Ku Menangis
(di wad ICU)..
Pagi ini air mataku tidak berhenti mengalir,itu saja yang aku mampu,aku tiada tempat untuk mencurahkan segalanya.
Semalam aku bermimpi dikunjungi arwah papa dan mama,samaada itu mimpi or sebaliknya..Sebenarnya sejak aku di sini ( dalam wad ). Aku tidak buat dah rutin harianku iaitu membaca surah yasin or paling tidak setiap 5 waktu baca Al-Quran. Tapi aku sentiasa mendengar orang di sekitarku membaca yasin,azan,takbir dan bersalawat.
Aku terlantar,aku tidak bolah mengerakkan walau jariku,aku melihat arwah mama mendekatiku dengan wajah yang cukup bersih,tenang dan penuh kasih sayang seperti masa hidupnya.Bila aku sakit dan demam begitulah cara mama mendekatiku.Dengan suara yang lembut membelai ubun-ubunku. Berkata sesuatu,selalu bila aku mimpi arwah tidak berkata-kata. ini pertama kali sejak 7 tahun arwah tiada aku bermimpi dia bercakap sesuatu padaku..
Arwah mama seolah-olah memujukku,seolah ia tahu tentang kesedihan dan kesakitanku,aku tidak boleh melafaz sepatah kata pun hanya arwah yang berbicara dengan lembut sekali, ketika itu aku rasa amat bahagia ,seoalah aku kembali ke zaman kecilku bersama mama.
Mereka datang berdua,aku amat merasakan kehadiran arwah papa,aku cuba mahu memaling wajah kerana mahu mencari satu lagi lembar wajah yang amat aku sayang dan rindui tapi aku tidak mampu, dan mahu saja aku bertanya arwah mama tapi itu juga aku tak mampu lakukan..Ya Allah,kenapa dengan aku sebenarnya?aku ingin berbicara dengan orng yang aku cintai ya Allah. Tapi kenapa aku tidak mampu? kenapa hanya mama yang berbicara?.Hatiku menjerit dan meraung2..tapi apakan daya,aku hanya merasa dingin dan kudusnya tapak tangan mama..Tapi dimana papa?hatiku merasakan papa terlalu dekat padaku tapi aku tidak dapat melihatnya..
“Mama ceritakanlah padaku perihal wanita solehah?" getus naluriku,
“Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikkn".Aneh mama seoalh boleh membaca bicara hatiku..ah..ini peluangku lagi..
Aku bertanya pada mama dengan gerak hatiku tentang persoalan hatiku yang terbungkam, "dan bukan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi wanita solehah dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik, wanita solehah juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu”.
“Wanita solehah bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Wanita Solehah bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Wanita Solehah bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”. Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, “Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram“. (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32).
“Wanita Solehah bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku Wanita Solehah bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.
Aku ingin tahu lagi,”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu mama?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya mama?”.
Mama mendekatkan bibir mulusnya kecuping telingaku lalu berbisik, "ISTERI RASULULLAH". dan apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)
"Adik sakit papa, apakah papa tidak boleh ubatkan adik?" Aku merasai tangan kasar papa tapi rasa syahdu dan dingin,kedinginan itu sampai menerobos tulang sum-sumku..Anehnya papa tidak berkata apa-apa hanya dari sinar matanya aku bisa membaca seoalh berkata seperti hayatnya masih ada.." Anakku,Allah tidak akan menimpakan ujian dan kesakitan untuk kebencian, namun apa saja yang Allah lakukan adalah kerana kasih sayang dan kecintaan terhadap hamba yang Dia sangat beri perhatian,dan Allah maha tahu Allah timpakan ujian hanya pada mereka2 yang layak"..
Maka aku fahamlah maksud papa. Aku melihat mama memberi isyarat pada papa.
"Adik,kami sudah lambat,kami sudah mahu pulang.."Aduh,mahu saja aku menjerit pada mama dan papa, tolong jangan tinggalkan aku bersendirian lagi..Aku cuba menjerit dan mengapai tangan keduanya dengan kudratku yang memang tidak mampu untuk bergerak, Aku gagal,Aku hanya mengiringi kepergian buah hatiku itu dengan pandangan serta sedu sedanku,aku mahu meronta dan bangun,aduh berat sekali..
"Ehh!!adik!!,doktor,doktor nurse,nurse adik i ni!!" aku tetiba terdengar suara yg sangatku kenali,abangku
Ini abangku,"abng kenapa adik jadi begini?".tapi mereka tidak menyahut soalanku,tidak seperti mama dan papa,mereka hnya kalut panggil doktor dan nurse..
Aku melihat dengan pandangan yang kabur tapi aku tahu itu abng,seorang doktor dan beberapa orang Nurse tapi sangat berbeza dengan wajah orang malaysia..'Oh..apa dah terjadi dengan aku ni?apa semua ni?utk apa alat2 semua ni?aku cukup rasa rimaslah..aduh, dinginnya oksigen menerobos ronggaku,menghalang untuk aku bercakap,hidungku rasa perit dengan tiup ni,tangan kiri kananku rasa sangat pedih,sakit pegal dan ngilu dengan jarum yang berceracak..rasa macan robot pulak..Oii,,,korang..apa ni?"
Tidak ada siapa yang dengar,mereka pekak..Kelam kabut buat kerja,"aku oklah!!"..
Aku lihat air mata abang,mak saudara menangis tidak habis2 menadah tangan,
Stoppppp..aku penat...
************************************************************
MenCoba MenguKur eksisTensi diri... Membangkitkan SemanGat..Menjadi Sumber InsPrasi.. "Sesungguhnya Allah tdk akan mengubah keadaan suatu Kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri "
(Ar Rad : 11)
Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
assalamualaikum wr.wb.
ReplyDeletesalm kenal dan semuga Allah senantiasa meberikan karuniah dan hidayahnya serta kesehatan pada kita semua Amin...
bagaiman kabarnya..?? maaf sebelumnya,...seharusnya saya manggil siapa kepada anda?supaya lebih akrab dan tetap terjalin silaturahmi yang diridhoi Allah swt