About Me

My photo
Aku 'Wanita Melanau Terakhir??? -Di lahirkan di sebuah desa di persisiran pantai.Rumahku di tepi laut. -Anak nelayan.anak petani ,aku bangga.. -Sklh rendah kat kampung Judan -Menengah Di Miri,SMKDP MIRI..haiii orng Miri!! -Lepas tu UIA -Then Mesir.. -Kerja;mcm2 kerja aku buat(yg halal,tmasuk gov). -Then i ni degil,now iam Business Women...hu..hu.. Hari2 kita adalah satu yg menyakitkn jika kita anggap ianya sulit dan penuh fikiran negatif.. **Ia akn menjadi indahdan bererti bila kita sentiasa berfikiran positif serta menganggap kehidupan ini adalah anugrah yang tidak boleh di jual beli dgn apa pun.. Allah berfirman... "Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yg dapat menahannya:dan apa jua yang di tahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu". ( Surah Fatir;2 )

my bird


click to create your own

Saturday, November 6, 2010

SAYANG SARAWAK




Sesungguhnya Peralihan Dari Kekeliruan Kepada Kebenaran, Memerlukan Perjuangan Yang Panjang, Tetapi Semuanya Terasa Indah. Oleh kerana itu setiap kita harus melihat ujian dan penderitaan dari sudut positif baru kita mampu mengolah kepedihan menjadi resipi yang luar biasa untuk kasihatan hati dan minda.



                              Pantainya yang panjang dan bersih.

Sayang Sarawak..Emmm mendayu-dayu suara Dato' Syarifah Aini..Hemm dia faham ke apa yang dia lagukan atau hanya lirik saja..


                                   Gadisnya yang cantik dan lemah lembut..

Sayang Sarawak sidak madah sungeinya sempit
Tempat mandik si anak dara
Kamek pernah hidup berakit
Siklah terasa apa yang sudah di kata,

Anak dara pukul rebana
Anak laki suka bertandak
Kitak orang sik tauk kamek tok merana
Kenak kitak kedak endak sik endak..

Kek Lapis Sarawak nok nyaman, toklah rupanya.( kek lapis Sarawak ini lah rupanya).





Cukuplah tu..


Terkenang zaman kanak-kanak ku yang terindah. Nama kampungku 'PENET'. dengar kesah orng putih zaman broke datang berjalan-jalan ke tempatku.  Kebetulan waktu itu petani banyak menanam kacang, depa sebut Penaut, he..he.. orng kampung terus cakap 'ini kampung 'Penet'. Kampung ku diantara kampung Judan dan Oya. Pantainya indah, pasirnya putih dan memanjang. Fuuuhhhh..rindunya.



                           
                                     Pantai Kampung Ku


1- Mandi Safar. Emm..masa tu tak tau ianya kurafat, main terjun laut je..
Kerja aku masa tu mak suruh petik daun pokok safar yang daunnya panjang berwarna merah unggu, cantik. Petik beberapa helai. Nanti atas daun tu di tulislah dengan huruf jawi, bismillah ke, or apa-apa je hajat dan niat, rendam dalam sebaldi air, mandi sebelum subuh atau pepagi lagi terjun laut. Aku ingatlagi atas daun safarku aku tulis namas seorang mamat kampung yang sama saru kelas dengan ku, aku berniat supaya exam penggal akhir dia dapat tempat ke dua dan aku suka dia. ( he..he..last dia memang suka juga tapi aku pulak tak suka sebab dah pi sekolah menengah ? 'Mandi safar', dengan niat buang sial atau tolak bala'. Aku mandilah dengan kekawan puas2. Mak tonyoh kepalaku dengan bunga Setuli, sejenis bunga berwarna putih yang sangat harum, dah pupus dah pokok tu,  kat kampung ada lagi ke tak. Nanti balik nak cari lah, bawa ke KL.

