Kerana MU..
Fligt,alkesahnya dh rasa bkematu punggungku duk kapal terbang ni..Dahlah aku fobia duk lama dlm kapal terbang. Macam2 dalam otakku, terbayang kapal terbang jatuh terhempas atau menjunam dengan penagalaman yang memang dah ada pon..Ya Allah minta selamatlah aku mendarat, aku toleh kiri kanan, abang berdengkur..Makcik pun sama,,emmm agaknya mereka dah letih mnjagaku..Cuba bayangkan 6 bulan, sikit lagi berinsut masa masuklah 7 bulan mereka duk jaga ku di wad, dengan macam2 karenah orang sakit. Berjauhan dengan keluarga dan tinggalkn kerja. Kalau kat msia tak pe jugak ni kat Arab Saudi...Adehhh, betapa besarnya pengorbanan mereka,jika nk tulis mmng tak cukup tinta..Inilah keajaiban hati serta anaugrah kasih sayang yg Allah telah beri pada mahkuk yang bernama manusia.
Mek pramugari yang sentiasa comel dan tak kenal penat pun tidak jemu2 bertanya apa yang aku perlukn dari tadi..kadang aku rasa nk buli depa ni..nak tu..nak ni..tapi aku pulak yang penat..padan muka aku..
sampai Kat KLIA jam 10;30mlm waktu msia..Bukan aku kesah pasal masa, yang aku beuat kebulur sangat udara msia, aku sedut dalam dalam bagai berkurun lama aku tak rasa udara ni..tau sangat memang berjerbu ,tak bersih tapi di sinilah tempat aku bermain..tempat aku jatuh dan bangun dan disni aku di lahirkan..Tempat tangisan pertamaku..Disini tempat yang sudi menyambut aku sebagai salah seorng warganya..
Ramai tetaman dah tersonggok kat pintu ketibaan..ehekkk..terasa macam artislah pulak bila ada yang terjerit2 panggil nama dengan ucapan selamat Pulang..Ada bunga..macam2 bunga dengan wangian..teringat Siti Nur Haliza..emm perasan aku ni..Aku lupa yang aku duk atas kerusi roda..
Bla..bla..bla x boleh nk cakap bab keharuan berbaur hiba serta gembira. Bermacam rasa, macam rojak persembur je ni..Ya Allah terma kasih kerana Engkau telah membari peluang padaku untuk pulang dan bertemu dengan mereka yang aku sayangi..
Kepala aku blur, bnyk nk di tulis ni sebenarnya..nnti sambung lagi ah..byeeee..penat..nak tengok bintang di msia jap...bagi aku waktu..
Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...