About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Friday, September 17, 2010

Manggis Oh Manggis


Aduhai bis preview kt kelate..best gile....


" Jeng-jeng-jengggg!!!..hu..hu..dah penatlh tu.."


KATA2 KERAMAT PLATINUM VeMMA TERMUDA ASIA : NASOHA (sangat tersentuh...)

Salam sejahtera semua pembaca,

Apa khabar anda hari ini? Saya harap anda sihat sentiasa. Masih belum lewat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Adakah anda sudah bersedia dengan azam baru pada tahun baru ini agar anda lebih SUKSESS dari tahun 2009? saya harap anda terus bersemangat dalam perniagaan vemma.
Telah genap 1 tahun saya aktif di vemma. Ini kerana pd 3 Januari 2009 yang lalu saya telah buat keputusan sangat giler kerana ketika seorang student saya upgred ke ULTIMATE PAKAGE!
Masih segar dalam kenangan HARI PERTAMA dalam vemma bersama selebriti Waheeda Wassini

Dan setahun telah berlalu….. hasilnya?
1.   Memiliki kereta pertama saya selepas 3 bulan di VeMMA (mula2 kereta Malaysia dulu..) dan saya akn buktikan tahun 2010 ini saya akan beli kereta Import pulak….. saya janji akan hargai kepada diri sendiri kerana bekerja keras di vemma..bila? mungkin pada besday saya Julai 2010 atau lagi cepat lagi bgss…doakan ye..
2.   Saya Graduate ON TIME! – saya rasa mungkin hanya saya seorang dari lulusan UM yang TIDAK PERNAH BUAT RESUME untuk apply kerja….skrg full time di VeMMA =)
3.   Yang seronoknya, HUTANG PTPTN saya dah langsai bayar semuanya! terima kasih vemma…
4.   Set Dekorasi Rumah yang anggun! hehe.. mungkin ini hanya sekadar selingan saja.. yela, mmg byk sy abiskn duit untuk dekorasi rumah yang saya duduk dengan mak abah saya..
5.   Saya tidak perlu keluar rumah setiap pagi, kerana kerja saya hanya dirumah. Dan saya akan ke HQ Vemma setiap selasa dan sabtu sahaja… Kebebasan Masa,..
6.   DAN, yang sangat seronok, ketika saya buka bonus history di vemma.com saya lihat Minggu 1 sehingga Minggu 52 pada tahun 2009, SAYA DAPAT FULL income selama 52 minggu berurut2.. dan apa yang pasti sejak minggu ke 10 sehingga kini, 4 angka adalah WAJIB DAPAT setiap minggu! Syukur sangat2…
7.   Dan banyak lagi kisah-kisah menarik sepanjang saya dengan vemma! sangat2 seronok sampai takleh nak cakap macam mana… satu malaysia semua saya dah jejak, termasuk Sabah/Sarawak..
Namun, adakah semua ini NASIB SAYA? Jika saya TIDAK USAHA, adakah semua ini akan saya kecapi? Jawapannya adalah TIDAK!
Semua kejayaan adalah kerana kita bermula dan bertindak! Tindakan kita perlu bermula dengan langkah pertama, dan pastikan ADA LANGKAH-LANGKAH seterusnya.. bukan hanya langkah pertama kemudian stop!
Jadi, saya akan kongsikan salah satu rahsia terbesar saya!
Anda nak tau? Baiklah…sila baca betul-betul dengan menghayati..
Rahsia saya adalah SERIUS DALAM PERNIAGAAN!
Kalau kita buat bisnes secara main-main, maka, hasilnya juga main-main.. =)

Secara asasnya istilah SERIUS ini saya huraikan seperti berikut:

1.   Sentiasa Positif dan Yakin dengan bisnes yang anda buat!
2.   Sentiasa bersemangat! Kalau lemau, memang tak kemana la.. Ada leader Vemma yang lemau? Semuanya bersemangat!
3.   Aktifkan diri dengan Aktiviti VeMMA. Ini selalu sangat saya tekankan. Kita bermula dengan ZERO, so nak ada ilmu, kena selalu hadirkan diri ke HQ terutama setiap Selasa Jam 8.00 Malam. Dari sini, anda akan dapat AURA + Semangat + ilmu-ilmu yang sangat hebat dari leader-leader..
4.   Kreatif dalam bisnes. Kita mesti cari lagi jalan-jalan lain untuk memastikan bisnes kita boleh berkembang dengan pesat.
5.   RAJIN! Ya, saya dapati SEMUA JUTAWAN adalah yg rajin. Walaupun asalnya mereka seorang yang miskin! Dan, saya dapati juga, mereka yang kurang berjaya, mmg sah-sah MALAS DAN CEPAT PUTUS ASA! Dah tahun baru ni, kalau kita masih di takuk lama, memang anda akan terus hanyut ketinggalan…
Kalau anda pegang 5 perkara asas ini, dan anda tambahkan lagi perkara-perkara yang lebih kreatif, saya YAKIN, anda akan bergelar Jutawan lebih cepat dari saya…
Yelah, saya amalkan 5 perkara, dan anda amalkan lebih dari 5 ini, dah pasti anda akan dapat lebih…..