2- Kaul - Ini paling best dan sangat di tunggu-tungu. Sebab pe? Sebab masa ni seluruh penduduk 3 buah kampungku tu berpesta, masak sedap-sedap, berhias, semua di hias dengan anyaman daun kelapa. Pokok nipah dan macam-macam lagi. Sayang masa tu tak hp lagi, tak boleh tangkap gambar, kamera pun tak punya..he..he.



Gadis Melanau Dengan Terendak



Setiap rumah akan menyediakan pelbagai juadah, yang paling popular ialah ketupat nasi dari daun kelapa ( Apit ), pulut kuning, rendang dan kek. Macam pesta makananlah pulak. Pelbagai jenis kuih tradisional. Wuiii best. Perahu nelayan di hias, rumah2 pun dihias termasuk anak2 gadisnya berhias di kepala dengan anyaman daun kelapa, bagaikan putri rimba. Tak termasuk aku sebab umurku dalam lingkungan 10-11tahun.

Makanan akan di hidang sepanjang pantai, semua orang boleh rasa, itu yang best dan begitu kuat rasa muhabbah di antara pemduduk kampung ibaratkan hidangan satu keluarga besar.



                                                Tibau


Acara kemuncak ialah memberi makan pada IPUK atau penunggu. Untuk makanan penunggu lebih istimewa dari makanan yang ada, seperti pulut kuning lengkap dengam set rendang, Apit ( ketupat nasi ) buah-buahan, air kopi,oren or teh, siap dengan serih one set dengan pinang, rokok daun kirai atau rokok daun siap dengan tembakau.. Makanan tersebut akan di susun dalam SEHAHENG yang lebih kurang tingginya dalam 4-5 meter tinggi.

Sebelum upacara menaikkan SEHAHENG, akan di adakan tarian khusus panggil Ipuk yang di persembahkan oleh orang tua-tua yang siap dengan jampi serapah. Dengan tarian bagaikan silat dan bersilat pun diringi  paluan gong yang seakan irama gamelan atau kuda kepang., sangat unik.

Tarian Tradisional Kaum Melanau (dulu panggil Ipok).

Last semua pulang sebab sudah petang. Aku dan teman-teman akan pulang lewat sebab mengintai SEHAHENG, makanan kat atas tu lebih sedap. Kami mula operasi membedal makanan..licinnnn..Esoknya datang lagi sebab semalam tertinggal buah yang masih segar. Belum beberapa tapak kami terdengar orang bercakap-cakap dalam bahasa melanau yang lebih kurang dalam bahasa melayunya "ooo lapar betul rupanya Ipuk kita, patutlah kelaut tak dapat ikan dan huma dimakan binatang, seminggu lepas anak si polan mati lemas kat laut sebab Ipuk kita marah rupanya:".

Aku sudah tidak tahan menahan gelak, nasib kawanku sempat tutup mulutku. Perutku macam mahu pecah kerana geli hati. 'Kita lah Ipuk lapar tu'. kata temanku. Sampai saat ini rahsia itu kami simpan hanya aku dan teman-teman yang terlibat tahu. Tapi aku merindui mereka entah apa cerita mereka?, dimana, ada lagi ke?, ah aku harap satu masa kami akan di pertemukan, kalau boleh di musim pesta Kaul jugak, he..he nak mengintai Tibau pulak,tak adalah nak panjat lagi, badan dah begini.

Secara pribadi aku sangat suka akan adat resam ini. Sekarang Mandi Safar sudah tidak ada yang tinggal hanya Pesta Kaul. Aku harap khazanah budaya ini di pelihara sebagai salah satu adat dan kebudayaan untuk genarasi akan datang. Bukan dalam bentuk fahaman dan kepercayaan tapi sebagai khazanah tradisi.

Rupa SEHAHENG pun dah ingat2 lupa,sepatutnya benda tu ada sebagai replika, tanda ingatan, hu..hu, Tibau masa tu aku tak lepas nak bergayut. Takut, gayat.




