkin.
Di Batu Karang..sang camar mengoles bibir..berbisik lagi dan lagi..

Mimpiku Terserak di terjang Ombak..
Dan Terhempaslah Harapku.. Digulungkah kisahku di pamit perpisahan yang sakit. 
Aku Terkejut ,bila bayu menyapa. memberi kelopak sedar, menghadiahkan jambak wewangi setanggi..Bahawa kau sedang pergi dari ku..jauh dan jauh..
Tersentak..

Ok..beginilah..sukarnya hendak melafazkan niat,sukarnya mahu mengungkapkan yang tersirat. Mungkin ada yang menerima nasib yang sama sepertiku..Aku harap ambil ikhtibar. Yang baik dari Allah dan yang buruk dan busuk dari kelemahan diriku sendiri..Ini cerita budak kampung yang berhijrah kekota..hidup yang penuh kemiskinan di kampung membuat aku lebih tega berpisah dengan kampung halaman serta ayam itik,kambing, dan ulat mulung yang montel dan comel..,sagu yang gebu dan tawar tapi itulah yang membesarkan ku jadi seorang yang seperti sekarang..


Udang goreng dan lopes sagu..sedaapp..

ikan bakar idaman..


                                             He...he..inilah rupe ulat sagu or ulat mulung..montel2..

Aku masih ingat lagi..masa tidak ada sarapan roti keju or roti canai dengan kari yang sedap melekit..mama buat tumpi dari debu sagu, tepung rumbia yang di sangai,lepas tu letak sisa nasi semalam gaul kelapa parut yang di proses sendiri atas parut kuda..aku suka sekali berkuda atas parut tu,,tidak ada blender..he..he.. macam kuda kepang pulak..
Bila makan cecah gula, tidak ada duit pulak nak beli gula,nasib mama pandai buat gula Apung..kat KL gule melaka,kan kan kan??..cecah,,syuuuuppp emmm sedapppp..Air..teringin nak minum millo ke,paling tidak teh tarik..alahai jangan mimpi..aku merunggut..al maklum anak bongsu..Papa kata.."nah nak sangat minum air manis,ambik ni.." terkebil kebil mata ku merenung koleh yang sebesar mukaku itu..itu kole papa..ku teguk,,wow!! sedap..he..he.. air kepala muda dah minum pagi pagi..segar dan menyakinkan..awet muda jugak..aku tersengeh macam kerang busuk tanda ucap terima kasih pada papa..

Melilau kenangan ku..sebak membentung bila mengimbau..Aku rindu kan sungai dan kali,aku juga rindu pukulan ombak di pantai..pantai kampungku..yang menyimpan rahsiaku dari kecil sampai sekolah menenggah..
Fuuuhhh..aku seram sejuk bila khemah ku di tarik dek lembu di tengah malam..tapi ia hanya kenangan..

Jika aku ulit semua kenangan itu pasti aku boleh tersungkur jika tidak kuat..hemmm..aku tidak mahu rebah,aku tidak mahu susah dan aku tidak mahu lagi di pandang rendah kerana kemiskinan..Bukan angkuh dan sombong pengelaman telah mengajar aku erti kesusahan..

Aku akan taati hasrat hasratku,malah dia memperhambakanku seandainya aku puas dengan ada, aku pasti menjadi orng yang merdeka..

Segala tohmahan kerana kemiskinan menjadikan aku kebal..malah fitnah tidak kurang..Abraham Lincoln, bekas presiden Amerika berkata; " saya tidak pernah membaca surat-surat cercaan yang di tujukan kepada saya, tidak pernah membuka sampulnya, apatah lagi membalasnya, kerana kalau saya hanya sibuk melayan semua itu saya kehabisan waktu untuk berbuat sesuatu untuk rakyatku"..( tapi aku bukan dia..aku adalah aku )



                          
     Hari yang indah ibarat bebunga yang mewangi dan berwarna warni..Adakah hakikat hidup kita seperti bunga?.




Allah S.W.T  berfirman ertinya;

  "Kerana itu berpalinglah kamu dari mereka."
                                  
                                      ( Surah An-Nisa' : 6 ).

Sebenarnya aku sudah lari jauh dari Ratip Cintaku..aku telah sesat dalam alunan rindu kitab kenangan. Aku bagai kehilangan firman yang tersurat atas takdir..

