~Hati seorang Lelaki~
Masa itu tiada lain hanyalah kesulitan lalu kemudian datang mengiringinya atau kesempitan. Lalu kelapanagn datang sesudahnya..
Ada seorang lelaki yang hidup dalam kebutaan, namun ia sangat bahagia bersama isteri yang di rasai menyintainya dengan tulus, anaknya yang kuat berbakti, dan seorang temannya yang dirasainya sangat jujur. Satu-satu yang mengurangi kebahgiaan hidupnya adalah kegelapan hidup yang di harunginya. Dia berharap suatu hari nanti dapat melihat cahaya, sehingga dia dapat menyaksikan kebahagiaan yang utuh dengan mata kepalanya sendiri.
Di tempat tinggalnya ada seorang doktor pakar mata. Dia pun menemuinya dan meminta ubat kepadanya, agar penglihatannya dapat pulih kembali seperti sediakala.Sang doktor pun memberi ubat yang berbentuk cecair yang dititiskn ke mata. Doktor menasihatinya agar menguna ubat dengan istiqamah dan teratur. Lelaki itu pun akur. Doktor berkata padanya , "Dengan mengunakn ubat ini secara teratur, nescaya engkau akan dapat melihat cahaya kembali dengan mendadal dalam waktu yang tidak dapat di tentukan."
Lelaki itu terus menerus mengunakan ubat tersebut, sedang orang-orang yang berada di sekitarnya telah berputus asa dari kesembuhannya. Akan tetapi, setelah Lelaki itu mengunakan ubat tersebut selama beberapa hari, ia dapat melihat cahaya kembali dan merasakan bahawa dirinya duduk di depan rumahnya. Dia bergegas berlari masuk ke dalam rumahnya untuk mengkhabarkan berita yang teramat menakjubkan ini kepada sang isteri yang tercinta. Namun bagai di sambar petir, dia melihat isterinya memadu asmara dengan sahabatnya yang telah mengkhianatinya. Ia hampir tidak percaya dengan pemandangan yang dilihatnya. Selanjutnya, ia beralih ke bilik yang lain untuk melihat anak lelaki kesayangannya, maka ia mendapati anak lelakinya sedang membuka peti besinya dan mencuri bahagian harta yang ada di dalamnya.
Sang lelaki buta itu pun kembali ke tempatnya seraya menjerit sekuat hatinya. "Ini bukanlah terapi doktor. Ini adalah sihir yang gila!!!." Dia pun mengambil paku dan mencungkil kedua matanya. Akibatnya dia kembali buta seperti sediakala dan menemukan kebahagiaan yang pernah ia rasakan sebelumnya.
Dalam kenangan celiknya yang gelap dan duka ia bawa dirinya menjauh. Jauh dari pencaroba penglihatan, sesungguhnya kebutaan yang Allah anugrahkan padanya adalah yang hakiki dan terbaik untuknya..Maka sang Lelaki mula pasrah tidak semua yang dia rasa indah itu baik untuknya..
Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintainya..
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintainya..
Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.
Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
No comments:
Post a Comment