About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Monday, January 31, 2011

Sakitnya Mati


Tuhan Ini Saja Yang Aku Bawa Di Saat Persemadian Ini..





Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.










Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:


1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih


Amalan harian:


1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah


Amalan yang perlu dijauhi:


1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.

Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya:



"Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" 


Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." 


Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."


Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata:


 "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."

Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh:



"Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."






Sekadar Gambar Hiasan,, namun kematian itu pasti..
  


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Monday, January 24, 2011

Hari2 Yg Genting...





Assalamualaikum wtb..


Bismillah...


Dah lama x update blog ni..entah rasa lemah dan x larat..Rasa mau menyendiri dan menyepi, rasa letih dan sunyi..Lalu aku bawa sebentar diriku ke satu sudut yang sunyi..Bukan melarikn diri tapi mengumpul kekuatan di atas sejadah cinta padaNya..


Apa pun aku sangat bersyukur..mampu lagi aku mengetik setiap ayat dan bait,,biar pun tak seindah selalu..'MAAFKAN AKU DI SAAT AKU LEMAH INI..'



Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Buah Hatiku... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Friday, January 14, 2011

::..LEUKIMIA..::

  

Perkongsian buat insan2 yg tersayang..
'Aku Adalah Sebahagian Dari MEREKA'..@ 'Aku Adalah MEREKA..'


Keadaan kanak-kanak yang menghidap leukemia mengundang simpati. Leukemia adalah kanser tisu yang menghasilkan darah, termasuk sumsum tulang dan sistem limfa.




Leukemia berasal daripada perkataan Greek bermaksud darah putih dan penyakit ini biasanya bermula dengan masalah sel darah putih.

Dalam keadaan normal, sel darah putih bertindak sebagai penghalang jangkitan yang membahagi secara teratur untuk menambah bilangannya dan leukemia mengganggu perjalanan proses ini.


Sum-sum tulang pesakit leukemia menghasilkan banyak sel darah putih berlainan bentuk dan tidak berfungsi dengan baik. Akhirnya, kehadiran sel darah putih yang terlalu banyak akan menghalang pembentukan sel darah putih yang normal dan menjejaskan kebolehan badan melawan jangkitan.





Sel leukemia ini juga mengganggu sel darah lain, termasuk sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan dan platlet yang membantu pembekuan darah untuk mengawal pendarahan.

Leukemia sebenarnya bukan penyakit kanak-kanak seperti disangkakan. Ada empat jenis utama leukemia dan hanya sebahagian yang menyerang kanak-kanak dan boleh membawa maut jika tidak mendapatkan rawatan.

Simptom Leukemia

Simptom leukemia berbeza-beza, tetapi secara umumnya pesakit mengalami demam dan letih berpanjangan, jangkitan yang susah sembuh, hilang selera makan, berat badan menurun, nodus limfa dan hati bengkak, mudah luka dan berdarah, kulit berbintik merah, berpeluh pada waktu malam dan sakit tulang.




Semua tanda ini bagaimanapun bergantung kepada jumlah sel darah putih yang terkumpul dalam badan pesakit. Biasanya, tanda awal leukemia sering dilepas pandang kerana ia menyamai simptom selesema dan penyakit biasa lain.

Doktor membahagikan punca leukemia mengikut jenisnya - akut dan limfositik. Dalam leukemia akut, sel darah yang tidak normal adalah sel tidak matang (blasts). Sel ini tidak boleh berfungsi secara normal dan membahagi dengan cepat. Jadi, penyakit mudah menjadi serius dan memerlukan rawatan segera yang agresif.

Dalam kes kronik membabitkan sel darah lebih matang, sel-sel darah ini akan mengganda dan berkumpul lebih perlahan, boleh berfungsi secara normal bagi satu tempoh tertentu. Sesetengah jenis leukemia kronik tidak menunjukkan simptom dan pesakit tidak mendapatkan rawatan hinggalah apabila sudah terlalu serius.




Klasifikasi kedua pula dibuat berdasarkan jenis darah putih yang terbabit. 

Leukemia limfositik memberi kesan kepada sel limfoid atau limfosit dan membentuk tisu limfoid atau limfa.

