About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Thursday, August 4, 2011

~PulangKan BaHaGia~**1





Aku tidak tahu harus dimulakan dimana, dia bagai lenyap begitu saja bagai sang embun di simbah mentari dri mataku namun di hatiku ada kedinginan yg perit,merobek dn mnghiris jantungku, hatiku bagai terkoyak2.Setelah aku dpt sms terakhir darinya, aku rebah terperusuk di sisi ranjang kebangunanku.Aku di kejutkan bagai masuk kedalam pintu mimpi yang ngeri dan nyeri..Aku mnjerit tanpa suara.

Sms yang ringkas dan pendek.”Aku di panggil oleh keluarga cara personal bahawa aku harus mengahwini wanita pelihan ibuku atas perjanjian keluargaku dan keluarga perempuan tersebut. Harap u maklum.”Berderu2 sms ku pdnya dgn panjang lebar setelah aku tersedar dri jeda dn kedu yg panjang..aku mahu penjelasan dri dirinya sendiri..tapi tidak ada jawapan,Aku call beberapa kali dan tidak di jawap...Ya..Allah apa maksud ini semua setelah kami lalui detik indah bersama. Teganya dia, aku masih tidak percaya begitu hati budinya.tidak adakah ruang dn peluang lagi untuk hubungan kami  di selamatkan??Kenapa? mengapa? Apa salahku?..Baru seminggu lalu kami bersama, berjumpa, bercerita dan mengukir kenangan dan harapan..Bagai tidak ada apa peristiwa yang akan memisahkan kami berdua. Dunia rasa terlalu indah.


Astaghfirullah, aku terasa bagaikan ada aliran elektrik merenjat diri. Sekujur tubuh kaku mula mula tetapi kemudian aku mengeletar, takut, kesal, bimbang, marah dan sedih bersatu meredak. Berjurus-jurus aku bermenung menilai dan bermuhasabah diri. Berhari2 aku berendam air mata dan berduka. Tubuhku mula bagi isyarat dengan bahasanya sendiri, aku mula rasa demam, semangat mula rebah, selera makanku lansung hilang, insan di sekelilingku mula bimbang, sang doktor yang begitu setia dengan tugasnya mula resah dan potpetpotpet...Tekanan darah merahku mula menurun deras..Dalam kehilangan diri aku mula mnghitung kekurangan diri.’ Wahai diri kenapa menjebakkan diri dalam gaung, sedangkan kamu bukan wanita biasa, kamu yg kerdil dan sakit..kamu sedar tak kamu sakit??berpusar2 pertanyaan itu menerpa benakku..’kamu akan mati, kamu tak akan boleh membahagiakan dia? Apatah lagi untuk melahirkan zuriat2 untuknya dalam keadaan kamu yang lemah..pasrah saja wahai diri, pasrah..jangan bertengkar lagi dengan nasib kamu..pasrah’..

Dan selepas diri tenang, aku cuba tulis lagi msg dengan penuh segala rendah diri, memohon ampun pada Allah, memohon ampun bagi diri dan dia kerana membiarkan perasaan kami dihasut syaitan. Aku nyatakan padanya dengan nada tegas tapi lembut bahawa aku tidak pernah berniat untuk melukakan hatinya. Aku tidak akan mungkin mengkhianati cintaku padanya dengan menghalang dia menerima kehendak dan pilihan keluarga lebih lagi IBUnya..Tidak akan aku biarkan dia menduakan kasih sayangnya pada IBUnya dengan membela cintanya bersamaku. Tidak ada paksaan dalam perhubungan jika tanpa restu orang tua. Tapi hati kecilku sangat menolak bahawa ini kehendak keluarga atau ibunya..Kenapa sebelum kehadiran aku dalam hidupnya semua ini sunyi???kenapa? Kenapa selama ini dia merayu aku tahap gaban giler kata remaja sekarang..Sehingga aku yang berhati batu ini cair jadi air batuu.( emm, bodoh ke aku?? )..:P. Ohh..Tuhan tolong aku..jangan biarkan aku hanyut dengan perasaan sia2 dan bodoh ini. Aku mula meneka kenapa dia tiba2 berubah mau mnjauhkan diri dariku, sebab dia mendapat msg di fb yang dia war2kan pdku atau itu rekaannya saja. Atau ini memang benar2 fitnah yang sebelum ini pun kawan2ku pernah dapat dan aku pernah dengar dari sesorng tentang aku. FITNAH bermula bila aku menolak cinta dan kehendak seseorang yang m
ahu aku jadi miliknya..Tak mungkin kerana dia sudah berkeluarga..





