About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Thursday, November 25, 2010

AKU BELAJAR

Aku Belajar
Aku Tidak Dapat Memaksa Orang Lain Mencintai Aku,
Aku Hanya Dapat Melakukan Sesuatu Untuk Orang Yang Aku Cintai… 
Aku Belajar,
Perlukan Masa Bertahun-Tahun Untuk Mendapatkan Kepercayaan
Hanya Beberapa Detik SaHAja Untuk Menghancurkannya… 

Aku Belajar,
Orang Yang Aku Anggap Orang Yang Jahat,
Justeru Adalah Orang Yang Membangkitkan Semangat Hidupku Kembali
Dan Dialah Orang Yang Memberi Perhatian Padaku… 

Aku Belajar,
Persahabatan Sejati Sentiasa Subur ,
Walau Dipisahkan Oleh Jarak Dan Waktu.
Beberapa Di Antaranya Melahirkan Cinta Sejati… 

Aku Belajar,
Jika Seseorang Tidak Menunjukkan Perhatian Seperti Yang Aku Inginkan, Bukan Bererti Dia Tidak Mencintaiku… 

Aku Belajar,
Sebaik-Baiknya Pasangan Itu, Mereka Pasti Pernah Melukai Perasaanku,
Kecil Atau Besar Luka Itu…
Dan Untuk Itu Aku Harus Memaafkannya…

 Aku Belajar,
Aku Harus Belajar Mengampuni Diri Sendiri Dan Orang Lain… Kalau Tidak Mahu Dikuasai Perasaan Bersalah Terus Menerus….

 Aku Belajar,
Seteruk Manapun Patah Hati Itu,
Dunia Tidak Pernah Berhenti Hanya Karena Semua Kesedihan Ku…

 Aku Belajar,
Aku Tidak Mampu Mengubah Orang Yang Aku Sayangi,
Tapi Semua Itu Bergantung Pada Diri Mereka Sendiri…

 Aku Belajar,
Persekitaran Dapat Mempengaruhi Peribadiku,
Tapi Akulah Yang Harus Bertanggung Jawab Untuk Apa Yang Aku Telah Lakukan…

 Aku Belajar,
Dua Manusia Dapat Melihat Sebuah Benda, Tetapi Kekadang Dari Sudut Pandangan Yang Berbeza….

 Aku  Belajar,
Tidaklah Penting Apa Saja Yang Aku Miliki, Tapi Yang Penting Adalah Siapakah Aku Ini Sebenarnya….

 Aku Belajar,
Tidak Ada Yang Segera Atau Serba Cepat Di Dunia Ini,
Semuanya Memerlukan Proses Dan Pertumbuhan,
Kecuali Aku Ingin Sakit Hati.

 Aku Belajar,
Aku Harus Memilih Apakah Menguasai Sikap Dan Emosi…
Atau Apakah Sikap Dan Emosi Itu Yang Menguasai Diri Ku…

 Aku Belajar,
Aku Punya Hak Untuk Marah,
Tetapi Itu Bukan Berarti Aku Harus Benci Dan Berlaku Bengis…

 Aku Belajar,
Kata-Kata Manis Tanpa Tindakan
Adalah Saat Perpisahan Dengan Orang Yang Sangat Aku Cintai…

 Aku Belajar,
ORANG-ORANG YANG AKU KASIHI
Sering Diambil Segera Dari Kehidupan Ku…

Aku yang sedang belajar utk mnjadikan kepedihan suatu KEAJAIBAN..


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Wednesday, November 24, 2010

Coca Cola Oh Coca Cola

                                                              ~ Jeng-jeng!!!~


" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.


Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?


Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!


2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan
'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!


Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.


Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis : bahaya".

Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!


10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.


Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo , F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.


Coke
membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan Coca Cola tu.


Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!


Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.


Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Siapa ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!


Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%
.


Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis! kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.





Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Sunday, November 21, 2010

Oh Mata Dan Derita

                         ~Hati seorang Lelaki~   




 Masa itu tiada lain hanyalah kesulitan lalu kemudian datang mengiringinya atau kesempitan. Lalu kelapanagn datang sesudahnya..

Ada seorang lelaki yang hidup dalam kebutaan, namun ia sangat bahagia bersama isteri yang di rasai menyintainya dengan tulus, anaknya yang kuat berbakti, dan seorang temannya yang dirasainya sangat jujur. Satu-satu yang mengurangi kebahgiaan hidupnya adalah kegelapan hidup yang di harunginya. Dia berharap suatu hari nanti dapat melihat cahaya, sehingga dia dapat menyaksikan kebahagiaan yang utuh dengan mata kepalanya sendiri.

