About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Wednesday, September 15, 2010

Hatiku yang tercicir


&&&&&&&..Hatiku yang tercicir..




...Bilakah agaknya hati ini mampu tenang dan tenteram?? Hati ini terlalu busuk dengan nanah yang membusuk, hati benci mati, maka itu petanda jelas bahawa aku belum cukup mencintai Ilahi. Apakah cukup sekadar dengan keluhan? Padahal hidup memerlukan kayuhan. Kayuhan amal yang tidak putus-putus dan tanpa jemu-jemu. Kita boleh senyum ketawa dan mesra ketika bersama manusia, namun jauh di sudut hati, perasaan sedih dan merintih kerana mengenangkan dosa lalu, dosa kini dan dosa akan datang. Sesekali kita boleh tertawa dengan kebodohan diri, tetapi lama kelamaan jika kebodohan itu berulang, hati akan sengsara oleh satu pertanyaan:

Bila aku akan matang?


Saya tidak pasti apa punca yang membuatkan lama saya tidak menulis. Mungkin, jika hendak diletakkan alasan pasti menjadi seribu.

Ya, saya manusia biasa sahaja sahabat-sahabat, hakikatnya ada waktu dan ketika pasti akan menempuhi fenomena 'up and down', diuji turun naiknya IMAN.

Ada ketikanya, saya rasakan apa yang saya lakukan semuanya tak kena. Pada hari, minggu atau bulan yang malang itu, kecelakaan seolah-olah datang bertimpa-timpa

Bangun Subuh lewat, ngulang Quran tinggal, solat resah, baca buku dan talaqi pun malas, tayar motosikal meletup , bergaduh dengan arab dan macam-macam lagi.

Jadi, kalau demikian ceritanya, apa yang sebenarnya tidak kena ni? Hendak bermula dari mana? Wah, pening kepala dibuatnya.


Pernahkah sahabat dengar ungkapan yang berbunyi takdir sentiasa mengatasi tadbir.?

Takdir itu daripada Allah manakala tadbir daripada manusia yang lemah tidak berdaya. Namun itu bukan bererti kita lemah dan pasrah…

Maka 'Jabariah' dalam hidup itu, atau mengaku super power hingga terjebak dalam 'Qadariah' ketika merasakan diri bebas daripada ikatan Allah itu bukannya pegangan kita.

Kita umat pertengahan – ahli sunnah yang gigih mengatur sebaik tadbir, sekali gus menghulur setulus doa untuk dikurniakan Allah sebaik takdir!

Dalam apa jua keadaan, seorang hamba hendaklah faham bahawa bila keadaan tidak seperti yang diingini, langkah kita bukanlah mengubah keadaan itu tetapi terlebih dahulu mengubah diri sendiri.

Tanpa disengajakan rupanya banyak kali kita tersilap , kita hendak mengubah keadaan luaran sebelum mengubah diri sendiri. Itu salah rupanya, Sunahtullahnya tidak begitu.

Dalam apa jua kondisi, mengubah diri itu perlu diutamakan kerana itulah yang akan mengubah keadaan yang kita hadapi. Jadi, apabila berdepan dengan apa jua masalah pun, hendaklah diingat, ubahlah diri kita sebelum cuba mengubah perkara-perkara yang di luar diri kita.


Tegasnya, kejayaan yang diraih, atau kegagalan dan masalah yang menimpa dapat ditelusuri jauh ke dalam diri, arkitek sebenar di sini ialah diri kita sendiri, bukan orang lain.

Semua manusia mempunyai diari dan catatan perjalanan sendiri, bagi mereka tanggungjawab adalah beban dan memberi masalah. Padahal, tidak seorang pun tidak pernah merasakan kebebasan setelah berani memikul sesuatu amanah. Amanah kita sekarang ialah terhadap diri dan agama.

Ramai di kalangan kita, masih tercari-cari ‘pulau persinggahan’ sebenar, secocok dengan diri, kehendak diri, naluri iman. Perahu yang dikemudi tidak selama-lama berdaya mengayuh melawan badai mendatang, tapi bila mengenangkan nasib diri nun masih jauh lagi meneropong pulau persinggahan idaman, serasa sudah hilang minat untuk mengayuh, biarlah mati keseorangan di tengah-tengah samudera bahaya, tenggelam dipukul ombak.

