About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Thursday, March 24, 2011

~SeBuAh PeSaNaN~


**- Pesana ini khusus utk diriku sebenarnya tapi di kongsikn utk dirinya...


Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

~Ingatlah satu pesanan dari imam nawawi...




"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu...maka hilanglah cintaku padamu..."


maka jagalah agamamu lebih dari kau ingin menjaga cinta yang bakal tersemai antara kita suatu hari nnt...
aku pasrah dan redha kerana kita berdua adalah milik Yang Maha Esa...

Semoga kita akan bertemu suatu hari nnt,kekasihku dan semoga Allah akan sntiasa merahmati dan merestui kasih sayang yg bakal terjalin antara kita,bila tiba masany..InsyaAllah.;)

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Wednesday, March 23, 2011

~Aku Dah Dewasa Rupanya..:p~


              Oo  Aku Dah Dewasa Rupanya..:p~ Oo


                                ~**~CintaBerbuahSyurga~**~

Kahwin..heh..

Gambar Hiasan tak de kena mengena dgn Aq..:p


Dah masuk usia “layak berkahwin”, tak habis-habis pertanyaan yang bertalu-talu hadir..Dah 32 tu cayang oii..Adik usuku dah besau..( emm dh lepas usia ponnn..)

Kalau nak ikut impian dan harapan, patutnya aku dah kahwin 4 tahun lalu. Kira ngam-ngam la tu.Awal ke? Sebab aku rujuk mak dan abah punya umur. Mama kawen umur 17thn..fuyoo..

Allah kata belum masanya, orangnya tak sesuai, persediaan tak cukup. Redha dan sabar. Formula yang terbaik. Puasa la kalau tak tahan. Aku lama tak puasa menunjukan aku ni tak kritikal,hehe.Tak mendesak sangat sebab kuliyah manjang then kerja..seronok pulak kerja..Tak sedar  kiri kanan, bukan tak mamat yan terpana dan terpaku, cuma aku tak sempat toleh dan balas senyum..bukan pasal mahal..sibuk..huk3..depa panggil aku makcik..tak lapang dada je lah..




“Ko, bila lagi? Dah ada ke belum?”

“Ada apa?”

“Owh..kira belum la ni”

“Ntah..soklan ada belom, ada belom ni x faham.”

Siapa yang tak nak, siapa yang tak berhajat. Aku bukan kayu, cuma dulu pernah jadi besi je sekejap.hehe..Ntah-ntah waktu tu pintu langit terbuka tak? Wallahu’alam

Teringat semula dialog antara aku dan seorang sahabat

“Aku tahu, usaha tengah dijalankan untuk kita, tapi Allah tak izin lagi”

“Aku terasa hati kadang-kadang. Memang betul kena baik sangka, tapi aku juga manusia, ada masanya fikiran jahat ni datang..”

“Apa dia?”

“Ada ke yang nak kita ni?”

“Meaning?” Aku angkat kening..Sebenarnya aku faham maksud dia. Cuma aku perlukan penjelasan lagi dari dia.

“OK, kita lahir dari latar belakang yang biasa. Kita ada family problem yang orang susah nak faham, boleh ke orang terima masa lalu kita? Kita bukan lahir-lahir diiringi dengan suasana tarbiyah. Kita hidup dalam suasana lumpur jahiliyah. Aku dan ko sama-sama keluar dari dunia hitam pekat kita. Lagipun kita bukan wanita idaman lelaki soleh yang tipikal.”
Ingat aku mamat tabligh masa sekolah menengah, punya jauh jalan rumah aku dan rumah dia..Dia redah jugak depan rumah aku yg jauh 1 km nk ke tempat kerja di banding jalan lain yang hanya 10 minit..Hensem jugak tambah dgn serban putih dan gamis ala2 wali songo gitu..Puiii..perasan aku ni..tapi kan aku sempat pi kuliyah subuh di rumah dia..Mak dan adik dia redah embun jantan angkut aku dtng umah..ohh,.indahnya,aku bkn tengok dia yg x cemar mata tengok pompuan tapi aku tengok ke solehan dan sifat malunya tu..mngalahkan aku kayaknya..adushhh..

