(..Jeddah..)...
**Diary**
Rasa dah kebas tangan ni, walau pun glove ada,emm tak membantu sangat..Ni kira ok dari hari pertama gune kerusi roda ni, hari pertama sian makcik n nurse jadi bibik hari2 kena tolak,,hu..hu..Macam nak minta yang auto rasanya, emm nanti ngade2 pulak ini kira bagus punye kursi roda..
Ada yg kena yang berkerat or jem tu..ha..ha..baru tau..
Macam2 perasaan ada, nak merajok, nak bawa diri, putus asa, blh di katakan macam2 ada..
Dah pandai bawa kerusi ajaib ni x de sorang pun yang nak puji, berpeluh2 kayuh macam bawa atas batu kerikil balik kampong Mukah je ni, berpeluh ketiak, nasib tak hanget..sabau je lah.
Dah majuk dah ni, tulah korang nape tak nak puji, kan korang jugak yang susah tolak..padan muke..Aku jadi bos, x tolak aku duk sini sampai bila2..sebab sini doctor x tak boleh cucuk, masuk bilik kena cucuk, biar bergayut wayer drip ni..macam akar rotan dalam belentara pulak aku mengendong benda ni, biaq dah tak malu dah..
Next time jgn buat aku majok hah..
Cakaplah bila aku duk ni macam Ratu Balqis ke, miss universe ke..eeee, bencinya..dah dgn baju putih ni, mcm kena kafan je..fuuuhhh, kenapa dgn aku ni, kalau sakit buat macam orang sakit, n ini tak berlagak macam bos pulak. Tapi orang sakitlah BOS kan kan kan..muaahahahaha..
Emmm, nyampahlah kalau dah tua2 macam ni majuk..buruk..eee. aku sebenarnya dah boring, dah masuk 4 bulan kat padang pasir ni. Sebulan lebih koma, tak sedar, tak kiralah. Then, operation sum sum tulang, sebulan masih x sedar, 50-50 , x kire jugak, kira tolak campur kira dua bulanlah merasa betapa sengsaranya di atas katil je..kaki dah kejang, badan sakit2..ni, kena tolak kerusi ajaib pulak..
Fobianyeee. ( salah je ejaan..hentam je lah ).
Apa kau peduli tengah tension..ehh.. fikir aku je yang tension ke? Nurse tu?, makcik? Abang2 aku? & doctor tu tak tension ke dengan perangai aku ni? + pulak dengan bebagai karenah beratus pesakit dengan beribu penyakit..
Aku ni bukan orang pukul, cubit pun cume marah line internet kat wad aku tu meragam tak abis2, berpusing pusing macam gasing daaa..Tak boleh berpesbuk, tak boleh chat ngan kekawan, tak boleh buka email opis..
Weiiiiii!! line kena SENGGUGUT lah..
Aku boring jugak duk majuk ni..emm, balik ke bilik ah, aku nampak mek nurse arab yang come lote tersenyum kambing..emm, macam unta je..perlilah tu..
Dalam kedegilanku yang membentak itu, aku teringat ayat Al-Quran dari surah Al-Baqarah..yang bermaksud :
“KEMUDIAN SESUDAH ITU, HATI KAMU JUGA MENJADI KERAS SEPERTI BATU, BAHKAN LEBIH KERAS LAGI. PADAHAL DI ANTARA BATU-BATU ITU ADA YANG TERPANCAR DAN MENGALIR AIR SUNGAI DARIPADANYA; DAN ADA PULA DI ANTARANYA YANG PECAH-PECAH TERBELAH LALU KELUAR MATA AIR DARIPADANYA; DAN ADA JUGA DI ANTARANYA YANG JATUH KE BAWAH KERANA TAKUT KEPADA ALLAH; SEDANGKAN ALLAH TIDAK SEKALI-KALI LALAI DARIPADA APA YANG KAMU KERJAKAN.”
(Surah al-Baqarah ayat 74).
Terasa ada getar dalam hatiku, wahai hati ingatlah akan Tuhanmu..Tulah degil lagi..nak jadi batu hati tu??..tau pun takot..
Justeru, jangan sekali-kali menjadikan hatimu keras sehingga dibuang daripada mendapat rahmat Allah sebagaimana sunyi hatimu daripada zikrullah. Sayid Qutub berkata: "Apabila hati mereka dibandingkan dengan batu, tiba-tiba hati mereka lebih kering dan lebih keras lagi daripada batu". Batu yang dibandingkan dalam ayat ini ialah batu yang pernah diketahui mereka sebelum ini kerana mereka telah melihat batu yang mengalirkan dua belas mata air, dan mereka juga melihat batu-batu bukit bergegar apabila Allah bertajalli di bukit itu dan Musa a.s. rebah pengsan, tetapi hati mereka tidak juga lembut dan tidak juga melahirkan degup takut dan taqwa. Hati mereka terus keras, pejal, kering dan kafir. Oleh sebab itulah al-Quran menyebut ancaman ini kepada mereka.
* semoga sama-sama kita sentiasa mengingati Allah dengan menyebut nama dan puji-pujian hanya kepada Allah s.w.t..*
* semoga sama-sama kita sentiasa mengingati Allah dengan menyebut nama dan puji-pujian hanya kepada Allah s.w.t..*
Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...