Nurin : cukuplah putri!!..kamu tidak perlu mengunjungi lapangan yang tidak ada siapa yang akan sampai, dan tidak akan ada yg kamu tunggu akan turun!!..jerit Nurin mngertakku hilang sabar..

Aku : Tapi aku sudah berjanji akan menunggu..

Nurin : 'innought!!!.'..suaranya sudah tidak terkawal.' u tau tak? orng yang awak tunggu tu sudah tidak ada,dia sudah meninggal,dia sudah berjumpa Tuhannya. Cuba kamu sedar arora..sampai bila u nak jadi macam ni? Jangan seksa diri, lebih lagi dia yang telah pergi..relakn saja..lepaskan dia aman bertemu Tuhannya..'

Aku : 'Kamu tidak akan faham'. getusku, air mataku merembes laju bagai beralur sudah pipiku.

Dia : 'Abang nak belikan putri beg, warna apa nak?'

Aku : 'Tak kesahlah,up to abang, putri terima je.'

Dia : 'Abang nak beli minyak wangi, jubah..putri suka warna hitam dan coklatkan? cume susah nk cari saiz sayang kat sini, badan gedabak semua ni..xxx , he..he.'

Aku : 'He..he..SSS lah saiz. Abang tak perlu susahkan diri kerana saya, yang penting abang balik, itu pun cukup bererti.'

Dia : 'Baik sayang abang. Kat sini abang banyak belajar tentang Islam, kebetulan housemate abang ustaz. Syukur sangat, tapi kali pertama puasanya perit sikit. memberontak je perut ni, tapi alhamdullah abang ada kawan kawan yang sangat baik dan abang pun dah, lancar baca Quran. Sayang mesti tak percaya abang dah boleh jadi imam. Hu..hu..Ustaz kata "Sesiapa yang Allah kehendaki untuk mendapat kebaikkan, Allah akan mengujinya dengan kesulitan." (hadist)

Aku : Syukur. Putri sentiasa mendoakan abang dan teguh dalam Islam. Nampak gaya abang dah jauh tinggalkan putri. Namun itulah yang sentiasa putri harapkan, syukur pada Allah.
Dia : 'Emmm sayang, jika kesulitan datang tetaplah bersabar dengan keputusan dan yakinkan dirimu dengan janji Allah bahawa di sebalik kesulitan ada kemudahan..'

Entah selalu kami chat abang Rasyid tidak bercakap seperti ini, malam ini begitu panjang lebar pulak ceramahnya, siap dengan hadis dan ayat Quran, hampir genap setahun pertunangan kami, sudah setahun tiga bulan abng R menjadi seorng muslim. Dia sangat bersungguh sungguh mempelajarinya. Kadang aku merasa cemburulah pulak..he..he.. dia bakal jadi 'imamku'. Rasa ada debar dan getar dalam jantungku..

Aku : '3 bulan lagi abang..putri rasa cemas dan gementar'. Aku cuba meluahkan yg terbuku dalam nada gementar dan malu. Selalu lewat chat nilah kami meluah rasa memadu cinta, di awal pertunangan aku tidak merasa pun lagi perasaan ini, aku masih ego sebab abang R hanya seorang bodyguard. Aku memandang rendah dan aku tak boleh nak kira berapa banyak sumpah seranah dan kata kesatku jika dia buat sesuatu yang aku sebagai 'Bos' ni tidak suka. Tapi dia menjalankan tugas yang sangat menjengkelkan aku. Ini abang aku punya pasallah ni. Aku sudah dewasa, bukan budak sekolah menengah lagi, dah masuk 26 tahun, dah jadi CEO sebuah syarikat yang agak gergasilah, sombongku membengkak.

Tapi malam itu yang terakhir dia sebagai seorang bodyguard, sudah 6 tahun berkhidmat penuh dedikasilah katakan. Aku agak pelik dan terkejut, bila 4 orang abangku minta aku batalkan semua program dinner or lain -lain  programku.

Aku duduk di ruang tamu bagai seorng pesalah, eee geramnya, lagilah melihat Recheall ( nama abng R sebelum islam) menjelma, rasa mahu terkam saje, macam selalu aku buat bila marah, berat 75kg dengan ketinggian 172cm menjadikan dia tahan serangan, aku yg hanya 45kg dan 155cm, bila marah tak padan dengan ketot. Tapi aku cuba kawal diri. Aku juga ada didikkan agama yang cukup lengkap,lulusan Al-Azharlah katakan, tapi itu mama dan papa yang mahu, aku minat business. Ku pandang kiri ada kedua orang tua Rechell. 'Apalah kesalahanku dia nak adu pada abang abangku.
Mereka sudah mula bicara, aku buat tak dengar je, sehingga akhirnya aku tersentak..