Owh..sama dengan tekaan aku.

“Hehehe..apa maksud yang tipikal?”

“Lelaki yang suka wanita yang lemah lembut, pakai kain dan jubah memanjang, jaga tutur kata, jaga ketawa. Diaorang suka wanita yang belajar bidang pendidikan, ambil pengajian Islam, Bahasa Arab,aku dan ko belajar apa?Masa tu rasa x layak sbb nak ambik Engineering…Automatik dalam kepala orang karakter yang ambil engineering ni macam mana? Cita-cita ko bukan academician kan? Aku pun bukan. Kita dah kurang dekat situ..”Last Tuhan maha mngetahuii..kabul doa mama supaya aku pi Mesir..hiks3 dengan jiwa memberotak jugak,,susah wooo..kena kersus setahun kat majlis agama Islam..ada class khas lagi..Fening..

Siapa je yang sanggup terima aku?. Lulusan Pakaian dah berubah tapi fe'il memang biasa cicir bila masuk bab kahwin. Aku setuju dengan point yang ni juga.

“Hmmmm….jujur la aku respond. Aku tidak mengharap lelaki soleh yang tipikal macam yang ko sebutkan. Kalau ada dan dia sesuai, aku takde la nak tolak. Cuma, aku harap jumpa yang luar biasa pada pandangan aku. Yang sentiasa memburu pencerahan macam aku pun best juga. Sebab dia tahu susahnya nak cari hidayah sendiri. Aku suka yang pernah lalui hidup jahiliyah, tapi dia boleh bangun dan tepis jahiliyah sampai dia jadi seorang da’ie. Bukan sebab nasab yang pastinya. Dia faham laluan yang aku dan ko lalu, sebab dia pun lalu tempat yang sama dulu. Orang yang macam ni yang faham bahawa, nak berubah jadi baik bukan senang. Yang sentiasa rasa diri kurang dan berusaha jadi baik. Sentiasa belajar dan betulkan kesalahan diri. Aku faham dia sebab dia tengah berusaha untuk jadi baik. Dan yang paling penting, dia boleh terima keunikan ‘kelembutan’ orang macam aku ni. ”

“Ada ke orang yang macam ni?”

“Insya Allah ada.Banyak...Aku yakin. Kalau bukan untuk aku, tapi untuk orang lain. Untuk u or yang lain.”

“Terfikir ke? Boleh panjangkan hajat dekat yang berkenaan..hehe”

“Selalu fikir, tapi tak la terlalu serius..takut..bukan boleh buat main. Dah masuk dunia ni bukan boleh undo,redo, reformat ke apa..”

“True, jangan dicari, tapi diminta”

“Selalu ke minta?”

“Kadang-kadang..bila teringat, tak selalu..”( ahakkk,geli hati aku +malu gak ).

“Nampak banyak contoh lelaki yang tak baik, tapi tak nak usaha jadi baik. Payah la macam ni..”

“Kita baik ke?”

“Aku tak baik, tapi aku tengah usahakan..hehe”

Entah la..Wait and see..Kalau aku rasa hidup ni susah, aku doa pada Allah mintak bagi teman. Waktu tu menangis sungguh-sungguh la. Tidak la setiap malam..

Cuma aku dah buat mind dan heart setting untuk mak dan abah awal-awal. ( Sekarang dah arwah mereka.Al-Fatihah )

“Mak, abah, aku dah lalu jalan ni, jadi dalam bab jodoh, jangan harap macam orang lain harap. Get ready untuk terima tohmahan orang sekeliling kalau anak perempuan yg sorang ni ditakdirkan kekal dibawah tanggungan abang2. Tapi doakan la yang terbaik untuk ku. Kita kena sentiasa sedia untuk sebarang kemungkinan”

Alhamdulillah abang2 faham prinsip dan kehendak aku dalam kehidupan. Walau pun terkadang nampak kerut di wajah abang..Abaikn je. Sebab tu mereka tak cakap banyak. Aku cuma dapat rasa di sudut hati mereka pun hajat nak menantu lelaki yang soleh. Jika diizinkan, tunggu, doa dan usahakan sahaja.