Di tempat tinggalnya ada seorang doktor pakar mata. Dia pun menemuinya dan meminta ubat kepadanya, agar penglihatannya dapat pulih kembali seperti sediakala.Sang doktor pun memberi ubat yang berbentuk cecair yang dititiskn ke mata. Doktor menasihatinya agar menguna ubat dengan istiqamah dan teratur. Lelaki itu pun akur. Doktor berkata padanya , "Dengan mengunakn ubat ini  secara teratur, nescaya engkau akan dapat melihat cahaya kembali dengan mendadal dalam waktu yang tidak dapat di tentukan."

Lelaki itu terus menerus mengunakan ubat tersebut, sedang orang-orang yang berada di sekitarnya telah berputus asa dari kesembuhannya. Akan tetapi, setelah Lelaki itu mengunakan ubat tersebut selama beberapa hari, ia dapat melihat cahaya kembali dan merasakan bahawa dirinya duduk di depan rumahnya. Dia bergegas berlari masuk ke dalam rumahnya untuk mengkhabarkan berita yang teramat menakjubkan ini kepada sang isteri yang tercinta. Namun bagai di sambar petir, dia melihat isterinya memadu asmara dengan sahabatnya yang telah mengkhianatinya. Ia hampir tidak percaya dengan pemandangan yang dilihatnya. Selanjutnya, ia beralih ke bilik yang lain untuk melihat anak lelaki kesayangannya, maka ia mendapati anak lelakinya sedang membuka peti besinya dan mencuri bahagian harta yang ada di dalamnya.

Sang lelaki buta itu pun kembali ke tempatnya seraya menjerit sekuat hatinya. "Ini bukanlah terapi doktor. Ini adalah sihir yang gila!!!." Dia pun mengambil paku dan mencungkil kedua matanya. Akibatnya dia kembali buta seperti sediakala dan menemukan kebahagiaan yang pernah ia rasakan sebelumnya.

Dalam kenangan celiknya yang gelap dan duka ia bawa dirinya menjauh. Jauh dari pencaroba penglihatan, sesungguhnya kebutaan yang Allah anugrahkan padanya adalah yang hakiki dan terbaik untuknya..Maka sang Lelaki mula pasrah tidak semua yang dia rasa indah itu baik untuknya..
 


Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintainya..

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Saturday, November 20, 2010

Bicara Pena

 Ya Allah..kenapa malam ini aku jadi begini blur?..laptop ni hanya menjadi tatapanku saja..tak ada apa yg bisa ku coretkan, rasa kosong, sepi, lenggang hati ku dari idea..


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi..3 bulan aku berada di bumi ambia' ini ( Jeddah ) Ku penuhi masa dan ku tebus apa jua niat dan janji ku pada diri dan ALLAH semasa saya masih di ranjang koma yang menukilkan seribu nostalgia dan kenangan yang terpahat pada sejarah kehidupan saya. Semakin saya sibuk dengan tugasan dunia dan Ukhrawi . Semakin sukar untuk mendokumentasikan segala-galanya dalam ruang pena. Bimbang amalan penulisan berkembang seperti bunga sakura yang mekar di musim bunga. Sedangkan pahala semakin mengecil seperti bunga ros menguncup di penghujung hari. Ramai yang hebat dalam penulisan namun dayus di ruang kehidupan. Ramai yang hebat dalam penulisan dan hebat juga di pentas lakonan . Dan ramai juga yang hebat dalam dunia pena dan hero dalam dunia yang nyata.. Dimanakah tempat saya, dia dan kita ? tepuk dada tanya iman di dada. Mudah-mudahan kita huruf-huruf pena menjadi saksi amalan kita. Sesungguhnya Allah Maha Penghitung... Pena akan berdiri menjadi saksi amalan dan perbuatan jari jemari kita. .. Sama-samalah kita berlomba-lomba membuat amalan

aku mahu rehat seketika, rasa ngilu belakangku, pinggang dan sendi2 ku bagai mau tercabut rasanya..tolong bagi aku kekuatan ya Allah.. Utk menahan perit dan sakit ujian ini..aku pasrah dan redha ya Allah..

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Wednesday, November 17, 2010

Tangisan..

Menangislah Selalu Nasib Kita Belum tahu..

