Seorang teman mercerita bab makan, he.he. sape tak terliuq kata orang utara.. Boleh terduduk sambil leleh air liuq..Aku sejak dua menjak ni selera makan tak boleh nak kawal..Tapi Allah maha adil..makan je tendang balik..Habis di muntah..sampai ada yang perli-perli..Ngandung? ngidam?? oitttt..ke situ pulak..erk..
Hu..hu.. Nak tinggalkan makanan sedap dan mewah pun payah, macam manalah agaknya nak ajak orang tinggalkan cinta dunia, ajak orang jadi ikhlas, ajak orang mujahadah dan segala hal yang berkaitan. Poyooo klu mcm ni, nasib aq di takdirkan sakit, tak blh nak makan nasi dan makanan berkanji lebih..Itu cara Allah dididik manusia degil..Emmm..degil kah aku?? Apa2 je kena terima hakikat kenyataan..:-P
Rasulullah pernah memberitahu,
"..Maka demi Allah! Bukan kemiskinan yg aku khawatirkan atas kalian. Akan tetapi aku khawatir akan dibentangkan dunia atas kalian sebagaimana telah dibentangkan atas orang-orang sebelum kalian. Lalu kalian pun berlomba-lomba padanya sebagaimana mereka berlomba-lomba padanya. Kemudian dunia itu akan menghancurkan kalian sebagaimana telah menghancurkan mereka."
{HR. Al-Bukhariy no.3158 dan Muslim no.2961}
Ambil dunia ikut keperluan kitalah ye. Kalau dah melebihi keperluan, itu namanya membazir. Kalau membazir, nanti kita sama-sama jadi kawan syaitan. Nauzubillah..
Dunia kalau kita ambil ikut kehendak, hatta kita ngaku pendakwah sekali pun, kita akan gunakan dunia ikut suka hati kita. Ambil kuasa kerana kehendak kata nak, bukan kerana perlu. Popular kerana hati kata nak, bukan kerana perlu untuk popular. Bermewah juga kerana nafsu asyik paksa supaya mewah-mewah bukan sebab dia rasa umat Islam itu perlu mewah! Dia tidak pernah ukur keperluan umat dan dakwah, dia asyik ukur keperluan diri dia je.. Kehendak dunia adalah SOP (Standard Operating Procedure) bagi dirinya. Maka dia takut sekali auditor-auditor dunia kata dia tak ikut SOP. Sedangkan AUDITOR Maha Besar, itu Dia, ALLAH!
Itu sajalah ^__^
Kepada kawan-kawan saya yang ramai hidup miskin, kalian adalah orang yang terhormat bagi saya..syukur sekali dari dulu lagi Allah takdirkan saya berteman baik dengan orang-orang yang hidup serba kurang. Sebab dari situlah saya jumpa qanaah dan tawadhuk..senang banget perasaannya..~_~
Mudarat terlebih mkn..hu.hu..