About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Tuesday, January 3, 2012

~fenin~Hancur Hatiku..





CINTA TAK BERSALAH

aku tidak menyalahkan kamu cinta
karna aku tak berhak tuk itu
kamu punya pilihan
buat siapa cinta kamu itu

aku tidak menyalahkan cinta
jika aku menyalahkan cinta
sama saja aku menyalahkan Tuhan
karena hidup dan cinta
Tuhan yang menciptakanya

dan cinta adalah suatu anugrah terindah
tanpa cinta kita tidak boleh hidup
karna kita hidup oleh karna cinta

memang cinta itu buat kita gila
gila juga boleh disembuhkan oleh cinta
itulah kekuatan cinta

cinta boleh mengubah segalanya
apa yang tak mungkin  jadi mungkin
karna cinta.....





Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Wednesday, November 9, 2011

~Detik Terakhir~



Tak pernah terpikir olehku

tak sedikit pun kubayangkan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
Begitu sulit kubayangkan
begitu sulit kurasakan
kau akan pergi
tinggalkan ku sendiri.

Di bawah batu nisan kini
kau tlah sandarkan kasih sayangmu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
karena ku sangat cinta.

Inilah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih…

Satu jam saja ku telah cintai kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
perlukan waktuku seumur hidup
Satu jam saja ku telah  sayangi kamu di hatiku
namun bagimu melupakanmu
perlukan waktuku seumur hidupku









Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Monday, October 31, 2011

~PerSoalan~





p/s: malas aku nak pk..so..lu pk lah sendiri..keh3..









mengapa??apakah??bagaimanakah?sampai bilakah??haruskah??siapakah??perlukah??kah4..








~SAY SOMETHING!!!...


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Thursday, October 6, 2011

~Aku SenDiri & JaTuh CInTa~ ( JIKA )








Ketika Semua Manusia Meninggalkan aku dalam kesendirian, aku harus teringat bahwa Allah pernah Berkata,

"Wahai Hamba-Ku,
Kini Kau Tinggal Seorang Diri,
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat,
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu. Seorang Diri
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
Hari Ini,….
Akan Kutunjukan Kepadamu Kasih Sayang-Ku
Yang Akan Membuat Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".
"Wahai Jiwa Yang Tenang
Kembalilah Kepada Tuhanmu
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"


Firman Tuhan membuat aku lebih tersenyum dalam kesendirian, aku merasa terpukau pada setiap bait-bait bak syair seorang kekasih pada yang dicintanya.

Aku yakin, bahwa aku tidak boleh takut pada akhir, yakin pada proses, itulah yang membuat sebuah pendapat, berakhir motivasi, karena akhir tak ada yang buruk, akhir tak ada yang hina, yakin pada proses kehidupan sehingga setiap langkah tidak akan mengisahkan penyesalan. Semua akan berbuah hikmah.
Teringat sajak seorang pujangga dalam meminta hati-nya selalu terjaga,


Ya Allah, jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatannya
untuk mencintaimu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati
Izinkahlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu, dan jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya Allah, engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam mebela syariat-Mu

Kokokanlah Ya Allah ikatan ini atas ridho-Mu, kekalkanlah cinta ini, seperti kekalnya cintaku pada-Mu, tunjukilah jalan-jalan cahaya-Mu, penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar, lapanglanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Amin Ya Rabbal `Alamin


Berbaik sangka pada pencipta hati, itulah satu-satunya cara untuk memperoleh ketenangan lahir dan batin. Aku pun sedang mempelajari bab itu, tidak mudah, tidak hanya cukup untuk dibaca, perlu difahami dan diimplementasikan. Semoga aku dan kalian berhasil.

Maka, tetaplah bahagia wahai manusia yang merasa takut akan kesendirian, Substansinya, itu bukan musibah, tapi anugrah. Nikmati setiap terpaan yang menampar hati, karena dengan itu hati kita semakin kuat, tersenyumlah dengan kepahitan, karena itu belum seberapa dengan pahitnya kehidupan didepan sana. Sekali 
lagi, akupun sedang mempelajari itu, semoga aku lulus dalam bab ini.












Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Tuesday, October 4, 2011

Bermakna kah?


Ya Allah, kenapa teruk sngt aq akhir2 nie.rasa lemah dn x de idea lansung..


ampun kan aku Tuhan..





Waktu lalu mendesak. Serasa singkat.
Rembang pun berlalu, saat benderang lampu-lampu
… dan hujan berpamitan  di jendela senja
yang perlahan menutup payung kita
dengan sebuah pelukan.



Kepalaku sudah bbrape hari pening, rasa loya dan x de selera..Demam kira ok dah..tapi berat kepala nie. Doktor hnya kata aku perlu rehat lebih..fuuhhh.. studyku..


Lembar demi lembar surah ku buka..hatiku bagai bicara tntng sebuah kematian, sakit kah? aku terlalu bnyk dosa..rasa tak terampun jika Engkau cabut nyawaku skrng wahai Tuhan...


