About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Tuesday, June 14, 2011

~** AIR MaTa **~


ANTARA AIR MATA DAN PERASAAN...




( utk apa aku kesah tntng duri2 di sampingku..biar saja mereka mnjadi duri kerna duri tak akan boleh menjadi bunga begitu juga sebaliknya. Atas ciptaan Allah ini ada hikmah, ada yang tersurat dan tersirat...)


Menangislah, jika itu melegakan perasaan, walau tangisan tak mengubah suratan.

Menangis bukan sekadar pelampiasan perasaan. Menangis merupakan reaksi atas tersentuhnya hati oleh sebuah kejadian. Arti air mata yang tercurah saat menangis merupakan ungkapan perasaan atas kebahagiaan, kekecewaan juga kesedihan. Tangis adalah anugerah bagi hidup dan hati agar senantiasa menyadari fitrah kemanusiaan yang begitu indah, tetapi lemah dan tak berdaya atas kuasa Yang Maha Perkasa. Menjadi refleksi ketiadaan juga keterbatasan, tiada yang sempurna di dunia dan tak ada keabadiaan atas fana, semua yang bernyawa akan binasa. Lalu, mengapa kita menangis? Adakah manfaat air mata kita?

Menangis sudah menjadi identiti manusia sejak dilahirkan, bahkan bagi bayi, menangis dapat disimbolkan sebagai pemberitahuan bahwa ada masalah pada bayi, mungkin merasa sakit atau tidak nyaman. Menangis menjadi hal pertama yang bisa dilakukan generasi Adam dan Hawa di bumi ini. Sebelum boleh bicara, sebelum mampu tertawa, sebelum siap berjalan, tangis itu sudah ada pada diri tiap manusia.

Tanpa diajarkan pun, semua bayi, semua anak, semua manusia boleh menangis karena tangis merupakan fitrah yang melekat pada kemanusiaan. Tangis merupakan bentuk kepekaan yang boleh menjadi alat pendeteksi perasaan seseorang. Ketika menangis, biarkan menangis, jangan dipendam. Menangis bukanlah kesalahan yang harus dihakimi. Menangis itu kebebasan jiwa untuk mengungkapakan perasaan yang tersimpan, yang tersisa dan terbiar di dasar keinginan.


Terlepas dari berbagai alasan yang melatarbelakangi tangisan, aktiviti mengeluarkan air mata ini ternyata memberikan manfaat, baik secara psikologi, sosial, medic maupun spiritual. Hal ini didasarkan pada beberapa penelitian para ilmuan yang mengaitkan aktiviti menangis dengan efek psikologi dan medic

emmmm..ok..aku penat..kita sambung lagi ya..night..:-).

Jadi jgn rasa takut jika kamu rasa sedih, menangis saja..

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

~Tangan KiTa Yg MenCipTa KeHaNaCuRaN~



                                  >:::<.. BiLa AllAh MuRkA..<:::> 





Kebelakangan ini, kita sering mendengar pelbagai berita mengenai tragedi yang berlaku di seluruh dunia. Ini termasuklah pembunuhan yang berpunca daripada perasaan tamak serta dengki khianat sesama manusia itu sendiri.

Selain daripada itu, bencana alam seperti banjir, taufan, gempa bumi, kemarau, letupan gunung berapi, peperangan serta banyak lagi tragedi lain semakin kerap melanda sebahagian besar muka bumi yang kita diami.









Kesan daripada bencana itu, berlakulah kehilangan ribuan nyawa manusia, ternakan dan juga kerugian harta benda yang tidak ternilai. Dalam pada itu, ada juga tempat-tempat yang jarang atau tidak pernah kita dengar berlaku gempa bumi, kini dilaporkan mengalami kejadian itu.

Begitu juga dengan peperangan, hampir setiap hari beribu-ribu manusia terkorban kerana bencana buatan manusia sendiri. Daripada peristiwa itu, dapat kita melihat bagaimana manusia dan alam kini semakin kalut dengan pelbagai kemelut. Bagaimanapun, qada’ dan qadar Allah ternyata berlaku terhadap manusia berasaskan perbuatan mereka sendiri.

Apabila datang bencana, ia adalah balasan yang setimpal daripada Allah kepada segelintir hamba-Nya yang tidak pernah mahu menginsafi perbuatan masing-masing dengan meneruskan penderhakaan terhadap Allah.

