Bila mahu terbang, aku terbang.
Akulah burung kecil itu
Jika letih singgahlah mana-mana dahan atau apa sahaja.
Kerana tiada sangkar yang mengurung kita
Kerana tiada denak yang memerangkap kita.
Hati-hati dan serah pada Tuhan.
Akulah burung kecil itu
Berparuh kuning emas
Bersayap biru bermata unggu
Bila mahu terbang, aku terbang.
Jika letih singgahlah mana-mana dahan atau apa sahaja.
Kerana tiada sangkar yang mengurungku
Kerana tiada denak yang memerangkap ku
Aku tidak akan mematahkan ranting
Aku tak akan cederakan si kembang pagi
Taman akan bertambah warna dengan kehadiranku
Kerana kami saling berbagi warna-warna cinta
“DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN KECUALI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH YANG BERPESAN DENGAN KEBENARAN DAN BERPESAN DENGAN KESABARAN” (AL-ASR : 1-3)
Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...