About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Monday, February 28, 2011

~Cinta Berbunga Syurga~



esok ulang tahunku..aku mncari dn menunggumu. Bergetar tangnku mncapai satu bungkusan yg di baluti kertas hadiah berwarna purple muda..Mula mndapat hadiah dri abngnya sbb alasan dia outstation, tertulis di situ..' Jangan Dibuka Sebelum Tarikh',,( tarikh 1hb Mac )., dn malam ni, getar jiwa ku bergelora bagai di musim tengkujuh..Aduhai hatiku yg lara, tlng bekerjasama agar aku pasrah serta kuat utk beban ini..

Air mataku merembes keluar bagai berbusar meluncur dri kelopak mataku..Aku pasrah Tuhan pd perpisahan ini. Engkau sudah pinjamkn dia untukku dlm jangka masa tertentu dan melamar waktu yg indah dan manis..





jika aku harus sendiri,,


akar emas sarat selasih
mawar merah di dalam peti
biar ikhlas mengikat kasih
biar terpisah bercerai mati


Aku sudah tidak mampu lagi utk meneruskn luah ini. Jari jemariku sedang bersedih..hatiku sedang menangis..Aku lelah..Aku mahu berehat..Kasihani aku wahai derita beri aku waktu utk hazamkn sengsara ini..Agar esok ku yg ada tamu sejuta sepi bisa ku layan dgn kasih biarpun gundah dan berdarah...

Maafkn aku yang sedang tengelam dan kalah..Aku mahu bawa tangisku ke lembah nan jauh berladungkn sepi.. Night




Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Thursday, February 24, 2011

.::.Cinta BerBuah Syurga..::.



 Ketika ini..aku bagaikn layang2 putus tali..aku bagaikan hilang diriku..sudah 3 hari aku tahu tentang kepergiannya, aku sudah hilang diriku..aku merasa dunia ini kosong dan sepi..Sepi,sesepinya bagai tiada penghuni..Jiwaku kosong berladung duka yang tegar..Tuhan tolong aku utk aku kuat..

Sebak jiwaku semakin membusung, bagaikan  barah yg mngila, kolam mataku sudah hampir kering airnyatapi bagai empangan yang uzur dek kedukaan..

Aku mahu ke mana dengan kenangan ini? Kau tinggalkan aku tanpa 'ucap selamat Tinggal'..
Haruskah aku terus gendong semua ini dalam setiap rintihan harianku??apakah itu yang kau mahu??.
Aduhhh..aku tidak mampu lagi..maafkn aku frennnn..biarkn aku sendiri..

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Sunday, February 20, 2011

~**~CintaBerbuahSyurga~**~iii**




.:."Aku bukanlah Sesiapa Dalam Hidupmu... Namun Aku Tetap Seseorang Yang Kamu Kenal!!!".:. 


Wahai Sang Kekasih...








Sekali ku lafaz, ku tulis dalam diary hatiku, kerana seandainya ku tulis dalam buku..nesacaya ayat2 cintaku akan luruh di redah waktu. Ayat2 kasih ku hilang dek cemburunya masa, segala lafaz akad tntng jiwa gugur di  di usik gundah..Lantas aku catatkan setiap inci cintaku di kalam jiwa..


Sesungguhnya aku mahu kau tahu..bahawa kasih syng ini tanpa batas dan waktu..


Ini Satu Anugrah..kerna kau tetap hidup dn bernadi dalam setiap desah nafasku..


Jasadmu tiada tapi dalam hatiku kau tetap hidup dn kau tetap meriah dalam kenangan..Tuhan telah memberi aku dirimu maka takkan kusiakan segalanya tentang kita..


Sebenar aku baru terjaga jam 12;30mlm..Entah bila aku tertidur dalam paksaan, buka je mata dah duk di Putrjaya ( dlm kamar ku ). Yang aku ingat akhir di puasaramu di Melaka..


Rasa berkurun aku tidur..Ubat tidur, suntik???sangat dasyat..Knepa nasin jadi macam ni??..Arggghh.pala rasa pening pulak..oklah ruang blogku yang setia..aku mau titunnnn dulu..apakah aku benar2 rantuk??atau kesan ubat tidur tu..sangat menyakitkan..


"AKU X INGIN MENANGIS LAGIIIIII"..Tuhan bagilah aku kekuatan..


Nanti sambung lagi..byeeeeeeeeeeee.



