About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Sunday, March 4, 2012

~Kasih Di Tasik Rindu ~


Pada 1 Mac 2012, maka meningkat usiaku pd 30++..









maknanya sudah dewasa 30lebih tahun aku hidup di dunia ni.. em berbaki berapa lagi la ye..tak tau la bila.. yang pastinya sentiasa kena lakukan persediaan..

kalau 30+ tahun org kata dah kena set time tuk jumpa Allah bukan dah layak mengundi huhu.. eh.. hihi..

rsnya cepat sungguh masa berlalu..rupanya dah tua aku ni tapi stil mcm dulu je..hi.. InsyaAllah gunakan umur yang kita ada ni kearah kebaikkan.. gunakan masa,diri dan harta untuk agama Allah
swt..




saya juga ingin ucapkan terima kasih pada sahabat2 yang telah berikan ucapan di Facebook.. SMS.. telegram,burung merpati (kalau ada..:-)..) kek2, bunga2 yg bermacam kaler dan jenis, walau pun ada bunga taik ayam.. he he.. i like.. i luv u all..













di cni saya ingin konsgsikan satu mesg yang agak mendalam juga maknanya  (ku abadikan di dlm entri ni supaya tidak kehilanganya ).


(maaf.. hu hu, sedih plak nie, setiap kali ulang tahunku, sejal kepergian arwah mama dn abah, nota ni yang ku sering ulang mmbacanya dlm diaryku..Lalu ku panjangkan Al-Fatihah utk keduanya ).

"Hari ini adalah special day buat ibumu...flashback 30+ tahun yang dulu, ketika itu umur ibu lebih kurang seusia kamu.. pada tarikh yang sama di pertaruhkan nyawanya melahirkankamu, ketika mengandungan kamu, acap kali diusap perutnya supaya kamu tidak kekurangan kasih sayang dan dalam solatnya tidak henti2 mendoakan kesejahteraan kamu.. bila berjaya melahirkan, tangan kecil mu dipegang..dahimu di kucup penuh kesyahduan, jari-jemarimu dibilang2..lalu ibu tersenyum kesyukuran sambil mengendong kamu di pangkuannya buat pertama kali.. kini jika diamati wajah ibu,kedutan diwajahnya kian jelas, tapi ibu masih tetap tersenyum.. sedar atau tidak kamu rupanya mewarisi senyuman ibumu- "mak terima kasih kerana pelihara saya hingga saat in, kasih sayang mak tiada galang gantinya" ( wlu pun 'mak sudah tiada, tapi usapan sayang tetap basah dan hangat di setiap inci hatiku ).











kesimpulan yg aku dapat ialah...


sempena ulang tahun kita yang tak kira la keberapa tahun pun maka berterima kasih lah kepada ibu dan bapa kita yg telah melahirkan dan menjaga kita.. hargai ibu kita..semua nya rahmat dari Allah swt...
kepada ibu2 sayangi anak2 anda kerana ia adalah anugerah Allah swt kepada hambaNya yang tercinta..



Dan buat sang anak, meraikan ulang tahun bukan semata2 meniup lilin glamour ikut cara barat, tapi sebagai satu pengahrgaan tarikh itu tidak akan berubah,saat tangisan pertama kita di hadirkan ke dua dengan penuh cinta dan kasih sayang kedua orang tua....Tak de lilin dn kek pun tak pew, yang utama raikan dengan syukur dan doa..






Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Saturday, March 3, 2012

~ImPian~

"Jangan Resah Ini Takdir. Tuhan Mendengarnya. Untuk Mendengar Mimpi-Mimpi Kita Ini."


Bismillahirrahmanirrahnim...










" Tidak salah untuk Bermimpi , sekurang-kurangnya kita yakin setiap daripada kita punyai impian yang tinggi untuk di lestari.." 


Bermimpi di siang hari. Menyamai angan-angan yang tinggi. Kalau boleh mengapai awan di langit . Menongkah atmosfera bumi.Mengejar bintang di kejauhan. Kalau tak dapat bintang pun mungkin boleh mendarat di Bulan.. he he..


