About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Monday, March 21, 2011

~Jodoh Kenangan~



Jalinan cinta kasih kita yg kita rajuk berdua, kini tinggal kenangan..


Ku cuba berjalan sendiri..ikuti suara hati..
Patah hati, idea pun zirooo..nape asyik jadi macam ni..entry2ku asyik sepi bukan tak ada apa yg nk di tulis tapi bila sampai di blog ni aku rasa lemah dn rapuh..Hatiku hancur dan sedih..tapi semacam ada satu kuasa utk aku terus hadir ke sini.


Tuhan berilah aku kekuatan..jika ini ujian dariMU maka jangan Engkau biarkan aku lemah dan terus jatuh begini..aku sudah tidak punya sesiapa sepertinya..hnya Engkau Tuhan tempat aku berpaut dan meletak kekuatan, kerana semuanya adalah driMu..Aku cuba belajar untuk pasrah..



kerdilnya aku sebagai hamba..



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Sunday, March 20, 2011

~BaWa HaTi~





** Gambar x letak lagiiii..tungguuuu...( pengumuman2n )..




Bismillahirahmanirahim...



Cantikkkk banget..Kalung Kenangan..





Aku keluar jalan2 dengan sorng teman dan merangkap adik angkat.( ehekk, adik angkat?) emmm apa2 jelah mmng aku merasakn dia adikku..

Ingat nk pi tengok wayang Merongmahawangsa,, adehh terlewat pulak..Seronok tgk dia main ngan iguana yang terkezut dgn orng yg x di kenali dtng bertandang n pegang dia..

Siapa bawa 4 ekor ikan terubuk masin lagi..uuuu baunya dah buat cek terliuq..hu..hu..


(Adehhh..line niiiii..meroyan.._x blh nk upload gambaq lah..)


Hari ni ibarat duka bertemu nestafa tapi dua2 ego..Emmm lantak je lah syarat bahgia..( bhgia??)..ape2 je lah..

sampai Alamanda cari parking pulak satu halll, dah abis mase nk tgk wayang..dap dup je jantung ni..

_sampai je solat asar dulu hu..hu..

Then pi kat kaunter tiket wayang..alamak!! panjangnya Q..kui3..dasyatnya hujung minggu kat pjaya..kebanyakkn owng luaq..jln2 n tgk2..

Adeh.. bnyk pulak crite best sold out..hu.hu..termanggu2 kami dua kat kaunter yg nk di terjah dah lopaeh n penuh..

Al kesahnya pendek cite, duklah mndongak kat depan skli tgk cite tinjuuu..hu..hu..lalok tul otakku..lebih lagi bila tolej belakang bnyk kerusi kosong sbnrnya..eeee,,rasa nk bangun pi hentap je pala budak kaunter tu..

Apalah jadahnya dia kata semua penuh..apa punye sistem..Fening..waaaa..sakit jiwa ku yg mmng kacau ponnn..

Lepaas tu..solat margrib, makan kat boling centre..lapaq kata adik..sian dia..yg aku pulak perut x surut..

Solat margrib..Dah tulis nama kat kaunter book nk main, mula 2 game jek..last jadi 3 game.He..he,.aku mmng x cukup 2 game..faham je lah.,

puas main dah penat..oiiii makkk!! Q pulak kat tmpat bayae parking..Q pulak nk kuar alamanda..aduiiiiii..kondemmm cam ni..

Kami lepak lagi,, hik3 mlm minggu katakan..pi round presint 2 pulak..Kat sini mlm minggu di dataran Perbadanan mmng ramai owng luaq, mcm2 pesen kata makcik dri kmpung..Tapi seronok tgk..

Dah dua hari pesta Belon Panas berlansung, cuci mate kat cini pulak..dah lewat banyak gerai dah tutup..emmmm..redah jelah..becakkk..hu..hu sebecak dn berlopak bagai hatiku..

