About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Wanita Melanau

Belajarlah Untuk Menghayati Hal-Hal Yang Menakutkan,Nescaya Rasa Takut Itu Akan Hilang..

Kemiskinan dan kesakitan itu membuat aku lebih tegar untuk meneruskan kehidupan. Kewanitaanku tidak menghalang untuk aku berpijak di atas duri-duri ujian. Biar pun aku terpaksa terjatuh berulang kali itu bukan alasanku untuk menyerah kalah atau sebagai alasan untukku mengatakan ' tidak,' kerana aku adalah aku yang pernah engkau kenal.


Kejayaan yang paling tinggi bila seorang wanita berjaya meletak dirinya seperti mana yang Allah kehendaki...


Aku terlalu sedih melihat sebahgian dari kaum Hawa, mereka tidak mengira bahawa sesudah kebaikan ada keburukan dan tidak mengira bahawa keburukan itu merupakan kepastian yang tidak dapar di tawar-tawar lagi harganya dengan kepalsuan. Kaumku hanya asyik jadi mangsa kelemahan diri, asyik terpuruk dengan kenyataan "Wanita Itu Lemah, Wanita Dari Tulang Rusuk Yang Bengkok." Bagi ku semua itu sebenarnya hanya satu alasan untuk menjadikan air mata kita tidak berharga.

Yang bengkoknya adalah nafsu yang tidak terkawal jauh sekali untuk bermujjahadah. Degil lagi tidak mahu bermuraqabah diri, ego juga. Sudah tahu lemah tapi tidak mahu menerima kelemahan sabagai satu anugrah untuk menjadi satu kekuatan. Ambil saja ikhtibar 'Air Mata' atau Air, kan ia bersifat lembut tapi boleh membersihkan segala bentuk najis, boleh memberi kehidupan atau membangkitkan bala bencana. Coba renungkan wahai kaum Hawa. 



Kejayaan Bukan Terletak Pada Fizikalnya Tapi Pada Hati Dan Minda


Alasan lagi bab menutup aurat tidak boleh berjaya,tidak boleh berkarya..ooo teruknya. Berjilbab atau bertudung menyebab ketinggalan zaman, aduh, aku terkejut ada lagi jahiliyah moden rupanya. Sudah tinggalkan saja alasanmu itu dibawah selimut.

Bagiku seseorang yang telah mencapai kebahagiaan perlu berkata : " Hari yang indah adalah hari dimana kita menguasai dunia, dan ia tidak menguasai kita. Ia adalah hari dimana kita dapat mengendalikan syahwat dan kesenangan serta kita tidak pernah tunduk kepadanya baik secara terpaksa atau sukarela."

Di antara hari-hari yang aku ingat dan tidak akan aku lupakan, ialah : Hari-hari ketika aku menguasai diriku dan keluar dari ujian keraguan terhadap hal-hal yang aku mampu atau yang tidak mampu, adalah hari yang sangat indah bagiku.



Perjalanan Seorang Wanita banyak likunya..


Betapa indahnya hari itu, saat aku terumbang-ambing di antara pujian orang lain dan pekerjaan yang tiada seorang pun menganggapinya dengan pujian atau mahu tahu dengannya. Maka aku tepiskan semua pujian itu dan aku merasa puas dengan pekerjaan yang selalu ku ingat sepanjang hidupku tanpa ada seorang pun yang mengetahuinya.

Keindahan hari tersebut adalah di mana aku harus memilih antara poketku yang penuh dengan lembaran wang, tetapi nuraniku kosong daripada hati nuraniku menjadi hampa.

Hari-hari itu memang indah. Dan yang terindah sekali adalah ketika aku menerima bahagianku yang sangat sedikit, kecuali hal yang berkaitan dengan kesedaranku tentang kemampuanku dalam mengendalikan diri untuk menangani pekerjaanku. Hal ini aku harus bersyukur kepada Allah kerana bererti aku masih dapat berbuat banyak perkara setelah itu. Aku tidak mahu menangis kerana kesakitan yang aku tanggung tapi aku terlalu sakit jika aku terpisah dari insan-insan yang memberi aku kekuatan dan menjadikan hariku ceria..



Aku Banyak Masa Untuk Tuhanku, Bertawajjuh Serta Meminta.....


Oleh itu Berbahagialah Kita Dngan Apa Yang Kita Miliki Dengan Rasa Qana'ah dan Puas Atas Apa Yang Diberikan Oleh Allah Kepada Kita. Tinggalkanlah Angan-Angan Kosong Yang Tidak Sesuai Dengan Jerih-Payah atau Kemampuan Anda.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...