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Friday, February 18, 2011

~**~CintaBerbuahSyurga~**~ii

                 


             ~**~CintaBerbuahSyurga~**~




                 Lembar demi lembar kehidupan ini harus kutulis.
                 Warna-warni tinta yg telah kugoreskan...   
                 Semakin membuat kehidupan ini bak pelangi
                 Terkadang keceriaan membuat hari menjadi bgitu indah...
                 Terkadang kegelisahan membuat hati begitu gundah...





Bertapak ingatanku, begitu kuat mencengkam hatiku..terhadap abng M.e. Aku tidak pernah meluahkan tentang ini dalam setiap notaku, Tapi malam ini aku mahu lontarkan segalanya dengan jelas..Tapi aku tidak tahu kenapa..Mungkin sudah sampai waktunya, kerna pagi pagi esok mama dah suruh datang rumah..

Aku ingat lagi pertama kali pada hari ke 7 aku mulai sedar dari koma. Selepas sebulan pembedahan..Abng ku memberi tahuku bahawa abang M.e ada dan mau bertemuku..Dengan payah dan jerih aku cuba buka mata dan tersenyum..Tapi abng M.e kata aku tidak perlu buka mata..Loh...????  macamne aku mau melihat? tanyaku, 'Lihat dengan hati saja' katanya..


eee..dalam keadaan macam ni pun dia nk mnyakat lagi..


'Tak perlu senyum'


'habis? mcm ne?sebab hati nak senyum?'


'Bibir kamu memang dah sentiasa senyum, walau pun penuh dengan tiub.'


Emm, tul jugak..dah tak boleh cakap mulut tersumbat dgn oksigen ni..Aduiiihai siksanya macam ni, Namun aku dapat melihat dengan jelas wajah abang M.e agak pucat sebab operation tu..Mau saja waktu itu aku peluk erat dia, tapi dia bukan muhramku...Setelah itu aku tak mampu bertahan untuk jaga, aku pengsan semula..Jauh berlari di alam koma ku yang belum berakhir..Antara jaga dan lena..( x tau nk ckp pe ).


                     Memandang hamparan ingatan yang manis.
                              Dengan baju putih tergerai
                        Berpijak hamparan awan seputih kapas
                Menapaki tangga demi tangga yang tertutup kabut

                 Nun jauh disana kulihat banyak tangan melambai...
                     Sepasang pari2 kecil terbang menghampiri
                       Menuntun jalanku yang semakin lemah





Namun kudengar sayup isak tangis...
memanggilku kembali..
dan gema doa yang tiada henti..
satu bisik itu sangat dekat di telingaku...
Dengan satu asa yang selalu terucap

Semangatlah putri...aku perlukanmu”
dan aku-pun terbangun...
Kupandangi satu sinar yg redup...
sepasang mata yang penuh cinta
Penuh kedamaian...
Tuhan...Izinkan aku ...
Mengabdi kepadanya dan kepada-MU
Karena cinta itu begitu besar
Cinta yang selalu berkumandang
menuju jalan-MU

Wajah abng M.e ada di celah wajah abngku
rupanya mereka setia menungguku.

Dan kini..aku mahu terus memanjat doa yang idak hujungnya, bagaikan untaian tasbih yang tiada penghujungnya.

Ya Allah… Pernahkah Kau ingat satu tanyaku… Ketika aku menengadah dibawah sinarmu. Terduduk di antara rerumputan tamanku. Kala itu aku menyapamu di munajatku
Ya Allah…. Satu tanya itu belum jua kau jawab… Hingga saat ini aku kembali terduduk. Dengan air mata yg menitis deras….. sederas rintik gerimis.
Ya Allah… Pernahkah Engkau bayangkan… Betapa sakit ini semakin menderaku.. Tapi aku punya cinta,  Inilah yang membuatku hidup. Inilah yang membuatku bisa bertahan
Pernah aku memohon dihadapan Mu. Berikan aku hidup Tuhan…sekali iniiii saja. Untuk mencintai-nya…untuk memberikan pengabdian terakhirku padanya.
Ya Allah.....tolong jawab tanyaku “Kenapa harus aku?”
Apakah pernah aku tidak berdoa untuk insan ini,
Berat penantian ini,
Pedih Persoalan ini...






Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

.:: Klebang ::.


Aku agak rasa penat kerana demamku belum pulih. Aku sempat mengerling doktor Faridah nya yang mcm tak senang duduk je..Tau sangat kalau dah doktor tu doktor jugak. Aku kesian tgk dia yang termengah2 membawa badannya yang semakin menjadi semenjak suami pergi menemui yang Esa 3 tahun lepas..


Sejak itulah beliau terlibat sepenuh masa dengan kerja-kerja amal..Sudah beberapa kali pi Plastine dan timur tengah..itu  rezki dialah..Mulia hatinya.. 