Kalau direnung secara mendalam, kita akan dapati bahawa segala malapetaka yang berlaku sekarang membuktikan keagungan Allah terhadap hamba-Nya.





Kemarau dan banjir umpamanya menakutkan manusia di serata dunia. Ini kerana ia boleh berlaku di mana saja tanpa mengira keadaan iklim atau fizikal sesuatu tempat itu lagi hingga ia kadangkala turut mengelirukan pihak yang terbabit untuk membuat kajian saintifik mengenai bencana tersebut.

Dalam hubungan itu, masing-masing lupa bahawa bencana itu adalah ketetapan Allah lantaran kedurjanaan yang dilakukan oleh kelompok manusia tertentu. Kini, maksiat berlaku di merata tempat dan manusia kian gila dengan kehidupan sosial tanpa batasan. Kalau dikaji secara mendalam, bencana seperti kemarau yang begitu teruk sebenarnya adalah bala Allah terhadap manusia yang enggan mensyukuri nikmat Allah.

Rezeki dan kurniaan Allah terhadap mereka banyak dilaburkan ke jalan maksiat dan sia-sia. Apabila diuji oleh Allah dengan kepapaan dan kemiskinan, mereka begitu mudah berputus asa dan mula menderhakai Allah dengan melakukan alternatif yang tidak direstui Islam.

Firman Allah yang bermaksud:


“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.”

(Surah As-Syura: ayat 30).




Sebagai umat Islam yang meyakini keesaan dan keadilan Allah, maka adalah perlu bagi kita semua untuk merenungi dan meneliti setiap kejadian ngeri, termasuk pelbagai musibah yang berlaku dengan penuh keinsafan.

Insaf kerana segala apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah dan insaf untuk beringat-ingat bahawa bencana yang terjadi akan menimpa sesiapa jua nanti, andainya mereka melakukan penderhakaan terhadap Allah.

Dalam hal ini, setiap kita perlu merenung ke dalam diri kita dengan serius, mengkaji setiap tingkah laku dan tindakan yang kita ambil sekian lama, apakah semuanya menepati kehendak masyarakat keseluruhannya atau menyeleweng daripada landasan kebenaran dan keredaan Allah.


Apabila Allah sendiri berjanji seperti di dalam firman-Nya itu, maka tidak mustahil setiap bencana yang berlaku adalah balasan di atas sikap dan perlakuan manusia itu sendiri.

Dalam pada itu, jika ada kesederhanaan dalam malapetaka yang menimpa seseorang atau sesuatu umat, maka ia barangkali menjadi satu ingatan dan pesanan daripada Allah agar mereka yang terbabit segera insaf dan kembali kepada kebenaran.






Allah berfirman yang bermaksud:


“Wahai kaum-Ku, mintalah ampun kepada Tuhanmu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruan-Ku dengan terus melakukan dosa.”

(Surah Hud: ayat 52).

Keengganan menunaikan beberapa tuntutan Islam seperti mengeluarkan zakat juga mempunyai hubungan dengan bencana, antaranya kemungkinan berlaku kemarau panjang seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud:“Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta mereka melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak akan menurunkan hujan selama-lamanya.”

Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:


“Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1.Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.


2.Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3.Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4.Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5.Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6.Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7.Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8.Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9.Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10.Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11.Apabila arak menjadi minuman biasa.

12.Apabila lelaki memakai sutera.

13.Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14.Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15.Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri.

Oleh itu, sama-samalah kita kembali kepada tatacara hidup seperti yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Monday, June 13, 2011

Tak tau lah...


Ya Allah..apa hal pala aq blurr semcm nii????




tulunnnnnn...bila x tulis idea dtng rasa nk nulis bila dah on duk terconggok kat dpn laptop ni..semua ilang..hancus..apa ke hal ni??Be'adhhh tul. :-p..

Apakah aku sudah kena SANTAU?..ha jgn kaget atau terkezut..ni SANTAU lain dri yg lain..x mau cakap..malu jerk..puihhhhh...:p

Sekian tksh..

lalalalalalalalala.....


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Friday, June 3, 2011

~ Selembar Kertas~


( Sebuah ikhtibar sekelumit ingatan..)