Tisu ini adalah komponen utama sistem imun badan yang ada di semua bahagian tubuh, termasuk nodus limfa, limpa dan tonsil.

Leukemia mielogenus pula membabitkan sel mieloid iaitu penghasilan sel darah (sel darah merah, putih dan platlet) dalam sumsum tulang tidak normal.

Antara jenis leukemia yang paling lazim adalah mieologenus akut (yang berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa), limfositik akut (biasanya pada kanak-kanak), mielogenus kronik (menyerang orang dewasa) dan limfositik kronik (dewasa).

Bagaimanapun, punca sebenar leukemia belum dapat dipastikan dengan tepat. Sehingga kini ia dipercayai berkaitan rapat dengan genetik dan faktor persekitaran.

Apa pun sebabnya, bilangan sel darah putih yang normal dan sihat akan melemahkan sistem pertahanan badan, menyebabkan pesakit mudah mendapat jangkitan, anemia dan pendarahan teruk. Sebaliknya, mempunyai terlalu banyak sel darah putih akan merosakkan fungsi sumsum tulang dan memasuki organ badan lain. Jika berlaku pendarahan atau jangkitan, ia boleh membawa maut.

Faktor Risiko dan Jenis Rawatan

Antara faktor risiko mendapat leukemia termasuk terapi kanser (kemo dan radioterapi), genetik, pendedahan kepada radiasi atau bahan kimia seperti benzene (dalam minyak tanpa plumbum, asap rokok dan bahan kimia industri). Bagaimanapun, biasanya orang yang kerap terdedah kepada faktor di atas tidak mendapat leukemia.




Jika anda mengalami simptom leukemia, segera jalani pemeriksaan kesihatan. Tidak seperti kanser lain, rawatan leukemia rumit kerana ia membabitkan sumsum tulang yang menghasilkan sel darah merah, putih dan platlet - yang sangat penting untuk hidup.

Jenis rawatan- bergantung kepada banyak faktor, termasuk umur, keadaan kesihatan dan tahap penyakit. Cara paling utama adalah kemoterapi untuk membunuh sel leukemia secara pengambilan pil atau suntikan terus ke dalam salur darah.

Terapi biologi atau imunoterapi juga dijalankan untuk meningkatkan tindak balas sistem imun badan terhadap kanser. Manakala rawatan radiasi menggunakan sinar-x atau sinar bertenaga tinggi lain untuk memusnahkan sel leukemia dan menghalang pertumbuhannya.

Kaedah lain adalah pemindahan sumsum tulang. Dalam kaedah ini, pesakit diberi kemoterapi atau radiasi pada dos lebih tinggi untuk memusnahkan sel leukemia dalam sumsum tulang. Sumsum tulang diperoleh daripada penderma sesuai atau sumsum tulang pesakit sendiri.

Pemindahan sel stem lebih kurang sama dengan pemindahan sumsum tulang dan sel stem diambil daripada darah pesakit atau penderma. Kaedah ini lebih popular daripada pemindahan sumsum tulang kerana tempoh penyembuhan yang singkat dan kurang risiko jangkitan.




Menghidap kanser - sebarang jenis kanser adalah pengalaman paling mengerikan, terutama jika ia membabitkan anak kecil. Apa pun keadaan anda, ingat, anda tidak bersendirian.


Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah (zikir) kepada Allah, sebanyak-banyaknya. Bertasbihlah kepada-Nya pagi dan petang -Al Ahzab 41-42

Kesimpulannya: Sebagai makhluk yang diciptakan, orang Islam harus sentiasa mengingati Allah melalui zikir dan tasbih dan ibadah lain. Dengan cara ini, kita akan tenang dan sentiasa rasa dekat dengan Allah.

Anda perlu kuatkan semangat menghadapi dugaan ini. Beberapa cara boleh dilakukan, termasuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai penyakit, kaedah rawatan dan kesan sampingannya.