Kepada yang lain, lantak la..aku yang lalui, bukan dorang rasa pun!!

Nak kahwin sebab nak tingkatkan iman. Jadi kena jaga betul-betul. Bukan aku menolak perkahwinan. Nampak gaya je macam orang yang begitu. Sekadar buat pendinding diri supaya tidak melampaui batas...


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Tuesday, March 22, 2011

~**~Aku Tak Perlu Menangis..~**~



(..Jeddah..)...


                                         **Diary**




Rasa dah kebas tangan ni, walau pun glove ada,emm tak membantu sangat..Ni kira ok dari hari pertama gune kerusi roda ni, hari pertama sian makcik n nurse jadi bibik hari2 kena tolak,,hu..hu..Macam nak minta yang auto rasanya, emm nanti ngade2 pulak ini kira bagus punye kursi roda..
Ada yg kena yang berkerat or jem tu..ha..ha..baru tau..
Macam2 perasaan ada, nak merajok, nak bawa diri, putus asa, blh di katakan macam2 ada..

Dah pandai bawa kerusi ajaib ni x de sorang pun yang nak puji, berpeluh2 kayuh macam bawa atas batu kerikil balik kampong Mukah je ni, berpeluh ketiak, nasib tak hanget..sabau je lah.

Dah majuk dah ni, tulah korang nape tak nak puji, kan korang jugak yang susah tolak..padan muke..Aku jadi bos, x tolak aku duk sini sampai bila2..sebab sini doctor x tak boleh cucuk, masuk bilik kena cucuk, biar bergayut wayer drip ni..macam akar rotan dalam belentara pulak aku mengendong benda ni, biaq dah tak malu dah..

Next time jgn buat aku majok hah..
Cakaplah bila aku duk ni macam Ratu Balqis ke, miss universe ke..eeee, bencinya..dah dgn baju putih ni, mcm kena kafan je..fuuuhhh, kenapa dgn aku ni, kalau sakit buat macam orang sakit, n ini tak berlagak macam bos pulak. Tapi orang sakitlah BOS kan kan kan..muaahahahaha..

Emmm, nyampahlah kalau dah tua2 macam ni majuk..buruk..eee. aku sebenarnya dah boring, dah masuk 4 bulan kat padang pasir ni. Sebulan lebih koma, tak sedar, tak kiralah. Then, operation sum sum tulang, sebulan masih x sedar, 50-50 , x kire jugak, kira tolak campur kira dua bulanlah merasa betapa sengsaranya di atas katil je..kaki dah kejang, badan sakit2..ni, kena tolak kerusi ajaib pulak..

Fobianyeee. ( salah je ejaan..hentam je lah ).
Apa kau peduli tengah tension..ehh.. fikir aku je yang tension ke? Nurse tu?, makcik? Abang2 aku? & doctor tu  tak tension ke dengan perangai aku ni? + pulak dengan bebagai karenah beratus pesakit dengan beribu penyakit..
Aku ni bukan orang pukul, cubit pun cume marah line internet kat wad aku tu meragam tak abis2, berpusing pusing macam gasing daaa..Tak boleh berpesbuk, tak boleh chat ngan kekawan, tak boleh buka email opis..

Weiiiiii!! line kena SENGGUGUT lah..