Dia : 'Sebenarnya Rech mahu mohon jutaan kemaafan dari abang dan putri,Rech selama ini bukan nak sangat jadi bodyguard' berdesing teligaku. Wajahku rasa terbakar.

Aku : 'Hah?!! habis tu apa niat u?'. Dasar penipu!!' cara spontan aku bangun, bagai mau melompat saja kearah dia, nasib ada abang yang cekap memenggang tubuhku.

Abang : 'Adik!! tenang, now u seat there'. Arah abangku yang kurang senang dengan sikap biadapku, aku terpaksa akur dalam kemarahan dan keterpaksaan.

Dia : 'Rech sebenarnya sudah lama menyintai putri, tapi Rech tidak di beri kesempatan untuk meluahkan, maafkan Rech putri dan malam ni. Rech sanggup menerima apa saja kemungkinan dari putri..Abang..terima kasih kerana sudah memberi peluang pada saya'. Bagai halilintar membelah otakku. Rupanya selama ini mereka berpakat. Aku renung wajah abang tanpa rasa belas dan bagai nak telan. Tapi abang sedikit pun tidak menampak rasa terkejut, risau dan hanya tenang. Nafasku bagaikan sesak, air mataku mengalir deras, tubuhku mengigil. Ibu bapa Rech hanya tunduk membisu..

Abang : ' Abang minta maaf jugak adik, bagi abang Rech seorang yang baik, selama 6 tahun dia jaga adik, dan dia tidak pernah ambik kesempatan pun keatas adik'. Aaaa!! jerit hatiku. Aku hanya mampu tinggalkan mereka, aku kunci kamar seolah tidak akan terbuka lagi. Sampai hati buat aku begini..kenapa mesti dengan bodyguard? kenapa dia tidak berterus terang?, kan dari kampus lagi dah kenal. Malam itu kamarku sudah menjadi medan perang,tempat aku bertempur dengan hati dan perasaan, aku tidak boleh lelap. Bibik dah beratus kali ketuk pintu, sebab aku sudah satu hari tidak menjamah makanan, begitu jugak hpku berdering mungkin beribu kali, pastinya panggilan dari abang2ku, teman-teman, kak Pah dan dari Recheall.

Tetiba wajah bujur telur Rechell muncul dengan mata kehijauan bundarnya, tapi rambut hitam pekat. Ikut belah mamanya melayu totok dan ayahnya Belanda. ( roman katolik ) eemm, aku akui, dia cukup sempurna dan jejaka impian semua wanita. Tapi kenapa dengan aku yang dia mahu. lepas tu jadi bodyguard pulak tu, dah berapa kali aku bagi no hp dia pada Maria, gadis kacukn arab melayu yang tergila2 kat dia,apakah mereka berhubung? Maria kata tak ada, ah!! aku tak percaya, dasar jantan!! tak masuk lagi kawan pompuanku yang lain,kira dah berlambaklah jugak dalam poket dia tu agaknya cinta. Aku peduli apa? dia hanya bodyguard yang tidak betul otaknya, lulusan tinggi, kerja bodyguard.

Dah seminggu aku berkurung, aku jadi bos yang malas, boring dan buat hal. Semua BOD dan staffku membisu, sorang pun tak mau buka mulut or menegurku macam selalu.

Aku masuk kereta buka dan tutup sendiri pintu, pakcik driver hanya tunduk membeku, tak ada lagu kegemaranku di putarkan, bagaikan dunia tanpa warna, tanpa irama, Rechell masuk kereta, aku halau keluar..'stop.out!!.from now u tak perlu jaga kehidupan i k'.

Dia : 'Hallo miss, ini tugas i, ini tempat duduk i dan u duduk di tempat u di belakang, u tidak ada hak halau i k. Ada faham anak manje?'.

Eeeee...geramnya bagai nak tarik je telinga tu biar putus. Tapi aku masih ada rasa malu. He..he..boslah katakan, jaga harga diri.
Pulang petang, aku selamba masuk kereta, tapi anehnya destinasi bukan balik rumahku. 'Eh..pakcik nak bawa i kemana ni? malam ni mane ade dinner'. pertanyaan ku tidak berjawap, aku masih sibuk jawap sms kak Pah. Esok ada meet di KLCC. Aku mula rasa pelik, rupanya bukan pakcik.

