About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Sunday, November 14, 2010

"Mimpi Takkan Menjadi Nyata Jika Engkau Tidur "

~Waktu Itu~
 
 
Alhamdulillah dengan izinNya masih sempat mencuri waktu untuk mencoret sesuatu. Meskipun sedikit, harapan nya lebih daripada itu. cuma atas keterbatasan beberapa perkara menyulitkan keadaan untuk seketika waktu..

Di dinihari ini, belum lagi bersedia untuk berkongsi sedikit pengisian. cumanya, sekadar mahu melepaskan bebanan yang bermacam-macam di benak fikiran ini..
semakin tahu, semakin tak faham jadinya...

Nama pun manusia, tidaklah cukup kesempurnaan dalam hidupnya melainkan apa yang diperlukannya.. Ya Allah, diri ini terhimpit dengan bebanan perasaan..
 
 
 
Rinduku pada mereka, tak tertahan sebaknya.. jahil kah aku? x terkira berapa lama tak menghadap wajah2 itu.. perasaan mahu balik ketemu mereka yang dirindu tapi masih belum mampu... ada yang lebih perlu ku dahulukan.. Tiada ubat yang lebih baik melainkan bertatapan di depan mata. Lambat lagi untuk waktu itu... tapi yang pasti aku akan menunggu... Insya Allah jika Allah masih mengizinkannya, daku harap, mereka tidak terlalu rindu padaku, meskipun hidupku selalu tercampak di rantau orang, jarang bertemu seolah-olah tiada di tanah air sendiri. tak mengapalah, sebak itu biarlah ia berlalu, kadang-kadang ia perlu. hanya memori yang kekal di sini sementara menunggu waktu itu...

Ya Allah, selamat kanlah ahli keluargaku, sanak saudaraku, sahabat-sahabatku, guru-guruku, teman seperjuangan ku... tunjukilah kami jalan yang dire
dhai MU, sedikitkanlah apa yang perlu bagi kami, perbanyakkanlah apa yang kurang untuk keperluan kami... amin ya Rabb..

mereka yang dirindui... apa khabarmu disana?

Aku benar benar terpuruk oleh keracunan rindu, ia benar-benar membuat aku resah. Aku sering bertengkar dengan matahari dan bulan, kerana mereka asyik berkejaran membuat aku cukup cemburu, mereka tidak pernah bertengkar, asyik mesra berbagi panas dan dingin, berselimut cahaya bertikarkan gelap malam.

Sedangkan aku masih berlegar menatang sebutir cinta yang bakal ku tatahkan di rangka cincin harap yang belum tahu ada atau tidak.
Esok tetap di tangan Tuhan, bukan aku yang menentukan, tapi aku mengharap, semangatku semakin hilang semakinku kejar semakin menjauh kamu..

Ingin aku mengukir bahagia tapi di hatiku terukir kepedihan. Aku seakan hanyut di lautan lamunan yg tak bertepi.

Aku sering terjaga dari lelap, kerana mimpi mu mencuri tidurku. Emmm.. aku faham. Isyarat rasa bagai mengundang kalimat azimat untuk terus aku kuat..
Alahai..Ngantok pulak..sambung esok.

Selamat Malam Jeddahku. katilku, bantal, tilam, selimut putihku yang berbau ubat tak sewangi body shop..fuuuhhh.. atau Enchanteur. Kerusirodaku, jgn tersenyum sinis denganku. Ubat yang setia tersadai tu..' aku benci kamu' tapi aku juga tahu kamu suka saya..he..he..senyum kambing untuk kalian semua..



Senyum Kambing..


 

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

AIDILADHA.

Selamat Menyambut Aiduladha..

Malam di Masjid Putrajaya..



AidilAdha yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Sambutan hari raya ini oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah.

Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud: 

"Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri."


 
Ibn Taimiyah juga menyebut perayaan ini adalah suatu 'syariat' seperti ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama atau ibadat (yang wajib diikuti oleh masing-masing)." 

(Surah Al-Maidah, ayat 48)

Oleh itu, perayaan yang diraikan umat Islam bukan semata-mata aktiviti sosial tetapi adalah satu ibadat yang dituntut dalam agama.

Garis panduan merayakan Aidilfitri dan Aidiladha ada persamaan dan perbezaan. Jika pada Aidilfitri kita dilarang berpuasa pada hari raya pertama, pada sambutan Aidiladha dilarang berpuasa selama empat hari.
Bertakbir hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah selepas solat sunat Aidiladha.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan."  

(Hadis riwayat At-Tirmizi)




Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.

Allah berfirman yang bermaksud:
 
"Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan." 


(Surah Al-Haj, ayat 37) 



Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 14 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya.

Kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha. Kegembiraan meraikan hari raya amat digalakkan dalam mentauhidkan Allah.




Ibadat korban mencerminkan dua perkara. Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat. Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.

Firman Allah yang bermaksud: "Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa."  

(Surah Al-Maidah, ayat 27)


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...