About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Tuesday, April 26, 2011

~Mawaaddah, Mahabbah Dan Rahmah~


                                          :::.JIKA Aku CINTA KAMU.::






Utk pencerahan jiwa KAU dan AKU..

Aku terlanjur melafazkan cintaku padamu..Justeru jika engkau masih ragu aku mahu melakarkan setiap pembuktian kecintaanku itu..oleh itu tanggungjawapku pd insan2 yg aku CINTAI..jom  kita selami rasa2 mnyemai sebuah cinta yang di redhai..

Yang pertama dan utama adalah mnCINTAI yg empunya CINTA..ALLAH swt..

**( utk ingatan pd diriku dan kamu kamu dan kamu..)

Perasaan cinta kepada pasangan hidup kita terkadang mengalami gejolak sebagaimana pasang surut yang dialami sebuah kehidupan rumah tangga. Tinggal bagaimana kita menjaga tumbuhan cinta itu agar tidak layu terlebih mati.

Satu dari sekian tanda kebesaran-Nya yang agung, Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan anak Adam 'alaihissalam memiliki pasangan hidup dari jenis mereka sendiri, sebagaimana kenikmatan yang dianugerahkan kepada bapa mereka Adam 'alaihissalam. Di saat awal-awal menghuni syurga, bersamaan dengan limpahan kenikmatan hidup yang diberikan kepadanya, Adam 'alaihissalam hidup sendiri tanpa teman dari jenisnya. Allah Subhanahu wa Ta'ala pun melengkapi kebahagiaan Adam dengan menciptakan Hawa sebagai teman hidupnya, yang akan menyertai hari-harinya di syurga nan indah.

Hingga akhirnya dengan ketetapan takdir yang penuh hikmah, keduanya diturunkan ke bumi untuk memakmurkan negeri yang kosong dari jenis manusia (kerana merekalah manusia pertama yang menghuni bumi). Keduanya sempat berpisah selama beberapa lama kerana diturunkan pada tempat yang berbeza di bumi (Al-Bidayah wan Nihayah, 1/81). Mereka didera derita dan sepi sampai Allah Subhanahu wa Ta'ala mempertemukan mereka kembali.

Demikianlah Allah Subhanahu wa Ta'ala menutup “sepi” hidup seorang lelaki keturunan Adam dengan memberi isteri-isteri sebagai pasangan hidupnya. Dia Yang Maha Agung berfirman:


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُوْنَ


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Ruum: 21)

Allah Subhanahu wa Ta'ala menciptakan seorang isteri dari keturunan anak manusia, yang asalnya dari jenis laki-laki itu sendiri, agar para suami merasa tenang dan memiliki kecenderungan terhadap pasangan mereka. Kerana, pasangan yang berasal dari satu jenis termasuk faktor yang menumbuhkan adanya keteraturan dan saling mengenal, sebagaimana perbedaan merupakan penyebab perpisahan dan saling menjauh. (Ruhul Ma’ani, 11/265)

Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berfirman:


هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا


“Dialah yang menciptakan kalian dari jiwa yang satu dan Dia jadikan dari jiwa yang satu itu pasangannya agar ia merasa tenang kepadanya…” (Al-A’raf: 189)

Kata Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullahu: “Yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah Hawa. Allah Subhanahu wa Ta'ala menciptakannya dari Adam, dari tulang rusuk kirinya yang paling pendek. Seandainya Allah Subhanahu wa Ta'ala menciptakan anak Adam semuanya lelaki sedangkan wanita diciptakan dari jenis lain, bisa dari jenis jin atau haiwan, nescaya tidak akan tercapai kesatuan hati di antara mereka dengan pasangannya. Bahkan sebaliknya, akan saling menjauh. Namun termasuk kesempurnaan rahmat-Nya kepada anak Adam, Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan isteri-isteri atau pasangan hidup mereka dari jenis mereka sendiri, dan Allah Subhanahu wa Ta'ala tumbuhkan mawaddah iaitu cinta dan rahmah yakni kasih sayang. Kerana seorang lelaki atau suami, ia akan senantiasa menjaga isterinya agar tetap dalam ikatan pernikahan dengannya. Boleh kerana ia mencintai isterinya tersebut, kerana kasihan kepada isterinya yang telah melahirkan anak untuknya, atau kerana si isteri membutuhkannya dari sisi kebutuhan belanja (biaya hidupnya), atau kerana kedekatan di antara keduanya, dan sebagainya.” (Al-Mishbahul Munir fi Tahdzib Tafsir Ibni Katsir, hal. 1052)

Mawaddah dan rahmah ini muncul kerana di dalam pernikahan ada faktor-faktor yang dapat menumbuhkan dua perasaan tersebut. Dengan adanya seorang isteri, suami dapat merasakan kesenangan dan kenikmatan, serta mendapatkan manfaat dengan adanya anak dan mendidik mereka. Di samping itu, ia merasakan ketenangan, kedekatan dan kecenderungan kepada isterinya. Sehingga secara umum tidak didapatkan mawaddah dan rahmah di antara sesama manusia sebagaimana mawaddah dan rahmah yang ada di antara suami isteri. (Taisir Al-Karimir Rahman, hal. 639)