Fantsi sungguh bila bermimpi. Haha namanya pun Mimpi. Jadi pilihlah cerita yang mana satu untuk di bawa ke  alam mimpi kita. Jika ada pilihan untuk memilih begitu, alabgkah indahbya. Mahu saja bermimpi kawin dengan putraja saja misalnya. ADoiyaii cukuplah dengan mimpi-mimpi tu, bangun-bangun wahai Yanti Arora...zzzzzzzz.. uppp zzzzzzzzzz uooo.. wake uppp!!!!..












1 mac 2012..Jam 4;00pagi.


~Astargfirullahulazim.. tersentak dari tidur..


Terasa penat sangat, nafasku tercunggap-cungap macam berlari 800meter je..Ya Allah, aku bermimpi apa sebnarnya tadi?.. Tak pernah pulak mimpi sampai macam tu..


Lantas aku raup wajah, bangun dan ambil wudhuk..lepas lama aku bmunajat mataku dah tak mau nk lena, ku capai laptop..ON..


"Jauh di atas langit. Di atas kepulan awan. Melihat kebawah, gayat. Sayup-sayup kelihatan. sangat tinggi. Berjuta2 kaki agaknya ( macam tk logik erkk, baca je ). Seperti dengan sesorang di atas saja. Tapi tidak jelas kelihatan siapa orangnya. Di depan ada satu jalan yang agak lebar dan panjang, juga di litupi awan tebal putih gebu bagaikan kapas nan indah..Merentasi jalan ada sebuah destinasi yang samar bayangan. Kaki ku ragu untuk menapak, terlirih di naluriku, apakah jalan ni ampuh atau rapuh bagaikan awan itu?? Terjaga aku dari mimpi yang mendebarkan.."


Pertama kali dapat mimpi sebegitu. Cepat-cepat aku lakarkan bait mimpi dalam coretanku, agar tidak terhapus pada sebuah kelupaanku sebagai insan. Aku fikir ianya cuma mainan tidur. Sperti manusia lain berfikiran. Aku kembali tenang, tak mau membeban diri. He he siapa kata kita tidak mampu bermimpi menongkah awan di langit??. Telah di buktikan aku, walau dalam mimpi jadilah..:p


Mimpi itu angan-angan. Kadang-kadang mimpi boleh menjadi kenyataan. Bergantung bagaimana mimpi yang di canangkan. Bagaimana ikhtiar kita dalam merealisasikan mimpi berkenaan. Semua orang berhak untuk bermimpi. Pilihlah mimpi anda untuk dilestarikan. Moga sukses hendaknya..












"Jangan Resah Ini Takdir. Tuhan Mendengarnya. Untuk Mendengar Mimpi-Mimpi Kita Ini."






*~* "Hidup juga kena belajar berdepan dengan REALITI yang penuh dengan TEKA-TEKI. Itulah permainan DUNIAWI.."

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Friday, February 17, 2012

Di SuDuT HaTi...



                     بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ





Akan ku biarkan sementara waktu blogku sepi tanpa utusan kata kata hati dari ku...buat masa ini aku masih ketandusan idea dan  satelah bercambah idea dikotak fikiran ini nanti akan ku coretan segala lukisan hati disini buat tatapan mata hati ku sendiri.... 


~Kata2 mudah di lontarkn tapi utk di coretk pyah kini..


                    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 


"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]




jauh disudut hati aku punya sejuta perasaan... tahukah insan lain apa yg ada dijiwa ini...tahukah?...huuuuu..kesedihan.....kesabaran.....dan ada kalanya hati ini sangup diperkotakkatikkan demi...itu...demi ini....ohhhhh  tuhannnnnnn.....amat terluka sekali...hati ini..namum aku bisa memaafkan tapi utk melupakan memang amat sukar sekali......biar ku sematkan dalam dairi kehidupan ini dan sepatutnya aku perlu mengalah dalam semua hal kerana aku adalah aku.... tapelahhh walaupun sukar tapi aku tetap melangkah dan terus melangkah....








Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda:
” Barangsiapa yang hidup tenang dilingkungannya, sihat badannya, dan tercukupi keperluan sehari-harinya, maka seolah-olah dunia ini secara keseluruhannya telah diperuntukkan untuknya’






"Aku menulis hanya untuk kebaikan kepada diriku sendiri. Adapun yang terasa, terkesan, terkena, itu semua datangnya dari Allah 'azza wajalla. Kerana Allah-lah yang mempunyai hak dalam memasukkan taufik serta hidayahnya ke dalam hati sesiapapun yang Dia kehendaki. Bukan aku..."