Siapa buat LEBIH, dia akan dapat LEBIH…
Siapa yang buat iklan LEBIH, dia akan dapat
PE LEBIH…
Siapa yang dapat PE LEBIH, dia akan dapat PM LEBIH…
Siapa dapat PM LEBIH, dia akan dapat LEADER LEBIH..
Siapa dapat Leader LEBIH, maka CV pun LEBIH…
CV LEBIH = $$$$$$$ = JUTAWAN! = LUMAYAN!!!

Ini semua adalah hukum alam VeMMA! its proven! Dah ramai orang-orang yang baru sertai VeMMA dah mendapat pulangan lumayan…adakah Nasib mereka? Cubalah tanya mereka yang masuk carta TOP LEADER… Semuanya USAHA! Usaha yang pelbagai cara.
Perlu Kerja Keras? Apa kata kita semua pakat, kita kerja keras untuk tahun 2010 ini, dan lepas itu kita leh FREEDOM! INCOME FOR YOUR WHOLE LIFE! Mengalami kebebasan masa dan kebebasan wang + kesihatan terjamin dengan VeMMA!




"TERUSKAN MEMBACA JIKA IA KAMU RASA BERMANFAAT UTK DIRI DN POKET KAMU"




Wednesday, September 15, 2010

Hatiku yang tercicir


&&&&&&&..Hatiku yang tercicir..




...Bilakah agaknya hati ini mampu tenang dan tenteram?? Hati ini terlalu busuk dengan nanah yang membusuk, hati benci mati, maka itu petanda jelas bahawa aku belum cukup mencintai Ilahi. Apakah cukup sekadar dengan keluhan? Padahal hidup memerlukan kayuhan. Kayuhan amal yang tidak putus-putus dan tanpa jemu-jemu. Kita boleh senyum ketawa dan mesra ketika bersama manusia, namun jauh di sudut hati, perasaan sedih dan merintih kerana mengenangkan dosa lalu, dosa kini dan dosa akan datang. Sesekali kita boleh tertawa dengan kebodohan diri, tetapi lama kelamaan jika kebodohan itu berulang, hati akan sengsara oleh satu pertanyaan:

Bila aku akan matang?


Saya tidak pasti apa punca yang membuatkan lama saya tidak menulis. Mungkin, jika hendak diletakkan alasan pasti menjadi seribu.

Ya, saya manusia biasa sahaja sahabat-sahabat, hakikatnya ada waktu dan ketika pasti akan menempuhi fenomena 'up and down', diuji turun naiknya IMAN.

Ada ketikanya, saya rasakan apa yang saya lakukan semuanya tak kena. Pada hari, minggu atau bulan yang malang itu, kecelakaan seolah-olah datang bertimpa-timpa

Bangun Subuh lewat, ngulang Quran tinggal, solat resah, baca buku dan talaqi pun malas, tayar motosikal meletup , bergaduh dengan arab dan macam-macam lagi.

Jadi, kalau demikian ceritanya, apa yang sebenarnya tidak kena ni? Hendak bermula dari mana? Wah, pening kepala dibuatnya.


Pernahkah sahabat dengar ungkapan yang berbunyi takdir sentiasa mengatasi tadbir.?

Takdir itu daripada Allah manakala tadbir daripada manusia yang lemah tidak berdaya. Namun itu bukan bererti kita lemah dan pasrah…

Maka 'Jabariah' dalam hidup itu, atau mengaku super power hingga terjebak dalam 'Qadariah' ketika merasakan diri bebas daripada ikatan Allah itu bukannya pegangan kita.

Kita umat pertengahan – ahli sunnah yang gigih mengatur sebaik tadbir, sekali gus menghulur setulus doa untuk dikurniakan Allah sebaik takdir!

Dalam apa jua keadaan, seorang hamba hendaklah faham bahawa bila keadaan tidak seperti yang diingini, langkah kita bukanlah mengubah keadaan itu tetapi terlebih dahulu mengubah diri sendiri.