Aku lihat kali ini mama x semesra dulu menyambutku tapi aku merasakan degup jantungnya begitu kuat dan debar yang luar biasa ketika memelukku. Getarnya bagai menyambar jantungku..Dakapan terus di leraikan dan dia terus panggil abang Z agar membawaku kepantai selepas minum..


'Aik, suruh datang, tapi macam tak suka je aku hadir..aneh'..Dia dan family yang lain agak sibuk buat persiapan untuk majlis kenduri malam nanti..


'Putri tak payah buat kerja tu, elok ambik angin tepi laut,lama x tengok laut kan' sela mama bila melihat aku terkedu seketika..Selamba je..


Sejak bila pulak ada program macam ni, kan bagus biasa je..buat penat je..Macam kenduri sambut menantu..Ehekk..perasan pulak aku ni,,kus semangat..


Sebahgian dari group duk di hotel berdekatan dan aku mau tinggal di rumah abng M.e tapi mama bagi alasan rumah kecil dan bilik penuh serta tak selesa untuk aku yang tak sihat rehat, Dulu aku pernah bberapa kali tidur kat rumah ni ok je..Tapi memang sebahgian anak cucu mama balik , hujung minggu.. 


Aku akur saja..Kali ini aku cukup kekok, aku seperti orang asing pulak..Aku cukup rimas bila setiap mata memandangku . Aku tahulah rupaku ni dah berubah, pucat, kurus dan tak cantik dah..Sembab pulak tu..Sabar je lah. Kak Pah, Doktor dan banyak jugaklah mulut sibuk bertanya dah makan ubat ke belum, Mulut bertanya 20 orng, sorang dua tiga kali tanya,,penatnya aku, kalau soklan yang best2 di tanya x pe jugak, ni sioklan fobia..aduiiyai..


Habis tahlil makan2 then balik hotel..Mama siap bagi minyak untuk kulit,'minyak kelapa Dara, katakan elok utk rambut dan kulit sapu sebelum tidur..Aku tersempat tanya tentang abng M.e, Mama kata nanti pepagi esok datang rumah awal sebab nak cerita panjang dan santai..


Oklah..Night...


-( eee..terbesau pulak tulisan ni..dah kelat mateku..)






Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

**LAGU OmBaK..**



Assalamkumwtb..


Singgah jap kat sini blog kesayanganku yang kurang sempurna tapi kekurangan inilah satu kesempurnaan bagiku..Cukup sempurna tempat aku meletakkan segala keluh kesah,suka duka dan daki maki karenah hati dan bumbu hidupku..


Dan Blog ini yang pertama aku ada.. Dan yang paling aku hargai..Sekarang aku di negeri kelahiran abng M.e..Ini adalah hasil tangan dan idea beliau sejak aku jatuh koma..Dalam aku sakit meredah hidup yang jerih dia telah melahirkan satu tempat dan wadah untuk aku menuang rasa..dan aku cukup gembira walaupun katanya blog ini dia x sempat sempurnakn dengan baik sebab asyik sibuk..tapi aku nak ucapkan 'TERIMA KASIH' setelah aku pulang ini...Dan kami boleh update bersama lepas ni..Eeemmm..dah berape kali aku gaduh dgnnya pasal blog ni, abng M.e x suka warna MERAH ni..dia suka putih..Tapi aku suka warna ni..ahakkk..Menang jugak aku..






Perjalanan Patut 2 jam je tapi aku rasa seperti 8 jam...




Tadi aku sempat salam jap je dengan mak abng M.e, dia suruh abang Z bawa aku pi jalan sekitar Klebang pulak..tengok laut dulu katanya..ok..aku aja..Nampak mak agak cengkung dan tak sihat, ketara diwajahnya sudah lanjut di mamah usia tapi penuh dengan sinar kasih yang tak pernah sirna..


Melihat wajah itu tetiba ideaku melonjak2 nak kuar ni..Banyak perkara aku nak tulis kan tentang wanita ini, yang utama dia telah melahirkan anak2 yang berjaya dalam agama dan kejaya,baik budi pekerti.


Seperti aku kenal abang M.e, baru aku rasa bertuahnya aku di pertemukan dengannya..Ketika inilah aku mahu nyatakan rasa takjub dan terujanya dengan abng M.e jika dia ada disisiku seperti dulu2. Tapi dulu tak sempat sebab kami asyik bergaduh..ada je yang aku tak senang dan tak ngam..Tapi Lepas ni aku mahu nyatakan sesuatu yang ikhlas dari hatiku..Ehekkk..macam di lamun cinta pulak aku ni..Ye ke? TAK? YA?..Abaikn je.. Cantek laut tu..ingat lagi aku, abng M.e dan adiknya Rozi mancing tepi pantai..Manis..:-)




Jika kau mengerti akan bahasa Ombak, dengar bahawa selagi ada laut dan ombak selagi itulah   ada Kita..