Aku: 'Hai u!!, apa ni, i bukan nak pi KL, i nak balik, penat, mane pakcik?' aku bagai bercakap dengan pintu dan kerusi kereta je..bertambah mengelegak darahku. Dah kat highway.

Aku : 'Awak pekak ke? i kate berhenti, u bukan driver i, u tak layak'.
Aku : 'Ya Allah yang u berhenti tengah jalan raye tengah hutan ni nape?!! tak   reti bahasa ke?'.

Dia : ' Now u keluar, i dah buka pintu kereta ni. U yang suruh berhenti, i berhentilah, i or u yang tak reti bahasa? I jugak banyak kerja, i nak balik cepat, pakcik tak sihat, sembelit tengok muka u yang macam makcik 70 tahun tu. I pun dah sakit perut tengok muka dan perangai u yang sombong dan bongkak, u sedar tak siapa u tu, u tak bayar gaji i, i boleh jual u tau tak?'

Aku : 'Hei awak tu yang tak sedar diri, benci tengok muka u, meluat, menyampah, kalau i macam makcik 70 tahun u macam pakcik yang 120 tahun tau tak, i nak balik, hantar i balik'.

Dia : 'Ha..ha, eh apa i peduli, i tak layak jadi driver u, u baliklah sendiri, i nak balik rumah i..' 

Dengan selamba dia pecut kereta dengan meninggalkan aku di lebuh raya yang sunyi, hanya ada kawasan perumahan yang baru, nampak baru orng dudukki. Lebuh raya ni mana ada bas lalu, teksi pun jarang sangat, lebuh raya KL-KLIA Seremban, hampir setengah jam aku tercegat di tepi lebuh raya, aku mula rasa takut,aku sebenarnya tak pernah terconggok kat tempat macam ni. Macam-macam yang buruk bermain di fikiranku. Tanpa aku sedari, hatiku jadi sedih dan sebak. 'sampai hati Recheall buat aku macam ni, selama 6 tahun tidak pernah dia buat macam ni, sekor nyamuk pun dia tak akan bagi mengigit ku, malah jika aku mengantuk paha dan bahunya di sorong sebagai bantal biar pun sehari aku tertidur, dia sanggup menahan penat. Tapi sekarang??. Apakah dia memang sudah benci dan tersinggung dengan perangai burukku? Atau aku yang teruk?.



Aku tertunduk, aku mula muhassabah diri, selama ni aku sudah jauh terpesong akhlak..

'Oii cek adik!!..buat apa main tepi lebuh raya senja2 ni? mei sini ada taman permaian kalau nak main', aku terkejut disapa satu suara dari atas bukit dari kawasan perumahan di belakangku..itu suara Recheall. Bila ku toleh memang pun dari tadi dia duk kat situ memerhati gelagatku, eeee..jahatnya diaaa!! jeritku..
Tangannya di hulur, antara marah dan takut terpaksa jugak ku sambut. Nasib sarung tanganku masih ada. Longkang agak besar..

Dia : 'Maaf kalau bawa kereta jauh pusing, ni shortcut, tu sane rumah kakakku, dia baru beli rumah..'jelasnya, 'tak tanya pun'getus hatiku sakit.

Aku hanya diam membungkam. Mendidih hati, tapi antara sedar aku juga mengakui tentang kesalahanku selama ini, mama dan papa tak pernah mendidikku kurang ajar, tapi aku rasa aku sudah melampau. Padan muka aku.

Hari berlalu, dia tidak lagi menjagaku seperti biasa, hanya pakcik je aku nampak. Nak tanye malu..aku hanya diam tapi sebenarnya sudah seminggu tak nampak batang hidung. Aku mula buat muka tak malu dengan bertanya pada PA ku puan Syarifah.

Aku : 'Kak dah seminggu tak nampak pun mamat mata hujau'. Suaraku buat selamba tapi penuh ego dan malu. Aku kerling kakak pah yang buat selamba dan tersenyum sumbing.

Kak Pah : 'Rechaell dengarnya balik kampung, katanya dah berhenti kerja, ada surat akak dah bagi dengan abang cik putri', jawapan tu bagai letupan di jantungku.

Aku : 'Hah!! balik? berhenti? siapa bagi dia berhenti? kenapa i tak tau, i am bos tak tau..ni melampau..'