Tanpa disengajakan rupanya banyak kali kita tersilap , kita hendak mengubah keadaan luaran sebelum mengubah diri sendiri. Itu salah rupanya, Sunahtullahnya tidak begitu.

Dalam apa jua kondisi, mengubah diri itu perlu diutamakan kerana itulah yang akan mengubah keadaan yang kita hadapi. Jadi, apabila berdepan dengan apa jua masalah pun, hendaklah diingat, ubahlah diri kita sebelum cuba mengubah perkara-perkara yang di luar diri kita.


Tegasnya, kejayaan yang diraih, atau kegagalan dan masalah yang menimpa dapat ditelusuri jauh ke dalam diri, arkitek sebenar di sini ialah diri kita sendiri, bukan orang lain.

Semua manusia mempunyai diari dan catatan perjalanan sendiri, bagi mereka tanggungjawab adalah beban dan memberi masalah. Padahal, tidak seorang pun tidak pernah merasakan kebebasan setelah berani memikul sesuatu amanah. Amanah kita sekarang ialah terhadap diri dan agama.

Ramai di kalangan kita, masih tercari-cari ‘pulau persinggahan’ sebenar, secocok dengan diri, kehendak diri, naluri iman. Perahu yang dikemudi tidak selama-lama berdaya mengayuh melawan badai mendatang, tapi bila mengenangkan nasib diri nun masih jauh lagi meneropong pulau persinggahan idaman, serasa sudah hilang minat untuk mengayuh, biarlah mati keseorangan di tengah-tengah samudera bahaya, tenggelam dipukul ombak.

Dalam suka ada sengsara, dalam duka pula ada kebahagian. Setiap daripada kita ada jalan cerita sendiri, dan rakaman hidup pada kedua-dua keadaan ini.

Sebaik sahaja, diri dilahirkan di dunia, mahu atau tidak kita pasti berhadapan susahnya menghabiskan sisa-sisa hidup. Orang yang hidup lebih dahulu daripada kita hanya mampu tinggal pesan, suri teladan agar kita mampu mentadbir diri, dan keluarga.

Buatlah pilihan terbaik pada diri kita, tinggal lagi mahu atau tidak.











"SAYANG SARAWAK..." Jika aku masih ada di Ramadhan kali ini,maafkanlah,kerana aku takut tidak berkesempatan mengakhirinya atau mngucapkan wida' di akhirnya...





@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


"MAMA OH MAMA" = (Air Tangan)..

Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu.

Mengapa?

Kata orang, itulah penangan ‘air tangan’. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak ‘terlarut’ bersama bahan-bahan masakan.

Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu?


Mama suka buat emping padi yang sudah di angin dan di tumbuk cara tradisi..Mama tumbuk sendiri..

Kalau di Sarawak di goreng n di makan ketika sarapan pagi..


Mati Untuk Hidup





“Barangsiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup!”

Itulah kata-kata yang terpacul dari mulut sahabat saya tatkala saat hari lahir saya yang lepas. Agak terasa jugalah saya bila menerima penangan ‘percuma’. Saya kurang mengerti apa motifnya sahabat saya perlu berkata sebegitu rupa pada hari lahir saya  (1 Mac ).

“Untuk apa kita mati?,i belum bersedia lagi untuk itu.”

“Untuk hidup…” jawab sahabat saya.

Saya diam dan terkial-kial. Apalah agaknya yang dimaksudkan sahabat saya seorang ini.

“Mati untuk hidup?”
 
Antara Perkataan Umar Ibn Aziz yang pernah beliau ungkapkan,

“Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi – alam akhirat. manusia diciptakan untuk hidup selamanya. Hidup selepas mati itulah hidup yang hakiki!”


Ya. Hidup di sini, di dunia ini, adalah tanaman untuk tuaian pada hidup kita di sana,.Maka akhirat itulah tujuan hidup yang fana ini, dan demi kelangsungan hidup yang baqa itu.



"Aku melukis hati ini yang dulu 2 kini jadi satu -hanya tinggal satu bkn BERSATU..hu..hu.."