Sebenarnya aku keluar x ada tujuan apa2 hanya ikut rasa hati dan ikut kaki, x rancang apa2 pun..

Aduhai hati..peritnya mnerima sebuah risiko kehilangan..x pe aku masih mampu meredah semua ini, ibaratkan mngejar waktu, bagai menyulam airmata yng asyik lerai dan bjurai..Aku telan seriap butir kepedihan bagaikan menelan serpihan kaca..





           Aku ukir pengetahuan dengan sebuah tulisan


Kerna aku tidak mampu utk bersuara..
Ketika aku mahu melangkah pergi, ada yang tertinggal disini, kenangan, harapan dan seluruh hati.Sebagai gantinya aku bawa bersama wajahnya dan rinduku padanya..
Siapalah aku untuk melupainya sekelumit kasihnya mengamit hati beriak rindu, membelai syahdu..




Balik ke alam nyata..S beli sepasang baju saiz M, he..he..S dah abis,,rasa nk S sbb rasa slim,, dia yg montel cikit yan tengok..Bulat je pipi..hiks3 mengebu2 klu x ingat anak teruna orang dah cubit pipi tu..hu..hu..jangan marah, kakak u x betollah ni..Tau x pe..ehekkkk...merapulah pulak...


Pusinggggs semua gerai yg dalam penutupanya  bukan tutup, dah lewat malam..tapi masih mau layan muka kami berdua yg tetiba jerk muncul dalam kegelapan..:p.


Apa nak jadi, ikut hati nk lepak sampai pagi, sian kt adik duk jauh. Tak akknya nk dera adik dia..walaupun aku tahu aku x pernah merasai suasana dan kasih sayang seorng adik dan aku pun tak boleh bayangkan jika aku menjadi seorang kakak..Ahakkk..kan kelakar..:p


Betapa kotor dan becaknya tapak gerai ni, bukan apa lepas hujan lebat..hu..hu..redah jelah... 


sambung lagi lah...bye..night..











Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Monday, March 14, 2011

~DIARY~









                     ~  Maafkan Aku Kerana Tidak Sempurna..~



Teringat dua minggu lepas saat diri ini ditimpa ujian demi ujian. Ujian demi ujian yg berlaku pada hari yang sama dalam masa kurang dari 6 jam. Ujian yg sungguh, teramat hebat untuk aku terima, dunia seakan gelap ku rasakan... sehingga terasa lemah kakiku untuk berdiri. Aku terduduk dan air mata begitu deras membasahi pipi. "Ya Allah, ujian apakah ini ya Allah... Ya Allah, aku LEMAH ya Allah. Kau Maha Kuasa. Aku lemah ya Allah... aku tidak dapat lari dari ujian Mu, menolaknya juga aku tidak mampu," rintih hatiku. Hari2 yang ku lalui selama 2 minggu itu begitu melemaskan, begitu menyiksakankan... aku seolah2 seperti seorang pesalah yang hanya menunggu hukuman-Nya. Rasanya seperti menunggu 'death penalty'... Aku pasrah pada ketentuanNya.

Mahu saja aku campakkan diriku ke dalam liang lahad yg tersedia menunggu penghuni  disebelah pusara arwah

Mereka kata 4 hari 3 malam aku tak bercakap, tak makan dan tak minum, doc terpaksa suntik supaya aku boleh di bawa pulang dari pusara. Di hotel dgn bekalan dan alat yang ada aku di masukkan drip agar ada tenaga..Aku tak sedar apa yang terjadi bila aku tahu abng M,e sudah tiada seminggu lalu..


