Aku tidak tahu harus dimulakan dimana, dia bagai lenyap begitu saja bagai sang embun di simbah mentari dri mataku namun di hatiku ada kedinginan yg perit,merobek dn mnghiris jantungku, hatiku bagai terkoyak2.Setelah aku dpt sms terakhir darinya, aku rebah terperusuk di sisi ranjang kebangunanku.Aku di kejutkan bagai masuk kedalam pintu mimpi yang ngeri dan nyeri..Aku mnjerit tanpa suara.
Sms yang ringkas dan pendek.”Aku di panggil oleh keluarga cara personal bahawa aku harus mengahwini wanita pelihan ibuku atas perjanjian keluargaku dan keluarga perempuan tersebut. Harap u maklum.”Berderu2 sms ku pdnya dgn panjang lebar setelah aku tersedar dri jeda dn kedu yg panjang..aku mahu penjelasan dri dirinya sendiri..tapi tidak ada jawapan,Aku call beberapa kali dan tidak di jawap...Ya..Allah apa maksud ini semua setelah kami lalui detik indah bersama. Teganya dia, aku masih tidak percaya begitu hati budinya.tidak adakah ruang dn peluang lagi untuk hubungan kami di selamatkan??Kenapa? mengapa? Apa salahku?..Baru seminggu lalu kami bersama, berjumpa, bercerita dan mengukir kenangan dan harapan..Bagai tidak ada apa peristiwa yang akan memisahkan kami berdua. Dunia rasa terlalu indah.
Astaghfirullah, aku terasa bagaikan ada aliran elektrik merenjat diri. Sekujur tubuh kaku mula mula tetapi kemudian aku mengeletar, takut, kesal, bimbang, marah dan sedih bersatu meredak. Berjurus-jurus aku bermenung menilai dan bermuhasabah diri. Berhari2 aku berendam air mata dan berduka. Tubuhku mula bagi isyarat dengan bahasanya sendiri, aku mula rasa demam, semangat mula rebah, selera makanku lansung hilang, insan di sekelilingku mula bimbang, sang doktor yang begitu setia dengan tugasnya mula resah dan potpetpotpet...Tekanan darah merahku mula menurun deras..Dalam kehilangan diri aku mula mnghitung kekurangan diri.’ Wahai diri kenapa menjebakkan diri dalam gaung, sedangkan kamu bukan wanita biasa, kamu yg kerdil dan sakit..kamu sedar tak kamu sakit??berpusar2 pertanyaan itu menerpa benakku..’kamu akan mati, kamu tak akan boleh membahagiakan dia? Apatah lagi untuk melahirkan zuriat2 untuknya dalam keadaan kamu yang lemah..pasrah saja wahai diri, pasrah..jangan bertengkar lagi dengan nasib kamu..pasrah’..
Dan selepas diri tenang, aku cuba tulis lagi msg dengan penuh segala rendah diri, memohon ampun pada Allah, memohon ampun bagi diri dan dia kerana membiarkan perasaan kami dihasut syaitan. Aku nyatakan padanya dengan nada tegas tapi lembut bahawa aku tidak pernah berniat untuk melukakan hatinya. Aku tidak akan mungkin mengkhianati cintaku padanya dengan menghalang dia menerima kehendak dan pilihan keluarga lebih lagi IBUnya..Tidak akan aku biarkan dia menduakan kasih sayangnya pada IBUnya dengan membela cintanya bersamaku. Tidak ada paksaan dalam perhubungan jika tanpa restu orang tua. Tapi hati kecilku sangat menolak bahawa ini kehendak keluarga atau ibunya..Kenapa sebelum kehadiran aku dalam hidupnya semua ini sunyi???kenapa? Kenapa selama ini dia merayu aku tahap gaban giler kata remaja sekarang..Sehingga aku yang berhati batu ini cair jadi air batuu.( emm, bodoh ke aku?? )..:P. Ohh..Tuhan tolong aku..jangan biarkan aku hanyut dengan perasaan sia2 dan bodoh ini. Aku mula meneka kenapa dia tiba2 berubah mau mnjauhkan diri dariku, sebab dia mendapat msg di fb yang dia war2kan pdku atau itu rekaannya saja. Atau ini memang benar2 fitnah yang sebelum ini pun kawan2ku pernah dapat dan aku pernah dengar dari sesorng tentang aku. FITNAH bermula bila aku menolak cinta dan kehendak seseorang yang m
ahu aku jadi miliknya..Tak mungkin kerana dia sudah berkeluarga..
Aku sangka habis di situ, tapi ternyata dia lelaki yang tidak pernah puas ( yang sebelumnya, bukan dia ). Dan kemuncaknya dia mendapat khabar dan msg dari orang tertentu yang mungkin itu salah satu meragukan dia terhadapku. Dia kata ada orang mencabar dia tentang apa saja tentang aku..Tentang apa saja milikku, keretaku, rumahku, syarikatku,,semua tentang kebendaan ku. Aku jadi keliru, apakah dia mau diriku selama
ini hanya kerana hartaku??