Aku sangka habis di situ, tapi ternyata dia lelaki yang tidak pernah puas ( yang sebelumnya, bukan dia ). Dan kemuncaknya dia mendapat khabar dan msg dari orang tertentu yang mungkin itu salah satu meragukan dia terhadapku. Dia kata ada orang mencabar dia tentang apa saja tentang aku..Tentang apa saja milikku, keretaku, rumahku, syarikatku,,semua tentang kebendaan ku. Aku jadi keliru, apakah dia mau diriku selama 
ini hanya kerana hartaku??

’tak kan abng percaya semua itu?’ kataku..

Dia hanya menjawap dia keliru..ah..bodoh..

FITNAH sudah mula membakar perhubungan kami, lebih2 lagi hati dan perasaanku mula prasangka terhadapnya, hatiku mula hancur dan kecewa jika itu dia yang reka. Aku cuba tampung puing2 hati yang berkecai semula..tapi yang retak tetap retak..fitnah telah menyuburkan pohon ragu di hatinya ( ye ke?) Fitnah menyuburkan kesumat dan rasa kesal yang tidak bertepi di hatiku tidak kira fitnah itu dari pihak ke 3 atau dari dirinya sendiri..
Sedangkn aku tahu ada yang ketawa meraikan hunungan kami menuju ke musnahan. Hebat dan berat aku rasa. Aku di hantui segala ikrar dan janji2nya, dia menerima ku seadanya, dia sudah melihat penderitaanku dengan menyusahkan dia bila kami bersama, dia hanya berkata, ‘apa pun sayang, sayang adalah satu2nya yang abang ada,abang sentiasa berdoa untuk sayang..bla bla bla’..( weikkk ).

Tetapi bukan itu sangat yang mahu aku tuliskan. Aku mahu ini di kongsikan tentang api FITNAH, yang telah menyenggau hubunganku dan dia serta dengan family dan sahabat sahabatku yang lain. Api fitnah juga pernah meragut kebahagiaan Ummul Mukminin Aisyah Abu Bakar r.a. Aku tidak pernah lupa sirah itu. Aku mengulangi dan menghadam semula sirah itu sepanjang hari aku dalam pencarian..
Dalam kes aku mungkin tidak separah kes Aisyah r.a bersama banginda. Tapi ini harus di ambil ikhtibar. Aisyah r.a tertinggal unta dalam perjalanan pulang bersama-sama Rasullullah SAW yang memimpin kaum muslimin memerangi Bani al-Mustaliq. Dia turun sebentar dari sekudup untanya untuk qada hajat. Dia ditinggalkan untanya yang diseret balik ke Madinah tanpa tuan. Sedar dirinya di tinggalkan, Aisyah terpaksa menunggu sendirian berharap agar Rasulullah berpatah balik. Sehinggalah dia bertemu seorang sahabat, Safwan al-Mu’attal as-Sulami yang memang lewat di belakang. Menghormati isteri Rasulullah, Safwan turun dari untanya lalu mempersilakan Ummul Mukminin itu naik.

Safwan menghantar Aisyah pulang ke rumah. Rasulullah tidak mengesyaki apa-apa lalu Aisyah menganggap perkara itu kecil yang tidak perlu di kenang-kenang lagi.Tetapi si munafik batu api, Abdullah bin Ubai bin Salul menyebar fitnah bahawa Aisyah berlaku curang  dengan Safwan.

