About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Friday, June 29, 2012

~Perlabuhan Tanpa Tambatan~








Ketika cinta itu di tambat kasih
Mengapa mesti ada kabus dan gerimis
Ketika cinta itu parah
Mengapa tiada ubat luka

Sakit rasanya pabila cinta itu sunyi di pelabuhan
Pedih rasanya bila kasih itu luntur
Bagaimana harus esok aku tempuhi
Bersama sisa-sisa semangat semalam

Ketika ini kumengharapkan hujan kan turun
Agar basah bersama aliran airmata
Agar hilang kemarau kasih tercipta
Agar esok, cintaku dan cintamu mekar semula





Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

~Resah Menungkah~



JUMAAT INI














~Aku tersadai di ruang entry. Termanggu menongkat arah meranduk rasa.. Betapa banyak catitan dalam perjalananku untuk di urai dan di sajikan, tapi segalanya menjadi kaku. Entah kenapa aku menjadi gersang dalam timbunan karya..













Di saat ku menapaki jalan imajinasi
Banyak kutemui jiwa yang terpental
Terpental dari jasad yang penuh fatamorgana
Dari jasad yang hampa dengan iman
Mereka mengadu kepadaku
Mereka kecewa dengan jasadnya
Yang tak punya perasaan
Tak punya kasih
Tak punya sayang
Apalagi punya cinta..( ini bait naluriku, aku takut sebenarnya hilang diriku )..
hu hu..Catatanku telah meninggalkanku dalam serabut yang tegar..:p Aku bagai sang pelukis yang tiba hilang warna2nya..




Riak-riak duka jelas terpamer, garis-garis kemelut tercoret di wajah, jelas keresahan menyelubungi, rawan hati ceritakan segala, usah terkenang yang telah pergi, usah termimpi yang telah tiada, usah tercari yang telah hilang, jalur-jalur terang menerobos di hadapan, terbentang jelas, satu persatu, rangkaikan semua jadi satu, jadi panduan penunjuk arahjadi wadah meniti kehidupan, agar ketemu sinar terang, agar beroleh sinar kebahagiaan...


Kadang dunia mentertawakanku






Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Tuesday, June 19, 2012

~Lecceh Dan Bengkok ke WaniTa??~













"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang oran
g perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah." 









"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"


"Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?" 

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. " 

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya." 











"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "




*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya danhendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusukSesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890) 



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Wednesday, June 13, 2012

~Air MaTa KaSih~



AIRMATA KASIH

Genangan airmata mu kasih,
menceritakan segala deritamu,
tiap titik nya mengambarkan pelbagai liku,
sebak menyesak didada...
cinta yang bergelora dijiwa...
mengusik ilusi minda dan rasa...
seakan hatinya telah tiada..

Air Mata Kasihh..



.
bagaimana hendak ku tambak..
empangan rindu mu ini...
seakan tidak mengenal erti kepuasan,
seakan sesat mencari pedoman..
petanda kepada jiwa yang terlalu lerai...

Airmata kasih..
miski pun ia panas membara..
kerana hangatnya rindumu..
namun ia terjurai membeku..
dipipi mu yang sesejuk salju..

Airmata kasih
ku tadah dengan hamparan simpati,
ku usap dengan segunung kasih,
agar kau lelap di dataran redha..
muga kering ia dengan istifar...




Airmata kasih
biarkan lah ia bersemadi..
jauh disudut dan dasar hati,
biar kan ia lena di buai sendu..
yang pasti ingin di hati ini..
sebaik muncul mentari pagi..
airmata kasih mu tiada lagi..




~ Bahazelan ~ 9/06/12

*dgn matahatiku, melihat melalui matamu..**



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

UNTUKMU YANG TIDAK PERNAH LETIH..~_~



Petang yang syahdu aku teringat kamu..:-))














: Teruntuk engkau, yang tak pernah letih menanti aku kembali.

Adalah yang mengawangkan seribu pinta, serupa utopia beragam do’a dan mantra yang lekat tersembunyi di balik liris sepotong cinta. Terbata antara belantara semesta dan mengeja barisan aksara perhentian sebuah jeda. Bukan lembaran syair yang tertutup lalu ataupun cerita romansa jingga, hanya segenggam tulus belaian embun.

Sugumpal rasa dalam tembikar kasih beralas percaya selembut sutera, seutuhnya terangkum dalam alunan lembut tempias rindu sajak ritmis setangkai gerimis. Kerlip gemintang adalah dekapmu dalam malam, pun sejuk tatapmu menebar teduh terik sang siang.














Kelak,
Saat lelehan merah senja segera menghitam, pun burung - burung mengepak sayap dan mengajari anaknya menaiki hembusan angin. Aku hanya bisa memberimu sebongkah batu, sebagai pijakan menuju nirwana yang menanti tulusmu.















Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...