Dapatkan sokongan keluarga. Jika tidak, sertailah kumpulan sokongan pesakit kanser. Ini penting untuk meningkatkan tindak balas badan terhadap rawatan. Berbual dengan pesakit yang senasib sedikit sebanyak akan membantu menguatkan semangat dan pengalaman orang lain boleh membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Buat rancangan mengubah kehidupan mengikut kemampuan anda. Pastikan anda meluangkan masa untuk diri, ambil makanan seimbang, bersenam dan dapatkan rehat yang cukup. Serta mendekatkan diri pada Allah..( berusaha berdoa serta bertawakal pdNya )..

Kekalkan kehidupan yang aktif. Menghidap penyakit bukan bermakna anda perlu mengenepikan kegiatan digemari. Jika anda suka menyertai aktiviti kemasyarakatan, teruskan kerana ia membantu anda meningkatkan kualiti hidup.



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Wednesday, January 12, 2011

~:: Behind My Smile ::~

. Asslamkumwtb..

Aku mau menulis dengan Rasa Sayang Dan Cinta..pagi ni..

 Bismillahirrahmanirrahim..




 Aku pagi ni terasa lebih dri selalu, aku rasa sangat di perhatikan, bagai dekat dgn urat marikhku..rasa dingin merembas seluruh kulitku..

Setiap sudut dan inci aliran darah dan nafasku sangat di kira dan di kaji, seolah aku bagai di satu ruang pameran kaca..berjuata mata memandang dan meneliti..Tapi kali ini lagi dekat dan dalam, bagai terus menerobos dlm tulang sum2 dan tulang hitam ku, nafasku bagai di saring, denyut nadiku bagai di sua dengan alat pengesan yang cukup canggih..





Imagine a CCTV system so advanced, that it not only records what you
do, but also what you say, hear, see, think and feel, 24 hours a day,
for the whole span of your life. Imagine no more.. Allah’s surveillance
on us starts when we are born till we die. Nothing is missed,
everything is written
. Be careful people, Allah is watching!

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Monday, January 10, 2011

...~Semuanya tetap indah~...

Aku berteleku menompang dagu depan nenekku, aku renung wajah itu, aku mamah matanya dgn mataku, ada bening di mata itu,jernih tanpa kocak resah. Bagaimana dia boleh tenang sedangkn arwah tok dah hampir 20 tahun pergi mengadap cinta abadinya..

Dan aku salah satu cucu tunggal yang dititipkan mama padanya kerna karenah kasihatanku, Hari2 nenek bercerita tentang keindahan dan keagungan Islam yang utama tentang keretor sorng muslimah,emm kerna dlm family sulung anaknya hanya aku anak tunggal perempuan bongsu, betapa mereka menanti sang gadis ini, he..he.. teruk gadis yg bnama aku ini..Aku bertanya dan terus bertanya..Persoalan bagikan air bah dari bibir longkangku..hu..hu..sabar je lah..

**( nek asal dri negara seberang, tok belanda )..namun aku bangga sebb nek berjaya membentuk atok menjadi seorng pejuang agama yang x pernah tinggal solat sejak bnikah, malah ikut cerita orang sekampung tok jadi imam kampung..Emmm,hebat tu dan guru Quraan..dan aku kena dera oleh nek..bab mengaji ni..

Yang bajunya panjang, tertutup rapat, dan malu-malu kalau berjalan..

Nenek menjawab.. 

Karena mereka, lebih rela bangun pagi menyiapkan sarapan buat sang suami dibanding tidur bersama mimpi yang kebanyakan dilakukan oleh perempuan lain saat ini..

Ada juga yang bertanya, mengapa harus mereka?

Yang sama laki-laki-pun tak mau menyentuh, yang kalau berbicara ditundukkan pandangannya.. Bagaimana mereka bisa berbaur…

Nenek menjawab.. 

Tahukah kalian.. bahwa hati mereka selalu terpaut kepada yang lemah, pada pengemis di jalanan, pada perempuan-perempuan renta yang tak lagi kuat menata hidup. Hidup mereka adalah sebuah totalitas untuk berkarya di hadapan-Nya.. Bersama dengan siapapun selama mendatangkan manfaat adalah kepribadian mereka.. Untuk itu, aku menjamin mereka kepadamu, bahwa kau takkan rugi memiliki mereka, kau takkan rugi dengan segala kesederhanaan, dan kau takkan rugi dengan semua kepolosan yang mereka miliki.. Hati yang bening dan jernih dari mereka telah membuat mereka menjadi seorang manusia sosial yang lebih utuh dari wanita di manapun..