Kata selembar kertas seputih salju,"Aku tercipta secara murni, kerana itu
aku akan tetap murni selamanya. Lebih baik aku dibakar dan kembali menjadi
abu putih daripada menderita kerana tersentuh kegelapan atau didekati oleh
sesuatu yang kotor."


Dakwatku pun sudah kehabisan..tiada bicara lagi..Jadi bekas yg kosong




Tinta botol mendengar kata kertas itu. Ia tertawa dalam hatinya yang hitam,
tapi tak berani mendekatinya. Pensil-pensil beraneka warna pun
mendengarnya, dan mereka pun tak pernah mendekatinya. Dan selembar
kertas yang seputih salju itu tetap suci dan murni selamanya -suci dan murni-
dan kosong.



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Wednesday, June 1, 2011

“Rintik hujan Seperti Berlari”



 “rintik hujan seperti berlari”
sesekali ia menari nari..
Berlari, Menari Meresap ke bumi...
“lampu jalanan basah
berpacu mengabur diri”

Dan setelah travel berangkat pun hujan deras makin menjadi. Kata-kata itu masih juga terus mengiang, ”rintik hujan seperti berlari..” Dari balik kaca, melihat ke arah jalanan di luar sana, kata-kata di sudut hati membisiki
,
“hujan ini sederas sunyi
tak ada jalan kembali”

dan sebagai penutup adalah ingatan puisi masa lalu.

***
rintik hujan seperti berlari
lampu jalanan basah basah
berpacu mengabur diri
hujan ini sederas sunyi
tak ada jalan kembali
malam ini kau cantik sekali
seperti hening pagi

Tak sadar rupanya aku terlena di ulit mimpi, di kota putrajaya yang dinginnya membeku tanpa salju.. 

***
Suatu kehidupan yang penuh kesalahan tak hanya lebih berharga namun juga lebih berguna dibandingkan hidup tanpa melakukan apapun.( renungan utk diriku )
Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Wednesday, May 25, 2011

~Cinta Berbuah Syurga iii~



" saya tidak kalah apabila saya berada di bawah..saya hanya kalah sekiranya tidak bangun semula..
sekiranya jatuh tidak bangun= kalah
sepuluh kali jatuh, sepuluh kali bangun= tidak kalah
setiap orang pernah jatuh.hanya mereka yang bangun dan terus bangun selepas kejatuhan akan menjadi juara.."

Salam alaik..




emmmdicelah dedaun KASIH..:P




Entah kenapa, hari ni fikiran aku melayang terkenangkan kampung halaman dan masa kecilku, indah penuh warna..Aku tak pasti di mana aku mulakn epilog kenangan ini. Sejak dulu, pertama kali aku berkenalan dengan watak itu dalam kenanganku ( Melati Sarawak ), aku terasa semacam ada satu chemistry antara watak dia dan hidup aku.Mungkin secara kebetulan tapi aku percaya ada hikmah di sebalik semua itu.Satu perkara yang mungkin boleh ditonjolkan ialah situasi seorng Melati yang sukar bertemu dengan teman hidupnya.Setiap kali berdepan dengan lelaki, aku hanya mahu merasa cukup bersederhana dan merendah diri.Situasi itulah yang berlaku kepada aku ketika ini.Cukup sukar untuk aku bertemu dengan insan yang akan menjadi teman hidupku.Bukan tak mencuba untuk mencari tapi mungkin belum bertemu dengan jodoh yang ditakdirkan.Aku sentiasa redha dengan apa yang terjadi dan tak pernah sesekali menyalahkan takdir.Mungkin ada hikmah yang tersembunyi.


Aku hanya ada seorng ayah dan seorang ibu yang menjadi penyejuk di mata dan penawar di hati.Banyak kata-kata nasihat yang menjadi pedoman.Aku  berasal dari kampong dan anak kampung totok.Kisahn ku tidak seindah sang putri raja, dan kini anak kamoung ini duduk di hutan batu.Ia memaparkan realiti kehidupan di Bandaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan onak dan liku.Aku bersyukur setiap cabaran yang mendatang berjaya diharungi dengan baik, persahabatan, kejujuran, kasih sayang, tolak ansur dan kerjasama.Mana tidaknya, walaupun dihimpit dengan dunia kotaraya yang penuh hasad dengki, kemaksiatan, kemungkaran dan kegelapan namun Aku masih menjaga tatasusila dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.Sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan insan biasa.Aku juga tidak pernah lupa akan tanggungjawab kepada keluarga malah sentiasa mengingati pesanan-pesanan arwah ayahn dan mama yang telah meninggal dunia. Arwah mama meninggal di pangkuanku...( Al-Fatihah ).




mama tak pernah jemu memberi sehingga tidak ada istilah berhenti..

