About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Monday, November 8, 2010

KAU IMAM KU

 Sayang Kamu...Kepada mu yang aku sayang..
Aku titipkan setiap kalimat Cinta ini adalah bersyarat.

Assalamualaikum,

Kamu yang aku Sayang...

Aku jatuh cinta kepadamu bukan kerana siapa kamu.
Bukan kerana apa yang kamu miliki.
Bukan kerana apa yang telah kamu capai dalam kehidupanmu.
Bukan kerana kata-kata manis yang kamu ucapkan kepadaku.
Bukan juga kerana janji manis yang kamu taburkan.

Cintaku kerana cintamu kepada Allah.
Aku jatuh cinta ketika mendengar kata-katamu yang merendahkan diri di hadapan Allah.
Aku mahu mencintaimu apabila kau serahkan cintamu kepada Allah.
Cintaku mengekori disetiap syukurmu atas rahmatNYA.
Cintaku meniti tapak-tapak cinta dan kerinduanmu terhadap Rasulullah.
Cintaku membara semarak obor perjuangan yang kamu titipkan untuk agama Allah.
Cintaku ikut menangisi taubatmu kepadaNYA.
Cintaku mengaminkan doa-doamu kehadratNYA.
Cintaku melaungkan sokongan atas puji-pujianmu terhadapNYA dan RasulNYA.

Aku cinta kepadamu kerana Allah.
Subhanallah...


Sekelumit lagi ku layarkan 
Aku mahu engkau menjadi imam kepadaku dan zuriat ku.
Menjadi penarik tali di titian sirathalmustaqim
Tidak tergelincir kakiku
Tidak bolos dosa dalam nuraniku
Tidak terukir satu arca durhaka padaNya
Kerana aku mahu kau adalah Imamku...

Amiin Ya Allah.
Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

2 comments:

  1. Dia adalah teman sejati yg benar2 mahu bersama denganmu...bukan kerana darjatmu tetapi kerana kemurnian cinta itu sendiri, yang tercipta daripada keikhlasan hati. Dia mencintaimu kerana Allah, dengan dasar itu kamu pun boleh mencintainya dengan penuh keikhlasan kerana Allah. Kekuatan cinta kalian akan melahirkan kekuatan yg dahsyat yg membawa manfaat dan kebaikan. Kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan membawa kalian masuk ke Syurga...Itulah yang dimaksudkan dengan teman yang boleh diajak bercinta untuk ke Syurga..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...