About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Merubah Diri Di Persinggahan Sayang

Wahai sahabat-sahabat ku yang di kasihi, apakah kalian masih tercari-cari ‘pulau persinggahan’ sebenar, secocok dengan diri, kehendak diri, naluri iman. Perahu yang dikemudi tidak selama-lama berdaya mengayuh melawan badai mendatang, tapi bila mengenangkan nasib diri nun masih jauh lagi meneropong pulau persinggahan idaman, serasa sudah hilang minat untuk mengayuh. Biarlah mati keseorangan di tengah-tengah samudera bahaya, tenggelam dipukul ombak.Bekalan makanan di bawa makin susut, tiada lagi...
 bantuan yang masih tersisa,
 
Saya adalah manusia biasa seperti kalian, butuhkan tunjuk ajar. Seperti saya jelaskan dalam pencerahan artikel semalam, hidup ini adalah antara medan untuk kita belajar, belajar dengan alam, belajar dengan manusia pelbagai, belajar dengan keajaiban ciptaan makhluk Tuhan lain. Kita tidak semuanya bagus, baik, sempurna, dan pantas mengemudi bahtera kehidupan tanpa belajar, dan meminta bantuan orang lain.
 
 
 

Inilah antara ajakan, dakwah baginda Rasulullah s.a.w kepada kaum Quraisy agar mengkaji, belajar, selidik masak-masak tindakan, cara kerja mereka dalam menangani kehidupan berkabilah, berpuak-puak, bukan sahaja terletak pada kekuatan jasmani untuk memerintah tapi kekuatan akal untuk mencerah suluhan iman, siapa benar dan siapa salah, akidah dan sebagainya.

Bagi saya, matlamat saya, impian saya, setiap masalah kalian adalah perjuangan saya. Bersama-sama berdiri di belakang, menyusun semula galur hidup mengikut aturan Islam, perintah syari-‘at. Saya hanya mampu memberi input idea, jalan penyelesaian bagi memudahkan kalian, bagi para sahabat di luar sana merubah strategi baru, dan bersedia memulakan sebuah perjalanan sukar ini. Perhentian kita masih jauh, tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
 
 


Sekali lagi saya ingatkan, perancangan, rencana sesiapa bisa garap, coret di atas kertas, tapi parancangan saya harapkan ialah keupayaan kita mengeluarkannya dalam realiti hidup kita sebenar, bukan omong-omong kosong. Bermula daripada keupayaan kita menggusulkan idea, bertindak balas melalui tindakan.

Kesilapan pertama dibaiki pada tindakan kedua, ketiga, dan seterusnya hinggalah apa dicari diketemui.

Di mana fungsi utama penggerak?

Sudah pasti akal. Berpadu dengan daya.

Kejayaan yang diraih, atau kegagalan yang menimpa dapat ditelusuri jauh ke dalam diri kalian, arkitek sebenar di sini ialah diri kita sendiri, bukan orang lain. Semua manusia mempunyai diari dan catatan perjalanan sendiri, bagi mereka tanggungjawab adalah beban dan memberi masalah. Padahal, tidak seorang pun tidak pernah merasakan kebebasan setelah berani memikul sesuatu amanah. Amanah kita sekarang ialah terhadap diri dan agama.

Pengalaman lepas, dijadikan cermin sebelum bersedia melangkah ke episod baru.

Pengalaman itu sendiri bukanlah guru. Pengalaman akan hanya menjadi guru apabila kita memproses pengalaman itu. Dapat dikenalpasti hujung pangkalnya, kelebihannya, kelemahannya dan dirumuskan sebagai panduan. Adapun panduan itu tidak optimum kecuali apabila ia didokumentasikan. Dokumentasi pengalaman yang saya harapkan ialah tepat dan jelas. Tepat sahaja, tapi kalau tidak jelas, abstrak, tidak praktikal akan menghilangkan nilai tepat itu tadi.

Jangan ada walaupun sebesar zarah rasa malas, jemu kerana ini sebahagian kudis yang menggangu keselesaan kalian melangkah, tangan akan sentiasa mengusap-usap kudis itu. Maka hilanglah selera untuk maju.
 
Tatkala aku bangun dari lena koma yang panjang ini sebenarnya bukan atas kehendakku tapi kehendak yang maha Esa, bukan kerana aku di perlukan atau kerana amalan ku yang banyak, tapi oleh kerana banayak lagi urusanku dengan manusia lebih-lebih lagi urusanku dengan Tuhan tidak selesai dan tidak akan pernah selesai pun. Namun aku bersyukur yang maha sangat kerana aku di beri kesempatan ini untuk bermuraqabah diri agar sentiasa bermuhassabah.
 
' Kamu hanyalah seorang hamba,' itu kata Allah. Lalu aku terlalu malu dengan diriku, baru aku sadar siapa aku sebenarnya hanya seorang 'penumpang di persinggahan sayang.'
 
 
Janganlah Mudah Berputus Asa, kerana di setiap perlayaran itu ada 'Persinggahan,' namun tidak pasti apakah itu persinggahan terakhir buatmu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...