**Di sudut Pusara Cinta...

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Friday, January 20, 2012

~Siapa Dan DiManaKah Dia DiDalam HaTiku???~



Alahai panjang pulak tajuk entry kali ni, mcm lebih panjang dari entry..ahakkk. Apapun sedang jiwa suam-suam sayu ni..hu.hu..











Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri 
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih....





Di manakah DIA dalam hati ku? 

Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!

Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu),

“ Bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? 

Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?

Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Thursday, January 19, 2012

~When I Look At You ~

Bila ku renung Kektus Kecilku, ada duri halus terasa menusuk hati kecilku, menghiiris, pedih dan terasa hanyir kenangan yang meloyakan. Anehnya bagai ada indahnya bila sang kektus berbunga comel dengan warna yang memukau.."wow Subhannallah."






Cuti hujung minggu...sebenarnya tak cuti pun ..aku ada kelas sabtu yang lepas...
dan seperti biasa bila aku pakai baju kurung ke kelas sah sah kena gelak...( syttt, like 1st time..:p ). hehehehe aku pun gelak gak.... what happen to me today??
antara komen2 yang akan berkumandang tanpa segan silu walaupun tutor tercegat di dpn adalah...

1) Eh mana jeans? dah jual kat bundle ka?
2) Amboi ayu nampak hari ni... ni mesti nak p makan kenduri or hati dah ada taman ka??
3) Wow you look different today.... pretty. ( hehehehee kena puji syok la, cuba kalau kutuk )

tapi besa la usik mengusik, bukan apa depa besa sangat tengok aku p kelas dgn jeans n t shrt bila tengok baju kurung masing2 terkoma la sat.  



ermm memang tak pakai tak boleh kata tk pernah, kena sumpah semerah padi plak karang..

lepas tu bila aku balik adik aku transferkan satu lagu ke hp..... lagu ni benar2 mengusik perasaan kerana agaknya dia pandang aq macam alien..ahukkk..Lagunya ' WHEN I LOOK AT YOU.."



Ada yang kira aku sudah jatuh cinta??adeshhh..itu saja yg mereka fikir.why?? sebab aq susah nak jatuh cinta ka..eshh3 itu mengarut..Iam in a relationship with my job..ahakkk..

liriknya bagiku amat puitis... verry touching...



ermm, agak kelakar, mungkin ada yg terbe;it otak, apa kena mengena tajuk entry ni dgn kaktus??APA???.itulah persoalan yang tak boleh aq nk jelaskn kat u all, 


ag rasa perlunya kektus ini dlm entry ag kali ni..whatever...
















~When I Look At You


Everybody needs inspiration,
Everybody needs a song
A beautiful melody
When the nights so long

Cause there is no guarantee
That this life is easy...



when my world is falling apart
When there's no light to break up the dark
That's when I, I...
I look at you



When the waves
Are flooding the shore and I can't
Find my way home anymore
That's when I, I...
I look at you..



When I look At You I see forgiveness
I see the truth
You love me for who I am
Like the stars Hold the moon
Right there where they belong
And I Know I'm Not Alone.



when my world is falling apart
When there's no light to break up the dark
That's when I, I...
I look at you



When the waves
Are flooding the shore and I can't
Find my way home anymore
That's when I, I...
I look at you

You appear just like a dream to me
Just like Kaleidoscope colors that
Cover Me, All I need every
Breath that I breathe don't you know
You're beautiful..♥



Yea Yea Oh OH OH

And you appear Just like a dream
To me





Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Wednesday, January 11, 2012

Alahai Demam??



alahai nk minum ubat ada tbayang wajah dlm cawan nie..weikkk...



hari ni kesihatan aku makin merosot. kepala pening sangat2. selsema memang aarr.. rasa macam nak skip jerr kelas. tapi tak sampai hati pulak nak wat cam tu. batuk sampai sakit tekak. bertambah2 lagi sakit tekak aku ni.Aku mula muntah2 adeshhh. balik umah dah tak larat nak buat apa. nak kemas umah pun dah tak larat.. bukan nak kemas apa pun cuma susun atur jerr semula. aku buat bubur nasi, hu.hu lagi la aku tk boleh. Apa pun nk dapat tenaga tu jerr yang mampu aku telan malam ni... 