Sering juga kudengar.. 

Mengapa harus mereka?

Yang tidak pernah mau punya cinta sebelum akad itu berlangsung, yang menghindar ketika sms-sms pengganggu dari para lelaki mulai berdatangan, yang selalu punya sejuta alasan untuk tidak berpacaran.. bagaimana mereka bisa romantis? bagaimana mereka punya pengalaman untuk menjaga cinta, apalagi jatuh cinta?





Nenek menjawab..

Tahukah kamu.. bahwa cinta itu fitrah, karena ia fitrah maka kebeningannya harus selalu kita jaga. Fitrahnya cinta akan begitu mudah mengantarkan seseorang untuk memiliki kekuatan untuk berkorban, keberanian untuk melangkah, bahkan ketulusan untuk memberikan semua perhatian.

Namun, ada satu hal yang membedakan antara mereka dan wanita-wanita lainnya.. Mereka memiliki cinta yang suci untuk-Nya.. Mereka mencintai karena-Nya, berkorban untuk buah hati karena-Nya, memberikan segenap kasihnya pada sang suami juga karena-Nya… 

Itulah yang membedakan mereka..
Tak pernah sedetikpun mereka berpikir, bahwa mencintaimu karena fisikmu, mencintaimu karena kekayaanmu, mencintaimu karena keturunan keluargamu..
Cinta mereka murni.. bening.. suci.. hanya karena-Nya..

Kebeningan inilah yang membuat mereka berbeda…
Mereka menjadi anggun, seperti permata-permata surga yang kemilaunya akan memberikan cahaya bagi dunia. Ketulusan dan kemurnian cinta mereka akan  menjadi lelaki paling bahagia..





Sering juga banyak yang bertanya.. mengapa harus mereka?

Yang lebih banyak menghabiskan waktunya dengan membaca Al-Qur’an dibanding ke salon, yang lebih sering menghabiskan harinya dari kajian ke kajian dibanding jalan-jalan ke mall, yang sebagian besar waktu tertunaikan untuk hajat orang banyak, untuk dakwah, untuk perubahan bagi lingkungannya, dibanding kumpul-kumpul bersama teman sebaya mereka sambil berdiskusi yang tak penting. Bagaimana mereka merawat diri mereka? bagaimana mereka bisa menjadi wanita modern?

Nenek menjawab..

Tahukah kamu, bahwa dengan seringnya mereka membaca al Qur’an maka memudahkan hati mereka untuk jauh dari dunia.. Jiwa yang tak pernah terpaut dengan dunia akan menghabiskan harinya untuk memperdalam cintanya pada Allah.. Mereka akan menjadi orang-orang yang lapang jiwanya, meski materi tak mencukupi mereka, mereka menjadi orang yang paling rela menerima pemberian suami, apapun bentuknya, karena dunia bukanlah tujuannya. Mereka akan dengan mudah menyisihkan sebagian rezekinya untuk kepentingan orang banyak dibanding menghabiskannya untuk diri sendiri. Kesucian ini, hanya akan dimiliki oleh mereka yang terbiasa dengan al Qur’an, terbiasa dengan majelis-majelis ilmu, terbiasa dengan rumah-Nya.

Jangan khawatir soal bagaimana mereka merawat dan menjaga diri… 

Mereka tahu bagaimana memperlakukan suami dan bagaimana bergaul di dalam sebuah keluarga kecil mereka. Mereka sadar dan memahami bahwa kecantikan fisik penghangat kebahagiaan, kebersihan jiwa dan nurani mereka selalu bersama dengan keinginan yang kuat untuk merawat diri mereka. Lalu apakah yang kau khawatirkan jika mereka telah memiliki semua kecantikan itu?

