About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Friday, January 4, 2013

RinDu Yang SaKit




Tiada hidup aku tanpa Mu ya Allah, dan jangan Engkau timpakan ujian yang tak mampuku galas ya Allah. Kasihanilah hamba ini..







Kupersembahkan sebait kalimat rindu, bagi jiwa yang terluka. Kupersembahkan sentuhan qalbu, bagi hati yang tergores pilu. Kupersembahkan sebaris hasrat menggebu, untuk bertemu denganmu. Duhai kasih yang kunantikan, demi rindu yang menggelora. Duhai kasih yang tersematkan, demi rasa yang tersiratkan.








Sinar temaram kembali bersemayam. Di lupuk hatimu yang terdalam. Kuingin 

bisikkan rasa cinta disepanjang malam. Walau kini keadaan sungguh sangat 

menyayat,

 walau hati terluka. Kungin kembali saksikan dirimu bahagia. Wahai jiwa yang

 resah,

 cukuplah diriku berserah. Wahai jiwa yang menantikan, kan kujadikan jiwamu 

bersinar terang.

Kekasihku... apakah engkau ragu? ketika telah kusematkan hatiku dengan

 pilu. Apakah engkau ragu? ketika mimpi telah tersingkap rindu. 

Apakah engkau ragu? ketika kupupuk harapan dengan kesetiaan. 

Ku ingin rengkuh kembali jiwa yang berserak biru. Perih dan sedih, menjadi 

warna nan abadi.




Tentang sebuah RINDU YANG SAKIT...:-(



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Thursday, January 3, 2013

~Aku Adalah Gadis Kecil tu~



  bismillahirrahmanirrahim...







Senyuman yang indah di bibir gadis kecil itu  sekarang berubah menjadi mendung di wajah nya ..

 Dia tersesat !! Dia takut dan tak tau arah tujuan .. Dia terus melangkah menuju jalan pulang.. 

Tapii sayang, dia tidak pernah menemukannya sampai kakinya terluka..  Dan akhirnya dia mencari

 pondok untuk dia berteduh .. Hanya sekadar untuk berteduh !!



Boneka dan buku tulis yang selalu dibawanya kemana-mana adalah teman “sejatinya”.. Walaupun

 terkadang dia bosan dan mencoba untuk bermain dengan alam disekitarnya, tapi dia menikmati 

semua itu  dengan luka..


Akhinya gadis kecil kecil itu tumbuh menjadi dewasa.. Sekarang dia bukan gadis kecil lagi .. Dia 

sudah menjadi gadis yang sebenarnya, Gadis dewasa !!











Tapi sayaang..


Gadis itu tumbuh sebagai gadis yang rapuh !! dia masih menyimpan trauma masa kecilnya, 



saat dia tersesat dulu .. dia masih menyimpan semua “memory” yang tak seharusnya dia 


simpan.. dan memilih mengalah kepada dunia yang kejam ini!



Gadis itu tumbuh sebagai gadis yang posesif !! kerana selama kecilnya dia belum pernah 


merasakan “memiliki” sesuatu sehingga sekarang dia akan menjaga apa yang telah dia 


“miliki”.. APAPUN itu !!! dan kuku nya akan siap mencakar siapa saja yang ingin 


mengganggunya ..


Gadis itu tumbuh menjadi gadis yang “gagu” !! Dia tidak boleh mengatakan apa yang ada di

 hati dan fikirannya kerana  apa yang ada di fikirannya tidak akan pernah sama dengan 

fikiran orang lain .. DAN



Gadis itu tumbuh sebagai gadis yang pendendam !! dia dendam dengan “KEHIDUPAN”.


Sampai akhirnya dia tersedar kalau dia tidak akan mampu membalikkan waktu.. Dia 


menangis !! terus menangis sampai tak ada lagi tenaga untuk menangis .. tapi di salah satu 


rongga hati yang masih kosong dia berharap boleh bertunas seperti  ‘WANITA’  yang 


lainnya dan berharap “waktu” dan apa yang dia “miliki” tidak akan menghapusnya !!








Akulah Gadis Kecil itu yang tanpa RAPUH, tanpa POSESIF, tanpa GAGU dan tanpa 

DENDAM..



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

KEJAYAAN..



                                                      Bismillahirahmanirahim.


“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hati ku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.”








               
                          
                              5~Langkah Untuk Berjaya Dalam Apa Yang Anda Lakukan..


1.     KEINGINAN YANG KUAT
Perkara pertama yang anda perlukan adalah memiliki keinginan yang kuat. Keinginan seperti api! Tidak seperti api kecil untuk mendapat kepanasan. Tidak, anda memerlukan keinginan yang kuat, anda harus benar-benar ingin memiliki apa yang anda inginkan!