Aku boring jugak duk majuk ni..emm, balik ke bilik ah, aku nampak mek nurse arab yang come lote tersenyum kambing..emm, macam unta je..perlilah tu..
Dalam kedegilanku yang membentak itu, aku teringat ayat Al-Quran dari surah Al-Baqarah..yang  bermaksud :

KEMUDIAN SESUDAH ITU, HATI KAMU JUGA MENJADI KERAS SEPERTI BATU, BAHKAN LEBIH KERAS LAGI. PADAHAL DI ANTARA BATU-BATU ITU ADA YANG TERPANCAR DAN MENGALIR AIR SUNGAI DARIPADANYA; DAN ADA PULA DI ANTARANYA YANG PECAH-PECAH TERBELAH LALU KELUAR MATA AIR DARIPADANYA; DAN ADA JUGA DI ANTARANYA YANG JATUH KE BAWAH KERANA TAKUT KEPADA ALLAH; SEDANGKAN ALLAH TIDAK SEKALI-KALI LALAI DARIPADA APA YANG KAMU KERJAKAN.”

(Surah al-Baqarah ayat 74).

Terasa ada getar dalam hatiku, wahai hati ingatlah akan Tuhanmu..Tulah degil lagi..nak jadi batu hati tu??..tau pun takot..
Justeru,  jangan sekali-kali menjadikan hatimu keras sehingga dibuang daripada mendapat rahmat Allah sebagaimana sunyi hatimu daripada zikrullah. Sayid Qutub berkata: "Apabila hati mereka dibandingkan dengan batu, tiba-tiba hati mereka lebih kering dan lebih keras lagi daripada batu". Batu yang dibandingkan dalam ayat ini ialah batu yang pernah diketahui mereka sebelum ini kerana mereka telah melihat batu yang mengalirkan dua belas mata air, dan mereka juga melihat batu-batu bukit bergegar apabila Allah bertajalli di bukit itu dan Musa a.s. rebah pengsan, tetapi hati mereka tidak juga lembut dan tidak juga melahirkan degup takut dan taqwa. Hati mereka terus keras, pejal, kering dan kafir. Oleh sebab itulah al-Quran menyebut ancaman ini kepada mereka.


* semoga sama-sama kita sentiasa mengingati Allah dengan menyebut nama dan puji-pujian hanya kepada Allah s.w.t..*







Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

::IkRaR sEoRaNg hAmBa::



Mari berMuhasabah Diri











Ù‚ُÙ„ْ Ø¥ِÙ†َّ صَلاَتِÙ‰ ÙˆَÙ†ُسُÙƒِÙ‰ ÙˆَÙ…َØ­ْÙŠَاىَ ÙˆَÙ…َÙ…َاتِÙ‰ للَّÙ‡ِ رَبِّ الْعَـلَÙ…ِينَ - لاَ Ø´َرِيكَ Ù„َÙ‡ُ ÙˆَبِذَÙ„ِÙƒَ Ø£ُÙ…ِرْتُ ÙˆَØ£َÙ†َاْ Ø£َÙˆَّÙ„ُ الْÙ…ُسْÙ„ِÙ…ِينَ

Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam, tidak ada sekutu bagiNya. Dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku. Dan adalah orang yang pertama-tama  menyerahkan diri"


 [QS 6:162-163]






Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.

Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”

Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.”




Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Monday, March 21, 2011

~Kelebang Dan Air MaTa~



                                               '"APAKAH???






Ya Tuhanku, apakah aku tidak pernah berdoa untuk insan ini, sehingga aku harus kehilangannya dalam keadaan yang menderita dan kesal??

ApAKaH??

Salah kah aku Tuhan atas insan ini sehingga ia pergi tanpa minta izin dan ucapan Selamat Tinggal..

ApaKaH? apakah salah aku Tuhan sehingga tanpa sepatah bicara pun ungkapan terakhir buatku..

ApAKaH??


Memang zalim kah aku dalam perhubungan ini sehingga aku di hukum menerima setiap pertuduhan kematian tanpa nisan? hnya tanda tanya..

Aku keliru Tuhan..apa lagi makar yang telah Engkau catat  utkku??