Dan jangan takut mereka akan ketinggalan zaman. Tahukah kamu bahwa kesehariannya selalu bersama dengan ilmu pengetahuan.. Mereka tangguh menjadi seorang pembelajar, mereka tidak cepat menyerah jika harus terbentur dengan kondisi akademik. Mereka adalah orang-orang yang tahu dengan sikap profesional dan bagaimana menjadi orang-orang yang siap untuk sebuah perubahan. Perubahan bagi mereka adalah sebuah keniscayaan, untuk itu mereka telah siap dan akan selalu siap bertransformasi menjadi wanita-wanita hebat yang akan memberikan senyum bagi dunia.

Dan sering sekali, orang tak puas.. dan terus bertanya.. mengapa harus mereka?

Pada akhirnya, akupun menjawab…( kes mencelah..:p ).

Keagungan, kebeningan, kesucian, dan semua keindahan tentang mereka, takkan mampu kau fahami sebelum kamu menjadi lelaki yang shalih seperti mereka..

Yang pandangannya terjaga..

yang lisannya bijaksana.. yang siap berkeringat untuk mencari nafkah, yang kuat berdiri menjadi seorang imam bagi sang permata mulia, yang tak kenal lelah untuk bersama-sama mengenal-Nya, yang siap membimbing mereka, mengarahkan mereka, hingga meluruskan khilaf mereka…

Kalian yang benar-benar hebat secara fisik, jiwa, dan iman-lah yang akan memiliki mereka. Mereka adalah bidadari-bidadari syurga yang turun ke dunia, maka Allah takkan begitu mudah untuk memberikan kepadamu yang tak berarti di mata-Nya… Allah menjaga mereka untuk sosok-sosok hebat yang akan merubah dunia. Menyuruh mereka menunggu dan lebih bersabar agar bisa bersama dengan para syuhada sang penghuni syurga…

Menahan mereka untuk dipasangkan dengan mereka yang tidurnya adalah dakwah, yang waktunya adalah dakwah, yang kesehariannya tercurahkan untuk dakwah.. sebab mereka adalah wanita-wanita yang menisbahkan hidupnya untuk jalan perjuangan.

Allah mempersiapkan mereka untuk menemani sang pejuang yang sesungguhnya, yang bukan hanya indah lisannya.. namun juga menggetarkan lakunya.. Allah mempersiapkan mereka untuk sang pejuang yang malamnya tak pernah lalai untuk dekat dengan-Nya.. yang siangnya dihabiskan dengan berjuang untuk memperpanjang nafas Islam di bumi-Nya.. Allah mempersiapkan mereka untuk sang pejuang yang cintanya pada Allah melebihi kecintaan mereka kepada dunia.. yang akan rela berkorban, dan meninggalkan dunia selagi Allah tujuannya.. Yang cintanya takkan pernah habis meski semua isi bumi tak lagi berdamai kepadanya.. Allah telah mempersiapkan mereka untuk lelaki-lelaki sholih penghulu syurga…

Seberat itukah?
"Ya… Takkan mudah.. sebab surga itu tidak bisa diraih dengan hanya bermalas-malasan tanpa ada perjuangan…"

Lantas nenek merenung mataku,lebih galak,aku kecut, fikir nk kena cubit, tapi dengan ciuman sayang di dahi nenek memelukku erat dan hangat..
"Putri nenek sudah dewasa dan bijaksana.." ( dalam dan bergetar nada suaranya ). Aku hanya malu sebab main hentam dalam menyampuk..Nasib tak kena penyepit kali ni..'syukur'..

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Wednesday, January 5, 2011

~PENCURI?~

 Asslmkmwtb..




x de apa yg aku nk kongsi kn pepanjang nk meluahkn yg terbuku dah cair nak memperkatakn yang terpendam pun sudah tak de maknenya..semua dah hancus..berderai bagaikan pinggan mangkuk mama yg terlepas dri tangan bibik..tak sengaja pun bibik tu.."Maaf buk"..terketar mcm anak kucing simbah air sejuk bibikku yg taat tu..klu x de dia sapelah teman aku kat rumah ni..Rase nk demamlh..

Sehari dua ni aku bagai jatuh dri gunung Kinabalu je ni,,tapi x luka dan x tersungkur cara zahirnya..Mood aku x de..maaflah..