Bagaikan batu menhentam kepala Aisyah. Apatah lagi kerana Rasulullah dilihat bagaikan termakan hasutan apabila bersikap diam dengannya.Rasulullah sebenarnya bukan marah si isteri tetapi berfikir menhalusi kejadian yang berlaku. Buah fikiran sahabat-sahabat dipinta: pelbagai jawapan di terima.
Kata Usamah bin Zaid. “ Ini fitnah. Semua kata orang mengenainya hanya dusta belaka.”

Manakala kata Ali Abu Abu Talib r.a pula, “Perempuan lain banyak, Rasulullah. Dan tuan boleh mendapat gantinya jika tuan mahu. Tapi kalau tuan mahu kebenaran, tanyalah jariahnya, tentu dia tahu.”
Barirah ditanyam tetapi pembantu Aisyah itu hanya mencerita yang baik-baik sahaja mengenai tuannya.
Rasulullah berbincang dengan Aisyah,meminta isterinya bertaubat jika benar dia buat salah. Hati Aisyah bagai di tikam, tetapi dia yakin menjawap, “Demi Allah, aku tak akan bertaubat. Untuk apa aku bertaubat sedangkan aku tidak berbuat apa-apa..”

Aku bermunajat lama di sepertiga malam seperti rutinku sejak aku di khabarkan dengan sakitku..Ada hikmah aku sakit dan di sakit rupanya Allah mahu aku meletak cinta total hanya padaNya. Aku cuba mencari kekuatan merima hakikat kehilangan untuk kesekian kalinya. Sedar amat, aku bukan Aisyah Abu Bakar. Aku amat jauh daripada wibawanya. Aku bersalah kerana terpedaya dengan hasutan syaitan. Aku lupa seketika kenapa mama dan abah hantar aku mengaji jauh sampai Al-Azhar, sudah bergelar hajah dan ustazah pun astaqfirullah lemahnya imanku. Nasib tidak terlanjur, hanya lintasan hati semata-mata tanpa diiringi dengan perbuatan dan perbuatan yang aku telah terlanjur pun sekedar tidak mampu untuk menolak kerana lemahnya iman ku. Dan aku sekedar berniat tetapi belum melaksanakan apa yang diniatkan itu, dosa itu masih ditangguhkan atas kasih sayang Allah.

Aku memang berdosa kerana membuka pintu fitnah. Aku memang bersalah kerana membiarkan sekelumit rasa suka dan sepicing cinta bermukim di hati terhadap lelaki itu. Aku amat-amat kesal tetapi aku hanya manusia biasa yang selalu kalah dengan godaan nafsu. Dan tidak akan ku ulangi lagi selagi aku belum di ijab kabulkan.

Andai aku yang bersalah, aku sanggup menerima hukuman, kerana terlalu banyak kenangan manis bersamanya serta janji yang kami materikan.. Tetapi seandainya aku di aniaya, di peralatkan dan hanya tempat persinggahan ketika sukar, aku mohon pd Allah sedarkanlah dia. Aku tidak meminta banyak, aku mahu di pulangkan semula kebahagiaan yang pernah aku kecapi bersamanya walaupun seketika dengan dia 
berada di hadapanku walaupun untuk mengucapkan selamat tinggal..







Sahur Ramadhan pertama hanya dengan seteguk air, kerana aku masih dalam rudung kesdihan, air mataku sentiasa mengalir, segala yang aku jamah tiada rasa hanya pahit, jiwaku relai tanpa warna..Segalanya bagiku lesu..Aku mengharap Ramadhan kali ini aku sudah punyai seseorang, tapi Tuhan menguji lagi akan cinta seorng hamba. Bulan mulia sudah mengucap salam.Dinihari aku masih sendirian meratap memohon keampunan dan ihsan-Nya. Aku  tidak perlu apa-apa lagi, cukup jika Allah lindungi cela dan aibku daripada orang yang berniat serong dan mahu menjahanamkan aku.