Berbalik kepada kehidupan aku sekarang ini, aku sedang cuba sedaya upaya aku untuk bertahan dengan segenap cabaran dan dugaan yang menimpa aku.Aku pasrah dengan semua yang menimpa aku.Baik dari segi pelajaran, keluarga, kehidupan dan persahabatan.Semuanya mempunyai liku dan dugaan yang tersendiri.Semoga aku akan menjadi setabah Siti Khadiah dalam meneruskan kehidupan di samping berbakti kepada agama dan bangsa tercinta..

Menjadi wanita suri tauladan..

Penderitaan ini biarlah menjadi tugu yang kukuh sebagai mercu amanahku..Apa pun ujian aku tetap merasakan Allah sangat sayang padaku..Dan aku perlu meraih cinta Allah ini sehingga hatiku seperti Rabiatuladdawiyah...


" Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dgn kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dgn kadar penolakkannya terhadap perbuatan jahat dan kesuciaan hati nuraninya sesuai dgn kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya "

( Khalifah Ali Bin Abi Talib )

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Monday, May 23, 2011

~ “Why do you love me ?”~



 ( ni satu kes mmbenggangkn pala otak aq..line poyo )

“Why do you love me ?” kutip lyric dari Koes Ploes ini sudah menjadi pertanyaan umum yang setiap orang ingin tahu. Mengapa kau mencintaiku? 

Apa karena cantik? karena kaya? perhatian? atau apa???

Ada seorang awek yang suka dgn sorng sahabat  bahkan dulu si mamat tu pernah mengatakan suka pada si awek tapi karena malu atau belum mengerti kalau dia sendiri juga suka si mamat maka awek pun menolaknya. Lalu sekarang si mamat sudah punya aweks baru dan itu menjadi penyesalan mendalam bagi awek yang menolak. Sampai sekarang si awek masih menyukai mamat itu. Mengapa dia menyukai si mamat? si mamat x hensem sngt pon…
bukan juara kelas satu… so si awek suka giler dgn mamat tu karena hanya mamat itu baik dan perhatin dgnnya (waktu dlm persahabatan)…

Selain itu ada cerita tentang Pasangan yang cukup lama couple tapi kini putus karena si mamat genit suka main kayu tiga. Akhirnya mereka putus. Saat awal putus si awek nangis bagai nak rak n sensitif sangat, sementara yang mamat merayu bagai nak gila segala macam Kalau putus ya putus aja tak usah mcm orng tak siuman..( bodoh gak ).

Ada juga awek yang suka mamat nya karena si mamat tu lucu… ( lawak ya dia??)

Kalau mamat suka awek majoriti karena si awek tu menarik & hanya awek itu yg jadi pujaannya…. Ntah knapa kalau mamat lagi suka dgn awek pasti awek tu slalu ada dimana-mana..(udah mcm hantu saja)
Lalu “Mengapa kita blh jatuh cinta ?”
kalau ada yang kata…
  • “Aku suka kamu karna kamu baik & perihatin…”
hmm….Itu jawaban standard….
  • “Aku suka kamu karna kamu karena kamu lucu…”
wow….brerti si mamat blh  ketawakn kamu haha…. keep smile :)
  • “Aku suka kamu karena kamu cantik atau ehensemm…”
weks….itu benar”….giler abis erk….
  • “Aku suka kamu karena aku menemukan kebahagiaan hanya dari kamu..”
nah…inilah yang nama nya CINTA SEJATI….( ye ke? ehekk..nafsu?? )


**Perhatian..ni bukan ade pe2 pon, ni le fenomena remaja dan orng tua or sape2 je di zaman ni le..Klu dah anggau mcm2 blh jadi..apa saje blh ckp..hu.hu..

Aku x de idea nk tulis entry pe..ni lalok..bila lihat orng lalu lalang yg sdng bkepit..Last nonggeng..



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...