Allah Subhanahu wa Ta'ala tumbuhkan mawaddah dan rahmah tersebut setelah pernikahan dua insan. Padahal mungkin sebelumnya pasangan itu tidak saling mengenal dan tidak ada hubungan yang mungkin menyebabkan adanya kasih sayang, baik berupa hubungan kekerabatan ataupun hubungan rahim. Al-Hasan Al-Bashri, Mujahid, dan ‘Ikrimah rahimuhumullah berkata: “Mawaddah adalah ibarat/kiasan dari nikah (jima‘) sedangkan rahmah adalah ibarat/kiasan dari anak.” Adapula yang berpendapat, mawaddah adalah cinta seorang suami kepada isterinya, sedangkan rahmah adalah kasih sayang suami kepada isterinya agar isterinya tidak ditimpa keburukan. (Ruhul Ma’ani 11/265, Fathul Qadir 4/263)



Cinta Suami Isteri adalah Anugerah Ilahi


Rasa cinta yang tumbuh di antara suami isteri adalah anugerah dari Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada keduanya, dan ini merupakan cinta yang sifatnya tabiat. Tidaklah tercela orang yang senantiasa memiliki rasa cinta asmara kepada pasangan hidupnya yang sah. Bahkan hal itu merupakan kesempurnaan yang semestinya disyukuri. Namun tentunya selama tidak melalaikan dari berdzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


يآ أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا لاَ تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلاَ أَوْلاَدُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللهِ. وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُوْنَ


“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-harta kalian dan anak-anak kalian melalaikan kalian dari zikir/mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi.” (Al-Munafiqun: 9)


رِجَالٌ لاَ تُلْهِِيْهِمْ تِجَارَةٌ وَلاَ بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللهِ


“Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingat Allah… “ (An-Nur: 37) (Ad-Da`u wad Dawa`, Ibnul Qayyim, hal. 293, 363)

Juga, cinta yang merupakan tabiat manusia ini tidaklah tercela selama tidak menyibukkan hati seseorang dari kecintaan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai Dzat yang sepantasnya mendapat kecintaan tertinggi. Kerana Dia Yang Maha Agung mengancam dalam firman-Nya:


قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيْرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوْهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيْلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللهُ بِأَمْرِهِ وَاللهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِيْنَ


“Katakanlah: ‘Jika bapa-bapa kalian, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga kalian, harta kekayaan yang kalian usahakan, perniagaan yang kalian khuawatirkan kerugiannya, rumah-rumah tempat tinggal yang kalian sukai, adalah lebih kalian cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.’ Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (At-Taubah: 24)


Kecintaan kepada Isteri

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, makhluk Allah Subhanahu wa Ta'ala yang paling mulia dan susuk yang paling sempurna, dianugerahi rasa cinta kepada para isterinya. Beliau nyatakan dalam sabdanya:


حُبِّبَ إِلَيَّ مِنَ الدُنْيَا النِّسَاءُ وَ الطِّيْبُ، وَجُعِلَ قُرَّةُ عَيْنِيْ فِي الصَّلاَةِ


“Dicintakan kepadaku dari dunia kalian1, para wanita (isteri) dan minyak wangi, dan dijadikan penyejuk mataku di dalam shalat.”2

Ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya oleh shahabatnya yang mulia, ‘Amr ibnul ‘Ash radhiallahu 'anhu:


أَيُّ النَّاسِ أَحَبُّ إِلَيْكَ؟ قَالَ: عَائِشَةُ. فَقُلْتُ: مِنَ الرِّجَالِ؟ قَالَ : أَبُوْهَا


“Siapakah manusia yang paling engkau cintai?” Beliau menjawab: “Aisyah.”

Aku (‘Amr ibnul Ash) berkata: “Dari kalangan lelaki?”

“Ayahnya (Abu Bakar),” jawab beliau.3

Dan beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata membela dan memuji Khadijah bintu Khuwailid radhiallahu 'anha ketika ‘Aisyah radhiallahu 'anha cemburu kepadanya:


إِنِّي قَدْ رُزِقْتُ حُبَّهَا


“Sesungguhnya aku diberi rezeki iaitu mencintainya.” 4

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pun pernah ingin menjadi perantara dan penolong seorang suami yang sangat mencintai isterinya untuk tetap mempertahankan isteri yang dicintainya dalam ikatan pernikahan dengannya. Namun si wanita enggan dan tetap memilih untuk berpisah, sebagaimana kisah Mughits dan Barirah. Barirah5 adalah seorang sahaya milik salah seorang dari Bani Hilal. Sedangkan suaminya Mughits adalah seorang budak berkulit hitam milik Bani Al-Mughirah. Barirah pada akhirnya merdeka, sementara suaminya masih berstatus budak. Ia pun memilih berpisah dengan suaminya diiringi kesedihan Mughits atas perpisahan itu. Hingga terlihat Mughits berjalan di belakang Barirah sembari berlinangan air mata hingga membasahi jenggotnya, memohon kerelaan Barirah untuk tetap hidup bersamanya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata kepada bapa saudara beliau, Al-’Abbas radhiallahu 'anhu:


يَا عَبَّاسُ, أَلاَ تَعْجَبُ مِنْ حُبِّ مُغِيْثٍ بَرِيْرَةَ، وَمِنْ بُغْضِ بَرِيْرَةَ مُغِيْثًا؟ فَقاَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَوْ رَاجَعْتِهِ. قَالَتْ: يَا رَسُوْلَ اللهِ تَأْمُرُنِي؟ قَالَ: إِنَّمَا أَنَا أَشْفَعُ. قَالَتْ: لاَ حَاجَةَ لِي فِيْهِ


“Wahai bapa saudara, tidakkah engkau merasa takjub dengan rasa cinta Mughits pada Barirah dan rasa benci Barirah terhadap Mughits?”

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata kepada Barirah: “Seandainya engkau kembali kepada Mughits.” Barirah bertanya kepada beliau, “Wahai Rasulullah, apakah engkau memerintahkan aku?”

“Tidak,” kata Rasulullah, “Akan tetapi aku hanya ingin menolongnya.”

“Aku tidak memerlukannya,” jawab Barirah.6


Tiga Macam Cinta Menurut Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullahu

Perlu diketahui oleh sepasang suami isteri, menurut Al-Imam Al-’Allamah Syamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Abi Bakar yang lebih dikenal dengan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullahu,,, ada tiga macam cinta dari seorang insan kepada insan lainnya:

Pertama: Cinta asmara yang merupakan amal ketaatan. Iaitu cinta seorang suami kepada isteri atau budak wanita yang dimilikinya. Ini adalah cinta yang bermanfaat. Kerana akan menghantarkan kepada tujuan yang disyariatkan Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam pernikahan, akan menahan pandangan dari yang haram dan mencegah jiwa/hati dari melihat kepada selain isterinya. Kerana itulah, cinta seperti ini dipuji di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala dan di sisi manusia.

Kedua: Cinta asmara yang dibenci Allah Subhanahu wa Ta'ala dan akan menjauhkan dari rahmat-Nya. Bahkan cinta ini paling berbahaya bagi agama dan dunia seorang hamba. Iaitu cinta kepada sesama jenis, seorang lelaki mencintai lelaki lain (homo) atau seorang wanita mencintai sesama wanita (lesbian). Tidak ada yang ditimpa bala dengan penyakit ini kecuali orang yang dijatuhkan dari pandangan Allah Subhanahu wa Ta'ala, hingga ia terusir dari pintu-Nya dan jauh hatinya dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Penyakit ini merupakan penghalang terbesar yang memutuskan seorang hamba dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Cinta yang merupakan musibah ini merupakan tabiat kaum nabi Luth 'alaihissalam hingga mereka lebih cenderung kepada sesama jenis daripada pasangan hidup yang Allah Subhanahu wa Ta'ala tetapkan untuk mereka. Allah Subhanahu wa Ta'ala mengabarkan:


لَعَمْرُكَ إِنَّهُمْ لَفِي سَكْرَتِهِمْ يَعْمَهُوْنَ


“Demi umurmu (ya Muhammad), sesungguhnya mereka terumbang-ambing di dalam kemabukan.” (Al-Hijr: 72)

Ubat dari penyakit ini adalah minta tolong kepada Dzat Yang Maha membolak-balikkan hati, berlindung kepada-Nya dengan sebenar-benarnya, menyibukkan diri dengan berdzikir/mengingat-Nya, mengganti rasa itu dengan cinta kepada-Nya dan mendekati-Nya, memikirkan pedihnya akibat yang diterima kerana cinta petaka itu dan hilangnya kelazatan kerana cinta itu. Bila seseorang membiarkan jiwanya tenggelam dalam cinta ini, maka silakan ia bertakbir seperti takbir dalam shalat jenazah7. Dan hendaklah ia mengetahui bahawa musibah dan petaka telah menyelimuti dan menyelubunginya.