’tak kan abng percaya semua itu?’ kataku..
Dia hanya menjawap dia keliru..ah..bodoh..
FITNAH sudah mula membakar perhubungan kami, lebih2 lagi hati dan perasaanku mula prasangka terhadapnya, hatiku mula hancur dan kecewa jika itu dia yang reka. Aku cuba tampung puing2 hati yang berkecai semula..tapi yang retak tetap retak..fitnah telah menyuburkan pohon ragu di hatinya ( ye ke?) Fitnah menyuburkan kesumat dan rasa kesal yang tidak bertepi di hatiku tidak kira fitnah itu dari pihak ke 3 atau dari dirinya sendiri..
Sedangkn aku tahu ada yang ketawa meraikan hunungan kami menuju ke musnahan. Hebat dan berat aku rasa. Aku di hantui segala ikrar dan janji2nya, dia menerima ku seadanya, dia sudah melihat penderitaanku dengan menyusahkan dia bila kami bersama, dia hanya berkata, ‘apa pun sayang, sayang adalah satu2nya yang abang ada,abang sentiasa berdoa untuk sayang..bla bla bla’..( weikkk ).
Tetapi bukan itu sangat yang mahu aku tuliskan. Aku mahu ini di kongsikan tentang api FITNAH, yang telah menyenggau hubunganku dan dia serta dengan family dan sahabat sahabatku yang lain. Api fitnah juga pernah meragut kebahagiaan Ummul Mukminin Aisyah Abu Bakar r.a. Aku tidak pernah lupa sirah itu. Aku mengulangi dan menghadam semula sirah itu sepanjang hari aku dalam pencarian..
Dalam kes aku mungkin tidak separah kes Aisyah r.a bersama banginda. Tapi ini harus di ambil ikhtibar. Aisyah r.a tertinggal unta dalam perjalanan pulang bersama-sama Rasullullah SAW yang memimpin kaum muslimin memerangi Bani al-Mustaliq. Dia turun sebentar dari sekudup untanya untuk qada hajat. Dia ditinggalkan untanya yang diseret balik ke Madinah tanpa tuan. Sedar dirinya di tinggalkan, Aisyah terpaksa menunggu sendirian berharap agar Rasulullah berpatah balik. Sehinggalah dia bertemu seorang sahabat, Safwan al-Mu’attal as-Sulami yang memang lewat di belakang. Menghormati isteri Rasulullah, Safwan turun dari untanya lalu mempersilakan Ummul Mukminin itu naik.
Safwan menghantar Aisyah pulang ke rumah. Rasulullah tidak mengesyaki apa-apa lalu Aisyah menganggap perkara itu kecil yang tidak perlu di kenang-kenang lagi.Tetapi si munafik batu api, Abdullah bin Ubai bin Salul menyebar fitnah bahawa Aisyah berlaku curang dengan Safwan.
Bagaikan batu menhentam kepala Aisyah. Apatah lagi kerana Rasulullah dilihat bagaikan termakan hasutan apabila bersikap diam dengannya.Rasulullah sebenarnya bukan marah si isteri tetapi berfikir menhalusi kejadian yang berlaku. Buah fikiran sahabat-sahabat dipinta: pelbagai jawapan di terima.
Kata Usamah bin Zaid. “ Ini fitnah. Semua kata orang mengenainya hanya dusta belaka.”
Manakala kata Ali Abu Abu Talib r.a pula, “Perempuan lain banyak, Rasulullah. Dan tuan boleh mendapat gantinya jika tuan mahu. Tapi kalau tuan mahu kebenaran, tanyalah jariahnya, tentu dia tahu.”
Barirah ditanyam tetapi pembantu Aisyah itu hanya mencerita yang baik-baik sahaja mengenai tuannya.
Rasulullah berbincang dengan Aisyah,meminta isterinya bertaubat jika benar dia buat salah. Hati Aisyah bagai di tikam, tetapi dia yakin menjawap, “Demi Allah, aku tak akan bertaubat. Untuk apa aku bertaubat sedangkan aku tidak berbuat apa-apa..”
Aku bermunajat lama di sepertiga malam seperti rutinku sejak aku di khabarkan dengan sakitku..Ada hikmah aku sakit dan di sakit rupanya Allah mahu aku meletak cinta total hanya padaNya. Aku cuba mencari kekuatan merima hakikat kehilangan untuk kesekian kalinya. Sedar amat, aku bukan Aisyah Abu Bakar. Aku amat jauh daripada wibawanya. Aku bersalah kerana terpedaya dengan hasutan syaitan. Aku lupa seketika kenapa mama dan abah hantar aku mengaji jauh sampai Al-Azhar, sudah bergelar hajah dan ustazah pun astaqfirullah lemahnya imanku. Nasib tidak terlanjur, hanya lintasan hati semata-mata tanpa diiringi dengan perbuatan dan perbuatan yang aku telah terlanjur pun sekedar tidak mampu untuk menolak kerana lemahnya iman ku. Dan aku sekedar berniat tetapi belum melaksanakan apa yang diniatkan itu, dosa itu masih ditangguhkan atas kasih sayang Allah.