klinik.. baru balik dri Maria Klinik, tunggu result 3 hari, dup dap, dup dap je ni,, waaa Tuhan kuatlh hambaMu ini, errmm malasnya nak gi klinik lagi asyik muka aku jee... tak larat nak drive. kepala nampak bulan dan bintang jerr.. badan pulakseram sejuk. batuk lagi tak henti2. so, nak gie klinik pun tak larat. aku tak mahu susahkan sesiapa. aku kena berdikari. sebabnya aku bukan ada sapa2 pun... esok kalau lagi teruk dan kalau aku rajin, aku pi aarr klinik.. kalau tak dok jerr kat umah diam2. makan ubat? errmm ubat pun dah habis. panadol aku memang malas nak telan. jangan harap la aku nak makan panadol.. baring jerr la sambil selimut layan sakit kepala..

Ubat yg ade ni aku tenung jew, sat lagi bibik mmbebel..ushhhh..

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Friday, January 6, 2012

*AnTaRa MaaF, Aku Dan CinTa*




Aku beranjak dari baringanku, duduk tegak siku-siku, dan menginjakkan kakiku di ubin putih berkilau. Aku melemparkan kakiku, berayun langkah demi langkah, menuju langit-langit. Kretak, kretuk, krak, desir tangga berkayu menahan beban seberat 43kilo.



Aku genggam campuran besi amalgam, dinginnya menyerang aliran darahku. Handle itu berputar empat puluh lima derajat, dan segitiga pengunci itu pun lepas dari kekangan menuju sangkar. Aku hamparkan tubuhku, melintang, telungkup menghadap seonggokan kapuk padat. ( kapuk tu ertinya kekabu..)



Sekejap, tulang rusuk berkontraksi, terangkat, jutaan volume gas itu memasuki ruang-ruang kejang tubuhku, dan terbuang lagi percuma, napasku terhela. Aku sudah bulat memutuskan, meski aku tersiksa dan tertusuk ribuan tombak bermata sipit, tajam beruncing dan bermata kristal, menancap tepat pada pusat lingkaran keputusanku.



( laptopku ). Mesin itu telah siap dijamah gemulai lentik jari-jemari. Permukaan lembut itu bertemu tuts-tuts bernada alphabet. Darahku mengalir, bertumpuk dan terkonsentrasi di ujung kuku. Aku mulai menumpahkan air-air putusan itu, tumpah sejadi-jadinya, melimpah, meluap, membanjiri telaga putih susu LCD bergas darah, dan tubuhku mulai mengeluarkan bulir-bulir yang tertahan di ujung pupilku.



Ribuan kiub air mulai menyusuri tiap alur alir sungai putih. Deras, bergelombang, menghanyutkan seluruh asa yang selama ini aku pendam, aku tahan, aku penjarakan dalam sel berlapis cinta. Jutaan ton molekul air itu semakin tak beraturan, berbuih dan berpusaran. Ikatan hidrogen dan oksigen itu menyiratkan riak, membenam hatiku. Dan bulir-bulir itu pun tak kuasa tertahan, mereka meluncur menuju hilir pipi, berkombinasi dengan air mengubah banjir membentuk bendang. Aku terjun dan berenang dalamnya sambil bercakap-cakap dengan hatiku.













Maafkan aku untuk ketidak-sempurnaan yang aku pancarkan selama ini,
untuk kekakuan yang aku siratkan selama ini,
untuk kebodohan yang tak pernah reda,
untuk segala khilaf yang tak berawal dan berujung
Terima kasih sudah menerimaku dalam hidupmu
Terima kasih sudah mencintaiku



Ada iringan munajat yang berlagu terdengar sayup. Aku semakin tak kuasa. Aku tak sanggup menahannya. Aku menderita. Aku menangis dalam desir hilir angin. Menangis, sejadi-jadinya. Hanya ucapan maaf dan terima kasih, itu yang aku mampu. Itu saja. Aku luka tertusuk penaku sendiri. Aku mati.


'Erk eleh, macam ne boleh mati tertusuk tu wakk? kan awak sedang menaip tu, mane datangnyer PENA?'


Adeshh aku pun benggang sendirian, terasa hilang khayalku..:p



Maafkan aku... maafkan aku.. aku betul betul mintak maaf ni... 


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...