                 
~Namun lukisan sudah pudar di telan waktu, lantas aku tenunkn ukiran puing-puing hati dgn benang kenangan~

 



Alhamdulilah, itulah ucapan yang mampu saya ungkapkan setelah melangkah keluar dari dewan peperiksaan hari ini. Walaupun ada sedikit gementarnya, tapi ketenangan yang saya rasa sungguh mententeramkan, dan perasaan tenang itu menjadi lebih indah setelah membersikan anggota yang 4 dan terus mengadu cinta dan rindu pada-Nya. Indahnya merasakan ketenangan anugerah Mu itu ya Allah!! Banyak benda hari ini saya belajar, saya sangat bahagia hari, sungguh saya terlalu bahagia hari ini. Apa sebab? Saya tidak pasti, betul! Amat tepatlah bahawa apa yang kita fikirkan, selalunya sangat mempengaruhi hati dan suasana yang ada disekeliling kita. Justeru, jika kita ingin mengetahui bagaimanakah keadaan pemikiran kita – sama ada positif atau negatif, kesanlah perasaan kita. Ceria atau nestapa. Jika ceria, insya-Allah itu petanda fikiran kita positif dan insya-Allah tindakan-tindakan kita pun akan jadi positif juga. Tindakan yang positif, akan menghasilkan natijah yang positif. "Sebanar aku terduduk juga dengan hentakkn perasaan yg rawan.." Pak Salleh bakal pak mertuaku datang pagi2 menyampaikn satu kertas dari Wisma Putra. "Anak kena kuat, terus berdiri jgn duduk, jangan keluarkan air mata,sebab pak cik boleh tahan semua itu dari semalam, 24 jam pakcik bergelut dengan keberatan jiwa ini" kerut muka jernih itu aku selami dalam-dalam, apalah yang mahu di sampaikn bakal pak mertua ku ini, desah hati ku penuh debar dan tanda tanya.. " Ada apa pak cik??" aku toleh mak Jah di sisi pak Saleh. Mak Jah berpaling terus berlalu seolah mengendong satu beban yang berat. Aku tambah binggung. Hemm apalah pulak ni.  "Akak,abang Adi dah meninggal dunia, dia terlibat dalam kemalangan 2 hari lalu di Bahrin". on the sport Khalil adik Rusdi bersuara bila semua bungkam. Antara percaya dan tidak aku gagah untuk pura-pura menerima hakikat. sebenarnya aku rasa bagai mimpi. Semua itu tidak benar, baru seminggu kami siang malam berchat, abng Adi tanya dan berjanji beli jubah, minyak wangi, beg tangan untuk ku. 3 bulan lagi ijab kabul. Apa semua ni?. Mimpi? ngigau? gurau? or apa??

SEPARUH HATIKU PERGI.....


Aku hanya duduk di sini..dewan peperiksaan sudah lenggang dan sunyi..sesunyi hatiku..
"Aku tak menangis!! tak nangis"..getus hatiku..tapi ada aliran suam melaruri pipiku

Air ini mngalir perlahan,kemudian deras,deras lagi..sebahgiannya mnggalir ke dalam benak ku..Menjadi sungai duka yang menghayutkn setiap bibit-bibit 
harapan..
~Apakah berdosa aku menyintai?~

Malam ini, aku sudah sujud sejenak dlm sujudku aku berasa tenang dan aku bisa melupakn mu seketika,namun setelah selesai uzlahku, rindu padamu berlabuh semula di kamar hatiku. Menyelimuti resah, membelai gelisah. Entah mengapa semakin aku ingin melupakan dirimu semakin rindu itu  memeluk  gelombang jiwaku. Semakin aku ingin membuang namamu jauh dari ingatanku, semakin menghujan lembar wajahmu menerpa memenuhi relung benakku. semakin  ku kunci pintu cinta itu mendakap kukuh di pintu hatiku. 

 
Wahai Yang Membolak Balikkan Hati…. damaikan aku dari terus mengelojak cinta padanya. Aku tidak sanggup berbicara dengan angin, merenung senyum bulan dan memeluk kawanan hujan. Aku menyoal diri. Apakah salah jika aku menyintaimu ? Berdosakah aku ? Sedangkan kita terpisah oleh lautan. Debunga cintaku merimbun dedaunan penuh kehangatan. Aku ingin kau tahu bahawa aku jua mencintaimu, spt dirimu yg menyatakn 'SELAUT RINDUMU'. ukiran bahasamu itu mnjadikn aku mabuk dalam bahtera kerinduan..macam nak mati je..