Kak PAh : ' Dia bekerja dgn abang putri, bukan dengan putri, dia hanya di minta abang putri jaga putri kan?.' lembut suara kak Pah, tapi macam ada nada sinis. Aku berlalu tinggalkan kak Pah.

Sesungguh hati mula rasa kehilangan. Sudah 6 tahun duk berkepit walau macam kucing dengan anjing, aku dengan kesombongan, dia dengan disiplin dan prinsip. Sudah seminggu lafaz pengakuan sejujurnya tentang cinta dia. Patutlah selama ini lain macam je dia jaga aku. Kalau masa kerja tu tak pelah jugak, jagalah yang patut patut tapi kalau ada orang pandang2 tu pun dia ambik tau. Ada beberapa kali gaduh dengan kaun sejenis, bukan sebab depa kacau pun, hanya pandang dan senyum, orang senyum, aku balaslah senyum, tu pun buat dia tegas semacam. Fuuuhhh, boringnya. Tapi now, mane dia ni. Kalau ye pun balik takkan tak cakap lansung. Emm macam ne dia nak cakap, nanti kena peluru berpandu aku ni pulak. Kenangan demi kenangan berputar di kepala degilku. 'Ehh, takkan aku rindu kot? mengarut.' tempelak hatiku.

Abang : 'Adik malam ni kita makan malam di rumah Aloy ya, Su masak malam ni,kebetulan Rechell baru balik dari kampung, abang ajak dia makan sama. Dia bawa mama n papa dia tu sebab mereka minggu depan nak balik Belanda dah.' Selamba suara abang tapi penuh harap. Berdegup jantungku, bukan sebab makan di rumah Aloy, tapi nak jumpe Rechell dan dia dah nak balik?, emm nape pulak aku risau ni gumam hatiku.

Usai saja makan malam, kami sekeluarga berkumpul. Abang seolah ada perkara penting nak sampaikan, 'takkan sebab dia nak balik kot? hati ku meneka dalam kesamaran. Abang mula dengan kalimah Bismillah, lagi aku panik. Su senyum menjelingku, aku hanya membalas dengan seribu senyum penuh pertanyaan.





Abang : ' Dengan ucapan Bismillahirahmannirrahim, saya nak ucap terima kasih pada tuan rumah, sedia dan masak makanan yang special malam ni dan pada keluarga Tuan Abdur Rahim Abdullah sekeluarga',hah?!! terkejut beruk aku, tang bila depa masuk islam semua? subhannallah. Tetiba tanpa ku sedari air mataku bercucuran. Ya Allah besar dan baiknya Engkau'.Aku renung satu2 wajah di depanku dengan rasa sayang, baru aku sedari di wajah itu ada sekilas cahaya yang selama ini sukar untukku selami yang terhijab oleh keegoanku. Tanpa aku sedari, mata ku bertembung dengan Rechell, tanpa malu kerana aku melihat dalam matanya ada kejujuran dan keluhuran yang selama ini aku tidak nampak.

Abang : 'Tuan Abdur Rahman sila'

Tuan A : Asslmkm wtb. Kami ada hajat dengan cik putri, maaf sebelum ini kami sudah cakap dengan your brodher. Memang dia setuju tapi kami rasa yang paling elok kami bertanya pada cik putri sendiri, boleh ke nak putri?' beliau memang sudah mesra dan begitu fasih berbahasa melayu, itu yang paling aku kagum tentang keluarga ini. Aku salute dan sangat kagum dengan isteri beliau yang bergitu taat dan baik. Wanita melayu yang hebat walau pun dulu agama lain tapi sekarang sudah menjadi saudara baruku. Syukur, aku hanya mengganguk tanda setuju untuk di tanya. Aku mula rasa malu dan kerdil, Recheall dari tadi hanya tunduk. 'Dia marah padaku lagi ke?'.

Tuan A : ' Nak, kami minggu depan sudah mahu pulang ke Belanda, sudah lama tak balik, mama pun sudah bersedia untuk pulang. Jadi atas permintaan Rasyid ( Recheall ), dia mahu minta izin putri, jika putri sudi menerima cicin ini kami sangat berbesar hati..'  Aku terpana seketika.' cincin? dia melamar aku? biar betul? aku terpegun melihat sebentuk cincin yang bertatah sepuluh butir permata berlian yang halus, sebab aku yang pilih cincin itu beberapa bulan lalu, dia kata dia nak bagi buah hati di hari ulang tahun gf dia. Aku toleh Recheal, dia hanya tunduk, tanpa senyuman pun hemmm.