Selidikilah Masa Lalu Dan Masa Sekarang Kita, Kerana Hidup Ini Terdiri Dari Bermacam-macam Pengalaman Yang Berkesinambungan, Seseorang Harus Keluar Darinya Dengan Membawa Kemenangan..








Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Wednesday, November 3, 2010

Aku Datang Kekasih..

Photobucket



Buat Mu sang kekasih, "Aku Datang."
Aku datang dengan tangan kosong dengan dada yang rentung oleh dosa, hati yang bersalut rona rona hitam, gelap lebih pekat dari malam tanpa bulan dan bintang.

Aku telah kehilangan mentari di waktu siang, malamnya pula bulan merajuk, sang bintang sudah berlari mengejar cahaya..tinggallah aku. Aku cuba berfikir, menghayati lukisan makna lukisan Tuhan ini dengan penghayatan dan tadabbur , aku mengharap ia penyebab satu dari sekian banyak kebahagiaan dan kelapangan hatiku. Agar aku tidak tersasar dari landasan tafakurku.

Aku hanya seorang hamba selalu berada di antara sesat dan benar. Malah dalam satu jam seorang aku boleh dalam kedua duanya. Aku mahu menjadi hamba yang taat dan redha, maka turunkanlah bantuan padaku agar lebih kuat menghadang ujian dengan rasa syukur dan sabar. Aku tidak mahu menjadi hamba yang durhaka sehingga Engkau biarkan tanpa ujian, para kekasihMu selalu mengeluh dan resah bila sehari tidak di uji dengan kesusahan dan kesakitan kerana mereka takut Engkau akan melupakan mereka. Jadi jangan abaikan aku dari kasih sayangMu.

Oleh itu aku memerlukan Engkau kekasihku, bantulah aku dalam setiap hembusan nafas dan tiap tiap kerdipan mata. Agar keimanan ku utuh tidak tergugat. Sekiranyan Engkau membiarkan aku sekejap sahaja maka singgahsana tauhidku akan roboh dan langit keimananku akan runtuh menimpa bumi.

Aku masih menagih cinta dan mencari kasih di celah pahala.

Maafkan aku, kerana aku sebagai hamba telah tersilap meletak cinta kudusku pada hambamu yang sepatut dan selayaknya hanya untuk Mu.

 
Sharing " The Message"…LA ILAHA ILL ALLAH MUHAMMADUR RASOOL ALLAH THERE IS NO GOD ONLY ALLAH, MUHAMMAD IS THE MESSENGER OF ALLAH


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Tuesday, November 2, 2010

Jangan Pernah Berputus asa

 Jangan engkau mengeluh jika suatu hari mengalami kesulitan, kerana sesungguhnya engkau pun pernah mengalami kemudahan dalam waktu yang cukup lama.

Aku pernah menangis terlalu lama, itu hanya melelahkn. Aku buat pilihan kerana pilihan hanya ada di tangan kita bukan di tangan sesiapa.'Bersikaplah Optimis Sekalipun Berada Di Dalam Amukan Badai;




Aku terbaca dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bin Khaththtab Radhiayallahu 'anhu digambarkan tentang tiga orang yang bernaung dalam sebuah gua, di mana mereka terperangkap di dalam gua itu kerana sebiji batu besar yang tergelincir dari puncak gunung lalu menutupi pintu gua. Di saat itu mereka bertawassul kepada Allah agar mendapat keselamatan. Masing-masing dari meereka menyebut amal solehnya. Lalu orang yang kedua berkata dan berdoa dengan penuh keinsafan dan penyesalan.




"Ya Allah, dahulu aku mempunyai seorang sepupu perempuan, anak bapa saudaraku, yang sangat aku cintai sebagai kecintaan seorang pria kepada seorang wanita. Aku ingin mengaulinya, tetapi ia menolak ajakanku. Suatu hari tibalah musim kemarau dan ia mengalami kelaparan. Ia datang kepadaku meminta pertolongan dan ku tawarkan kepadanya wang sebanyak 120 dinar dengan syarat dia membiarkan diriku menikmati tubuhnya. Tiada jalan lain baginya, kecuali memenuhi permintaanku, hingga ketika aku berjaya menguasainya, -dalam riwayat lain di sebutkn-saat aku telah berada di antara kedua kakinya, ia berkata. "Bertaqwalah kepada Allah dan jangan merosakkan kehormatanku melainkan dengan kebenaran (pernikahan)."