Anehnya cinta kita,hemm.teman2 ku mengatakan aku sudah gila..'Di Malaysia bersepah mamat yang gagah dan hensem2, nape jejaka dari seberang jugak yang u mau?''Aduh!! kamu sudah menempah bala Putri, kamu tau risikonya terlalu banyak'.
Aku hanya tersenyum kambing  walaupun tidak pernah melihat kambing tersenyum.
'Dasar Cinta Itu Buta' getus temanku, itu salah gumamku,bCinta tidak buta, kerana ia anugrah Allah yang terindah pernah ku rasa, hanya bezanya bila kita menyintai manusia kita akan jadi resah gelisah, rindu tak keruan. Aku amat faham bahawa itu kefanaan,bukan hakiki, cinta hakiki hanya pada Allah saja yg boleh menjadi jiwa tenang dan bahagia..





Antara kasih sayang dan cintaku padamu..aku terpaksa memilih pengorbanan biar pun atas penderitaan dan air mata.Aku berharap kau akan mengerti atas nilai2 pengorbanan bukan penderitaan yang di sengajakn..

Monday, September 13, 2010

"Kurniakan kami kekuatan ya Allah"



DALAM TANGIS KU MERAYU PADA MU KHOLIQKU.....( ketika koma)..


--Apa saja kekuranganku,Kau ampunknlah,jgn biarkan aku sendirian dan tersisih ya Allah. Sakitnya dalam senyap yangg bising ini..Aku bisa mendengar semua suara2 di sekitarku..tapi aku tidak bisa menyahut setiap seruan terhadapku..

Sebenarnya aku amat sakit,aku amat sejuk,terasa dinginnya setiap urat saraf ini,bagai mngigit tulang temulangku..

-Aku mndengar semua orang..tapi tidak ada seorang pun yang mendengar aku..Tolonglah aku Tuhan..hanya Engkau saja yang mendengar akan aku kini..Segala yang terbuku, terbungkam dan malah aku membisik pada Mu Tuhanku..bahawa aku ingin mmberi tahu mereka bahawa aku masih ada di sini dan aku masih ada di sisi mereka,aku belum pergi lagi..




 

Aku tidak mampu ya Allah..aku terlalu naif dan lemah.. Aku hamba Mu..maka bantulah aku utk semua ini..

***Untuk mngerakan satu jari pun aku tidak mampu apatah lagi mngerakan semua,mngeleng kepala hatta membuka mata pun x tidak bisa..Aduh tolonglah aku wahai Tuhan..

Takbir telah berkumandang,sayu suara pak imam melaguknnya di telingaku..Bagai di carik2 hati nuraniku..
-Satu persatu wajah2 yang ku sayang bermain di ruang ingatanku. Mereka ada di sekitarku,hanya menonton dan menangisi diriku yang sudah bagai sekujur mayat,sedangkan aku ada disini..



--Aku sudah lelah menjerit bila doktor meminta berkali2..air mataku juga bagaikan sudah kering ku alirkn tapi mereka berkata air mata pun tidak kelihatan..Habis??air mata yang ku alirkn itu jatuh kemana???..aduh peritnya..~~


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%




“Do you forget that I am your sister?” “No; I’ve never been granted the opportunity to forget it. And I wish it won’t come, forever.”



“She is your mirror,
shining back at you with a world of possibilities.
She is your witness,
who sees you at your worst and best,
and loves you anyway.
She is your partner in crime,
your midnight companion,
someone who knows when you are smiling, even in the dark.
She is your teacher,
your defense attorney, your personal press agent,
even your shrink.
And some days,
she’s the reason you wish you were an only child.”
— Barbara Alp

STOP!!! UTK TANGGISKU...

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Life is Short Live it SweeT (^.^)


مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ
النِّسَاءِ


“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)








"Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkan. Samada di dlm sukar mahupun senang. Teman yang terbaik juga adlh teman yg sentiasa menterbiahkn diri dan sahabatnya kepada Allah. Wahai sahabat, sesungguhnya diri ini hanyalah insan yang lemah. Ingatkanlah daku tikaku leka. Tenangkanlahku tika aku bersedih. Pujuklah daku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 dan janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNya jika diIzinkanNya. Ameen.."


"Dan jika kamu berterima kasih, nescaya Ku tambah nikmat yg ada padamu.. Tetapi jika kamu kafir, sesungguhnya seksaanKu amat keras.." ( Ibrahim : 7 )





Semua dalam mimpi sedarku adalah apa yg ku tuliskan..banyak lisan yang aku bisukan..banyak lukisan yg telah ku padamkan dan banyak juga yang belum kusiapkan..