Aku pandang abang, matanya seolah merayuku untuk menyambut. Cara tak ku sadari tangan ku hulur pada mama Recheall yang sudah mendekat untuk sarungkan cincin. Aku memang suka cincin ni sejak mula, tapi aku tidak tergerak untuk memiliki dan akhirnya dia memilikiku.

Beransurlah masa, berinsutlah peristiwa dan berhijrah perasaanku padanya, bukan kerana aku jatuh cinta ( ye ke aku ni? ) tapi kerana dia sudah menyintai Allah dan agama Islam maka aku akan menyintainya kerana dia menyintai Allah.

Dia : ' Tq cik putri.' sebal saja pagi itu dia membuka pintu keretaku. Aku mula rasa malu dan serba salah, tapi aku masih berlagak sebagai seorang bos.

Aku : ' Lain kali jangan buat lagi dan panggilan cik putri, mansuh'. Aku sengaja  menunjuk2 cincin di jari manisku, matanya menjeling sambil senyum penuh makna.

Dia : ' Habis nak buat apa? dan nak panggil apa sayang?'. Wajahnya mula mendekati wajahku. Aku rasa sesak seketika.

Aku : ' Awak bukan bekerja dengan i, then tak perlu buat semua ni, so? nape nak balik Belanda cepat sangat?' kutinggalkan tubuhnya yang sasa sambil ku jinjing laptop, sepantas kilat dia sambar dari tanganku, aku tak boleh elak.

Dia : ' Aiii!! orang dah tak perlukan kita. nak buat apa tunggu..' sekali lagi ku tenung mulut celupar, kata2nya bagai mencantas jantungku. Ehemmm, nape pulak dengan jantung aku ni? buat malu je, dia hanya tunang aku je..
Tapi air mata ku begitu murah mengalir sejak akhir2 ini. Aku lihat dia serba salah.

Dia : 'Maaf cik putri'
Aku : 'Kan dah cakap mansuh!!' jeritku..
Dia : ' Emmm yang, sayang or alah nak panggil apa awak ni ya?.
Aku tinggalkan saja dia, kalau lebih lama jadi lain pulak..

SURAT

Asslamkm sayangku..begitu lama aku tunggu saat ini, inilah saat paling bahagia dalam hidupku yang telah Allah anugrahkan. Selama ini aku mencari Tuhan dan aku mengemis kebenaran dalam beragama. Tapi dalam masa yang sama juga aku mencari seorang suri hidupku, bukan hanya kamu tapi di sini juga hatiku bertaut. Aku akur dan pasrah..

Jawapan untuk soalan mu kenapa aku harus cepat pergi?.' Kerana cintaku padamu yang sangat berat dan dalam. Aku tidak mahu kesucian perhubungan ini di cemari maksiat, maksudnya jika dulu aku hanya seorang penjaga, aku masih bisa mengawal diriku tapi sekarang kita sudah ada ikatan namun tidak halal lagi kau jadi milikku cara mutlak, aku hanya manusia biasa, aku tidak mampu menahan gejolak cintaku terhadapmu..mau saja aku sentiasa dekati kamu dan selanjutnya pantas syaitan mengoda kita. Aku seorang muslim, aku mahu jadi seorng muslim yang sempurna mengikut syariat Tuhan. Aku tidak mahu mencemari kamu kekasih hatiku dan aku mau menjadi imam padamu secara bersih.

Aku sekejap ke kota papa dan setelah itu aku akan teruskan pekerjaanku di Kota Beirut. ( Bahrin ) kan itu kota islam.

Sekian.

Akan kubawa dirimu dalam hatiku.. 

( surat menjelang dia berhijrah membawa hatiku pergi.)

Hampir setahun, hari2 di isi dengan percintaan yang tidak pernah terungkap dan tidak pernah di bayangkan ketika bersama. Gurindam rindu yang semakin bergelora. Kasih yang semakin membenih harap..

Malam terakhir aku dan dia chat, hampir jam4.ooam waktu malaysia dan baru senja di Beirut. Tapi mataku bagai di racuni untuk jaga.

Lepas masing masing penat menaip dah nak berkematu jari jemariku..Dia call pulak, maka bergayutlah sampai azan subuh..ada satu pesanan untukku..