Gadis itu seorang yang bertaqwa dan tidak ingin menyerahkan kehormatan dirinya. Tetapi ketika kemiskinan memaksanya, dia pun terpaksa menuruti permintaan sang lelaki yang dia rasa saudara terdekat yang boleh jadi pelindung padanya saat getir. Tapi syaitan itu cerdik. Namun gadis itu juga tahu bahawa ada pelindung yang lebih berkuasa lantas ia berani mengingatkan lelaki itu akan Allah dan agar takut padaNya. Si lelaki itu tersentak hatinya oleh bisikan imannya. Jika ia menginginkan gadis itu, dia boleh saja menikahinya dengan cara yang sah, tidak dengan berzina. Seketika itu juga tubuhnya gementar dan terus bertaubat kepada Allah. Dengan pengakuannya ini menyebabkan bergesernya batu yang menutupi pintu gua, sehingga terlihatlah sedikit celah pintu yang dapat di masuki cahaya mentari.

Terima kasih Allah kerana aku di beri kekuatan untuk menyiapkan tulisan ini, biar pun banyak kekuarangannya dalam ketidak berdayaanku maka Engkau tampungkanlah aku Tuhan..
 


  Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Saturday, October 30, 2010

FaceBook Oh FaceBook

Apa  nak jadi?? oiii kekawan FB ku. Sempoi je kalian ni. Dah lama tak on ni..macam pelatlah pulak nk sembang dengan u all yang glemour semacam. Tapi aku suka wak, lepas rindu berkurun.Ni kawan sekolahku yang dah tercicir 20 tahun lebih tak jumpe..apakhabar kitak orang Sarawak?!! He..he..aku dari Sarawak ramailah  dari sane, jangan jeles pulak kekawan dari semenanjung..kan korang boleh kelakar Sarawak. Tak boleh potong lidah buat sup.


                             
                                 Ingat burung ni ingat korang, tapi mane jambul dia pergi?..


Macam saya di kerja oleh classmate, mereka bawa lidah saya kebengkel, untuk over hold kata sidak ya.
Berputar lidah tok, terbelit-belit mulanya. Kat sitok ne ada orang Sarawak mok mbak kelakar.

Cuma yang ada cikgu ajak, nya pun perli-perli kamek tok. Ha..ha..Akiew a melanau itou. Paya agei akiew bak pulek Mukah. Idak cerita loein inan, tapi jalan mapun Mukah debei ngak diek lalu yau taah kuo. Kepetan tan akiew bak pulek, bak pebak bilun medut labuk. Pedih pa'it menahan kemen semenanjung itou.

Ding-dong!!! macam ne, kira ok lagi dari hari tu yang ko..

Hari ini dalam sejarah..
Ngantok..penat nak fikir macam ne nak tulis dalam bahasa ibunda ni..

Esok sambung lagi eik..

 Satu hal dan penyakit..tak boleh nak upload pic pulak. Weii!! apa penyakit ni.
Ni yang buat aku malas ni. Biaq botak je lah ni..



Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Friday, October 29, 2010

Menetap Sehari Di Hatimu Umpama Sekurun Kau Di Hatiku.

Emmm..macam ne nak sambung ni, mek nurse tu dah terkedik-kedik datang bawa tongkat saktinya tu. Dalam kotak besi yang bagaikan ada racun, jejarum yang berceracak membuat ngilu ulu hatiku..bilalah agaknya semua  ini akan berakhir.







UBAT??.. aduhai, pahit. Ingat kata-kata mama masa aku kecil-kecil, liat nak makan ubat, siap kena tangkap dagu dan kena pegang 2 or 3 orang lagi. Itu tak termasuk yang kena sepak terajang..'buasnyeee..budak ni'. Ayah selalu mengeluh.