Aku terlena di atas sejadah tetapi sayup-sayup terdengar alunan surah An-Nur, ayat 22 dan 23, “Sesungguhnya orang yang menyebarkan fitnah dusta itu adalah golongan kamu juga. Jangan kamu sangka perbuatan itu memburukkan kamu, malah membaikkan kamu. Setiap orang akan mendapat hukuman dari dosa yang di lakukannya. Dan orang yang mengambil peranan yang besar akan memperolehi seksa yang besar pula. Sesungguhnya orang-orang yang melemparkan tuduhan jahat terhadap perempuan-perempuan yang bersih, yang baik hati, yang beriman, akan dikutuk di dunia dan di akhirat dan mereka akan beroleh seksa yang besar.

Aku terlelap lagi di atas sajadah, aku bermimpi akan kehadiran seorang wanita tua berwajah jernih, dia bertanya. “ Kenapa menangis anak? Jangan bersedih atas ujian dan khabar yang kamu terima itu adalah dusta semata-mata.”..aku terpana tanpa kata apa2,dia menoleh ke satu sudut, mataku melirik bergandengan matanya..Lagilah aku terkejut, badanku mengigil berpeluh serta jiwa robekku makin carek.. ‘Abang!!’ jerit hatiku tanpa suara. Ya itu dia. Dia tipu aku untuk satu alasan??kenapa tidak berterus terang saja jika hati sudah ada insan lain??Sesungguhnya sujudku tidak sia-sia..,maka aku boleh merasakan sungai duka mengering, menyedut air mata kecewa dek cinta manusia pendusta..

Aku terjaga menjelang azan subuh. Sekeliling terasa-rasa sunyi, hanya dipenuhi dengungan ayat suci dari masjid Putrajaya. Sukma terasa disimbahi nikmat yang tidak boleh di ceritakan dengan kata-kata. Sejenak rasa diri terapung-apung dalamn satu lingkaran putih yang nyaman dan selesa dengan alunan kalimah Allah yang mengasyikkan..
Aku sudah temu jawapan atas persoalan duka di hatiku sebagai wanita yang lemah. Aku menerimanya sejujur dan seadanya..Tapi aku di dustai.

Aku tidak perlu mengucap terima kasih pada sesiapapun. Seperti Aisyah Abu Bakar menjawap pada ibunya, Ummu Ruman menyuruhnya mengucap terima kasih  kepada Rasulullah apabila baginda datang membawa wahyu Surah an-Nur ayat 22-23 yang membesihkan marwahnya; “Aku tidak akan berterima kasih kepada sesiapa pun. Aku hanya akan bersyukur kepada Allah, Tuhanku yang telah membersihkan aku daripada manusia yang jahat itu.”

Air mataku mengalir kali ini bukan di gelumangi rasa kecewa cinta BODOH itu, aku juga bukan Aisyah Abu Bakar. Tetapi aku begitu dilimpahi rahmat-Nya..Tq GOD..



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Wednesday, August 3, 2011

*~Bukan Milik Kita~*


Anakmu bukan milikmu.
Mereka putera-puteri Sang Hidup yang rindu pada diri sendiri.
Lewat engkau mereka lahir, namun tidakdari engkau
Mereka ada padamu, tapi bukan hakmu.





Berikan mereka kasih-sayangmu, tapi jangan sodorkan bentuk fikiranmu,
Sebab pada mereka ada alam fikiran tersendiri.
Patut kauberikan rumah untuk raganya, tapi tidak untuk jiwanya,

Sebab jiwa mereka adalah penghuni rumah masa depan.
Yang tiada dapat kaukunjungi, sekalipun dalam impian.

Kau boleh berusaha menyerupai mereka,
Namun jangan membuat mereka menyerupaimu.