Ketiga: Cinta yang mubah yang datang tanpa dapat dikuasai. Seperti ketika seorang lelaki diceritakan tentang susuk wanita yang jelita lalu tumbuh rasa suka di hatinya. Atau ia melihat wanita cantik secara tidak sengaja hingga hatinya terpikat. Namun rasa suka/ cinta itu tidak mengantarnya untuk berbuat maksiat. Datangnya begitu saja tanpa disengaja, sehingga ia tidak diberi hukuman kerana perasaannya itu. Tindakan yang paling bermanfaat untuk dilakukan adalah menolak perasaan itu dan menyibukkan diri dengan perkara yang lebih bermanfaat. Ia wajib menyembunyikan perasaan tersebut, menjaga kehormatan dirinya (menjaga ‘iffah) dan bersabar. Bila ia berbuat demikian, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan memberinya pahala dan menggantinya dengan perkara yang lebih baik kerana ia bersabar kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala dan menjaga ‘iffah-nya. Juga kerana ia meninggalkan untuk mentaati hawa nafsunya dengan lebih mengutamakan keridhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan ganjaran yang ada di sisi-Nya. (Ad-Da`u wad Dawa`, hal. 370-371)

Bila cinta kepada pasangan hidup, kepada suami atau kepada isteri, merupakan perkara kebaikan, maka apa kiranya yang mencegah seorang suami atau seorang isteri untuk mencintai, atau paling tidak belajar mencintai teman hidupnya?

Wallahu ta‘ala a‘lam bish-shawab.


 







Catatan...:

1 Tiga perkara ini (wanita, minyak wangi dan shalat) dinyatakan termasuk dari dunia. Maknanya adalah: ketiganya ada di dunia. Kesimpulannya, beliau menyatakan bahawa dicintakan kepadaku di alam ini tiga perkara, dua yang awal (wanita dan minyak wangi) termasuk perkara tabiat duniawi, sedangkan yang ketiga (shalat) termasuk perkara diniyyah (agama). (Catatan kaki Misykatul Mashabih 4/1957, yang diringkas dari Al-Lam’aat, Abdul Haq Ad-Dahlawi)

2 HR. Ahmad 3/128, 199, 285, An-Nasa`i no. 3939 kitab ‘Isyratun Nisa’ bab Hubbun Nisa`. Dihasankan Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullahu dalam Ash-Shahihul Musnad Mimma Laisa fish Shahihain (1/82)

3 HR. Al-Bukhari no. 3662, kitab Fadha`il Ashabun Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, bab Qaulin Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam: “Lau Kuntu Muttakhidzan Khalilan” dan Muslim no. 6127 kitab Fadha`ilush Shahabah, bab Min Fadha`il Abi Bakar Ash-Shiddiq radhiallahu 'anhu.

4 HR. Muslim no. 6228 kitab Fadha`ilus Shahabah, bab Fadha`il Khadijah Ummul Mu`minin radhiallahu 'anha

5 Disebutkan bahawa Barirah memiliki paras yang cantik, tidak berkulit hitam. Beda halnya dengan Mughits, suaminya. Barirah menikah dengan Mughits dalam keadaan ia tidak menyukai suaminya. Dan ini tampak ketika Barirah telah merdeka, ia memilih berpisah dengan suaminya yang masih berstatus budak. Dimungkinkan ketika masih terikat dalam pernikahan dengan suaminya, Barirah memilih bersabar di atas hukum Allah Subhanahu wa Ta'ala walaupun ia tidak menyukai suaminya. Dan ia tetap tidak menampakkan pergaulan yang buruk kepada suaminya sampai akhirnya Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan kelapangan dan jalan keluar baginya. (Fathul Bari, 9/514)

6 Lihat hadits dalam Shahih Al-Bukhari no. 5280-5282, kitab Ath-Thalaq, bab Khiyarul Amati Tahtal ‘Abd dan no. 5283, bab Syafa’atun Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam fi Zauji Barirah.

7 Artinya dia telah mati


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Monday, April 25, 2011

~**~About Of LoVe~**~



Cinta…



rasa yang tak nyata

menyelewengkan akal manusia

entah kenapa Tuhan ciptakan cinta didunia

hanya sang pencipta yang tahu jawabannya

CINTA menenggelamkan logika manusia tapi sumber inspirasi dunia..
( dri satu petikan )..


Aku terus menulis..menulis dan menulis tentang CINTA..kerna aku merasa telah lama kehilangannya dr diriku tapi aku bermuhasabah..bahawa aku sentiasa  menerima CINTA..

Aku menerima CINTA yg x pernah putus dan luak dari Tuhanku..

Namun aku semakin mencari makna sebuah keCINTAAN..sebagaimana Cinta Allah pada hambaNya..begitu tulus dam murni..CINTA yg penuh makna..

Memaknakan CINTA suatu yg sulit..memerlukan pemgorbanan yang luhur..Kadang kita selalu bertanya tapi jarang menjawap atau tidak mahu mnghayati apa maknanya sebuah CINTA Allah pd hambaNya..kerna ia penuh dgn ujian dan rintangan..

Ibaratkan suatu berpedaan tentaang ujian pd setiap insan..Kita mengeluh seperti tidak adilnya sang pemberi..Coba kita renungkan ini..

Tak sama

Katanya kita seucap tapi berbeda kata

seperti sekata tapi berbeda makna

bergandingan bersama tapi tak seiring berjalan seiring tapi berbeda tujuan

Entahlah mengapa begitu dimata luar kami bersatu tapi sebenarnya dan sesungguhnya
kami bercerai berai..