Alhamdulillah,setelah berhempas pulas dgn rengek derita, aku bersujud mngadu kadang aku bertengkar dengan Allah di siang malamku, akhirnya aku berjaya melalui ujian Allah. Seolah2 suatu beban yang berat diangkat dariku... aku menangis! Tp tangisan kesyukuran kepadaNya. Terngiang2 firman2 Allah yang menjadi penawar duka disaat ujianNya bertamu:


"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya" (2:286)
"Selamat sejahtera keatas mu kerana kesabaranmu" (13:24)



Kadang2 manusia diuji dengan ujian yang sama... cuma pada masa yang berbeza. Ada manusia yg diuji dengan ujian kewangan, masalah study, masalah dalam perhubungan sesama manusia dan sebagainya. Kadang2 terfikir kenapa Allah mahu menguji kita dengan benda yang sama, berulang2 kali? Apakah tidak cukup ujian yg lepas? Kenapa dengan ujian yg sama? Sehingga kadang2 kita rasa give up bila asyik diuji dengan benda yang sama... ( dan aku fobia ).

Allah menguji kita pada titik kelemahan kita. Ya, pada titik kelemahan kita! Allah akan uji kita berkali2 pada titik kelemahan kita sehingga kita berjaya mengatasi kelemahan kita dan memberi noktah. Ibarat seorang pelajar  yg menghadapi peperiksaan. Kalau ada subject dia gagal, maka si Cikgu akan membuat ujian tambahan supaya pelajar tadi lulus. Subject yang sama, cuma soalan2nya sedikit berbeza dari ujian yg sebelumnya. Begitulah analoginya ujian dari Allah... Ujian itu menguatkan lagi hamba-Nya. 

~Berbahagialah kerana anda dipilih oleh Nya~

Berbahagialah anda2 yang diuji... kerana anda adalah org istimewa yg Allah pilih utk menerima ujianNya. Allah akan berikan ujian yang sama kepada kita sampailah kita benar2 dianggap lulus pada pandangan Allah dan layak utk naik ke darjat seterusnya. Bukankah itu bentuk kasih sayang Allah kepada hambaNya? DIA juga ingin menguji sejauh manakah iman kita... mampukah kita mengharungi ujianNya mengikut syariatNya atau sebaliknya? Apakah ujian itu membawa kita semakin dekat kepadaNya? Memohon bantuan daripadaNya yg telah memberikan kita ujian dan percayalah Dialah juga yang akan membantu kita menyelesaikannya. Dari Dia ujian datang dan padaNya ada solution. 

Ingin berkongsi hadis yang selalu menjadi pengubat hati dikala ditimpa musibah dan ujian...

Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman:

 "Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari."

Alhamdulillah, syukur atas nikmat yg selalu Kau beri kepadaku tanpa berhitung. Ujian dariMu menambahkan lagi keimananku bahawa Kau Maha Kuasa dan aku hamba yang lemah, aku tidak mampu untuk menolak atau lari dari ujianMu... tiada kuasa dan daya melainkan dengan pertolonganMu!


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

~’Sayang Kamu’~

Assalamualaikum wtb.


DIARY.::.


**Adakah aku sedang bermimpi??Di pojok hatiku sudah terbenam duri..
Pagiku masih tidak berubah, seperti biasa sang bibik yang setia mnghulur bfast then ubat yang aku dah tahu dan tak payah kiralah berape biji..Aku hanya sambut masuk dlm mulut dan minum air serta telan. Aku sudah tidak mau lagi merasa keujudan ubat2an itu..Bagiku tidak ada apa apa maknapun, rasa kelat dan pahit ubat pun aku sudah tidak rasa. Bukan sebab sudah hilang deria tapi aku sudah tak mau peduli, tak mau tahu dan hemmm yg menyembuhkn aku adalah Allah..Makanlah berkodi kodi ubat, kalau Allah kata sakit, sakitlah, kalau Allah kata sembuh, sembuhlah..aku sudah berjaya belajar erti pasrah dan redho..

Lepas makan kepalaku rasa pening dan agak gigil, aktivit yg sama berlaku, baring dan terus tidur sampai tengah hari, kalau tidak alamat pening tak sudah..fuuhhhh. Andainya siling boleh bicara..mau saja aku nyatakn bahawa ‘mau tak u tukar dgn diri i? U kan siling, duk situ selamanya x kemana tapi aku nak hidup dan bergerak, bekerja dll aktiviti..takkn nk duk mcm ni manjang..’