Sebab kehidupan tidak pernah berjalan mundur,
Pun tidak tenggelam di masa lampau.

Kaulah busur, dan anak-anakmulah, anak panah yang meluncur.
Sang Pemanah maha tahu sasaran bidikan keabadian,
Dia merentangmu dengan kekuasaan-nya,
Hingga anak panah itu meluncur, jauh serta cepat.

Meliuklah dengan sukacita dalam rentangan tangan Sang pemanah,
Sebab Dia mengasihi anak panah yang melesat laksana kilat,
Sebagaimana pula dikasihi-Nya busur yang mantap









Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

~Wong Fei Hong~( sejarah )


**Perkongsian ilmu..( dri sebuah artikal..)





Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China. Dalam film itu, karakter Wong Fei Hung diperankan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Pengobatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu pengobatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik pengobatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengobatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pasien klinik keluarga Wong yang meminta bantuan pengobatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar biaya pengobatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pasien yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pamrih.

Secara rahasia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarinya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung sukses melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang legendaris. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang lolos dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepang), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu niscaya akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli pengobatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.

Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berhasil menghajar lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karena ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena istri-istrinya meninggal dalam usia pendek. Setelah istri ketiganya wafat, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri.

Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung wafat dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Alah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amin.

Inilah bukti jika semua manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah/suci
Yaitu ia telah mengakui bahwa Tuhan itu cuma 1
Maka saat ada ajaran Tuhan 3 tapi satu
Ini jelas bertentangan dengan hati nurani
Dengan itulah orang yang baru memeluk Islam
Maka ia bukan berpindah agama, tapi kembali pada fitrah Islam
Menyembah hanya pada 1 Allah saja..... TITIK !!!

Semoga ini menjadi renungan bagi "saudara"2 sekitar kita yang murtad hanya karena sekeping perak & seonggok cinta fana...

Sementara justru orang berada, intelektual, publik figur & para pemimpin dan justru para pemimpin + pemuka agama lain baik di barat maupun di timur malah masuk Islam dengan Ikhlas & sadar jika cuma Islam satu-satunya agama yang benar.

Lihat saudara2 kita yang miskin, mereka didatangi missionaries kristen & menawarkan sekeping harta agar saudara kita murtad, mari kita tengok & perhatikan saudara sekitar kita.

2,5% harta zakat kita berikan pada fakir miskin secara langsung. Ini akan lebih meresap dihati karena setiap ibadah adalah untuk menyucikan jiwa. Zakat ialah syariat, tapi hakikatnya ia menyucikan jiwa dengan menghilangkan kikir, tamak, rakus, menumbuhkan rasa sayang sesama, ikhlas, menolong dan lainnya.

Ma'rifatnya ialah bersyukur pada Allah yang telah memberi begitu banyaknya nikmat yang tak terhingga dan lainnya.

Qs.3 Ali Imran:85. Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Monday, August 1, 2011

~Kenser Teman Dansaku~

 ~ Sebuah catatan di Ramadhan kasih..

Kehidupan ini satu PERTARUHAN.... Kebahagiaan satu ANUGERAH.... Kasih Sayang satu KEISTIMEWAAN.... Cinta satu KEINDAHAN....


.



 ( Diary seorang AKU ). Aku tuliskan bagai sebuah wasiat kerana aku tahu tiada jemari yang akan mencatit perjalanan hidupku sebagai pesakit ngeri melainkan Munkar dan Nangkir yang amat setia dan patuh..






Aku bukan seorang pemain dansa yang baik. Bahkan untuk dikatakan boleh berdansa pun sebenarnya aku termasuk kategori tidak bpleh berdansa ( kwang3 ). Tapi aku suka melihat orang berdansa. Kekadang jam 2pagi kamar ku disimbahi muzik, setelah itu aku mula memesrai air wudhuk, aku bercerita dengan Tuhanku tentang kebutuhanku akan Dia. Aku rebahkan dahi ku kejap di atas sejadah..Terasa tenang dan damai..Irama dansaku kian sayup terkadang aku terlelap di pangkuNya..