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan .Nyaring berkumandang menghiasi telinga si IBU. Merakah tersenyum hatinya gembira penawar sakit dan lesu serta berjuang dengan Maut. Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru didunia dengan sebuat resiko pahit dan kejamnya kehidupan ini, bercucurkan darah dan tetes air mata.




Air mata adakalanya penyubur hati,  penawar duka. Adakalanya buih Kekecewaan yang menhimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setetes air mata kerana takut kepada ALLAH persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata Demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata karena harta dan kedudukan.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil, Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).

Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan, serta rindu akan RasulNya. 



"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."
(al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup, justeru:Hidup dimulakan dengan tangis, Dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi : "Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda : "Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur." 


 
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. 





Nabi Muhammad bersabda :
"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair : "Aku hairan dan terperanjat,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak Diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita???

Nabi pernah bersabda :
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun,Allah s.w.t telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(AL BAQARAH : 216) 





Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau hizab kiri.Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. 



Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:
"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orangitu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?" "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan ke medan Perang," jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata :
"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu." 

 


Ibnu Masud r.a.berkata : "Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur, dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah. “

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu
janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH." 




Menangislah di sini,  sebelum menangis di sana!!!.............
Menangislah Selalu Nasib Kita Belum tahu. Apakah dalam petunjuk atau pun sebaliknya..

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Sang Pemimpin

 Aku ingin kongsikan sebuah coretan dan cerita dari sejarah perjuangan yang murni, sempena Aidil Adha ini juga sesuai utk di hayati..Emm fahami betul-betul tau..



Pasukan Romawi telah  menawan beberapa wanita muslimah. Berita ini pun sampai kepada Al-Manshur bin omar. Orang ramai pun menyarankan kepadanya: "Alangkah baiknya bila anda mengambil tempat dekat Amirul Mukminin dan mengobarkan semangat orang ramai untuk ikut berperang?" Akhirnya dia benar-benar membuktikan kedekatannya dengan Amirul Mukminin Harun Ar-Rasyid, iatu di Ruggah yang berada di negeri Syria.

Ketika Syeikh Al-Mansur menyampaikan seruan untuk berjihad di jalan Allah, tiba-tiba seberkas kain dilemparkan kepadanya, yang di dalamnya ada sebuah kitab. Al-Manshur membukanya dan di dalamnya tertulis : " Aku adalah seorang perempuan dari penduduk Arab. Aku telah mendengar apa yang di lakunya oleh bangsa Romawi terhadap wanita muslimah. Saya juga mendengar seruanmu kepada manusia untuk berjihad. Aku sengaja menyerahkan mahkota yang terdapat pada tubuhku, iaitu dua gelungan rambut yang aku potong dan aku bungkus di dalam bungkusan tersebut. Semoga dapat dipakai sebagai tali kendali kuda perang di jalan Allah. Semoga Allah menyaksikan itu dan memberikan rahmat kepadaku."



Al-Manshur tidak dapat menahan perasaan terharu saat membaca penyataan yang sangat menyentuh itu. Dia pun menangis sepuas-puasnya dan demikian pula orang-orang yang berada di sekitarnya. Maka Harun Ar-Rasyid bangkit dan memerintahkan untuk mempersiapkan pasukan tentera. Dia memimpin sendiri pasukan tersebut bersama para mujahidin di jalan Allah, hingga Allah memenangkan mereka.

Disini kita dapat melihat sesuatu fenomena tentang Adam dan Hawa, sang adamnya kita kenali sebagai terkenal dengan sifat egoisnya, dan sang hawa terkenal dengan 9 nafsunya yang hanya wanita tertentu saja boleh membendung. Selalu salah seorng dari keduanya akan kecundang sebab jarang dapat bekerjasama oleh peerbezaan tadi. Maing-masing tidak mahu mengalah dan masuk-masing mahu menunjuk diri ada kelebihan dan kepandaian, justeru dalam kesah di atas rupa-rupanya antara dua insan ciptaan Allah ini sangat saling memewrlukan dan bergandingan untuk membina sebuah empayar. Bukan meruntuhkannya dengan pergaduhan serta nafsu semata.




~Lelaki adalah Pemimpin, dalam kepimpinannya tidak perlu terlalu egois, lihatlah kejayaan Harun Ar-Rasyid hanya sekadar mendengar cerita dua relung rambut yang tidak ada kekuatan apa-apa di mendan perang, tidak boleh jadikan pedang or meriam hanya boleh menjadi pedati kuda..Tapi seandainya lelaki sekarang di campak dengan rambut entah apa yang berlaku agaknya..ha..ha.. tak boleh di bayangkan..minta jauh melaikat 44 je.

