Asslamualaikum wtb. sayangku..
Terasa dinginnya air jernih dari kelopak mata ibu biarpun sebenarnya sudah hampir tujuh tahun beliau pergi bertemu kekasih abadinya. Mama berkata pada abang long sebelum menhembus nafasnya, mata mama seolah berbicara :-
...Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan putri kesayanganku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan putri kesayanganku
Satu nasa dia juga berpisah darimu
Fitrahnya perlukan seorang Adam, dia adikmu
Fitrahnya perlukan seorang Adam, dia adikmu
Jadilah wali pdnya jika ayahmu pun sudah tiada
Carikan dia putra syurga yang layak sebagai Imamnya
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya....
Putriku yang manis, semoga imanmu semanis wajah mulusmu.Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya....
Allah berfirman(Al Baqarah:133):
(Adakah kamu hadir ketika Ya’qub kedatangan(tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya, “Apakah yang kamu sembah sepanjang peninggalanku?” Mereka menjawab, “Kami akan menyembah Tuhanmu, Tuhan nenek moyangmu Ibrahim,Ismail dan Ishaq (iaitu) Tuhan yang Maha Esa dan kami tunduk dan patuh kepadaNya”.)
Mata ku bagai berpinar lagi, apakah erti kesudahan ini??. Air mata ku sudah kering, suara ku juga sudah hampir hilang kerana beberapa hari ini aku seolah bertengkah dengan Allah. Aku nyatakan semua segala yang terbuku dan terpendam dalam lubuk jiwaku.
Aku seperti di lahirkan tidak layak mengecap bahagia. Aku sudah terlalu lelah. Ya Allah, berilah aku kekuatan ini. Jangan Engkau jadikan aku hamba yang berputus asa serta tidak tahu bersyukur.
Aku belek lagi laporan perubatanku dihujung katil yang sangat tidak mahu aku gapai, kerana di dalamnya tertulis segala macam penderitaan dan ke bosananku, ia bagaikan catatan maut bagiku.
Ku tatap dan renung setiap catatan tulisan cacing doktor yang memang menyemakan mataku untuk membaca. Aku bagaikan buta huruf untuk tahu pengertiannya..
Aku cuba tarik kaki ku, aduh!! sakitnya ya Allah, ku coba alihkan dan lunjurkan aduh bagaikan putus pinggangku. Sudah 3 bulan aku terlantar begini, terasa diri daif sangat kerana semua orng uruskan..
'Adik harus tabah, insyaallah setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.' itu saja yang terpacul dari mulut abangku bila doktor memberi tahu ku. Tapi sesungguhnya doktor sudah bagi tempoh beberapa hari agar abang bagi tauku, sebab doktor mahu abang long berhadapan denganku, kalau aku mengamuk taulah apa yg dia nak buat, tapi abang long juga rupanya tidak sekuat yang di sangka, akhirnya doktor Azam terpaksa berhadapan denganku yang memang dia kenal tabiat degil dan baran ku. Tapi anehnya aku tidak ada kekuatan untuk melenting seperti biasa. 'Cik kena kuat, hasil dari pemeriksaan yang berulang kali kami buat cik sah positif Leukemia dan bla bala..'. 'STOP' jerit ku..tidak perlu penjelasan yang aku hanya mampu hidup untuk beberapa detik..
Aku hanya terjelepuk di sudut yang sunyi. Air mata ku murah sekali untuk mengalir, aku pergi berjalan, badan ku seolah sehelai bulu ayam yang terbang. Aku peluk diriku erat bagaikan dakapan sang kekasih yang telah lama berpisah dan kini bertemu, tak akan ku lepas, tak akan..
Aku berkunjung kesmua tempat yang aku suka,pantai, ku renung ombak, ku jamah buihnya yang lembut, aku rasa halusnya pepasir, aku coba hayati rintihan ombak yang berbisik, ku usap batu karang , rasa hangat kerana pukulan ombak yang tidak pernah jemu.