~( sebahagian terapi bagi pesakit kenser )~

Apa hubungannya dansa dengan kanser?

Aku memiliki banyak sahabat pengidap kanser. Kami sering berkumpul, discuss, bernyanyi, serta berjogging ( bila badan sihat ) ataupun berdansa bersama.

Aku selalu terpesona dengan gerakan teman-teman saat mereka berdansa, karena aku tahu sebahagian dari mereka ada yang kehilangan penglihatannya yang sebelah karena kanser otak, hanya memiliki satu payudara, ada juga yang paru-parunya sudah dipotong sebelah, dsb. dsb. Tapi mereka tetap mahu berdansa dengan indah.... Teman-teman begitu hebat di mata saya. Walau serelung duka menghambat jiwa jiwa kami..

Apa yang sering kami discusskan, menjadikan aku mencuba mengaitkan banyak hal tentang kanser yang aku lewati dalam perjalanan hidupku dengan pelajaran tentang dansa. ( irama dan tarian ).

Lihat siapa pasangan anda,
dengarkan alunan musik dengan seksama,
ayunkan langkah kaki hati-hati agar tidak cedera.
Anda akan berdansa dengan indah.......
seindah bangau terbang di angkasa

Itu yang melekat dalam ingatanku tentang dansa.


Hidup dengan kanser.... boleh aku lewati bersama keluarga, dan permata hatiku ( my amazing partners ), sahabat-sahabat sejati yang sangat peduli dengan ku, sahabat seperjuangan ku yang hidup dengan “Lupus” ( kanser ) dan juga penyakit mematikan lainnya, serta teman-teman senasib semua yang bergabung di support group CISC, juga caregiver aku yang tidak dapat ku sebutkan satu per satu dengan kehidupan yang tetap indah. ( biar pun parah ).


Kami selalu belajar mengenali pasangan dansa kami yang bernama “kanser” dengan sikap hidup yang positif.

Tak terasa waktu telah berlalu. Hampir 2 tahun yang lalu aku mastektomi dan aku masih hidup hingga saat ini. Aku masih menyaksikan matahari terbit. Aku masih mampu menghirup udara segar di pagi hari. Terima kasih Tuhan.... Ketika saat itu doktor dengan perhitungan medic memberikan aku tempoh 3 minggu sampai 3 bulan, Engkau memiliki suratan takdir yang berbeda untuk saya wahai Tuhan..





Menjalani hidup sebagai pengidap kanser laksana berdansa. Aku belajar memahami secara detail pengetahuan tentang kanser yang melintas dengan sangat sopan (tetapi biadab ha-ha-ha.....) di sel-sel yang berkembang di tubuh aku. Aku persiapkan segala hal yang mungkin terjadi sebelum memasuki panggung untuk pementasan sebuah kehidupan yang indah, bahkan aku mulai menyiapkan untuk kehidupan yang jauh lebih indah setelahnya....Aku bersiap untuk bertemu sang kekasih agungku, dalam juzuk percintaan yang getir..

Aku harus menyiapkan diri sebagai pemain yang baik dan profesional agar apa yang aku jalani tetap indah. Aku harus peka dengan bisikan sekecil apapun yang terdengar oleh tubuhku, baik itu bisikan hati ataupun bisikan informasi dari luar diri ku dengan sebaik-baiknya. Aku mengasumsikan ini sebagai muzik yang mengiringi pementasan dansa ku saat berpasangan dengan kanser. Aku harus tahu apakah alunan muzik itu cepat, lambat, atau sangat cepat atau mungkin sangat lambat karena ini akan sangat berpengaruh terhadap ayunan langkah kaki ku di atas pentas.

Bagaimana jika muzik yang berputar seringkali berubah iramanya?