Mawar putih tak berduri terhalang merah yang beberang.
Dan bezanya cahaya pagi dan senja...Bezanyan siang dan malam..itu semua jika di fikir dan di muhasabahkan punya erti dan maksud sebuah keCINTAAN..

emmmm.. dah berape lama aku  tulis entry ni..masyaallah..apakah akau sudah lupa?? atau dunia ini semakin membelaiku pd CINTA DUNIA??

Maafkan AKU...




Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Monday, April 18, 2011

*~ WaRkah CiNtA TerAkHir~*


 bismillahirrahmanirahimm..

mlm ni gatal pulak aku nak conteng2 entry kat blog yg dah bberapa lama sejuk ni..nasib x bersawang..sian blog ku...muahhhhh...

(mlm ni mood cinta..biarlah sape nk kata aku jiwang..)




saya telah mngembarA kehujung dunia mencari cinta saya,

Tapi pertama kali saya btemu awak, hati saya terpaut, demi Tuhan itulah kebenarannya, saya x tau kenapa.saya telah menolak awak, tapi awak telah mncabar saya dgn kejujuran awak,awak tahu yg awak x bertepuk sebelah tangan..Dan ,awak berjanji saya bukan salah seekor rama2 perhiasan di dinding kamar tidur awakk..

Hanya dgn satu renungan saya jatuh tersungkur di sudut mata awak..

Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya mnyayangi awak..Dan di saat saya menCINTAI awak, saya jatuh ke dasar perasaan yg paling dalam..Lemas dan hampir tengelam di dalam lautan kasih sayang, dan seribu impian saya mula terfikir, saya mngembara kehujung dunia mncari awak,rupanya awak ada disisi saya selama ini dan aru saya sadari tika dan saat itu..

Bagai merpati putih, CINTA saya berkelana mencari singahsana di HATI awak..Nyata saya tak menemuinya. Tapi akhirnya setelah awak Memiliki CINTA saya, awak mncampakknnya jauh ke dasar lautan yang tidak mampu saya selam..Disana saya tak mampu melihat cahaya, awak berikn saya harapan, dan akhirnya awak jugaklah yang mnyalakan api dan membakar saya dalam diam..

Saya sedih sngt bila awak kata'saya x tahu sebnarnya saya yg awak cari'. Tapi jauh di sudut hati saya sebenarnya awak belum cukup dewasa utk memahami apa itu CINTA pd seseorng. Jadi selama ini siapa saya di hati awak??

Adakah selama ini awak tidak permah mau mnyintai saya?
siapa yg memujuk saya utk mmbuka pintu hati?

siapa mngajar saya bahawa CINTA itu memerlukan pengorbanan?
siapa memberi tahu saya agar bersifat jujur pd diri sendiri?

AWAK..

Awak mungkin seorng wanita yg di CINTAI ramai lelaki dalam satu masa, kerna awak wanita hebat dan berkali kali, tapi saya pula seorng LELAKI yg percaya hny ada 1 WANITA bnama ................. dlm hidup saya..dan 1 perkahwinan..

kITA HIDUP SEKALI,mati sekali dan mnCintaipun sekali..




Melangkah pergi meninggalkan awak, telah telah mngambil seluruh kekuatan yg saya ada. JANGAN anggap saya tinggalkn awak, saya dia anggap bencikn awak..tidak sebnrnya..itu tidak pernah ada bnci utk awak.

Bagaimana saya harus benci awak,sedngkan setiap hari saya merindui awak, biarpun ketika awak berada disisi saya. Di setiap saat saya mengingati awak. Seumur hidu saya Menyintai awak..

AWAK!!

Sebelum saya mnghilangkn diri dari dunia awak,saya ingin nyatakan sesuatu yg tidak pernah awak tahu..Kalaulah awak bertanya kepada saya..sedalam mana saya CINTAkan awak , inilah jawapan saya..

"Kalau suatu hari awak kehilangan suara,saya akn memberi suara saya, agar awak boleh bsuara semula, meskipun waktu itu saya bisu buat selamanya..'

'Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, dan saya akn memberi hati saya agar awak boleh hidup untuk selamanya, meskipun di waktu itu saya sudah tiada lagi di dunia ini..( awak tak pernah tahu ini..kerna aku tak mau kau bersedih..)

Semuanya untuk awak..cume satu saja yg awak tidak dapat dari saya, sebelum awak dinikahi dgn saya..
sebelum tangan waklimu bertaut..

Seseorng pernah bkata..

if you really love some one, then let that person go, if that person is meant for you , than that person will come back to you eventually. But if that person does't not, then that person was never meant you, in the first place..'

AWAK..

Kerana saya MENCINTAI awaklah saya menlangkah pergi, demi kebahagiaan awak, saya berdoa semoga suatu hari nnti awak menemui apa yg awak cari..Supaya suatu hari nnti akan akan mngerti apa itu CINTA sebenar..Spya suatu hari nnti awak dpt mngetahui bagaimana rasanya bila kita terlalu menCINTAI seseorng dan spya awak tidak pernah terlewat utk mnghargainya..