Sungai..ku lihat ianya mengalir, dari hulu ke hilir dan tidak pernah menyonsang, begitu hebatnya ciptaan ini. Sangat sempurna..Daun kering yang ku kutip ada beza hujau dan coklat warna bila ku tadah di sinar matahari. Abang ku hanya merenungku dari jauh, apalah yang dia risau sangat agaknya bagai seorang bodyguard je..'Aku baik-baik saja abang, aku mahu sendirian kini, kerana aku sudah lama dalam riuhan dan ramai di hati kalian. Aku tidak mahu selepas ini aku sunyi dalam keriuhan sebuah kehilangan..'
Maafkan aku..ini saja yang mampu aku ucap untuk semua sahabat, teman dan orang yang aku sayang.
Aku mula muhassabah diri. aku hitung dan renung setiap nikmat yang telah aku perolehi, namun hati kecilku tetap memberontak..Astargfirullahulazim..Ampunkan aku ya Allah..
Aku sebenarnya tidak ada kekuatan. Setiap detik sujudku aku merayu, aku seolah merasakan mahu sujud terus dan tidak akan ku angkat kepala ini. Kerana dalam sujud ini aku temui kedamaian..
'Bangunlah adik, kamu sudah semakin pulih. Berterima kasihlah pada insan yang bermurah hati menderma sum sum tulang untukmu.' Aku mencari siapakah orng yang berjiwa mulia itu? Aku hanya mendengar mereka menyebut-nyebut tentang kebaikannya. Tapi aku tidak tahu dan tidak kenal lagi siapa dia..Ingin sekali aku mengucapkan terima kasih serta menatap wajahnya.
Namun kalibat yang kulihat seakan akn sangat kenal orangnya. 'Ah!! masakan dia, tapi itulah hakikat abang Erwan??..aduhhhh..kenapa dunia ini terlalu kecil..gumamku.
Aku mau letal di mana muka ini. Aku pernah tolak penangannya, aku asyik sentiasa bertengkar dengannya, aku tidak pernah berterima kasih atas pemberiannya tapi setiap yang di beri aku ambil. Emm buat malu saja ni. Dia rapatkan dirinya di katilku dengan senyum yang selalu ku lihat. Tapi kali ini sudah betul2 berubah, kerusi rodanya makin mendekat, aku kadi malu sendiri. Entah apalah aku ni. Matanya nampak bersinar dengan kejujuran, terpancar kejernihan hatinya yang selama ini aku tidak nampak dan buat2 tak nampak. Yang aku tahu aku mahu bertengkar dan ada saja yang tak kena, ais krim cair pun aku marah abang Erwan. Humm..peritnya kenyataan. Tetiba aku merasa hangatnya pipiku dek air mata yg entah dari mana? apakah dari kalbuku yang selama ini keras.
Lembut tangan itu menyapu dengan sapu tangannya yang selama ini aku selalu tolak kononnya busuk, padahal ok je..cume aku yang sombong..Aku nampak abang long dan makcik berlalu, nurse pun buat-buat ada kerja. E,, mereka ni saja..kata hatiku.
"Putri mcm ne sekarang?" suaranya lunak seperti selalu, tangannya menghulur sebungkus hadiah, kusambut dingin..dah tau apa di dalam, tanganku rakus membuka tanpa mngucap terima kasih, aku tersentak seketika, "terima kasih wak.." dengan rasa malu yang amat. Emm mataku melirik selembar wajah yang seperti slebrety Farid Kamil, ramai gadis yang tergila kat dia, sebab tu aku tak mau bersaing dan aku tolak saja pinangannya, takut menderita kemudian hari..Ramai orang kata aku bodoh, alah lantaklah depa..
Tapi sesungguhnya aku amat menyayanginya sebagai seorang sahabat yang sangat baik dan ambil berat. Tak tau nak ungkap macamne eikk..
Tak pelah biar rahsia saja..
Pesan seorang teman :-
'Setiap hari kita diberi 24 jam masa untuk dimanfaatkan, dan ini merupakan antara salah satu benda di dunia ini yang kita boleh dapat percuma... kalau kita kaya bagai nak rak pon kite tetap tak dapat nak beli masa tambahan walaupun dalam main bola ade extra time... ape yang boleh kite buat dengan masa yang ade ini??? Jangan bazirkan dengan perkara yang ntah ape2, manfaatkan... sebabnye sekali kita bazirkan, tak dapat dah nak carik ganti... dan tak dapek den nak tolong he3...'