 ~ Dan wanitanya pula cukup yakin dengan apa yang dia buat dengan mencampak dua relung rambutnya,  membuahkan kejayaan tanpa berperasangka terhadap pemimpin ( lelaki le, x kira mane2, rumahtangga or pemimpin negara ). Positive thingking. Dia tidak merasa lemah dan berputus asa dengan kalimat 'wanita lemah'. segala apa yang ada pada dirinya sangat di hargai dan di manfaatkan untuk kebaikan bukan sebaliknya.





Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Tuesday, November 16, 2010

Suara Takbir Suara Cinta..

Bagai berderai nuraniku. Air mata ku deras tanpa di paksa, degup jantungku kencang perit, terasa sakit dan pedih di kalbuku..Suara takbir berkumandang mengegas dan mendatang sayu yang dalam. Menerobos setiap urat nadiku. Betapa sucinya kalimat itu, takbir dan tahmid, mendayu-dayu.
Terbayang  pengorbanan suci tentang tingginya sebuah cinta...Cinta sang hamba pada Khalidnya. Sangat murni, bening dan ikhlas. Tiada bahasa serta butir ungkapan yang cukup sempurna untuk cinta mereka ini.

1-Tentang pengorbanan pertama di lakukan di muka bumi ini yang di lakukan putra nabi Adam as. Khabil dan Qabil.. Masing mau membuktikan cinta tapi di situ juga menampakkan antara 2 cinta yang tulus dan cinta yang ada kepentingan. Terokai dalam Al-Quran ( Surah Al-Ma'idah 5 : 27-30 )

Tapi dengan penuh tragis dan kepedihan, rupanya sangat mahal untuk pembuktian cinta perlu mengorbankan nyawa serta perlu tinta darah untuk mencoret sebuah surat yang penuh pengabdian..Maha suci Engkau ya Allah..Apa kah aku layak untuk Percintaan dan Kecintaan ini?

2-Kemudian nostalgia abadi pengorbanan seorang ayah yang bernama nabi Ibrahim as yang di perintah oleh Allah menyembelih satu-satunya anak kesayangan, nabi Ismail as. Sang anak yang lahir dari sulbi kekasih Allah itu juga bukan calang cintanya..Dalam resah sedih antara cinta Allah serta taat dan kasih fitrah seorrang ayah, anak yang mulia itu sanggup menyeka air mata ayahnya , lalu menyatakan kalimat akhir yang cukup tegar dan pasti seolah mengatakn "wahai ayahku, jika ini adalah perintah dari Allah yang mencipta segala isi alam ini serta mencipta ayah dan saya, maka ayah berhak menurut apa saja perintahNya, kerana kita semua adalah pemberianNya yang berhak bila2 masa Dia minta pulangkan semula." Aduh, alangkah putihnya hati sang anak. "Saat itu berderai jatuh titisan airmata suci IBRAHIM, Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL Dikala itulah bermulanya sejarah Agung erti sebuah PENGORBANAN. (kullu 'Am Wa Antum Bi Alfi Khoir)" 

Di dunia ini wujud manusia yang merasakan imannya telah sempurna dengan melakukan ketaatan kepada Allah dalam perkara-perkara zahiriah , tapi di lubuk hatinya masih ada kecintaan kepada selain Allah. Maka ibadah korban sebenarnya mengajar kita mengikis kecintaan yang berkepentingan dan selain Allah itu..
  
Nabi Ibrahim telah membuktikannya. Cintanya kepada Ismail begitu mendalam. tetapi kecintaan kepada Allah mengatasi segalnya. Begitu jugak dengan putra nabi Adam as. 

Allah berfirman yang bermaksud :

"Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu."

( Surah Al-Hajj 22 : 37 )

Maka setiap insan yang melakukan ibadat korban hendaklah menilai diri, adakah ia benar-benar telah berjaya mengikis Cinta Dunia dan Takut Mati. Seperti cinta harta benda, gila puji, tu yang sukar di bendung bila gila puji..tak semudah yang di ungkap..kerana rasa tidak nampak hanya terkepung di lubuk hati, hanya Allah yang maha tahu..

 Maaf belum selesai..hu..hu.. ngantok pulak.. maafkan aku Tuhan ku..atas kelemahan ini
Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Monday, November 15, 2010

Aku singah

 
Bila mahu terbang, aku terbang.
Jika letih singgahlah mana-mana dahan atau apa sahaja.
Kerana tiada sangkar yang mengurung kita
Kerana tiada denak yang memerangkap kita.
Hati-hati dan serah pada Tuhan.