Waaaaaa  nak nanges niiii.!! Di manakn ku cari ganti yang serupa dengan mu...Aik..Bodoh!!. Macam x betul je aku ni..

yA ALLAH..berilah aku kekuatan..Antara sedar dan tidak aku sudah kehilangan diriku sendiri sebenarnya..



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

~CinTa KaSiH~



Mari Memburu Mardhotillah..

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Malam yang tenang, tanpa bunyi tembakan mercun, bunga api.. Ditemani dengan Sang Bulan dan bintang-bintang yang berkerlipan indah. Menghirup secawan minuman Horlicks, berkawankan buku pemberian seorang sahabat yg jauh..

Sangat-sangat berterima kasih kepada mereka. Semoga Allah merahmati kehidupan kalian.

Tafsiran Manusia



Kita sebagai manusia ini sangat mudah mentafsirkan sesuatu yang terzahir. Sangat mudah menghukum dan mengeluarkan hukum. Sebetulnya, perangai seperti ini juga menakutkan. Boleh timbul beberapa keburukan dengan sifat yang suka sangat mentafsir seseorang tanpa mengenalinya.

Kalau apa yang dia tafsirkan itu sesuatu yang baik, maka kita terima ia sebagai satu doa. Dan kalau apa yang dia teruskan itu sesuatu yang kurang baik, maka kita terima juga ia sebagai satu doa.

Begitu juga dengan diri saya. Saya kadang-kadang terlalu cepat mentafsir seseorang. Dan saya akan cepat-cepat kembalikan perasaan itu pada Allah SWT.

Untuk perangai manusia yang satu ini, kalau mentafsir sahaja mungkin bolehlah.. Tetapi jika terus menghukum dan dan mengelurkan hukum, memang sesuatu yang amat menyakitkan batin sekali. Meskipun apa yang ditafsirkan mengenai diri kita itu tidak betul, itu tidak mengapa.. Tetapi jika sampai berkata-kata di belakang atau menyebarkannya kepada orang lain, bukankah itu mengaibkan namanya?

Kenapa perlu tertanya-tanya dan menyebarkan fitnah seterusnya mengaibkan diri orang lain? Mengapa tidak cuba untuk bertanya kepada tuan badan sendiri? Bertanya sahaja dengan sebaiknya, dan tanyalah sebanyak-banyaknya. Itu adalah lebih baik daripada terus tertanya-tanya sendiri dan membuat saham dosa yang kita tidak nampak. Jika tidak mampu bertanya secara bersemuka, saya kira semua orang tahu menggunakan perkhidmatan SMS, email dan lain-lain.

Tafsiran orang ini kadangkala membawa kepada kebencian dan berprasangka buruk tanpa alasan yang munasabah. Mungkin disebabkan dengki si fulan ini macam tu, si fulan ini macam ni. Si fulanah itu mesra, si fulanah ini macam itu dan ini. Haih. Agaknya inilah salah satu penyakit yang menjadi antara kelemahan umat Islam sekarang.

Ataukah mungkin sejenis penyakit yang tidak boleh melihat orang senang? Wallahu’alam bissowwab.

Dari Penjuru Manakah Prasangka Buruk Ini?


Penyakit prasangka buruk ini boleh menjadi sebuah api kemarahan yang membawa kepada permusuhan, rasa marah, benci, meluat dan menyampah dengan seseorang dengan tidak berasas atau pun tidak berakar umbi. Ini sungguh menjengkelkan. Penyakit ini juga boleh menyebabkan si penghidapnya tidak sudah-sudah memburukkan seseorang yang ia tidak senangi dan seterusnya membuatkan diri si penyakit berasa bangga dan pantang tercabar untuk melihat sesuatu kebaikan bagi orang yang teramat dibencinya akibat penyakit prasangka buruk yang dirinya hidapi.

Imam Ali as berkata, “Hati-hatilah kamu dari prasangka buruk, karena sesungguhnya prasangka buruk itu dapat merusak ibadah” (Mizan al-Hikam 5 : 626)

Prasangka buruk ini adalah satu pengadilan [judgement] yang mungkin agak terlalu ingin menjadikan seseorang itu seperti yang dikehendaki oleh dirinya.