Ini sering aku alami. Tiba-tiba aku tak berdaya, mual, memulas, demam, dan sebagainya.... ha-ha-ha... tentunya sebagai pemain dansa yang berpasangan dengan “kanser” aku tahu bagaimana mengatasinya. Setidaknya aku telah mengingat dan menempel number-number penting yang dapat aku hubungi saat-saat emergency. Aku menyimpannya mulai dari dompet, handbeg, diary, hp, kamar mandi, ha-ha-ha lengkap tau, dimana saja,,.


Saat muzik yang mengalun iramanya “mual”, aku menyeduh teh chamomile/peppermint atau makan buah prune kering untuk menguranginya. Saat kegelisahan menyusup di relung hati ku, sajadah sudah terpasang dan siap untuk dipakai bersujud. Tak hanya itu, kursi meditasi pun setia berada di sudut rumah yang paling aku sukai. Begitu pun saat persendian dan tulang di tubuh terasa ngilu dan nyeri, aku akan berbaring dan melakukan relaksasi semaksima yang mungkin dapat aku lakukan.

Tak pernah aku lewatkan, menyertakan Dia yang menghidupkan dan mematikan saku dalam setiap langkah yang aku ambil, karena aku tidak mau cedera (lagi).....

Apapun itu Tuhan.... Aku bersyukur boleh berdansa dengan kanser dan tampil dalam panggung kehidupan ini. Life is beautiful....


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Wednesday, July 13, 2011

~..LuKa SeMaLaM..~


Salam .... 
 
 
 
 
 
 
Sememangnya masa yang kita lalui tidak akan dapat kembali sekiranya hidup kita hari ini tidak dimanfaatkan. Hanya pada diri kita terletak ukuran kejayaan yang kita kecekapi untuk hari yang datang.


~Masa tidak boleh diundurkan semula walau sedetik .........

dan hari ini dapat jua saya ziarahi  blog ini...Agak lama aku biarkan bukan tidak menjengguk..Tapi ..eemm..
 
Walaupun masih terdapat sidebar belum di update kan..... saya gagahi jua untuk menulis walaupun kesibukan waktu. Dan rasanya sudah lebih dua tidak menulis dan selama itulah banyak kisah suka duka dan derita ditelan begitu sahaja. Biar yang pahit itu ditelan....dan yang derita itu disimpan supaya hidup ini tidak perlu untuk menyusahkan sesiapa. Berihktiar sendiri lebih baik dari menagih sesuatu yang mungkin tidak akan dipenuhi...


Alangkah indahnya perjalanan hidup bersama kenangan banyak yang saya pelajari dari kesah silam dan apa yang aku lalui sekarang..Rasa indahnya menyendiri, banyak ruang untuk aku bermuhasabah..

Tangisan...ketawa dan penderitaan yang dilalui membuatkan hidupku cukup indah dan sempurna, kami sekeluarga merasa akan semua itu dan aku tidak bersendirian dalam situasi ini..Walau beban tidak siapa yang tahu dan rasai, cukup bagiku mereka memberi aku sokongan dan kekuatan..








Terima kasih Tuhan kerana Engkau telah menganugrahkan mereka untukku.. 



Biar pun luka kehilangan semalam masih berdarah, tapi aku perlu meneruskan hidup jika ini suatu ketentuan..Aku ubah semua 360 darjah cara hidupku..Aku suka ke kampung, melihat ke susahan mereka, aku pernah miskin tapi sudah lama aku tinggalkan kehidupan itu..

Aku ziarahi orang orang sakit, lalu aku merasakan aku lebih bertuah dari mereka yang terlantar walaupun aku tahu akan sering terlantar..Dan mungkin malam ini atau esok aku sudah tidak bernafas lagi..Sejak seminggu ini demamku tidak kebah, Doktor kata sakit dan antibody ku tengah bergaduh..emmm faham..kenapa tidak bagi tahu saja tahap kasihatan aku bertambah teruk..Aku tidak kesah..aku pasrah..