AWAK..

Saya percaya pada Tuhan yg mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah disebalik semua ini dn saya tidak akan mnyoal. Dan saya tidak akan pernah kesal sekurang kurangnya sepanjang mengenali awak saya telah bersikap ikhlas dan jujur pada perasaan dan hati saya tentang betapa saya menCINTAI awak..

Saya juga percaya, andai benar kita punyai jodoh, awak akan kembali bangkit untuk saya dari lemah sakit awak tu..Itu bukan harapan saya, tapi saya ingin belajar pasrah dngn ketentuan Tuhan dan kalau pun awak tidak pernah mau kembali pada saya, saya percaya mungkin itu yg terbaikk utk kita..

***(DARI Sebuah DIARY..M.e. Uwaidhah..:-( )

.....12/01/2011......

Maafkan aku..hanya mmpu utk ini..mmbuka selembar kertas pun aku lemah..apa lgi utk mnjadi wanita hebat di hati seorng lelaki..

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Saturday, April 9, 2011

~Aku Dan Dia CinTa Agungku~


                           ~**~Mereneh Sayang Mengemis Cinta~**~



Berdiri dalam balutan telekung putih bersih
Dalam qiam ku bulatkan hati
Memusatkan minda hanya pada-Nya
Pohon di putuskan dari lingkaran duniawi
Kerna, aku ingin merasa nikmat
Lazatnya ibadah mengadap Allah






Aku ingin yang ada Hanya aku dan Dia yang maha mendengar
Seperti Dia sedang ku pandang
Dan Dia memandangku dengan ihsan dan kasih-sayang
Tuhan yang kusembah
Tempat ku berserah merayu kala hatiku gundah
Yang ku terima dengan redha qada dan qadar-Nya
Dengan rendah hati seorang hamba

Dalam rukuk dan sujud
Ku letakkan diri sekerdil mungkin
Sambil mulut basah dengan pujian pada-Nya
Berteleku antara dua sujud
Kyusu’ mengharap ampunan dan belas ihsan
Allah yang maha penyayang

Bersimpuh dalam Tahiyyat
Kupacakkan ibu jari kakiku, juga telunjuk mengiyakan Shahadat
Merendahkan diri dalam lafaz pujian
Memuliakan Junjungan s.a.w.

Kusempurnakan solat seusai dua salam
Tenggelam dalam lafaz istighfar
Memohon ampun pada-Nya atas dosa dan khilaf seorang hamba
Yang hina lagi tak sempurna
Namun masih tegar mengimpikan syurga di sana
Maka, ku tadah dua tangan
Memohon doa dengan sesungguhnya
Merayu dan mendayu
Penyesalan yang bersatu dalam rasa dan minda
Seiring derai airmata

Ya Allah,
Ku pohon ampun Ya Rabbi
Atas dosa dan kekurangan diri
Kerna sesungguhnya aku hamba yang menzalimi diri sendiri
Moga janganlah Kau bebani aku
Dengan ujian yang diluar kesanggupan diri
Dan Kau tetapkan kalbuku yang Kau miliki
Agar teguh dengan petunjuk yang Kau beri
Rahmatilah hidupku, ibubapaku dan keluargaku
Dalam pelukan kasih sayang-Mu
Yang melindungi kami dari panas neraka yang membara
Kerna, aku hanya ingin hidup dan mati
Di dalam pelukan agamaMu..
Yang Kau redha...

Amiin3 ya Rabbal 'alamin..

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Tuesday, April 5, 2011

Ziarah Duka Di Semenanjung Kasih..



 ..::.. Ziarah Duka Di Semenanjung Kasih..::.
 

Sepintal awanku telah anyamkn utkmu, menunggu di perlabuhan ini dgn sejambak setia yg sentiasa mekar segar dan penuh warna..

Aku damba kamu..Tapi aku tak akan menyatakan hatiku, perasaanku, rasaku dan cintaku padamu selagi kau dan aku tidak bertemu..Aku mahu kau tahu tentang aku dengan jelas dan pasti agar satu ketika kau tak akn mneyesali diri bila mngenaliku.

Sebelum kau ungkap kelimat azimat padaku, satu pesanku..Selidiki aku, agar satu ketika kau tidak mnyulam sedih bermanjakan resah dek ketaksempurnaanku..

Pandang saja dan lihat saja serta selami aku sepuasmu baru kau bisa ungkapkn keramat di telingaku..Aku akan menerimamu seadanya tapi dgn rasa bahagia jika kau menerimaku segala kekuranganku bukan atas dasar kepentingan..

Apa kabar cinta?
Masihkah tetap untuk-NYA……?
Apa kabar rindu?
Masihkah tetap untuk surgaNYA..?
Apa kabar hati?
Masihkah sesejuk dan sebening embun pagi….?