Apabila penyakit ini menghuni hati manusia. Sebenarnya mereka sudah melanggar norma-norma kehidupan..

1 – akal
2 – toleransi/tolak ansur
3 – adil

Kita ; saya kamu dan kamu.. Kita tidak berhak untuk terus menilai seseorang dengan penilaian yang buruk belaka sehinggakan di dalam minda kita sudah terkunci bahawa orang itu begini, orang ini begitu, dan begitulah seterusnya.

Ini kerana, setiap orang boleh berubah. Dan juga setiap orang punya kehidupan masing-masing yang kita belum dapat selami pun. Jadi, bagaimana bisa kita boleh jadi seseorang yang dengan tegar mengeluarkan hukuman dengan menghukum atau melabel seseorang mengikut keenakan hati kita yang tidak berada di tempat yang normal pada waktu itu?

Sedar atau tidak, kita sudah melukai sekeping hati hamba Allah SWT.

Saya Rasa Terusik Tapi Saya Rasa Tenang

Saya sendiri adalah penghidap dan menjadi mangsa kepada penyakit berprasangka buruk yang tidak bertempat ini.

Sungguh besar sekali fitnah yang saya ketahui semalam. Agak mencemarkan maruah diri saya dan keluarga. Saya tidak mengapa lagi, tetapi maruah keluarga saya? Untung saja mereka masih boleh bertolak-ansur walaupun kadangkala geram sehinggakan rasa seperti hendak menjahit sesuatu. Hmm. Apalah agaknya keberuntungan yang manusia perolehi untuk menyebarkan fitnah yang sedikit pun saya tidak pernah lakukan. Baiklah. Itu kes lain. Allah sahaja Maha Mengetahui.

Saya lebih suka cara orang yang bertanya secara peribadi untuk kepastian daripada diri saya sendiri. Jangan risau. Saya bukan pelabel untuk melabelkan orang yang bertanya untuk kepastian itu sebagai penyibuk ataupun penjaga tepi kain orang lain. Saya cuma hendak membantu diri sendiri dan orang lain supaya tidak menambahkan saham dosa dengan sesuatu benda yang remeh-temeh yang mungkin tidak kita sedari.

Saya juga manusia biasa, dan saya sendiri tidak lari daripada sifat yang cepat mentafsir manusia yang ada di sekeliling saya. Tapi cara saya, adalah bertanya kepada empunya badan atau membiarkan sahaja tafsiran itu berlalu dengan memikirkan hal lain dengan menggantikannya dengan sesuatu yang dinamakan dengan berbaik sangka. Memang saya terusik dengan perasaan yang sebegini, tetapi dengan berprasangka, hati saya sedikit sebanyak akan menjadi tenang.

Seperti yang saya katakan di awal-awal tadi, kembalikan kepada-Nya.

Kesimpulannya : Berbaik Sangkalah Selalu

Iya, berbaik sangka. Berbaik sangka juga ada waktunya susah untuk kita praktikkan. Dalam suatu keadaan, memang agak susah untuk berbuat demikian. Mungkin kita ada kisah yang tersendiri atau pun sebab-sebab yang tersendiri. Tapi tahukah kita atau pernahkah kita berasa tenang sekali dengan sifat yang berbaik sangka?

Apa kata kita sama-sama praktikkan dan renungkan ayat-ayat cinta Allah SWT ini, Surah al-Hujurat, Ayat 11 dan 12..

11. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;


dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain;
dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
12. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;
dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang;
dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.


Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.

Kalau saya boleh, pasti kamu dan kamu pun boleh. Kalau kamu dan kamu boleh, pasti saya pun boleh. Dengan izin Allah.

Hidup ini sangat-sangat memerlukan sifat bersangka baik untuk mengalahkan penyakit prasangka buruk. Tetapi di sini saya TEKANKAN, bersangka baik biarlah dengan bijaksana. Jangan terlalu membutakan diri dengan bersangka baik dengan setiap orang yang pelbagai ragam.