Entah apa nk berlaku dgn aku ni..,Semalam, hari ni dan esok rasanye nk pi lagi dan lagi main boling, dah siap beli pun boling tu..berat 9kilo..he..he.. nk angkat pun aku susah..alah lantak jelah..lama2 'Aku Boleh'..hemm kata2 keramat yang aku tak ambik di pasar Keramat, aku ambik dlm diary hatiku yang tengah gundah genta ni..

Copot!! kata budak Indo teman sekuliyahku..Kenapa copot hatiku?,,sebb semalam ada PENCURI, di bas stop, jenuh aku belek diriku, tudungku ok, labuh tutup dada, pakaian ku x ketat siap jubah hitam ala arab lagi, siap sapu lantai sebb saiz terbesau, aku orng Msia..kena cari 3sss..he..he.





Kat pusat boling pun kadang aku pakai jubah,biarlh bbiji mata tengok..aku peduli apa, aku nk main, buang gian,,bukan nak pi disko ponnn..Emmm..baling ha..ha,. strike..sape kata orng bejubah dan tudung labuh bertudung ala2 serabai ni x pandai, bukan nk tunjuk..Islam mane pun dia blh pi dan buat..kecuali tempat terlarang..kat sini orang lain couple aku x, sbb ada coupling2 yg serasi doh..

"Mek dah baling molek doh, cume x berape kuat"..ttiba ada suara garau dri arah belakangku..aku hanye jeling..loghat kelate..emmm..kurang faham..Aneh pake speck hitam..ni dah lebih ni, ahhh.. baik sangka jek, mngkin dia sakit mate,bagus jugak x bjankit kat aku..

"Dia suka kt awaklh, dri tadi i tgk mata x berkelip pandang u"..kata noning kawan ku. kelakar dia ni, orang pakei speck hitam pun dia nampak, mate laser betul dia ni..

. "Oooo, u jugak pandang dia gak ye" usik ku pd noning..
Sekali lagi aku terperasan..aku pandang diriku,.apa yg dia nak pandang2? Apa yang menarik?..

Selamat pagi cik, emm puan, datin, blh kenal?. Aseee pakai speck hitam pulak dalam pusat boling ni, patut aku x perasan di pandang.'dasar PENCURI' len kali jangan pakai speck time nak masuk pusat, eh center ni. buatku teringat dia bute tadi. Mek2 yang sedang membaca jangan curi hati suami orang ye! memang la kalau dah jodoh tak boleh nak sangkal kan. tapi kalau yang sengaja duk main curi2 tu..naye nnti..Jadi ketagih plak..Jgn nak carik pasal, tak pasal2 nnti.. 

Yang dipandang tu plak lain cerita tapi sebenarnya dialah juga punca orang menjadi pencuri..sape suruh cantik2..eh aku cantik ke? he..he.. ye ke? ermmm..melaratlah pulak aku ni. Yg pastinya kedua2nya pencuri..


Actually terjumpe lagi si kaca mate hitam ni kat De' RASSA, asyik terjumpe je, suratan or kebetulan ni?.Lu fikirlah sendiri( kata sape entah budak artis ni, nnti i tnye dia sape name ), mcm lirik lagu plak, seriously, ini buat aku terfikir. tak mustahil untuk perkara ini terjadi kan. Sedangkan seorang muslimah yang lingkup bertudung, warak sifatnya mampu mencuri iman seorang muslim apatah lagi jika seorang muslimah wanita itu sering mendedahkan setiap inci (tukar pd sentimeter ) tubuhnya untuk tatapan umum. sering menayangkan kaki kurapnya untuk tatapan si duda, si bujang mahupun si suami orang! *khas untuk yang berkenaan dan berkaitan yang hidup atau pun yang dah mati*..Jgn Marah!! nnti kena JUAL...

*Perhatian pesanan khidmat masyarakat.. pastikn jgn tinggalkn hati2 anda dimana2.. klu dah hilang cepat2 pi rumah TOK QADI**..ewahhh..sengeh panjanglag tu..bukan main ya..


jgn lupe bawa cincin..


(***terbesau plak tulisan ni..***)..


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...