'Kalau tak pahit bukan ubat sayang'. pujuk mama. Itu je lah yang terpacul dari bibir mama dengan nada suara yang lembut bak desiran bayu. He.he.. seandainya ubat semanis kata-katakan best. Ini..fuuhhh, uweekkk!!.

Cepuk kena lepuk dek ayah, ' tak mau makan ubat masuk hospital, nanti doktor cucuk dengan jarum gajah baru tau, pilih, nak kena cucuk atau telan ubat tu?' jerkah ayah buat-buat garang..takkkan marah anak kesayangan waktu sakit kot, tapi itulah kasih ayah. Aku yang degil.

Now, tiada siapa yang akan marah  atau menyuapkan ubat lagi. Rasa sayu menuntun jiwa. Aku renung wajah nurse yang cantik itu, senyumnya tidak semanis dan seindah senyuman mama, kalau ada mama tak makan ubat pun dah kebah demam tapi yang ni aku bertambah-tambahlah pulak demamnyya.

Ni lagi satu wayer yang berselirat ni,  jarum kat tangan, gerak sikit dah berdarah..fuuuhh,  rasa mau cabut je benda ni..





Bagaimana akan mahu melupakan semua ni? Sakit, sedih, sayu dan rindu. Aku rindu nak balik. Aku rindu rumahku, ikan-ikanku, kucingku, iguanaku, kura-kuraku dan apa cerita yuyu? ( ikan puyu ). Dia gaduh lagi dengan Ciku Nani kucing kukah?. Bagaimana dengan Burney ( iguanaku ), bertambah besarkah dia, atau hari2 gaduh dengan bibik yang pengeli tu, Burney suka buka sangkar sendiri..kunci pun terlepas jugak.

Dan yang paling gawat meredah hatiku dapat meseg dari my PA, esok malam ada perlawanan akhir bola Kelante VS Negori. Aku tersenyum sendiri ada orang nak sponsor tiket. Allah apa nak jadi aku ni, bukan minat sangat pun bola tu, oleh kerana abang-abang tu lah abang dan diri seorang adik perempuan ginilah nasibnya. Kemana tumpahnya hobi bersama kalau tak adik pompuannya nilah mangsa. Racing motor aku jugak, sebab abng kedua kaki motor, racing kereta aku jugak sebab abang ke tiga ada kelab kereta. Mane nak elak, semua pakat usung aku ke hulu ke hilir. Sudah tua macam ni mulalah ada tabiat sendiri. Abang sulung kaki bisness.

Aku cuba gerakan kakiku, aduh sakitnya. Pinggangku bagai nak putus. Aku muhassabah diri ku apakah ini balasan atas kealpaanku? Tapi jika benar aku sentiasa bersangka baik dengan Allah. Nikmatnya sudah terlalu banyak aku kecapi. ‘Alhamdullah terima kasih Tuhan’. Sekali lagi aku di beri peluang oleh Mu ya Allah dengan membangunkan aku dari lena yang panjang, sesungguhnya seksa yang amat.





Business Oh Business. Officeku?. what news?. Mereka dah bacakan perjalanan syarikat baru sehari dua ni. Berkepam otakku, sudah lama aku otakku tak berjalan rupanya. Apa yang aku buat? Naluri menyatakan 'bahawa Tuhanmu telah menghijrahkan jiwa dan rohmu untuk kembali menjadi hamba dan sedar siapa dirimu yang sebenar". Prenggggg!!! bagai satu tamparan hebat pada nafsu dan akalku..