Akulah burung kecil itu
Berparuh kuning emas
Bersayap biru bermata unggu
Bila mahu terbang, aku terbang.
Jika letih singgahlah mana-mana dahan atau apa sahaja.
Kerana tiada sangkar yang mengurungku
Kerana tiada denak yang memerangkap ku
Aku tidak akan mematahkan ranting
Aku tak akan cederakan si kembang pagi
Taman akan bertambah warna dengan kehadiranku
Kerana kami saling berbagi warna-warna cinta


“DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN KECUALI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH YANG BERPESAN DENGAN KEBENARAN DAN BERPESAN DENGAN KESABARAN” (AL-ASR : 1-3)



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Sunday, November 14, 2010

"Mimpi Takkan Menjadi Nyata Jika Engkau Tidur "

~Waktu Itu~
 
 
Alhamdulillah dengan izinNya masih sempat mencuri waktu untuk mencoret sesuatu. Meskipun sedikit, harapan nya lebih daripada itu. cuma atas keterbatasan beberapa perkara menyulitkan keadaan untuk seketika waktu..

Di dinihari ini, belum lagi bersedia untuk berkongsi sedikit pengisian. cumanya, sekadar mahu melepaskan bebanan yang bermacam-macam di benak fikiran ini..
semakin tahu, semakin tak faham jadinya...

Nama pun manusia, tidaklah cukup kesempurnaan dalam hidupnya melainkan apa yang diperlukannya.. Ya Allah, diri ini terhimpit dengan bebanan perasaan..
 
 
 
Rinduku pada mereka, tak tertahan sebaknya.. jahil kah aku? x terkira berapa lama tak menghadap wajah2 itu.. perasaan mahu balik ketemu mereka yang dirindu tapi masih belum mampu... ada yang lebih perlu ku dahulukan.. Tiada ubat yang lebih baik melainkan bertatapan di depan mata. Lambat lagi untuk waktu itu... tapi yang pasti aku akan menunggu... Insya Allah jika Allah masih mengizinkannya, daku harap, mereka tidak terlalu rindu padaku, meskipun hidupku selalu tercampak di rantau orang, jarang bertemu seolah-olah tiada di tanah air sendiri. tak mengapalah, sebak itu biarlah ia berlalu, kadang-kadang ia perlu. hanya memori yang kekal di sini sementara menunggu waktu itu...

Ya Allah, selamat kanlah ahli keluargaku, sanak saudaraku, sahabat-sahabatku, guru-guruku, teman seperjuangan ku... tunjukilah kami jalan yang dire
dhai MU, sedikitkanlah apa yang perlu bagi kami, perbanyakkanlah apa yang kurang untuk keperluan kami... amin ya Rabb..

mereka yang dirindui... apa khabarmu disana?

Aku benar benar terpuruk oleh keracunan rindu, ia benar-benar membuat aku resah. Aku sering bertengkar dengan matahari dan bulan, kerana mereka asyik berkejaran membuat aku cukup cemburu, mereka tidak pernah bertengkar, asyik mesra berbagi panas dan dingin, berselimut cahaya bertikarkan gelap malam.

Sedangkan aku masih berlegar menatang sebutir cinta yang bakal ku tatahkan di rangka cincin harap yang belum tahu ada atau tidak.
Esok tetap di tangan Tuhan, bukan aku yang menentukan, tapi aku mengharap, semangatku semakin hilang semakinku kejar semakin menjauh kamu..

Ingin aku mengukir bahagia tapi di hatiku terukir kepedihan. Aku seakan hanyut di lautan lamunan yg tak bertepi.

Aku sering terjaga dari lelap, kerana mimpi mu mencuri tidurku. Emmm.. aku faham. Isyarat rasa bagai mengundang kalimat azimat untuk terus aku kuat..
Alahai..Ngantok pulak..sambung esok.

Selamat Malam Jeddahku. katilku, bantal, tilam, selimut putihku yang berbau ubat tak sewangi body shop..fuuuhhh.. atau Enchanteur. Kerusirodaku, jgn tersenyum sinis denganku. Ubat yang setia tersadai tu..' aku benci kamu' tapi aku juga tahu kamu suka saya..he..he..senyum kambing untuk kalian semua..



Senyum Kambing..


 

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...