About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Thursday, October 28, 2010

BAHTERA

Aku mendengar kawan ku bercerita panjang lewat kunjungannya ke wad ku..Ia datang dengan mengendong rindu yang berat kerana sudah dua bulan aku terlantar di ranjang putih ini ( di wad hospital ). Aku melayan hatinya yang rawan, hampir setengah jam kami berpelukan dan bertangisan. Luluh hatiku bukan kepalang, aku tidak pernah menduga serta bermimpi untuk bertemu hatta berpelukkan begini semula dengan sahabat2ku. Aku memikirkan aku sudah TIADA setelah koma begitu lama. Aku rasa perit di belakangku bila temanku coba membelek di sebalik baju putih yang bagaikan kapan itu. Belakang ku sudah mula melecet, Masitah kata bagai gelembung-gelembung bisul merah dan bernanah. Ohh..ya Allah, aku terima ini dengan pasrah..




Masyitah gadis arab kacukan melayu itu mengeluh berat, banyak cerita dari mamanya dari Malaysia di laporkan. Aku hanya memandang ranum wajah cantik itu dengan rindu yang terlerai. Cerita tentang perkosaan, pembuangan bayi ( keruntuhan moral ). Politik dll. Betapa masyarakat kita sudah semakin luntur rasa persaudaraan. 'Contohnya kamu sakit, tidak ada sorng pun yang mau datang ziarah atau ambil tahu tentang keluarga mu yang tinggal, khabar antie sakit baru di beri tahu 2 hari setalah antie koma.'
' Alah wak, ana sendiri pun tak tau ana nak jatuh sakit, tup-tup ana dah kat Jedah..ana tak sedar. Mereka tak tau atau tak semua yang mampu my family cari dan bagi tau, ana tak kecil hati pun.' Aku mahu Masyitah tenang dari prasangka. Walau pun dalam hatiku mengatakan ada benarnya cakap dia, tapi keadaanku yang tiba2 jatuh sakit sesiapa pun tak tahu dan tak sangka.

Aku terbayang sebuah Bahtera yang cantik,besar serta gah, hidup ini ibaratkan sebuah Bahtera.

Dalam hidup bermasyarakat, seringkali kita tidak lekang dengan ungkapan privacy, kehidupan sendiri dan macam-macam lagi. Kita tidak suka jika perihal kita dan tata cara hidup kita diganggu gugat oleh orang lain. Bahkan dengan yang demikian timbullah peribahasa “jangan ganggu tepi kain orang”. 




Tetapi sedarkah kita, bahawa dalam hidup bermasyarakat, kita bukanlah hidup berseorangan. Kita adalah ibarat sebuah kapal yang diketuai oleh ulil amri (pemimpin-pemimpin) yang terpercaya. Kapal dan bahtera masyarakat ini lah yang membawa kita sama ada ke arah kejayaan yang gemilang atau pun kehancuran. 
Sungguhpun manusia ini hidup diatas daratan, tetapi selayaknya hidup kita adalah lautan yang penuh gelora dan tidak selalunya tenang. Maka Allah dan Rasul telah menetapkan aturan hidup yang cantik, indah dan sempurna sebagai jalan hidup.

Tetapi, malang dan sangat kesal sekali bilamana kita tidak menurut apa yang telah lama kita ketahui. Kita hanya pandai bercakap undang-undang Islam, hukum Islam dan macam-macam lagi tentang Islam. Tetapi, adakah Islam itu tertegak hanya dengan kata-kata tanpa apa-apa tindakan? Adakah tamadun Islam itu sendiri gah dengan ucapan-ucapan kosong? 

Kalau lah benar Islam ini tertegak sebegitu mudah, Rasulullah tidak perlu berdakwah ke merata tempat. Kalaulah benar Islam ini tertegak dengan kata-kata, kenapa makam sahabat banyak di serata pelusuk dunia. Kalaulah Islam ini tertegak dengan kata-kata, kenapa perlu mujahid setia mengangkat pedang menaikkan maruah Islam?