Aku nak ucapkan sesuatu kerna dia telah bagi aku kehidupan biar pun semua yang hidup dan mati adalah takdir Allah..Abng M,e telah beri aku sum2 tulang..Aku tak tahu, 3 bulan lepas operation baru mereka bagi tahu sape penderma yang murah hati tu..Rupanya abang M.e..Apa pun 'TQ abng..'


''TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA.." Malam ni ada kenduri kat rumah abang M.e..aku kena balik awal ni..ombak dah cakap suruh balik..he.he..


Selamat tinggal laut, pantai dan ombak..esok jumpa lagi..

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...


WAKTU =  : WAKTU = ;   Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber 'Kekuatan'.   Ambillah waktu untuk bermain, itu adala..adoi.. aku dah terdelete semua entry aku tulis panjang lebar tadi..Kenapa aku
 gabra sangat..aku menjerit sepenuh hati, sikit lagi pakcik driver tersodok kereta depan sebab terkejut dan dia tertekan minyak, abng ku dua orng, doktor Faridah, kak Pah ( puan Syarifah-PA ). Semua mereka pucat..dan aku terpana, masyaallh apa dah jadi dgn aku??..


'Are u ok??'. Astargfirullah..Ya Allah, nape yang  hatiku jadi begini..Dari hari tu dadaku rasa sakit dan sesak. Semua yg aku buat serba x jadi dan x kena..Aku merasa segalanya tanya tanda,rasa kurang dan tak sempurna..Ni yang konvoi sampai 3 kereta hantar aku pi Melaka ni nape? Emm, kalau bab nak jalan semua pakat nak ikut..Nak berhujung minggulah ni..


Mata abng bulat memandangku tanpa berkata apa2..


'Sabarlah Yan..jap lagi sampailah ni'..kata kak Pah..
'Bukan bab nak sampai kak Pah..ni yan dah tulis punyalah panjang tetiba jaring ni gatal nk tekan..dan tersilap pulak tu..habisssssssssss'..sakit jiwa macam ni..


Perjalanan 2 jam rasa 8 jam..eeeeeeee..apa kena dengan aku ni..Aku teringat pesan mak abng M.e putri kena datang juga, wajib..katanya..emmm ,nape x tunggu abng M.e??buat kenduri biar ada dia..lama ke dia pi oversea tu?..takkan x balik kot..kan dah kerja kat MMU. Apa hal tetiba pi  balik Oversea..Biol tul aku mikirknnya..


Ok lah dah nk sampai rumah mak abng M.e ni..baru masuk Klebang..dari jauh dah nampak bumbung coklat..Debar pulak hati ni..entah nape..lama x jumpa keluarga ni kot..


Nanti sambung lagi my frend..,,


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

.::.~SuRaT CinTa UtkMu KeKaSiH~.::.2

...KERANA MU..


                                          ...KERANA MU..




..KERANA MU..




Aku mulakn pagiku spt biasa,aduiii telan ubat,tau apa belaku lepas ni, mmng aku tumbang punye..kuat efect tu..bantal ku lagi,berpeta lh awak lepas ni, thank kerana kau masih setia bantalku dgn apa saja bau dan kumbahan yg hadir..Weikkk..aku sendiri yg teruk..
Dah di programkn hari ni jam 11:00pgi kena bertolak ke Melaka..Rumah abng M.e..Tapi mane? emmm aneh dah seminggu aku balik dri Jeddah, jgn kn kelibat call dan sms pun x de..Sejuta pertanyaan hinggap di kepala otak ku yg sedia biol ni..
Dan aku sejak balik ni rasa  x ada hati nk mngomel kat blog ni,,hati mau tapi seolah ada perasaan yg menghalang aku utk terus menulis..Aku hnya menatap blog ni..
Sebnarnya aku rindu kat dia,dia telah berjanji...











Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Wednesday, February 16, 2011

.::.~SuRaT CinTa UtkMu KeKaSiH~.::.




Assalamualaikum……
Dengan nama Tuhan yang telah meletakkan setitis kasih dan cinta dalam hati ini dan kini telah membuahkan rindu yang tiada jua dapat kutahan geloranya jika tanpa sedikit ketenangan yang dikirimkan Tuhan buatku.


