Sesungguhnya Peralihan Dari Kekeliruan Kepada Kebenaran, Memerlukan Perjuangan Yang Panjang, Tetapi Semuanya Terasa Indah. Oleh kerana itu setiap kita harus melihat ujian dan penderitaan dari sudut positif baru kita mampu mengolah kepedihan menjadi resipi yang luar biasa untuk kasihatan hati dan minda.
Pantainya yang panjang dan bersih.
Sayang Sarawak..Emmm mendayu-dayu suara Dato' Syarifah Aini..Hemm dia faham ke apa yang dia lagukan atau hanya lirik saja..
Sayang Sarawak sidak madah sungeinya sempit
Tempat mandik si anak dara
Kamek pernah hidup berakit
Siklah terasa apa yang sudah di kata,
Anak dara pukul rebana
Anak laki suka bertandak
Kitak orang sik tauk kamek tok merana
Kenak kitak kedak endak sik endak..
Kek Lapis Sarawak nok nyaman, toklah rupanya.( kek lapis Sarawak ini lah rupanya).
Cukuplah tu..
Terkenang zaman kanak-kanak ku yang terindah. Nama kampungku 'PENET'. dengar kesah orng putih zaman broke datang berjalan-jalan ke tempatku. Kebetulan waktu itu petani banyak menanam kacang, depa sebut Penaut, he..he.. orng kampung terus cakap 'ini kampung 'Penet'. Kampung ku diantara kampung Judan dan Oya. Pantainya indah, pasirnya putih dan memanjang. Fuuuhhhh..rindunya.
Pantai Kampung Ku
1- Mandi Safar. Emm..masa tu tak tau ianya kurafat, main terjun laut je..
Kerja aku masa tu mak suruh petik daun pokok safar yang daunnya panjang berwarna merah unggu, cantik. Petik beberapa helai. Nanti atas daun tu di tulislah dengan huruf jawi, bismillah ke, or apa-apa je hajat dan niat, rendam dalam sebaldi air, mandi sebelum subuh atau pepagi lagi terjun laut. Aku ingatlagi atas daun safarku aku tulis namas seorang mamat kampung yang sama saru kelas dengan ku, aku berniat supaya exam penggal akhir dia dapat tempat ke dua dan aku suka dia. ( he..he..last dia memang suka juga tapi aku pulak tak suka sebab dah pi sekolah menengah ? 'Mandi safar', dengan niat buang sial atau tolak bala'. Aku mandilah dengan kekawan puas2. Mak tonyoh kepalaku dengan bunga Setuli, sejenis bunga berwarna putih yang sangat harum, dah pupus dah pokok tu, kat kampung ada lagi ke tak. Nanti balik nak cari lah, bawa ke KL.
2- Kaul - Ini paling best dan sangat di tunggu-tungu. Sebab pe? Sebab masa ni seluruh penduduk 3 buah kampungku tu berpesta, masak sedap-sedap, berhias, semua di hias dengan anyaman daun kelapa. Pokok nipah dan macam-macam lagi. Sayang masa tu tak hp lagi, tak boleh tangkap gambar, kamera pun tak punya..he..he.
Gadis Melanau Dengan Terendak |
Makanan akan di hidang sepanjang pantai, semua orang boleh rasa, itu yang best dan begitu kuat rasa muhabbah di antara pemduduk kampung ibaratkan hidangan satu keluarga besar.
Tibau
Acara kemuncak ialah memberi makan pada IPUK atau penunggu. Untuk makanan penunggu lebih istimewa dari makanan yang ada, seperti pulut kuning lengkap dengam set rendang, Apit ( ketupat nasi ) buah-buahan, air kopi,oren or teh, siap dengan serih one set dengan pinang, rokok daun kirai atau rokok daun siap dengan tembakau.. Makanan tersebut akan di susun dalam SEHAHENG yang lebih kurang tingginya dalam 4-5 meter tinggi.
Sebelum upacara menaikkan SEHAHENG, akan di adakan tarian khusus panggil Ipuk yang di persembahkan oleh orang tua-tua yang siap dengan jampi serapah. Dengan tarian bagaikan silat dan bersilat pun diringi paluan gong yang seakan irama gamelan atau kuda kepang., sangat unik.
Tarian Tradisional Kaum Melanau (dulu panggil Ipok). |
Last semua pulang sebab sudah petang. Aku dan teman-teman akan pulang lewat sebab mengintai SEHAHENG, makanan kat atas tu lebih sedap. Kami mula operasi membedal makanan..licinnnn..Esoknya datang lagi sebab semalam tertinggal buah yang masih segar. Belum beberapa tapak kami terdengar orang bercakap-cakap dalam bahasa melanau yang lebih kurang dalam bahasa melayunya "ooo lapar betul rupanya Ipuk kita, patutlah kelaut tak dapat ikan dan huma dimakan binatang, seminggu lepas anak si polan mati lemas kat laut sebab Ipuk kita marah rupanya:".
Aku sudah tidak tahan menahan gelak, nasib kawanku sempat tutup mulutku. Perutku macam mahu pecah kerana geli hati. 'Kita lah Ipuk lapar tu'. kata temanku. Sampai saat ini rahsia itu kami simpan hanya aku dan teman-teman yang terlibat tahu. Tapi aku merindui mereka entah apa cerita mereka?, dimana, ada lagi ke?, ah aku harap satu masa kami akan di pertemukan, kalau boleh di musim pesta Kaul jugak, he..he nak mengintai Tibau pulak,tak adalah nak panjat lagi, badan dah begini.
Secara pribadi aku sangat suka akan adat resam ini. Sekarang Mandi Safar sudah tidak ada yang tinggal hanya Pesta Kaul. Aku harap khazanah budaya ini di pelihara sebagai salah satu adat dan kebudayaan untuk genarasi akan datang. Bukan dalam bentuk fahaman dan kepercayaan tapi sebagai khazanah tradisi.
Rupa SEHAHENG pun dah ingat2 lupa,sepatutnya benda tu ada sebagai replika, tanda ingatan, hu..hu, Tibau masa tu aku tak lepas nak bergayut. Takut, gayat.
Selidikilah Masa Lalu Dan Masa Sekarang Kita, Kerana Hidup Ini Terdiri Dari Bermacam-macam Pengalaman Yang Berkesinambungan, Seseorang Harus Keluar Darinya Dengan Membawa Kemenangan..
Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...