Islam ini bukan tertegak dengan kata-kata sahaja! Islam ini tertegak dengan perbuatan yang selaras dengan apa yang diucapkan berpandukan Quran dan Sunnah. Dan dalam kita hidup bermasyarakat juga, dalam bahtera perpaduan tidak kira anda agama apa pun, anda bayangkanlah, sebagai contoh berlaku kes  perkosaan serta pembunuhan terhadap kanak2 dan wanita di dalam kapal anda dan anda berdiri disitu, sedang suasana luar kapal itu penuh gelora dan lambungan ombak. Adakah anda akan berdiam diri? Adakah anda akan duduk disitu sahaja dan anda akan berkata, “Ini bukan hal aku. Aku tak buat apa pun. Biarlah diorang”.




Adakah anda akan berdiam diri kerana anda tahu yang jika kapal itu dilubangkan, maka anda akan turut tenggelam dan mungkin sekali anda juga bersalah kerana tidak mencegah apa yang dilakukan itu. Inilah masyarakat. Inilah yang sedang terjadi kepada masyarakat.
Bilamana pelaku bersifat kebinatangan dan pembuat dosa dan maksiat bebas mengatakan yang urusan mereka adalah hak mereka sahaja, bahkan dengan lantang mengatakan, “Suka hati akulah. Kubur masing-masing. Aku tak susahkan orang lain”. Peminum arak, penzina, pelaku maksiat memang melakukan dosa itu sendiri tanpa mudharatkan orang lain secara zahirnya. Tetapi azab Allah tidak hanya tertimpa pada satu golongan manusia sahaja.




Sedangkan kita juga ada anak perempuan, isteri adik dan kakak, termasuk juga percabulan ke atas kanak2 lelaki yang tidak berdosa. Rumah kita adalah Bahtera kita, masyarakat dan negara kita juga adalah Bahtera kita. Kita tidak akan biarkan perosak menebuk lubang pada Bahtera kita, yang akhirnya kita karam dalam lembah dosa dan kermurkaan Allah. 





Mahukah nanti bilamana kita bertanya kepada Allah: “Ya Allah, kenapa aku diazab sedangkan aku tidak lakukan apa yang mereka lakukan??. Lalu Allah menjawab, “Apakah tanggungjawab mu yang telah Ku berikan ilmu dan hidayah sedangkan kau tak berani membetulkan kaum mu?”

Contoh lagi kita sebagai masyarakat, bilamana kapten kapal kita juga melakukan silap dalam menakhoda kapal itu bahkan kita ketahui yang kapal itu jika terus berada pada laluan yang diterajui nakhoda kapal itu akan menyebabkan kapal yang kita naiki akan karam, adakah kita akan mendiam diri bahkan mungkin sekali berkata, “Nakhoda hebat membawa kami ke jalan yang hebat”. Sedangkan kita tahu di hadapan penuh batu dan karang yang akan merobekkan badan kapal dan menyebabkan kita semua lemas. Adakah itu yang kita akan lakukan?

Sedarlah, kita ini adalah bahtera yang dirangkumkan menjadi satu ummat. Bilamana ada nya kemungkaran dimata kita dan tidak kita berani untuk mencegah bahkan tidak terasa untuk membenci, akan sampai satu ketika kapal ummat ini akan terus lemas dalam kejahilan sehingga sampai ummat yang akan menggantikan kita dan memerangi kejahilan itu. Fikirkanlah, adakah kamu akan menjadi ummat yang tenggelam atau yang akan membetulkan kapal ini? ini hanya satu contoh, banyak lagi contoh lain betapa tidak prihatinnya kita sebagai umat untuk layak duduk dalam bahtera ke sejahteraan, bukan antara kita sesama agama saja malah Allah amat memandang tinggi jika kita melebarkan keperihatinan kita pada agama selain islam, seperti mana para sahabat berbuat baik pada seorang majusi dan tawanan perang. ( cari fakta dan sejarah, kena rajin mengkaji dan membaca, jangan malas,jadikan kitab dan buku teman setia anda,kerana ia tidak pernah jemu dengan karenah anda ).
  






"Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya)." [7:64]

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...