Aku kumpul anak-anak yatim jagaanku..kami bermain, berjalan, makan dan tidur bersama..Aku tidak mahu ada orang lain menganggu kami..sebab masa ku terlalu singkat untuk seperti dulu..



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Tuesday, July 12, 2011

~.:.TerSesat Di Syurga..:.~2~


Seorang teman mercerita bab makan, he.he. sape tak terliuq kata orang utara.. Boleh terduduk sambil leleh air liuq..Aku sejak dua menjak ni selera makan tak boleh nak kawal..Tapi Allah maha adil..makan je tendang balik..Habis di muntah..sampai ada yang perli-perli..Ngandung? ngidam?? oitttt..ke situ pulak..erk..



Hu..hu.. Nak tinggalkan makanan sedap dan mewah pun payah, macam manalah agaknya nak ajak orang tinggalkan cinta dunia, ajak orang jadi ikhlas, ajak orang mujahadah dan segala hal yang berkaitan. Poyooo klu mcm ni, nasib aq di takdirkan sakit, tak blh nak makan nasi dan makanan berkanji lebih..Itu cara Allah dididik manusia degil..Emmm..degil kah aku?? Apa2 je kena terima hakikat kenyataan..:-P


Rasulullah pernah memberitahu,

"..Maka demi Allah! Bukan kemiskinan yg aku khawatirkan atas kalian. Akan tetapi aku khawatir akan dibentangkan dunia atas kalian sebagaimana telah dibentangkan atas orang-orang sebelum kalian. Lalu kalian pun berlomba-lomba padanya sebagaimana mereka berlomba-lomba padanya. Kemudian dunia itu akan menghancurkan kalian sebagaimana telah menghancurkan mereka."

{HR. Al-Bukhariy no.3158 dan Muslim no.2961}


Ambil dunia ikut keperluan kitalah ye. Kalau dah melebihi keperluan, itu namanya membazir. Kalau membazir, nanti kita sama-sama jadi kawan syaitan. Nauzubillah..

Dunia kalau kita ambil ikut kehendak, hatta kita ngaku pendakwah sekali pun, kita akan gunakan dunia ikut suka hati kita. Ambil kuasa kerana kehendak kata nak, bukan kerana perlu. Popular kerana hati kata nak, bukan kerana perlu untuk popular. Bermewah juga kerana nafsu asyik paksa supaya mewah-mewah bukan sebab dia rasa umat Islam itu perlu mewah! Dia tidak pernah ukur keperluan umat dan dakwah, dia asyik ukur keperluan diri dia je.. Kehendak dunia adalah
SOP (Standard Operating Procedure) bagi dirinya. Maka dia takut sekali auditor-auditor dunia kata dia tak ikut SOP. Sedangkan AUDITOR Maha Besar, itu Dia, ALLAH!

Itu sajalah
^__^

Kepada kawan-kawan saya yang ramai hidup miskin, kalian adalah orang yang terhormat bagi saya..syukur sekali dari dulu lagi Allah takdirkan saya berteman baik dengan orang-orang yang hidup serba kurang. Sebab dari situlah saya jumpa qanaah dan tawadhuk..senang banget perasaannya..
~_~




Mudarat terlebih mkn..hu.hu..

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Wednesday, July 6, 2011

~Peringatan Bumi Buat Umat~


Bismillahirrahmanirrahim







Anas bin Malik r.a: Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan 10 perkara:

1. Hai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan di azab dalm perutku

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku,tetapi ingatlah engkau akan menangis di dalam perutku

4. Engkau bergembira di atas belakangku,tetapi ingatlah engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku. Tetapi ingatlah engkau akan menyesal di dalam perutku

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah engkau akan dihina di dalam perutku

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku,tetapi ingatlah engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku

10. Engkau hidup di atas belakang beramai-ramai, tetapi ingatlah engkau akan keseorangan di dalam perutku. 





 


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...