Lptop dah sejuk, blog pun sesekalinya update, x tau nk tulis entry apa, idea dah tumpul..bila tak tgk blog mencurah2 idea, bila dah bertatap semua hilang..sakitnya klu begini berterusan..
 
Aku belek blog Melati Sarawak..Sejak aku tahu kepergiannya, aku seolah tiada kekuatan untuk menulis setiap entry kedalam blogku..
Kenapa aku begini lemah ya Allah, sesungguhnya aku tak mahu ini berlaku, terlalu perit dan sakit, kadang aku mnyesali kenapa aku terima dia untuk creat blogku? kenapa? kenapa dia beria2 membantu ku buat kerja entah apa2 ni tapi merupakan tiang seri pd kepedihanku kini. Kenapa? kenapaaaaaa???aku tidak ada jawapan, semua bisu, semua mau melihat aku mndapat jawapn sendiri..

On je, maka terpacullh kalimat " Sayang Kamu".
Pada mulanya aku tidak suka ungkapan itu ujud di situ, bagiku apa salahnya letak Bismillah ke, assalamualaikum ke, itu lebih baik bagiku..Tapi katanya hanya itu sebuah hadiah utk tuan punya blog dan sesiapa yg baca blog Melati Sarawak. ' Abang bukan seorng pujangga, abng tak pandai bermadah indah atau tak mampu mnyulam puisi seperti putri..hanya dua perkataan ini yang abng mampu beri agar nanti bila hari2 putri duk boring kat wad ni, bukalah..abng akan kata"Sayang Kamu"..he..he..sekurangnya x sunyi'.

Waktu itu aku hnya mnjuihkn bibir, nk membantah lebih, badan masih lemah saat terlantar, kira akur sajalah tapi aku tahu dia faham aku mmng x senang..

Warna merah blog pun abng x senang, katanya aku taksub dgn Wanita UMNO, gaduh kat situ, abng suka putih aku kata aku x mau mati dulu..tapi abang kata putih bukan utk kematian tapi utk kedamaian,sejahtera, suci, indah dan sesuai dngn bunga Melati..,bunga melati putih..abng suka putih..emm aku tgk pun baju dia kebanyakan warna putih, paling tidak pun berbelang belang putih..

'Lagi pun tuan punye blog pun gebu je'
'weikkk mulut x berlesen'
'Tapi roadtax ada'
'Bosanlah dengan abng, lain orng cakap, lain  tafsirnya'
'Habis nk cakap pe?'

Malas nk sambung..biar je..klu x tsunami kejap lagi..
Terngiang2 di telingaku kata2 abng tentang blog kali kedua dia menjenggukku di wad masa di Jeddah, dia datang semata2 untuk mberi tahuku yg blogku dah siap..Sedangkn blh saja sms, call atau online je..nk buat pe datang jauh2..tapi aku tak sangka itulah kali terakhir kami bertemu.
~Sebenarnya, abng nk minta maaf, abng asyik lambat siapkan blog putri, tapi sekarang abng dan ain dah siapkan, ain banyak bantu abng. Abng nak pulangkan Diary putri..abang hanya edit yg perlu dan yg lainnya abng kekalkan..jika putri tak suka cakap ya..

Tangannya begitu tekun mmgetik tombol tetikus.
Satu2 tajuk abng klik spy aku boleh baca, kerna kedua tanganku x blh nak gerak sbb ada tiub dan jarum drip. Mak cik hanya memerhati kami,sambil matanya mnjeling note dlm blogku.
~Maaf putri ia sungguh masih tidak sempurna, abng rasa nk minta tolong kawan abng yang pandai dalam blogger ni,~'
~Tak payah abng, ni pun dah kira ok.. yan suka sangat..tq tq tq..'
~Tapi ia masih tidak sempurna bagi abng~
~Tapi sempurna bagi yan~aku melihat abang bagai tak percaya atas apa yg aku ucap kerana dia sngt tahu, tidak ada yg pernah sempurna dia buat selama kami bersama..tapi entah kali ini aku mahu ucapkn dan sangat gembira dgn blog yg ada..Aku lihat abng hnya geleng kepala, seolah aku hnya bergurau,,tapi hakikatnya aku tulus..