****Kenyataan..banyak yg telah aku tercicir dan terlupa..****




firman Allah SWT, "FAQALIL LAMMA TASHKURUN.." Sgt sdikit drpd kita yg brsyukur. Jd marilah kita sama2 jd yg sdikit tu xkira la dlm apa jua situasi. Allah SWT dh janji, kalau kita brsyukur, Allah akan tmbah nikmatNya. Jgn terlalu sedih dgn kekecewaan. When 1 door of epiness closes, the other opens. Just don't look 2 long at da closed 1.. Bear in mind..
" Today's the day I quit worryin' about wut I don't hv n start bein' grateful 4 all the wnderful things ALLAH hd already gven me.. I'll rmmber that 2 worry's such a wste of time coz my faith in ALLAH n His divine plan ensures evrythin'll b jst fine.. "





=Saat ENGKAU berkata TIDAK= ~Ku mmohon beri hamba kebahagiaan, Engkau bkata, "Tidak. Telah Ku beri keberkahan, kebahagiaan tergantung kepadamu sendiri untuk menghargai keberkahan itu.". ~Ku meminta jauhkan hamba dari kesusahan, Engkau berkata, "Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari jerat duniawi dan medekatkanmu pada Ku." ~Baiklah... Engkau tahu yg terbaik bagiku... ~Ku pasrahkan semua urusanku kepada-Mu..


Rasulullah saw bersabda:


يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ




“Sesungguhnya Allah SWT selalu turun pada setiap malam menuju langit dunia saat 1/3 malam terakhir, dan Dia berkata: “Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan, dan barangsiapa yang meminta kepada-Ku maka akan Aku berikan, dan barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku maka akan Aku ampuni”.


(HR. Bukhari Muslim)

           "Hidup ini hanya sehari saja, Hari kelmarin sudah pergi dan hari Esok belum sampai"..

Jauh di sudut hati kecilku,,bnyk perkara yg belum ku selesaikan dengan baik semenjak hidup ini..Permulaan perjalan yang begitu sukar dan hingar..Lantas aku bertafakur dan bermuhasabah..muraqabah ini membawaku untuk  Bertawajjuh dengan yg Kholiq..tentang kerdilnyalah diri.. 

Sunday, September 12, 2010

HATIKU BMADAH LAGI


" Wajiblah cintaKu bagi orang-orang yang berkasih-sayang keranaKu.." (hadis Qudsi)"

"AKU MNYINTAIMU kerana agama yg ada padamu,"

Jika kau hilangkn agama dlm dirimu,

MAKA HILANGLAH CINTAKU PADAMU"





" Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. (Al-'Araf : 144) "


Saidina Ali Karamallahu Wajhah

" ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.. "

...Kalau hidup ada turun naik, iman pun ada turun naiknya. that's when kadang2 ada masanya byk perkara kita ambil mudah. apa yg betul dan apa yg salah. stil jgk buat walaupun kita tahu perkara 2 salah. x boleh buat. dan x patut dbuat pun sbenarnya. " knape skrg lmbt sikit nk fhm. nk hafal2. kalau dulu2, senang sgt. " jwpnnya mudah.

" sumthing's wrong sumwhere. qalb. "
kalau dulu, mcm mna x snang igt. hari2 dgr Al-Quran. hari2 brzikir. brtzkirah. brukhuwwah. brhusnudzan. subhanallah. indahnya. tp skrg? bristiqamah atau tidak? the answer's inside us all. check. hati yg kotor akan kelam dari cahaya. cahaya itu nur. bkn nur kasih ya! nur itu ilmu. sukar utk ilmu smpai ke hati andainya ia kotor. nur jua hidayah dari Allah. hati yg kotor akan trut jauh dariNya.umum tahu hakikat ini. tp utk terus brjihad mmeliharanya, mashaAllah. byk halangannya. " be prepared. be strong. the outside world is far too different from wut u can imagine.. " msih trngiang2 suara seorg senior ktika datang mnziarahi kami yg msih mnuntut d kolej few years back. musolla saidatina khadijah. kurg fhm ktika itu. tp itu dulu. ktika msih d kolej. and now we're outside. fahamlah sy akn apa yg dmksudkn bliau. ckup2 faham. tp kerana sukarlah, Allah mnjanjikn ganjaran yg maha hebat bg hamba2Nya yg mmpu bristiqamah mmelihara hati.



bibir mudah mengucap sabar
tapi hatilah yg remuk menderita
segala takdir terimalah dgn hati terbuka
walau tersiksa ada hikmahnya
harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa
diuji tahap keimanan sedangkn ramai terbiar dilalaikan
hanya yg terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan rintihanmu brpanjangan
brsyukurlah dan tabahlah mnghadapi
setiap ujian diberi
maka bersyukurlah selalu







" Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.. "


" Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. "

[3: 104]




"Dan jika kamu berterima kasih, nescaya Ku tambah nikmat yg ada padamu.. Tetapi jika kamu kafir, sesungguhnya seksaanKu amat keras.." (Ibrahim : 7)

***Sometimes....***


sometimes, we really do need 2 sit & think. let go of the outside world 4 a moment. it's just u. and Him.

askin ourselves,

living our life up 2 dis moment

have we satisfied Him?
have we completed our ibadah?
have we followed all His rules?
have we gained His love?
are we thankful of what He gave?
are we living in His blessings?
are we confirmed 2 b in His Jannah?

di mana kita di mata Allah SWT?..