Saya sedikit terkilan. Dan mohon kepada individu tersebut agar tidak melemparkan fitnah yang membabi-buta sehingga boleh mencemarkan nama keluarga yang tidak berdosa. Saya maafkan kamu, dan kamu maafkan saya, kiranya kita 0-0. Dengan izin Allah. Dalam hidup saya, saya sudah banyak bertemu dengan orang. Sudah banyak diludah dan terludah. Namun sifat saya ialah saya tidak suka berdendam meskipun saya seorang manusia yang normal seperti orang lain. Tolonglah, kurangkan berprasangka buruk ya. Wallahu’alam bissowwab.

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Sabar :::. Orang-orang Yang Hebat.:::.

                                               


                              ::~ PeLiTa HaTi~::





Seringkali, apabila kita teruji dan mungkin menangis menumpang adu kepada sahabat, ungkapan SABAR seringkali kedengaran dan menunjukkan bahawa kekuatan sabar itu adalah KUAT. Ada orang, yang sudah lali dengan perkataan sabar yang diungkapkan oleh orang lain.. Ada orang, akan mendapat semangat dari perkataan sabar yang disebut oleh orang lain. Dan bagi diri saya sendiri, apabila saya memujuk diri saya untuk bersabar, seakan-akan ada suatu semangat yang sukar untuk saya ganbarkan. Begitu juga apabila sahabat-sahabat yang lain memberikan sedikit semangat untuk diri saya.


Perlu kita renung sejenak dan tanam dalam hati.. Sifat SABAR itu adalah salah satu sifat yang paling tertinggi di sisi Allah SWT. Bukan semua orang boleh bersabar dengan dugaan yang dihadapi, boleh bertenang sambil tersenyum dalam menjalani kehidupan hari demi hari. Tiada sifat seorang Muslim yang paling tinggi di sisi Allah melainkan sifat sabar. Sabar adalah kekuatan.. Ia tidak mengira keturunan atau darjat yang ada pada diri seseorang itu.


Pesanan buat diri saya sendiri.. Saya seringkali memujuk walaupun saya tahu dengan janji Allah.
Allah SWT tetap akan memandang hamba-hamba yang sabar itu lebih dari segalanya. Allah akan tetap memandang dengan pandangan yang penuh kasih-sayang melalui pandangan rahmatNya. Malah, para malaikat juga akan turut mendoakan hamba yang sabar, inshaAllah. Percaya dan yakinlah dengan Allah SWT. Sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan sesuatu cubaan kepada kita melainkan kita mampu untuk menanggungnya. Allah tidak zalim untuk menyeksa kita dengan ujian yang Allah memang tahu kita tidak mampu untuk memikul ujian itu. Cuba renungkan kembali, atas dasar apa kita dilahirkan ke dunia dan apa niat kita di atas muka bumi ini.


Dengan sifat yang sabar, kita boleh menjadi seperti seteguhnya karang yang ada di laut. Tidak akan goyah walau dihampas badai yang melanda. Kita tetap akan menjadi lemah-lembut sepertimana rumput akur dengan belaian angin, tetapi kita tidak akan luruh dan tumbang akibat ditampar dengan ribut taufan yang sengaja datang untuk menyapa kekuatan SABAR yang kita ada.


Apabila sebarang musibah datang melanda.. Cepat-cepat bersuci dan menghadap Tuan Punya Dunia. Mengadulah.. Menangislah.. Memang sifat kita lemah apabila berada di hadapan-Nya. Pujuk jugalah hatimu untuk melunturkan ego agar dirimu lembut untuk menitiskan airmata dihadapan-Nya. Ingatlah wahai diriku, secubit ujian yang Allah berikan, bergumpal-gumpal pahala sebagai ganjaran Allah kepada hambaNya. Syaratnya adalah dengan BERSABAR.





Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...