'Awak dah Mati sebenarnya? selepas ini apakah kamu mahu mengulangi kerja-kerja yang sia-sia?'
Aku mahu pulang!!, apa cerita kat pejabat ni?.Berlambak-lambat dah laporan yang hebat dan baik-baik aku terima, bisness partner? ok..semua ok, ye ke ok. Aku tersenggeh, macam aku  ni budak kecil tadika je di buatnya, kalau nak senangkan hatiku tak payah reka cerita, cakap je yang betul, hakikat, jangan mikirkan aku akan pengsan dan terkejut, segala rencah dan asam garamnya aku dah lalui dan ketahui biarpun masih baru tapi tak perlu untuk menyenangkan hatiku jika kamu sayang padaku. Ceee, dengar tu wahai warga pejabatku. Aku baik-baik saja. Walau pun aku tidak boleh bangun dan berjalan lagi tapi hatiku sudah bersedia untuk kembali bergelanggang. 

Aku akan bangun dalam dudukku’, itu kamu semua pasti selagi Allah bekalkan hayat ini aku tidak akan terus berputus asa dengan ujian ini.

Ada yang tanya tu, kenapa Tajuk tu macam tu? Jatuh cinta kah? He..he..otak kata begitu. Ya tidak dinafikan sebab aku insan biasa. Tapi aku mahu nyatakan kondisi dan situasiku ini. Ada lagikah kekasihku? Setia lagikah dia?. Apa akan Dia rasa setelah aku pulang dengan kerusi rodaku?..masih adakah CINTA?

Wahai insan yangku sayang, kalian tidak tahu apa yang aku alami di sekitar lenaku yang panjang. Belum cukup waktu untukku lakarkan didada blog atau apa saja yang bisa ku titipkan. Kerana mungkin tidak ada bahasa yang boleh menyatakan, namun akan ku kongsikan agar ia menjadi iktibar pada kita semua. Aku tidak akan kedekut tapi mungkin masa ini terlalu memberi syarat, tubuhku masih terlalu seksa dengan kesakitan tapi hatiku meronta-ronta sebenarnya mahu memuntahkan peristiwa dan derita..

Aku tidak akan mengalah biar pun Rambulan Tertawa Dan Bintang-Bintang Bersorak-Sorai Lalu Mengapa Aku Biarkan Kesedihan Membunuh Dan Mencekik Kebebasanku, Tidak Akan Ku Biarkan.


Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Thursday, October 28, 2010

BAHTERA

Aku mendengar kawan ku bercerita panjang lewat kunjungannya ke wad ku..Ia datang dengan mengendong rindu yang berat kerana sudah dua bulan aku terlantar di ranjang putih ini ( di wad hospital ). Aku melayan hatinya yang rawan, hampir setengah jam kami berpelukan dan bertangisan. Luluh hatiku bukan kepalang, aku tidak pernah menduga serta bermimpi untuk bertemu hatta berpelukkan begini semula dengan sahabat2ku. Aku memikirkan aku sudah TIADA setelah koma begitu lama. Aku rasa perit di belakangku bila temanku coba membelek di sebalik baju putih yang bagaikan kapan itu. Belakang ku sudah mula melecet, Masitah kata bagai gelembung-gelembung bisul merah dan bernanah. Ohh..ya Allah, aku terima ini dengan pasrah..




Masyitah gadis arab kacukan melayu itu mengeluh berat, banyak cerita dari mamanya dari Malaysia di laporkan. Aku hanya memandang ranum wajah cantik itu dengan rindu yang terlerai. Cerita tentang perkosaan, pembuangan bayi ( keruntuhan moral ). Politik dll. Betapa masyarakat kita sudah semakin luntur rasa persaudaraan. 'Contohnya kamu sakit, tidak ada sorng pun yang mau datang ziarah atau ambil tahu tentang keluarga mu yang tinggal, khabar antie sakit baru di beri tahu 2 hari setalah antie koma.'
' Alah wak, ana sendiri pun tak tau ana nak jatuh sakit, tup-tup ana dah kat Jedah..ana tak sedar. Mereka tak tau atau tak semua yang mampu my family cari dan bagi tau, ana tak kecil hati pun.' Aku mahu Masyitah tenang dari prasangka. Walau pun dalam hatiku mengatakan ada benarnya cakap dia, tapi keadaanku yang tiba2 jatuh sakit sesiapa pun tak tahu dan tak sangka.

