AIRMATA KASIH
Genangan airmata mu kasih,
menceritakan segala deritamu,
tiap titik nya mengambarkan pelbagai liku,
sebak menyesak didada...
cinta yang bergelora dijiwa...
mengusik ilusi minda dan rasa...
seakan hatinya telah tiada..
Genangan airmata mu kasih,
menceritakan segala deritamu,
tiap titik nya mengambarkan pelbagai liku,
sebak menyesak didada...
cinta yang bergelora dijiwa...
mengusik ilusi minda dan rasa...
seakan hatinya telah tiada..
bagaimana hendak ku tambak..
empangan rindu mu ini...
seakan tidak mengenal erti kepuasan,
seakan sesat mencari pedoman..
petanda kepada jiwa yang terlalu lerai...
Airmata kasih..
miski pun ia panas membara..
kerana hangatnya rindumu..
namun ia terjurai membeku..
dipipi mu yang sesejuk salju..
Airmata kasih
ku tadah dengan hamparan simpati,
ku usap dengan segunung kasih,
agar kau lelap di dataran redha..
muga kering ia dengan istifar...
empangan rindu mu ini...
seakan tidak mengenal erti kepuasan,
seakan sesat mencari pedoman..
petanda kepada jiwa yang terlalu lerai...
Airmata kasih..
miski pun ia panas membara..
kerana hangatnya rindumu..
namun ia terjurai membeku..
dipipi mu yang sesejuk salju..
Airmata kasih
ku tadah dengan hamparan simpati,
ku usap dengan segunung kasih,
agar kau lelap di dataran redha..
muga kering ia dengan istifar...
Airmata kasih
biarkan lah ia bersemadi..
jauh disudut dan dasar hati,
biar kan ia lena di buai sendu..
yang pasti ingin di hati ini..
sebaik muncul mentari pagi..
airmata kasih mu tiada lagi..
~ Bahazelan ~ 9/06/12
*dgn matahatiku, melihat melalui matamu..**
Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...