Dalam suka ada sengsara, dalam duka pula ada kebahagian. Setiap daripada kita ada jalan cerita sendiri, dan rakaman hidup pada kedua-dua keadaan ini.

Sebaik sahaja, diri dilahirkan di dunia, mahu atau tidak kita pasti berhadapan susahnya menghabiskan sisa-sisa hidup. Orang yang hidup lebih dahulu daripada kita hanya mampu tinggal pesan, suri teladan agar kita mampu mentadbir diri, dan keluarga.

Buatlah pilihan terbaik pada diri kita, tinggal lagi mahu atau tidak.











"SAYANG SARAWAK..." Jika aku masih ada di Ramadhan kali ini,maafkanlah,kerana aku takut tidak berkesempatan mengakhirinya atau mngucapkan wida' di akhirnya...





@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


"MAMA OH MAMA" = (Air Tangan)..

Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu.

Mengapa?

Kata orang, itulah penangan ‘air tangan’. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak ‘terlarut’ bersama bahan-bahan masakan.

Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu?


Mama suka buat emping padi yang sudah di angin dan di tumbuk cara tradisi..Mama tumbuk sendiri..

Kalau di Sarawak di goreng n di makan ketika sarapan pagi..


Mati Untuk Hidup





“Barangsiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup!”

Itulah kata-kata yang terpacul dari mulut sahabat saya tatkala saat hari lahir saya yang lepas. Agak terasa jugalah saya bila menerima penangan ‘percuma’. Saya kurang mengerti apa motifnya sahabat saya perlu berkata sebegitu rupa pada hari lahir saya  (1 Mac ).

“Untuk apa kita mati?,i belum bersedia lagi untuk itu.”

“Untuk hidup…” jawab sahabat saya.

Saya diam dan terkial-kial. Apalah agaknya yang dimaksudkan sahabat saya seorang ini.

“Mati untuk hidup?”
 
Antara Perkataan Umar Ibn Aziz yang pernah beliau ungkapkan,

“Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi – alam akhirat. manusia diciptakan untuk hidup selamanya. Hidup selepas mati itulah hidup yang hakiki!”


Ya. Hidup di sini, di dunia ini, adalah tanaman untuk tuaian pada hidup kita di sana,.Maka akhirat itulah tujuan hidup yang fana ini, dan demi kelangsungan hidup yang baqa itu.



"Aku melukis hati ini yang dulu 2 kini jadi satu -hanya tinggal satu bkn BERSATU..hu..hu.."

                 
~Namun lukisan sudah pudar di telan waktu, lantas aku tenunkn ukiran puing-puing hati dgn benang kenangan~

 



Alhamdulilah, itulah ucapan yang mampu saya ungkapkan setelah melangkah keluar dari dewan peperiksaan hari ini. Walaupun ada sedikit gementarnya, tapi ketenangan yang saya rasa sungguh mententeramkan, dan perasaan tenang itu menjadi lebih indah setelah membersikan anggota yang 4 dan terus mengadu cinta dan rindu pada-Nya. Indahnya merasakan ketenangan anugerah Mu itu ya Allah!! Banyak benda hari ini saya belajar, saya sangat bahagia hari, sungguh saya terlalu bahagia hari ini. Apa sebab? Saya tidak pasti, betul! Amat tepatlah bahawa apa yang kita fikirkan, selalunya sangat mempengaruhi hati dan suasana yang ada disekeliling kita. Justeru, jika kita ingin mengetahui bagaimanakah keadaan pemikiran kita – sama ada positif atau negatif, kesanlah perasaan kita. Ceria atau nestapa. Jika ceria, insya-Allah itu petanda fikiran kita positif dan insya-Allah tindakan-tindakan kita pun akan jadi positif juga. Tindakan yang positif, akan menghasilkan natijah yang positif. "Sebanar aku terduduk juga dengan hentakkn perasaan yg rawan.." Pak Salleh bakal pak mertuaku datang pagi2 menyampaikn satu kertas dari Wisma Putra. "Anak kena kuat, terus berdiri jgn duduk, jangan keluarkan air mata,sebab pak cik boleh tahan semua itu dari semalam, 24 jam pakcik bergelut dengan keberatan jiwa ini" kerut muka jernih itu aku selami dalam-dalam, apalah yang mahu di sampaikn bakal pak mertua ku ini, desah hati ku penuh debar dan tanda tanya.. " Ada apa pak cik??" aku toleh mak Jah di sisi pak Saleh. Mak Jah berpaling terus berlalu seolah mengendong satu beban yang berat. Aku tambah binggung. Hemm apalah pulak ni.  "Akak,abang Adi dah meninggal dunia, dia terlibat dalam kemalangan 2 hari lalu di Bahrin". on the sport Khalil adik Rusdi bersuara bila semua bungkam. Antara percaya dan tidak aku gagah untuk pura-pura menerima hakikat. sebenarnya aku rasa bagai mimpi. Semua itu tidak benar, baru seminggu kami siang malam berchat, abng Adi tanya dan berjanji beli jubah, minyak wangi, beg tangan untuk ku. 3 bulan lagi ijab kabul. Apa semua ni?. Mimpi? ngigau? gurau? or apa??