Dan kini..segala kebaikan dan kesempurnaan itu tak mmpu aku hitung..Aku hnya mmpu termanggu setiap kali masuk ke blog Melati Sarawak (dlm blog).Bila buka, aku rasa aku sudah berada di satu daerah asing yg sunyi..Jiwaku terasa begitu sepi, bagiku setiap bait yg dia tulis dan nukilkan seolah melambai pergi meninggalkn ku sendirian. 

Lantas segalanya seolah mnjemput airmataku..mnghidang rindu, jiwaku terasa kosong dan jauh..

Aku masih mncuba menulis kenangan, biar pun aku tahu ia tak akan mmpu dngn catatan dn kata2, tiada istilah. Ia hnya rasa..




Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Saturday, March 12, 2011

** Diary..**

Assalamualaikum wtb..


- Aku ingin nyatakan  ".Aku CinTa PaDaMu Hnya SeMaTa2 KeRaNa ALLAH"


Aduh Tuhan,, aku mngintai di balik Diary Arwah yang baru aku terima dri ibunya..Aku tidak ada kekuatan untuk membukanya. Hatta menyentuh pun tangank mngigil dan jiwaku bergetar, lebih hebat dari peristiwa sunami di Jepun yang sedng berlaku.


Aku terpaksa mnyambut juga, kerana yang menghulur padaku adalah seorang IBU. Air mataku tahan, bibirku ketap agar tidak terpacul jerit raungku..


Aku tatap wajah ibu tua itu, aku nampak tenang di wajahnya seolah sudah hilang derita namun di matanya satu harapan yang mngunung lara..Agar satu harta dan khazanah insan yg di cintainya utuh di altar insan lain kerna baginya dia tahu ia sedang menyerah amanah duka dan air mata pada sesorang..Terbebanlah satu lagi hati, namun aku rela berkongsi demi cinta ini..


Maafkan aku kerana aku masih tidak mampu untuk mencoret..Ya Allah, kenapa begini lemah hamba ini??

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Thursday, March 10, 2011

aku dan siput






Tentang vido kat atas tu..cek terpesona..emmm tapi adalah terkena saki baki kat batang idung cek..Tapi itulah kehidupan..


Kehidupan ini bagaikan satu lukisan yang sangat seni, abstrak, hnya yang mngerti dan bjiwa halus saja bisa mntafsirkn itu pun tersasar...:p..ye ke aku cakap ni??


Kita sering kali terlambat sebenarnya..sering sering dan sering, berulang kali..Sehingga kesakitan memakan diri, begitu jua dalam perhubungan samaada keluarga sahabat dan insan2 yang kita cintai..kita sering terlepas pandang atas sebab kekurangan mereka dan kita jua ego, merasa kitalah paling sempurna..


Dan aku, aku dah terlajak utk tidak bisa berundur, air mata yg berderai x akan masuk semula kedalam pelupuknya..ia akn tumpah meninggalkn sisa pedih penyesalan yang tak sudah..


Renunglah sendiri sebelum kita asyik terlambat..menyesal serta menangisi sesuatu yang tak akan kembali..


Alhmdullh,lepas main boling hari ni aku sempat ucap sayang dan belai bunga2 di tamanku..sudah hampir 7 bulan aku tak menjengguk buah hatiku ini..orkid,mawar, kesidang, kenanga, senduduk,limau tambunn, ciku..vougainvilla dan si comel bunga raya..adalah x sebut nama..jgn merajuk tamanku..


Lepas tu..sempat duk update blog..emmm...maaf ada hujan di mata..break dulu..




Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...