Aku mahu cintamu pdku berdasarkn cintaku Pd Allah
Aku tak mau cintamu pdku atas dasar simpati,atas material atau atas siapa diriku..

Engkau pilihlah aku atas cintaku pdNya, bukan atas rupa dan hartaku, bukan atas permintaan keluargamu dan bukan juga atas desakan nafsumu..

Aku akn menyintaimu kemudian, setelah aku tahu betapa engkau menyintaiku atas dasar leluhur hatimu..Aku mahu segala sayangmu pdku tidak mmbataskn cintamu pd ALLAH..

Aku mahu kamu hanya utkku atas dasar syarat syariat...
Bukan urusan bisness atau apa2 aje...he..he..

Aku mahu bebaskn mindaku dri dri dunia yg telah aku gelempangi selama ni, sehingga aku lupa utk menilai erti kasih..Aku mahu tumpukn sepenuh hatiku dgn cintaku..kerna selama ini aku telah mngabaikn fitrahku utk mnyintai dan di cintai kerna urusan dunia..

Bimbinglah aku seperti permintaan akhir arwah..
Jika dia benar2 beepesan pdmu..kotaknlah janji kalian utkku..
Aku mahu menyintai kamu spt aku mnyintainya dlm diam.,aku mncuba..

SuratKu UtkMu...





Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Friday, April 1, 2011

~Mau2..



 Asslmkmwtb..

~jomm sarapan..karipap pusing goreng, inti kurma daging..sedap..Jemputlah..Ehekk..subhannallah, Allah bagi akal pd manusia, karipap pun blh di olah mcm ni,, rasa sayang pulak nk makan..sbb cantik sangat..

He..he.bila makan sedaplah pulak rasa lupa akan cantiknya dia..Emmm baru aku terfikir, kecantikkan bukan aset utama menentukn sedap or x, tapi kalau yg cantik dn resipinya best..btmbah seedap tapi cuba bayangkan kalau intinya tepung tawar atau daging x bergaram je..tntu rasanya emmm..faham2 je..

Begitulah manusia..cantik, hensemmm tapi hati busuk..pastinya lama2 orng meluat gak..sedihnya..Apa lagi kalau tak cantik, tambah pakej nyampah + hati busuk..Macam ne tu???
Tapi klu tak Cantik, akhlak baik,bbudi, beragama ( agama lain pun baik juga.) tentu lebih CUN...

Oppsss..terlebih sudah...rehat jap..byeee..



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

~KaTa TeraHir~





BISMILLAHIRRAHMAA NIRRAHIM
  



                               HaTiKu BerMaDah LaGi....


*( kesakitan ini mmbuat aku merasakan nafasku bakal berhenti, di atas sejadah inilah aku berperang dan bertarung...)*( Di atas sejadah inilah aku merangkul harap..)




“Ya Allah...
“Hamba bukanlah makhluk-Mu yang lemah....
“Dengan ujian ini hamba tak akan rapuh,....
“Hamba akan tegak berdiri di hadapan-MU dalam malamku.....
“Sakit ini tak seberapa, dibanding dengan nikmat  yang  telah  Engkau berikan....

“Ya Yabbku....
“Demi Engkau, ku abaikan rasa ini....
“Biarkanlah jasad ini yang menjadi saksi dalam malamku.....
“Biarlah mata ini yang membelaku di hari hisab kelak...

“Ya Rabbku...
“Tuhan alam semesta....
“Kepada-Mu hamba berserah diri......

“Ya Rabb,...
“kepada-Mu hamba mengejar cinta....
“Dikala yang lain terlelap dan terbuai dalam mimpinya....
“Hamba memohon kepada-Mu agar dapat bersandar pada kasih-Mu...
“Dikala yang lain menangis karena cinta kepada makhluk-Mu,...
“Hamba menangis memohon cinta-Mu,....
“Dikala yang lain haus akan dunia,....
“Hamba haus untuk mencari Ridha-Mu...

“Ya Rabb....
“Jika malam ini adalah malam terahir dalam hidupku....
“Izinkan hamba mengucap kata cinta terahir hamba kepada-Mu....

“Ya Allah,......
“Jika telah engkau tetapkan ini adalah malam terahirku di dunia ini maka,....
“Kabulkanlah permintaan hamba ini....
“hamba mohon saat azalku tiba, pisahkanlah tubuhku menjadi tujuh bagian....
“letakkan mataku di langit malam (....)
“Letakkan kaki hamba di bukit tertinggi(...)
“Letakkan tangan hamba di kedua samudra(....)
“Letakkan telinga hamba di kedua sisi dunia(...)
“Letakkan hati hamba bersama orang yang mengabdi kepada-MU(...)
“Dan letakkan wajah dan bibir hamba di bulan (agar bisa tersenyum untuk bundaku)
“Aamiin Ya Rabb.......


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

~Adeh,,Nape ni??




