UBAT??.. aduhai, pahit. Ingat kata-kata mama masa aku kecil-kecil, liat nak makan ubat, siap kena tangkap dagu dan kena pegang 2 or 3 orang lagi. Itu tak termasuk yang kena sepak terajang..'buasnyeee..budak ni'. Ayah selalu mengeluh.
'Kalau tak pahit bukan ubat sayang'. pujuk mama. Itu je lah yang terpacul dari bibir mama dengan nada suara yang lembut bak desiran bayu. He.he.. seandainya ubat semanis kata-katakan best. Ini..fuuhhh, uweekkk!!.
Cepuk kena lepuk dek ayah, ' tak mau makan ubat masuk hospital, nanti doktor cucuk dengan jarum gajah baru tau, pilih, nak kena cucuk atau telan ubat tu?' jerkah ayah buat-buat garang..takkkan marah anak kesayangan waktu sakit kot, tapi itulah kasih ayah. Aku yang degil.
Now, tiada siapa yang akan marah atau menyuapkan ubat lagi. Rasa sayu menuntun jiwa. Aku renung wajah nurse yang cantik itu, senyumnya tidak semanis dan seindah senyuman mama, kalau ada mama tak makan ubat pun dah kebah demam tapi yang ni aku bertambah-tambahlah pulak demamnyya.
Ni lagi satu wayer yang berselirat ni, jarum kat tangan, gerak sikit dah berdarah..fuuuhh, rasa mau cabut je benda ni..
Bagaimana akan mahu melupakan semua ni? Sakit, sedih, sayu dan rindu. Aku rindu nak balik. Aku rindu rumahku, ikan-ikanku, kucingku, iguanaku, kura-kuraku dan apa cerita yuyu? ( ikan puyu ). Dia gaduh lagi dengan Ciku Nani kucing kukah?. Bagaimana dengan Burney ( iguanaku ), bertambah besarkah dia, atau hari2 gaduh dengan bibik yang pengeli tu, Burney suka buka sangkar sendiri..kunci pun terlepas jugak.
Dan yang paling gawat meredah hatiku dapat meseg dari my PA, esok malam ada perlawanan akhir bola Kelante VS Negori. Aku tersenyum sendiri ada orang nak sponsor tiket. Allah apa nak jadi aku ni, bukan minat sangat pun bola tu, oleh kerana abang-abang tu lah abang dan diri seorang adik perempuan ginilah nasibnya. Kemana tumpahnya hobi bersama kalau tak adik pompuannya nilah mangsa. Racing motor aku jugak, sebab abng kedua kaki motor, racing kereta aku jugak sebab abang ke tiga ada kelab kereta. Mane nak elak, semua pakat usung aku ke hulu ke hilir. Sudah tua macam ni mulalah ada tabiat sendiri. Abang sulung kaki bisness.
Aku cuba gerakan kakiku, aduh sakitnya. Pinggangku bagai nak putus. Aku muhassabah diri ku apakah ini balasan atas kealpaanku? Tapi jika benar aku sentiasa bersangka baik dengan Allah. Nikmatnya sudah terlalu banyak aku kecapi. ‘Alhamdullah terima kasih Tuhan’. Sekali lagi aku di beri peluang oleh Mu ya Allah dengan membangunkan aku dari lena yang panjang, sesungguhnya seksa yang amat.
'Awak dah Mati sebenarnya? selepas ini apakah kamu mahu mengulangi kerja-kerja yang sia-sia?'
Aku mahu pulang!!, apa cerita kat pejabat ni?.Berlambak-lambat dah laporan yang hebat dan baik-baik aku terima, bisness partner? ok..semua ok, ye ke ok. Aku tersenggeh, macam aku ni budak kecil tadika je di buatnya, kalau nak senangkan hatiku tak payah reka cerita, cakap je yang betul, hakikat, jangan mikirkan aku akan pengsan dan terkejut, segala rencah dan asam garamnya aku dah lalui dan ketahui biarpun masih baru tapi tak perlu untuk menyenangkan hatiku jika kamu sayang padaku. Ceee, dengar tu wahai warga pejabatku. Aku baik-baik saja. Walau pun aku tidak boleh bangun dan berjalan lagi tapi hatiku sudah bersedia untuk kembali bergelanggang.
‘Aku akan bangun dalam dudukku’, itu kamu semua pasti selagi Allah bekalkan hayat ini aku tidak akan terus berputus asa dengan ujian ini.
Ada yang tanya tu, kenapa Tajuk tu macam tu? Jatuh cinta kah? He..he..otak kata begitu. Ya tidak dinafikan sebab aku insan biasa. Tapi aku mahu nyatakan kondisi dan situasiku ini. Ada lagikah kekasihku? Setia lagikah dia?. Apa akan Dia rasa setelah aku pulang dengan kerusi rodaku?..masih adakah CINTA?
Wahai insan yangku sayang, kalian tidak tahu apa yang aku alami di sekitar lenaku yang panjang. Belum cukup waktu untukku lakarkan didada blog atau apa saja yang bisa ku titipkan. Kerana mungkin tidak ada bahasa yang boleh menyatakan, namun akan ku kongsikan agar ia menjadi iktibar pada kita semua. Aku tidak akan kedekut tapi mungkin masa ini terlalu memberi syarat, tubuhku masih terlalu seksa dengan kesakitan tapi hatiku meronta-ronta sebenarnya mahu memuntahkan peristiwa dan derita..
Aku tidak akan mengalah biar pun Rambulan Tertawa Dan Bintang-Bintang Bersorak-Sorai Lalu Mengapa Aku Biarkan Kesedihan Membunuh Dan Mencekik Kebebasanku, Tidak Akan Ku Biarkan.
Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...