Aku memang berdosa kerana membuka pintu fitnah. Aku memang bersalah kerana membiarkan sekelumit rasa suka dan sepicing cinta bermukim di hati terhadap lelaki itu. Aku amat-amat kesal tetapi aku hanya manusia biasa yang selalu kalah dengan godaan nafsu. Dan tidak akan ku ulangi lagi selagi aku belum di ijab kabulkan.
Andai aku yang bersalah, aku sanggup menerima hukuman, kerana terlalu banyak kenangan manis bersamanya serta janji yang kami materikan.. Tetapi seandainya aku di aniaya, di peralatkan dan hanya tempat persinggahan ketika sukar, aku mohon pd Allah sedarkanlah dia. Aku tidak meminta banyak, aku mahu di pulangkan semula kebahagiaan yang pernah aku kecapi bersamanya walaupun seketika dengan dia
berada di hadapanku walaupun untuk mengucapkan selamat tinggal..
Sahur Ramadhan pertama hanya dengan seteguk air, kerana aku masih dalam rudung kesdihan, air mataku sentiasa mengalir, segala yang aku jamah tiada rasa hanya pahit, jiwaku relai tanpa warna..Segalanya bagiku lesu..Aku mengharap Ramadhan kali ini aku sudah punyai seseorang, tapi Tuhan menguji lagi akan cinta seorng hamba. Bulan mulia sudah mengucap salam.Dinihari aku masih sendirian meratap memohon keampunan dan ihsan-Nya. Aku tidak perlu apa-apa lagi, cukup jika Allah lindungi cela dan aibku daripada orang yang berniat serong dan mahu menjahanamkan aku.
Aku terlena di atas sejadah tetapi sayup-sayup terdengar alunan surah An-Nur, ayat 22 dan 23, “Sesungguhnya orang yang menyebarkan fitnah dusta itu adalah golongan kamu juga. Jangan kamu sangka perbuatan itu memburukkan kamu, malah membaikkan kamu. Setiap orang akan mendapat hukuman dari dosa yang di lakukannya. Dan orang yang mengambil peranan yang besar akan memperolehi seksa yang besar pula. Sesungguhnya orang-orang yang melemparkan tuduhan jahat terhadap perempuan-perempuan yang bersih, yang baik hati, yang beriman, akan dikutuk di dunia dan di akhirat dan mereka akan beroleh seksa yang besar.
Aku terlelap lagi di atas sajadah, aku bermimpi akan kehadiran seorang wanita tua berwajah jernih, dia bertanya. “ Kenapa menangis anak? Jangan bersedih atas ujian dan khabar yang kamu terima itu adalah dusta semata-mata.”..aku terpana tanpa kata apa2,dia menoleh ke satu sudut, mataku melirik bergandengan matanya..Lagilah aku terkejut, badanku mengigil berpeluh serta jiwa robekku makin carek.. ‘Abang!!’ jerit hatiku tanpa suara. Ya itu dia. Dia tipu aku untuk satu alasan??kenapa tidak berterus terang saja jika hati sudah ada insan lain??Sesungguhnya sujudku tidak sia-sia..,maka aku boleh merasakan sungai duka mengering, menyedut air mata kecewa dek cinta manusia pendusta..
Aku terjaga menjelang azan subuh. Sekeliling terasa-rasa sunyi, hanya dipenuhi dengungan ayat suci dari masjid Putrajaya. Sukma terasa disimbahi nikmat yang tidak boleh di ceritakan dengan kata-kata. Sejenak rasa diri terapung-apung dalamn satu lingkaran putih yang nyaman dan selesa dengan alunan kalimah Allah yang mengasyikkan..
Aku sudah temu jawapan atas persoalan duka di hatiku sebagai wanita yang lemah. Aku menerimanya sejujur dan seadanya..Tapi aku di dustai.
Aku tidak perlu mengucap terima kasih pada sesiapapun. Seperti Aisyah Abu Bakar menjawap pada ibunya, Ummu Ruman menyuruhnya mengucap terima kasih kepada Rasulullah apabila baginda datang membawa wahyu Surah an-Nur ayat 22-23 yang membesihkan marwahnya; “Aku tidak akan berterima kasih kepada sesiapa pun. Aku hanya akan bersyukur kepada Allah, Tuhanku yang telah membersihkan aku daripada manusia yang jahat itu.”
Air mataku mengalir kali ini bukan di gelumangi rasa kecewa cinta BODOH itu, aku juga bukan Aisyah Abu Bakar. Tetapi aku begitu dilimpahi rahmat-Nya..Tq GOD..
Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...