Aku terbayang sebuah Bahtera yang cantik,besar serta gah, hidup ini ibaratkan sebuah Bahtera.

Dalam hidup bermasyarakat, seringkali kita tidak lekang dengan ungkapan privacy, kehidupan sendiri dan macam-macam lagi. Kita tidak suka jika perihal kita dan tata cara hidup kita diganggu gugat oleh orang lain. Bahkan dengan yang demikian timbullah peribahasa “jangan ganggu tepi kain orang”. 




Tetapi sedarkah kita, bahawa dalam hidup bermasyarakat, kita bukanlah hidup berseorangan. Kita adalah ibarat sebuah kapal yang diketuai oleh ulil amri (pemimpin-pemimpin) yang terpercaya. Kapal dan bahtera masyarakat ini lah yang membawa kita sama ada ke arah kejayaan yang gemilang atau pun kehancuran. 
Sungguhpun manusia ini hidup diatas daratan, tetapi selayaknya hidup kita adalah lautan yang penuh gelora dan tidak selalunya tenang. Maka Allah dan Rasul telah menetapkan aturan hidup yang cantik, indah dan sempurna sebagai jalan hidup.

Tetapi, malang dan sangat kesal sekali bilamana kita tidak menurut apa yang telah lama kita ketahui. Kita hanya pandai bercakap undang-undang Islam, hukum Islam dan macam-macam lagi tentang Islam. Tetapi, adakah Islam itu tertegak hanya dengan kata-kata tanpa apa-apa tindakan? Adakah tamadun Islam itu sendiri gah dengan ucapan-ucapan kosong? 

Kalau lah benar Islam ini tertegak sebegitu mudah, Rasulullah tidak perlu berdakwah ke merata tempat. Kalaulah benar Islam ini tertegak dengan kata-kata, kenapa makam sahabat banyak di serata pelusuk dunia. Kalaulah Islam ini tertegak dengan kata-kata, kenapa perlu mujahid setia mengangkat pedang menaikkan maruah Islam?

Islam ini bukan tertegak dengan kata-kata sahaja! Islam ini tertegak dengan perbuatan yang selaras dengan apa yang diucapkan berpandukan Quran dan Sunnah. Dan dalam kita hidup bermasyarakat juga, dalam bahtera perpaduan tidak kira anda agama apa pun, anda bayangkanlah, sebagai contoh berlaku kes  perkosaan serta pembunuhan terhadap kanak2 dan wanita di dalam kapal anda dan anda berdiri disitu, sedang suasana luar kapal itu penuh gelora dan lambungan ombak. Adakah anda akan berdiam diri? Adakah anda akan duduk disitu sahaja dan anda akan berkata, “Ini bukan hal aku. Aku tak buat apa pun. Biarlah diorang”.




Adakah anda akan berdiam diri kerana anda tahu yang jika kapal itu dilubangkan, maka anda akan turut tenggelam dan mungkin sekali anda juga bersalah kerana tidak mencegah apa yang dilakukan itu. Inilah masyarakat. Inilah yang sedang terjadi kepada masyarakat.
Bilamana pelaku bersifat kebinatangan dan pembuat dosa dan maksiat bebas mengatakan yang urusan mereka adalah hak mereka sahaja, bahkan dengan lantang mengatakan, “Suka hati akulah. Kubur masing-masing. Aku tak susahkan orang lain”. Peminum arak, penzina, pelaku maksiat memang melakukan dosa itu sendiri tanpa mudharatkan orang lain secara zahirnya. Tetapi azab Allah tidak hanya tertimpa pada satu golongan manusia sahaja.




Sedangkan kita juga ada anak perempuan, isteri adik dan kakak, termasuk juga percabulan ke atas kanak2 lelaki yang tidak berdosa. Rumah kita adalah Bahtera kita, masyarakat dan negara kita juga adalah Bahtera kita. Kita tidak akan biarkan perosak menebuk lubang pada Bahtera kita, yang akhirnya kita karam dalam lembah dosa dan kermurkaan Allah. 





