Pada 1 Mac 2012, maka meningkat usiaku pd 30++..
maknanya sudah dewasa 30lebih tahun aku hidup di dunia ni.. em berbaki berapa lagi la ye..tak tau la bila.. yang pastinya sentiasa kena lakukan persediaan..
kalau 30+ tahun org kata dah kena set time tuk jumpa Allah bukan dah layak mengundi huhu.. eh.. hihi..
rsnya cepat sungguh masa berlalu..rupanya dah tua aku ni tapi stil mcm dulu je..hi.. InsyaAllah gunakan umur yang kita ada ni kearah kebaikkan.. gunakan masa,diri dan harta untuk agama Allah swt..
saya juga ingin ucapkan terima kasih pada sahabat2 yang telah berikan ucapan di Facebook.. SMS.. telegram,burung merpati (kalau ada..:-)..) kek2, bunga2 yg bermacam kaler dan jenis, walau pun ada bunga taik ayam.. he he.. i like.. i luv u all..
di cni saya ingin konsgsikan satu mesg yang agak mendalam juga maknanya (ku abadikan di dlm entri ni supaya tidak kehilanganya ).
(maaf.. hu hu, sedih plak nie, setiap kali ulang tahunku, sejal kepergian arwah mama dn abah, nota ni yang ku sering ulang mmbacanya dlm diaryku..Lalu ku panjangkan Al-Fatihah utk keduanya ).
"Hari ini adalah special day buat ibumu...flashback 30+ tahun yang dulu, ketika itu umur ibu lebih kurang seusia kamu.. pada tarikh yang sama di pertaruhkan nyawanya melahirkankamu, ketika mengandungan kamu, acap kali diusap perutnya supaya kamu tidak kekurangan kasih sayang dan dalam solatnya tidak henti2 mendoakan kesejahteraan kamu.. bila berjaya melahirkan, tangan kecil mu dipegang..dahimu di kucup penuh kesyahduan, jari-jemarimu dibilang2..lalu ibu tersenyum kesyukuran sambil mengendong kamu di pangkuannya buat pertama kali.. kini jika diamati wajah ibu,kedutan diwajahnya kian jelas, tapi ibu masih tetap tersenyum.. sedar atau tidak kamu rupanya mewarisi senyuman ibumu- "mak terima kasih kerana pelihara saya hingga saat in, kasih sayang mak tiada galang gantinya" ( wlu pun 'mak sudah tiada, tapi usapan sayang tetap basah dan hangat di setiap inci hatiku ).
kesimpulan yg aku dapat ialah...
sempena ulang tahun kita yang tak kira la keberapa tahun pun maka berterima kasih lah kepada ibu dan bapa kita yg telah melahirkan dan menjaga kita.. hargai ibu kita..semua nya rahmat dari Allah swt...
kepada ibu2 sayangi anak2 anda kerana ia adalah anugerah Allah swt kepada hambaNya yang tercinta..
Dan buat sang anak, meraikan ulang tahun bukan semata2 meniup lilin glamour ikut cara barat, tapi sebagai satu pengahrgaan tarikh itu tidak akan berubah,saat tangisan pertama kita di hadirkan ke dua dengan penuh cinta dan kasih sayang kedua orang tua....Tak de lilin dn kek pun tak pew, yang utama raikan dengan syukur dan doa..
Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...