2.     MATLAMATt! SEBAB!
 Jika anda benar-benar menginginkan sesuatu, tetapi anda tidak mendapatkan sampai       sekarang, keinginan anda tidak cukup kuat! Anda benar-benar harus merasai keinginan untuk memilikinya dalam tulang anda, daging anda, hati dan jiwa anda. Keinginan adalah titik permulaan, kerana tanpanya, tiada apa yang akan menjadi.

Sekarang anda perlu menetapkan matlamat. Mengapa? Untuk mengetahui ke mana hala tuju! Tanpa matlamat keinginan anda tidak akan membawa anda ke mana-mana dan anda hanya akan berbalik dalam lingkaran seperti seekor anjing yang berjalan mengekori ekornya sendiri.
Matlamat akan memberikan sebab, tujuan. Matlamat anda adalah arah tuju kepada keinginan anda. Jika anda dapat melihat dengan mata hati apa yang anda inginkan, anda akan memilikinya. Jika lebih jelas anda lihat, lebih terang gambaran dan bayangan anda, semakin besar kemungkinan anda akan mendapat apa yang anda inginkan!
Matlamat memberi anda kekuatan untuk bergerak. Matlamat menghasilkan gerak kerja yang diperlukan untuk membawa anda mencapai impian anda. Matlamat yang bagus adalah pernyataan dari apa yang anda inginkan, dengan cara yang positif jelas, padu dan dengan emosi (ingat api! Tanpa emosi, tanpa api, tiada hasil!).
Matlamat harus ditulis, untuk memberinya lebih kekuatan, dan harus dinyatakan pada saat ini. Tulis matlamat anda seolah-olah anda sudah mendapatkannya. Dan mula bertindak seolah-olah anda sudah berada di sana!






3.    PERCAYA PADA DIRI SENDIRI.
Di antara 5 langkah untuk berjaya dalam apa yang anda lakukan, anda harus percaya pada diri sendiri. Anda benar-benar harus menyedari kenyataan bahawa anda layak untuk memiliki apa yang anda inginkan dan bahawa anda boleh mendapatkanya, bahawa anda mempunyai segala yang diperlukan untuk mencapai impian anda.
Ya, anda pasti boleh! Mungkin sekarang anda tidak tahu bagaimana untuk sampai ke matlamat anda, tapi percayalah bahawa anda akan belajar langkah demi langkah bagaimana melakukannya dan bahawa anda akan dipandu dalam perjalanan anda secara kebetulan dan seiring sejalan.


             4.  BERFIKIRAN POSITIF.
Sebuah keinginan yang kuat, tujuan yang jelas, kepercayaan yang kuat pada diri sendiri, apa lagi yang perlu untuk membuat impian anda menjadi kenyataan? Berfikiran positif!
Mimpi yang paling indah, keinginan kuat dan tujuan yang jelas tidak akan membawa anda ke mana-mana jika anda menghancurkan diri anda dengan kepercayaan negatif. Jika anda mempunyai perangai buruk ini, sentiasa memikirkan perkara yang buruk dari melihat sesuatu secara baik, cara pemikiran ini akan menjadikan anda apa yang anda fikirkan: takut, buruk.
Cara pemikiran positif mengangkat anda sampai ke tahap alam semesta dan penciptaan alam semesta akan bersekongkol dengan anda untuk memberikan anda apa yang anda inginkan.







5.    KONSISTENSI
Konsistensi. Ya, mudah untuk memulakan sesuatu. Sangat mudah untuk berhenti. Tapi semua itu memerlukan konsistensi untuk anda tetap berada di jalan anda menuju matlamat.
Adakah anda pernah merasakan kebebasan luar biasa setelah bertahun-tahun mempraktikkan hal yang sama, anda menjadi pakar dalam sesuatu? Anda boleh menjawab semua soalan pejam mata sahaja dan menghasilkan apa sahaja keputusan yang anda inginkan? Anda sudah menjadi pakar sekarang kerana anda melakukan hal yang sama beratus-ratus kali, lagi dan lagi. Dan sekarang anda tahu apa itu kebebasan!
Konsistensi, tidak mengalah, sentiasa ke arah matlamat yang sama, akhirnya ini akan memberi anda kebebasan yang mutlak. Mengapa? Kerana anda tidak perlu berfikir dan tercari-cari lagi. Ia sudah menjadi kebiasaan dan anda bebas berfikir untuk mempelajari hal-hal baru yang lebih mencabar.
Tetapkan diri anda pada jalan menuju matlamat anda, pastikan terus menerus, setiap langkah akan membawa anda kepada lebih kebebasan, kebahagiaan dan anda akan menguasai hidup anda!
Ini adalah 5 langkah penting untuk berjaya dalam apa yang anda lakukan.
Percaya pada diri Yakin dengan KetentuanNya..Insyaallah..


~moga perkongsian ini memberi manfaat..



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...