❤♫❤.•*¨`*•..¸☼ ¸.•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤.♫❤♫❤♫

Ketika SIHAT, 1lembar, 2lembar, atau mungkin 10lembar
sehari tampak BERAT untuk dibaca..bayangkan kalau kita
diberitahu oleh DOKTOR mungkin tempoh hayat hanya
...
berbaki 2 bulan setengah? jangan kata 10 muka surat,
mungkin 2 juz sehari pun nampak RINGAN..

Renungkan..=)


❤♫❤.•*¨`*•..¸☼ ¸.•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤.♫❤♫❤♫ 
 

(tpi ade orng ngadu orng lain malas bca Quran, mcm ne dier tahu??)..sabo je lah)


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Saturday, September 3, 2011

~Bicara Sebuah Pusara~




                                              Assalamualaikum







Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-










1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud,
 "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." 


Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat denganAllah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.














"Ya Allah, kau kurniakan aku kekuatan pada pagi ini, untuk berbicara denganMu. Sesungguhnya, aku memohon keampunan diatas segala dosa-dosaku, jua keatas dosa kedua ibubapaku, guru-guruku, adik-adikku, para sahabatku, dan seluruh umat nabi Muhammad akhir zaman. Ya Allah, kau maha mengetahui isi hatiku. Aku tidak meminta banyak perkara, melainkan hanya satu. Jika tiba waktu ajalku, matikan aku dalam tahajjud kepadaMu"



Jatuhnya airmata tidak dapat aku tahan. Bukan kerana simpati pada diri, tetapi kerana hati aku yang terkesan. Terkesan dengan apa yang aku lafazkan. "Ya Allah, kurniakanlah kepada aku kekuatan, agar tahajjud cinta ini akan terus aku pelihara" ~Amin ya Rabb~



Apakah kamu menyedari bahwa dirimu akan pergi jauh tanpa kembali lagi? Lalu apakah kamu telah mempersiapkan perbekalan untuk perjalanan ini?

Apakah kamu telah membekali diri selama berada di dunia ini dengan amal soleh untuk menemani kesepianmu di dalam kuburmu?

Berapakah umurmu? Berapa lama lagikah kamu akan terus hidup di alam fana ini?

Apakah kamu tidak mengetahui bahawa setiap sesuatu mesti ada permulaan dan akhirnya, dan semua akan berakhir di syurga atau neraka?





Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Monday, August 22, 2011

~Disini~




Dalam kepedihan  yang menyayat hati seorang hamba bertanya pada Tuhannya.
Tuhan, mengapa dalam hidup ini  berbagai cubaan senantiasa  datang melanda.
Apakah mereka yang sekali menderita selamanya akan tetap hidup dalam derita.
Ataukah semua ini bagian dari ujian  yang harus dijalani oleh  seorang pencinta?
Kemanapun kaki melangkah, kesulitan demi  kesulitan senantiasa mendatangiku.
Apakah ini pertanda begitu salah dan berdosanya perbuatan di masa laluku.
Apakah ini ujian  untuk mencuba  kuatnya kesabaran  dan keimananku.
Ataukah ini merupakan  hukuman atas semua  pembangkanganku.

II
Hari ini airmataku tertumpah dengan hati yang gundah di depan KAABAH
Kemana semua  kepedihan ini akan  kubawa serta.
Jiwaku terluka dan segala jalanku penuh cuba.
Ilahi pada-Mu jua tanganku  ini tengadah.
Betapa berat semuanya kuhadapi.
Betapa kerdilnya keakuan diri.
Tak sanggup daku berlari.
Kecuali pada-Mu Ilahi.

III
Tubuh lemahku gemetar.
Menahan tangis bagai lahar.
Dada gemuruh menahan sabar.
Berharap pertolongan-Mu ya Bashar.
Kalaulah kepedihan  ini  bagian dari coba.
Akan hamba terima dengan berlapang dada.
Berharap kelak kebaikan dan  kemuliaan dipinta.
Dan semuanya kelak akan berakhir dengan bahagia.

IV
Tapi bila semua adalah hukuman atas kesalahan dan dosaku.
Ampuni hamba atas semua dosa karena lalai dan ketaktahuanku.
Karena kesombongan dan kata-kata berlebih yang lahir dari mulutku.
Dan karena  terlepasnya  kalimat masa depan yang diluar kekuasaanku.
Sungguh mata  ini telah melihat apa-apa  yang menjadi  pantangan-Mu.
Kedua kakiku ini telah dibawa melangkah untuk melanggar larangan-Mu.
Mulut  telah memakan sesuatu yang Engkau  haramkan dalam kitab-Mu.
Dan hati ini pun  telah dikotori oleh nafsu yang Engkau murkai disisi-Mu.

V
Ampunilah mata ini, telinga ini lidah ini yang telah hamba salahgunakan.
Betapa  banyak nikmat  yang  Engkau beri kini  telah hamba lalaikan.
Kalaulah karena  semua itu beratnya  cobaan ini Engkau berikan.
Maafkan hamba atas semua perbuatan dosa dan kesalahan.
Pada-Mu pemilik segala yang ada dilangit dan dibumi.
Bimbinglah  hamba dengan  kitab-Mu  wahai Ilahi.
Jadikan  hamba  salik-Mu yang  menginsyafi.
Agar kelak  selamat hidupku  setelah mati





Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...