                                             "--:Capung HATI:--"
                                          "terbang ke LANGIT lepas"
                                       "membawa PELANGI impian"
                                  "melukiskanya dalam KEHIDUPAN"
                                  "dan menggapai ASA yang terpendam"

                          


                                             ( ciput je gurindam ini )


hari ni jln kat tasik..dari hujung je hujung..
dgn member dari seberang.., nak kata jogging x lari, nak kata lari mcm berlari..tercungap2..belum sampai sampai ke hujung jalan..


Lepas tu, x abis jogging tersinggah kat food court tepi tasik, hek3,,terserempak dgn nasi GURIH (nasi lemak lah tu)..x mnjadi dietku..


Badan rasa x sihat tapi..gagahkn jugak..Dia tetamuku,,sian dari jauh datang hnya kerana insan bernama AKU..cewahhh...apa nk jadi ni..


Air tasik mnjadi saksi..panjang jambatan Pjaya sebagai bukti n masjid pink memandang jeles..ahakkk.. lagilah merapunya..


Apa pun aku pasti mau melayannya cara terbaik..semoga di situ Allah pandang dgn kerahmatan..aminnn...utk diriku sendiri..he..he...Gapo...ni??






Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

.::.Kita Miskin Cinta Dan Kasih Syang..::.





Masyarakat kini miskin cinta. Cinta mereka hanya terbatas pada orang, kaum dan benda tertentu. Bila disebut pemuda, maka dia semestinya seorang yang akan mencintai gadis. Bila disebut orang kaya, dia perlu mencintai harta. Maka setiap haluan hidup di tujukan pada yang tercinta.

( eeee...gambo pulak liat nk kuar,..)

Bila kasih sayang 100% untuk kekasihnya, hartanya, dan jawatannya, orang lain tidak lagi penting dalam hidup. Cintailah semua orang, kerana cinta itu tidak terhad.. Bila saja berhadapan dengan orang yang dicintai, orang lain dilihatnya seperti batu dan tunggul. Bila diminta pertolongan, sedikit pun tidak diendahkan.

Namun untuk terjun ke lautan api bagi membuktikan cinta pada kekasihnya sanggup diredahi . Lalu bagaimana sikap tolong menolong, kasih mengasihi terhadap sadara-saudara yang lain dapat diamalkan jika segala perbuatan baik hanya untuk orang tertentu dan hanya di dasari oleh material semata-mata.

Kerana itu manusia kini miskin cinta. Cinta itu terhad untuk harta, jawatan, wanita, dan kaum kerabat. Kisah peperangan di Negara jiran tidak dihiraukan kerana; cinta hanya terhadap Negara sendiri dan semangat perkauman yang menebal.

Perompak berjaya melarikan beg tangan seorang mak cik dan kita melihat dari jauh kerana; itu bukan makcik kita atau wajah mak cik itu tidak seiras Siti Nurhaliza.

Ingatlah ketika jenazah kita disuatu hari nanti hendak dikebumikan. Siapa yang membantu. Saudara kita yang tidak pernah kita kasihi di dunia dahulu yang menurunkan kita ke liang lahad.

Dahulu kita sibuk menghabiskan masa dengan mengira nilai wang emas, sibuk dengan kekasih dari awal pagi hingga malam. Lalu, dimanakah benda yang kita cintai itu pada waktu ini?. Pangkat yang kita cintai kini dijawat orang lain. Harta yang diusahakan siang dan malam kini menjadi warisan untuk anak-anak.

Ingatlah Allah tidak pernah membataskan sifat Ar-Rahmanya pada manusia tertentu. Nabi saw juga tidak datang hanya untuk sebuah kaum atau bangsa sahaja.

Maka bersahabatlah dan sebarkanlah silatarrahim kepada semua manusia. Jangan kerana cinta harta, pangkat, dan kekasih, kita tidak berpeluang untuk mencintai  yang lainnya.


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

``~Aku SeDar....





Bismillahirahmannirahim...




Aku sedar..





Aku sedar bukan mudah..
Untuk mengejar mimpi indah..
Pernah suatu ketika dulu..
Ku punya harapan besar..
Kini aku tak pasti….

Dapatkan ku miliki..


Sudah jauh kita tempuh..
Kekalkanlah impian lalu..
Mungkin ada hikmat..

Yang akan menunggu..


Di penghujung jalan
…Biar nanti kecewa
…Setidak-tidaknya mencuba…

Jika halangan menduga perjalanan kita
…Janganlah kau putus asa…


Karena ku ada di sisi setia menemani…
Andai semangatmu gugur..
Genggamlah tanganku…
Kita hampir ke situ…

Adakala ku terasa..
Ketabahan tak setegar…


Tetapi apakan daya…
Berhenti separuh jalan..
Percayalah padaku…
Aku yakin kita mampu..

Biar orang katakan…
Rapuhnya harapan


…Bukan mereka tentukan lagi..
Kau ada aku dan aku punya kamu..
Amanlah akhirnya tetap bersama…






Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...