SEPARUH HATIKU PERGI.....


Aku hanya duduk di sini..dewan peperiksaan sudah lenggang dan sunyi..sesunyi hatiku..
"Aku tak menangis!! tak nangis"..getus hatiku..tapi ada aliran suam melaruri pipiku

Air ini mngalir perlahan,kemudian deras,deras lagi..sebahgiannya mnggalir ke dalam benak ku..Menjadi sungai duka yang menghayutkn setiap bibit-bibit 
harapan..
~Apakah berdosa aku menyintai?~

Malam ini, aku sudah sujud sejenak dlm sujudku aku berasa tenang dan aku bisa melupakn mu seketika,namun setelah selesai uzlahku, rindu padamu berlabuh semula di kamar hatiku. Menyelimuti resah, membelai gelisah. Entah mengapa semakin aku ingin melupakan dirimu semakin rindu itu  memeluk  gelombang jiwaku. Semakin aku ingin membuang namamu jauh dari ingatanku, semakin menghujan lembar wajahmu menerpa memenuhi relung benakku. semakin  ku kunci pintu cinta itu mendakap kukuh di pintu hatiku. 

 
Wahai Yang Membolak Balikkan Hati…. damaikan aku dari terus mengelojak cinta padanya. Aku tidak sanggup berbicara dengan angin, merenung senyum bulan dan memeluk kawanan hujan. Aku menyoal diri. Apakah salah jika aku menyintaimu ? Berdosakah aku ? Sedangkan kita terpisah oleh lautan. Debunga cintaku merimbun dedaunan penuh kehangatan. Aku ingin kau tahu bahawa aku jua mencintaimu, spt dirimu yg menyatakn 'SELAUT RINDUMU'. ukiran bahasamu itu mnjadikn aku mabuk dalam bahtera kerinduan..macam nak mati je..

Anehnya cinta kita,hemm.teman2 ku mengatakan aku sudah gila..'Di Malaysia bersepah mamat yang gagah dan hensem2, nape jejaka dari seberang jugak yang u mau?''Aduh!! kamu sudah menempah bala Putri, kamu tau risikonya terlalu banyak'.
Aku hanya tersenyum kambing  walaupun tidak pernah melihat kambing tersenyum.
'Dasar Cinta Itu Buta' getus temanku, itu salah gumamku,bCinta tidak buta, kerana ia anugrah Allah yang terindah pernah ku rasa, hanya bezanya bila kita menyintai manusia kita akan jadi resah gelisah, rindu tak keruan. Aku amat faham bahawa itu kefanaan,bukan hakiki, cinta hakiki hanya pada Allah saja yg boleh menjadi jiwa tenang dan bahagia..





Antara kasih sayang dan cintaku padamu..aku terpaksa memilih pengorbanan biar pun atas penderitaan dan air mata.Aku berharap kau akan mengerti atas nilai2 pengorbanan bukan penderitaan yang di sengajakn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...