" saya tidak kalah apabila saya berada di bawah..saya hanya kalah sekiranya tidak bangun semula..
sekiranya jatuh tidak bangun= kalah
sepuluh kali jatuh, sepuluh kali bangun= tidak kalah
setiap orang pernah jatuh.hanya mereka yang bangun dan terus bangun selepas kejatuhan akan menjadi juara.."
sekiranya jatuh tidak bangun= kalah
sepuluh kali jatuh, sepuluh kali bangun= tidak kalah
setiap orang pernah jatuh.hanya mereka yang bangun dan terus bangun selepas kejatuhan akan menjadi juara.."
Salam alaik..
emmmdicelah dedaun KASIH..:P |
Entah kenapa, hari ni fikiran aku melayang terkenangkan kampung halaman dan masa kecilku, indah penuh warna..Aku tak pasti di mana aku mulakn epilog kenangan ini. Sejak dulu, pertama kali aku berkenalan dengan watak itu dalam kenanganku ( Melati Sarawak ), aku terasa semacam ada satu chemistry antara watak dia dan hidup aku.Mungkin secara kebetulan tapi aku percaya ada hikmah di sebalik semua itu.Satu perkara yang mungkin boleh ditonjolkan ialah situasi seorng Melati yang sukar bertemu dengan teman hidupnya.Setiap kali berdepan dengan lelaki, aku hanya mahu merasa cukup bersederhana dan merendah diri.Situasi itulah yang berlaku kepada aku ketika ini.Cukup sukar untuk aku bertemu dengan insan yang akan menjadi teman hidupku.Bukan tak mencuba untuk mencari tapi mungkin belum bertemu dengan jodoh yang ditakdirkan.Aku sentiasa redha dengan apa yang terjadi dan tak pernah sesekali menyalahkan takdir.Mungkin ada hikmah yang tersembunyi.
Aku hanya ada seorng ayah dan seorang ibu yang menjadi penyejuk di mata dan penawar di hati.Banyak kata-kata nasihat yang menjadi pedoman.Aku berasal dari kampong dan anak kampung totok.Kisahn ku tidak seindah sang putri raja, dan kini anak kamoung ini duduk di hutan batu.Ia memaparkan realiti kehidupan di Bandaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan onak dan liku.Aku bersyukur setiap cabaran yang mendatang berjaya diharungi dengan baik, persahabatan, kejujuran, kasih sayang, tolak ansur dan kerjasama.Mana tidaknya, walaupun dihimpit dengan dunia kotaraya yang penuh hasad dengki, kemaksiatan, kemungkaran dan kegelapan namun Aku masih menjaga tatasusila dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.Sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan insan biasa.Aku juga tidak pernah lupa akan tanggungjawab kepada keluarga malah sentiasa mengingati pesanan-pesanan arwah ayahn dan mama yang telah meninggal dunia. Arwah mama meninggal di pangkuanku...( Al-Fatihah ).
mama tak pernah jemu memberi sehingga tidak ada istilah berhenti.. |
Berbalik kepada kehidupan aku sekarang ini, aku sedang cuba sedaya upaya aku untuk bertahan dengan segenap cabaran dan dugaan yang menimpa aku.Aku pasrah dengan semua yang menimpa aku.Baik dari segi pelajaran, keluarga, kehidupan dan persahabatan.Semuanya mempunyai liku dan dugaan yang tersendiri.Semoga aku akan menjadi setabah Siti Khadiah dalam meneruskan kehidupan di samping berbakti kepada agama dan bangsa tercinta..
Penderitaan ini biarlah menjadi tugu yang kukuh sebagai mercu amanahku..Apa pun ujian aku tetap merasakan Allah sangat sayang padaku..Dan aku perlu meraih cinta Allah ini sehingga hatiku seperti Rabiatuladdawiyah...
" Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dgn kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dgn kadar penolakkannya terhadap perbuatan jahat dan kesuciaan hati nuraninya sesuai dgn kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya "
( Khalifah Ali Bin Abi Talib )
Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
No comments:
Post a Comment