[MUHASABAH cinta]

" dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari redha) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.. "
[29:69]

sama2 kita luangkan sedikit masa utk ini. lakukan bila2 masa shj. xperlu mnunggu sehingga dugaan tiba baru ingin menangis, meratap mmohon pertolonganNya. trlalu byk perkara yg perlu kita perbaiki utk melengkapkan matlamat sebenar kita hidup di dunia ini.

tetapi. muhasabah bukan brmkna mmbetulkan kesilapan antara kita dan Allah shj. ini trmsuklah kesilapan antara kita dan jg hamba2Nya yg lain.

perbetulkan apa yg salah.
perindahkan apa yg betul. 

 

Fikirlah. pastinya semua sudah matang untuk memikirkan baik buruk sifat, akhlak, peribadi, atau pun tingkah laku kita terhadap orang2 di skeliling kita terutamanya mereka2 ni. sedikit questionnaire.

[ibu bapa]
dah brape hari ak x call tnye mama n abah sehat ke x? ak ade buat mreka trasa hati ke x? peribadi ak mnyenangkn hati mereka ke x? ak bahagiakn mereka ke x?

[siblings] ak adik/kakak/abg/kembar yg baik ke x? pernah x ak ckp kasar ngan kakak/abg ak? ak jd contoh yg baik ke x pd adik2 ak? adik2 ak hormat x kt ak? [sahabat2] ak gmbirakn hati dorg ke x? ade x ak trguriskn hati sape2? dorg senang ke x dgn khadiran ak?

kalau bayak jawapan yg positif,
setinggi ksyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi.

kalau bayak jawapan yang negatif, fikir2kanlah sendiri
kenapa, mengapa & atau pun; bagaimana jawapannya boleh jadi mcm tu..






Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.

[2:139]







~Sesungguhnya aku diutus  (ke muka bumi ) hanyalah untuk
menyempurnakan kemuliaan akhlak. (Al-hadist)~

                Imam Malik mengatakan bahwa, seluruh akhlak yang baik bermuara pada empat hadist. Pertama, “ barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhir hendaklah berkata yang baik atau diam.” Kedua, “Dari baiknya Islam, seorang muslim adalah meninggalkan yang tidak bermanfaat”. Ketiga, hadist Rasuluullah kepada seorang sahabat, “Jangan marah!”. Dan keempat,” Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya.”

