Assalamkumwtb..
Singgah jap kat sini blog kesayanganku yang kurang sempurna tapi kekurangan inilah satu kesempurnaan bagiku..Cukup sempurna tempat aku meletakkan segala keluh kesah,suka duka dan daki maki karenah hati dan bumbu hidupku..
Dan Blog ini yang pertama aku ada.. Dan yang paling aku hargai..Sekarang aku di negeri kelahiran abng M.e..Ini adalah hasil tangan dan idea beliau sejak aku jatuh koma..Dalam aku sakit meredah hidup yang jerih dia telah melahirkan satu tempat dan wadah untuk aku menuang rasa..dan aku cukup gembira walaupun katanya blog ini dia x sempat sempurnakn dengan baik sebab asyik sibuk..tapi aku nak ucapkan 'TERIMA KASIH' setelah aku pulang ini...Dan kami boleh update bersama lepas ni..Eeemmm..dah berape kali aku gaduh dgnnya pasal blog ni, abng M.e x suka warna MERAH ni..dia suka putih..Tapi aku suka warna ni..ahakkk..Menang jugak aku..
Perjalanan Patut 2 jam je tapi aku rasa seperti 8 jam... |
Tadi aku sempat salam jap je dengan mak abng M.e, dia suruh abang Z bawa aku pi jalan sekitar Klebang pulak..tengok laut dulu katanya..ok..aku aja..Nampak mak agak cengkung dan tak sihat, ketara diwajahnya sudah lanjut di mamah usia tapi penuh dengan sinar kasih yang tak pernah sirna..
Melihat wajah itu tetiba ideaku melonjak2 nak kuar ni..Banyak perkara aku nak tulis kan tentang wanita ini, yang utama dia telah melahirkan anak2 yang berjaya dalam agama dan kejaya,baik budi pekerti.
Seperti aku kenal abang M.e, baru aku rasa bertuahnya aku di pertemukan dengannya..Ketika inilah aku mahu nyatakan rasa takjub dan terujanya dengan abng M.e jika dia ada disisiku seperti dulu2. Tapi dulu tak sempat sebab kami asyik bergaduh..ada je yang aku tak senang dan tak ngam..Tapi Lepas ni aku mahu nyatakan sesuatu yang ikhlas dari hatiku..Ehekkk..macam di lamun cinta pulak aku ni..Ye ke? TAK? YA?..Abaikn je.. Cantek laut tu..ingat lagi aku, abng M.e dan adiknya Rozi mancing tepi pantai..Manis..:-)
Jika kau mengerti akan bahasa Ombak, dengar bahawa selagi ada laut dan ombak selagi itulah ada Kita.. |
Aku nak ucapkan sesuatu kerna dia telah bagi aku kehidupan biar pun semua yang hidup dan mati adalah takdir Allah..Abng M,e telah beri aku sum2 tulang..Aku tak tahu, 3 bulan lepas operation baru mereka bagi tahu sape penderma yang murah hati tu..Rupanya abang M.e..Apa pun 'TQ abng..'
''TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA.." Malam ni ada kenduri kat rumah abang M.e..aku kena balik awal ni..ombak dah cakap suruh balik..he.he..
Selamat tinggal laut, pantai dan ombak..esok jumpa lagi..
Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
No comments:
Post a Comment