'sayang ini pesan abang, andai ada apa-apa yang berlaku terhadap hubungan kita, sayang jangan bersedih, jangan kita menyesal dengan apa yang berlaku bukan milik kita, jangan kita mengira  mencegah air daripada menitis, mencegah angin untuk tidak berhembus, mencegah api untuk tidak membakar, mencegah gelas untuk tidak pernah pecah, terkadang apa yang kita inginkan belum tentu yang terbaik buat kita, kerana Allah lebih tahu apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita inginkan.

Sayangku, tetapkan kamu menjadi insan yang kuat seperti mana seindah dan secantik senyuman yang sentiasa ada di bibir manismu yang tidak pernah kontang, walau pun hati mu hancur dan terluka, tetap tegar menghadapi ujian, sekuat batu karang di terjang ombak dan badai.

Lihatlah kepedihan dan ujian dari segi positifnya, bukan dari segi negatifnya. Agar sentiasa menjadi hamba yang bersyukur, redha dan boleh memetik hikmah atau ibrohnya dalam kita bermuraqabah diri.

Aku menuntun hatiku. Kurenung tiap bait kata2 hikmah yang dia telah beri, aku copy dan masuk dalam diary. Setiap saat hari menjadi temanku, menjadi kata rayuan pada Allah dalam sujudku..

Cincin ini telah ku serah menjadi mercu tanda dalam helaian kenangan, menjadi penguat sinarnya..

Aku Ratipkan cinta ini lagi dan lagi. Kerana Engkau Tuhanku telah meminjamkan sebentar dia untuk membuat aku bahagia serta menghargai erti kasih sayang. Baru aku sadar, bahawa erti Cinta yang sebenar adalah pada pencipta jasad yang ku cintai. Maafkan aku ya Allah kerana selama ini aku telah tersalah meletak cinta, aku sudah mencurangiMU. Aku telah menodai segala kecintaan Mu terhadapku sehingga aku mati dalam hidupku yang sebenar.

Di dalam kesepian dan kehilangan ini aku hanya mendambakan keampunan dariMu. Terangilah jalan dia kekasih fanaku, kerana dia telah mengembalikan aku kepadaMu. Dalam perjalanan yang melelahkan ini, dalam ucap doa yang rapuh penuh noda, aku bersujud padamu. Terimalah Ratip Cintaku yang sentiasa bernadi hanya untukmu Khalidku.

"Allahummarrzuqni hubban man yuhibbuk wal amalallazi yu ballighni hubbak."
Artinya :

'Ya Allah, rezkilahlah aku dengan cintaMu, cinta orng yang mencintaiMu, serta cinta pada amalan yang mendekatkan aku kepadaMu,'  Amin ya rabbal 'alamin..

(sesungguhnya baru aku sadar bahawa dia sudah pergi untuk selamanya, dia kamalangan di musim salji..dia dan 2 temannya kembali ke rahmatollah..Namun aku merasakan penantianku menunggu jenazahnya bagaikan dia  datang tepat pada masa, membawa cinta dan rindu. Tapi yang aku dapat tatap hanya sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa..matanya terkatup rapat, bagaikan sebuah tidur yang lena, tenang dan bersih.

'Itu bukan dia mama. Dia sudah berjanji pada saya, dia akan pulang membawa hadiah dan menunaikan janjinya'. suaraku hampir hilang. Abang ku seolah meraut bahuku, membenamkan wajahku didadanya, seolah mengatakan, 'adik menangislah kedalam dada abang, kerana tangisanmu dia tidak akan dengar..'

Aku begitu lelah.

Bosan dengan penat ini..

Aku menjadi tega dalam dendam derita, butir butir permata di jemariku bagai mengerlip, ada bisik mengatakan sebuah keagungan percintaan secara ikhlas kerana Allah. Papa R mendekatiku dimananya seolah aku adalah anaknya."Anakku cinta yang suci tidak seharusnya kita miliki,kerana kita sudah memilikinya disisi Tuhannya, kamu redhalah seperti mana kami redha nescaya Tuhan akan balas dengan sesuatu yang kita semua tidak terduga nanti, yakinlah.."

Tapi, lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit yang menghiris dada.
Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu yang fana.

Semerdu surah Yasin diucapkan.......seindah Ayat2 cinta dilagukan...selembut jari jemari halus menari laju menyusun bicara.Aku kalah jua dalam perang melupaknmu..



 “(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: ‘Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka” (Ali-Imran; 3:191)

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...


 

















































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...