   Pada hadist yang pertama mengisyaratkan bahwa pentingnya menjaga lisan. Dalam keterangan lain disebutkan, Selamanya seseorang tergantung bagaimana dia mampu mengendalikan lidahnya”. Berapa banyak contoh kasus, seseorang harus kehilangan harta, kehormatan, bahkan nyawanya yang disebabkan karena tidak dapat menjaga lisannya.
                Lukman al-Hakim pernah mendapat permintaan untuk menyembelih seekor kambing dan mengambil bagian yang paling baik, maka Lukman memotong dan mengambil lidahnya. Kemudian diminta kembali untuk menyembelih kambing dan mengambil bagian yang paling buruk, maka Lukman mengambil bagian yang sama, yaitu lidah. Mengapa Lukman mengambil bagian yang sama namun dari suatu hal yang saling bertolak belakang?? Lukman berkata bahwa, baik buruknya seseorang tergantung lidahnya. Jika dia bisa menjaga maka kebaikan dan keselamatan yang didapat, akan tetapi apabila tidak dapat menjaga dengan sebaik mungkin, maka kesengsaraan yang akan menimpanya.
                Begitu makna dari hadist yang pertama, janganlah engkau diam walaupun dianggap menyelamatkan. Akan tetapi, berkatalah benar jika engkau anggap itu benar. Dengan begitu, pilihlah berkata yang benar karena lebih menyelamatkan.
                Hadist yang kedua akan membahas baik  buruknya keislaman atau akhlak seseorang, yaitu kemampuan untuk berusaha meninggalkan segala sesuatu yang tidak bermanfaat sekecil apapun. Setiap manusia telah diberikan modal untuk hidup, yaitu waktu. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memanfaatkan dan mengisi modal hidupnya dengan segala sesuatu yang diinginkan. Namun hal itu tidak akan pernah lepas dari konsekuensi, apabila kebaikan yang memenuhi waktu hidupnya maka kebaikan pula yang akan diperolehnya, sebaliknya keburukanlah yang akan memenuhi waktu hidupnya. Konsekuensi inilah yang mendasari seorang muslim untuk mengisi waktunya dengan sesuatu yang bermanfaat. Sehingga kewaspadaan akan selalu meliputinya dan tidak ingin tindakannya dilakukan tanpa pemikiran dan pertimbangan baik dan bermanfaat.
                Hadist yang ketiga, Rasulullah berwasiat, Jangan Marah!”. Kalimat ini diulang sampai tiga kali. Tidaklah Beliau mengulang sabdanya kecuali dalam keadaan gawat dan sangat penting isinya. Beliau sangat melarang marah. Karena berakibat buruk pada diri orang itu maupun dilingkungan sekitarnya. Ketika seseorang marah, dia tidak dapat mengontrol perkataan dan tindakannya. Mengapa? Karena dia sedang dalam kendali setan la’natullah. Oleh sebab itu, tidak salah dalam hadist lain Rasulullah memberi panduan bagi orang yang sedang marah yaitu untuk berwudhu, karena marah dari setan dan setan tercipta dari api, sedangkan api dapat padam bila terkena air. InsyaAllah setelah berwudhu amarahnya akan mereda.
                Meski demikian, Rasulullah tidak menampikkan marah seluruhnya. Ada marah yang dibolehkan dan dicontohkan beliau. Yaitu, marah yang proporsional, yang ditujukan pada orang yang tepat, pada waktu yang tepat, kadar yang tapat, dan waktu serta tujuan yang tepat pula. Rasulullah SAW pernah marah ketika para sahabat mengutus Usamah untuk memohon keringanan atas hudud (hukum Allah) yang harus ditimpakan pada seorang pencuri hanya karena dia seorang bangsawan. Baliau marah karena hal itu merupakan ketetapan  Allah SWT.
                Hadist terakhir adalah, “Tidak beriman salah seorang di antara kalian sehingga mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.” Ada beberapa hal yang dapat diambil dari hadist keempat ini. Pertama, ikatan persaudaraan, kecintaan dan kasih sayang dalam masyarakat muslim. Islam menghendaki seluruh manusia untuk hidup saling mengasihi dang menyayangi, keadilan ditegakkan dan ketentraman menyelimuti semua hal itu. Kesemua hal itu tidak dapat terjadi bila setiap manusia berupaya mewujudkan kebahagiaan orang lain sebagaimana dia berusaha membahagiakan diri sendiri.
                Kedua, keimanan seseorang akan sempurna bila dia berusaha menjadi orang baik yang artinya tidak ada kebencian, rasa iri dan dengki dalam hatinya. Serta mencintai orang lain seperti mencintai dirinya. Ketiga, ancaman atas kedengkiam. Dengki akan menghilangkan kesempurnaan iman. Orang yang dengki akan membenci orang lain yang mengunggulinya, dan menginginkan hilangnya karunia atas kebaikan dari orang yang didengkinya.
                Semoga kita sebagai umat muslim yang taat dimudahkan oleh Allah SWT untuk selalu mengamalkan seluruh hadist yang menjadi pilar-pilar kemuliaan akhlak. Sehingga, kita dapat meniru akhlak Rasulullah SAW dan dapat melaksanakan seluruh perintahNya dengan sempurna. AMIN.  


MeNgApA TaKuT UnTuK BeRjaLaN SeDaNgKaN KiTa PunYa DuA KaKi YaNg bOLeH BeRjALaN dAn BeRLaRi, MeNgApA TaKuT UnTuK BeRjUaNg SeDaNgKaN KiTa PuNyAi TuHaN YaNg SeNtiAsA Di SiSi…
"Inginkan mutiara selamilah lautan..Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan.. Inginkan kejayaan relailah pengorbanan.. Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan.."



Monday, July 19, 2010

Sayang Sarawak



Aku masih disini,dgn perjalanan yg masih jauh,memanjat julangnya sebuah kejayaan..Pemusafiran yg begitu getir seorng anak tempatan,wanita..senang crite orng kampunglh..he..he..

Aku hanya sorng wanita,dri usia yg belum matang bhijrah ke tanah semenanjung..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...