Buat kekasih…
Saat aku tuliskan surat ini buatmu, betapa hatiku sentiasa sarat dengan rindumu. Rindu yang mendambakan kasihku padamu. Hatiku penuh dengan cintamu dan tidak bisa dimasuki oleh kasih yang lain. Hanya kasihmu yang aku miliki, yang menceriakan kehidupanku walaupun kadang­kadang aku tersasar oleh kerana mabuk kerinduan.

Kekasih…..
Ingin aku katakan padamu bahawa aku tidak menduakan kasihmu. Aku tidak menduakan cintamu kerana hatiku telah dirimu miliki. Bagaimana aku bisa mengisinya dengan sesuatu yang lain sedangkan ia berada disampingmu. Janganlah dirimu sangsi dengan kesetiaanku, kerana aku telah membina benteng yang tinggi agar cintamu yang kumiliki tidak terlepas keluar dari sempadan hati dan menghalang sebarang cinta dari luar untuk menerobosi jiwaku.



Kekasih…..
Cintamu adalah antara yang terutama dalam senarai cintaku. Pertama cinta Tuhan dan rasul, kedua cinta keluargaku dan ketiga adalah cintamu. Aku jamin ia tidak akan berubah arah sehinggalah Tuhan benar­benar menentukan dan menyatakan kehendaknya dalam kisah perjalanan cinta kita ini. Namun aku sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Tuhan di hari kemudian.



Kekasih….
Tiadalah sebaik kata­kata yang mampu aku tuliskan dalam surat cintaku ini melainkan untuk menyatakan bahawa sehingga kini hanya dirimu yang memiliki hatiku ini. Aku bahagia begini dan aku ingin terus begini bersamamu. Aku bermohon pada Tuhan semoga Dia menerima permohonan ini. Hanya padaNyalah aku berharap.
Kekasih….

Cinta dan rindumu adalah menjadi teman paling setia dalam hidupku walau saat dirimu tiada disisiku.













Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Tuesday, February 8, 2011

.::.Surat Buat Kekasih.::.




Kerana MU..


Fligt,alkesahnya dh rasa bkematu punggungku duk kapal terbang ni..Dahlah aku fobia duk lama dlm kapal terbang. Macam2 dalam otakku, terbayang kapal terbang jatuh terhempas atau menjunam dengan penagalaman yang memang dah ada pon..Ya Allah minta selamatlah aku mendarat, aku toleh kiri kanan, abang berdengkur..Makcik pun sama,,emmm agaknya mereka dah letih mnjagaku..Cuba bayangkan 6 bulan, sikit lagi berinsut masa masuklah 7 bulan mereka duk jaga ku di wad, dengan macam2 karenah orang sakit. Berjauhan dengan keluarga dan tinggalkn kerja. Kalau kat msia tak pe jugak ni kat Arab Saudi...Adehhh, betapa besarnya pengorbanan mereka,jika nk tulis mmng tak cukup tinta..Inilah keajaiban hati serta anaugrah kasih sayang yg Allah telah beri pada mahkuk yang bernama manusia.
Mek pramugari yang sentiasa comel dan tak kenal penat pun tidak jemu2 bertanya apa yang aku perlukn dari tadi..kadang aku rasa nk buli depa ni..nak tu..nak ni..tapi aku pulak yang penat..padan muka aku..
sampai Kat KLIA jam 10;30mlm waktu msia..Bukan aku kesah pasal masa, yang aku beuat kebulur sangat udara msia, aku sedut dalam dalam bagai berkurun lama aku tak rasa udara ni..tau sangat memang berjerbu ,tak bersih tapi di sinilah tempat aku bermain..tempat aku jatuh dan bangun dan disni aku di lahirkan..Tempat tangisan pertamaku..Disini tempat yang sudi menyambut aku sebagai salah seorng warganya..


Ramai tetaman dah tersonggok kat pintu ketibaan..ehekkk..terasa macam artislah pulak bila ada yang terjerit2 panggil nama dengan ucapan selamat Pulang..Ada bunga..macam2 bunga dengan wangian..teringat Siti Nur Haliza..emm perasan aku ni..Aku lupa yang aku duk atas kerusi roda..


Bla..bla..bla x boleh nk  cakap bab keharuan berbaur hiba serta gembira. Bermacam rasa, macam rojak persembur je ni..Ya Allah terma kasih kerana Engkau telah membari peluang padaku untuk pulang dan bertemu dengan mereka yang aku sayangi..


Kepala aku blur, bnyk nk di tulis ni sebenarnya..nnti sambung lagi ah..byeeee..penat..nak tengok bintang di msia jap...bagi aku waktu..



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Thursday, February 3, 2011

Opick - Bila Waktu Telah Berakhir



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...