Mahukah nanti bilamana kita bertanya kepada Allah: “Ya Allah, kenapa aku diazab sedangkan aku tidak lakukan apa yang mereka lakukan??. Lalu Allah menjawab, “Apakah tanggungjawab mu yang telah Ku berikan ilmu dan hidayah sedangkan kau tak berani membetulkan kaum mu?”

Contoh lagi kita sebagai masyarakat, bilamana kapten kapal kita juga melakukan silap dalam menakhoda kapal itu bahkan kita ketahui yang kapal itu jika terus berada pada laluan yang diterajui nakhoda kapal itu akan menyebabkan kapal yang kita naiki akan karam, adakah kita akan mendiam diri bahkan mungkin sekali berkata, “Nakhoda hebat membawa kami ke jalan yang hebat”. Sedangkan kita tahu di hadapan penuh batu dan karang yang akan merobekkan badan kapal dan menyebabkan kita semua lemas. Adakah itu yang kita akan lakukan?

Sedarlah, kita ini adalah bahtera yang dirangkumkan menjadi satu ummat. Bilamana ada nya kemungkaran dimata kita dan tidak kita berani untuk mencegah bahkan tidak terasa untuk membenci, akan sampai satu ketika kapal ummat ini akan terus lemas dalam kejahilan sehingga sampai ummat yang akan menggantikan kita dan memerangi kejahilan itu. Fikirkanlah, adakah kamu akan menjadi ummat yang tenggelam atau yang akan membetulkan kapal ini? ini hanya satu contoh, banyak lagi contoh lain betapa tidak prihatinnya kita sebagai umat untuk layak duduk dalam bahtera ke sejahteraan, bukan antara kita sesama agama saja malah Allah amat memandang tinggi jika kita melebarkan keperihatinan kita pada agama selain islam, seperti mana para sahabat berbuat baik pada seorang majusi dan tawanan perang. ( cari fakta dan sejarah, kena rajin mengkaji dan membaca, jangan malas,jadikan kitab dan buku teman setia anda,kerana ia tidak pernah jemu dengan karenah anda ).
  






"Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya)." [7:64]

Teruskan membaca jika kamu rasa apa yang ditulis memberi manfaat...

Wednesday, October 27, 2010

Tanpa Judul???

Tanpa Judul???

Sekian lamanya aku tinggalkan blog ini, hanya di teman sahabat-sahabatku. Biar pun ada keluhan yang kudengar tentang kesempurnaannya tapi bagi ku ia cukup sempurna. Biar ada yang kata jelek tapi bagiku cukup indah dan manis..

"YA TUHANKU, LAPANGKANLAH BAGIKU DADAKU..

Pasrahkanlah aku untuk menerima setiap ujian dan jadikanlah aku bersyukur pada setiap pemberian, pemberian yang amat berharga bagiku kini selain dari diriku dan segalanya ada pd rohku adalah sahabat-sahabatku yang banyak mendoakan keselamatan dan kasihatanku serta tidak berbelah bagi memberiku sokongan..maka Engkau berikanlah kebaikan dan segala pahala pada mereka berlipat ganda dari apa yang mereka perbuat untukku wahai Tuhanku."


 



Ambillah Dari Angin Sepoi-Sepoi Kelembutannya, Dari Minyak Wangi Keharuman. Dan Dari Gunung Ketegaran dan Kekukuhan. Kalian tetap yang terbaik bagiku. Aku sentiasa mengimarahkan dalam sujudku setiap titis tinta yang kalian curahkan, setiap kerdip jaga di waktu malammu dan sekelumit masa kerja yang kalian korbankan untuk memberi sentuhan pada blogku. Tiada kata yang mampuku ucapkan hanya aku mendoakan kalian mendapat yang terbaik dalam hari-hari mendatang.



Ku ingin persembahkan seuntai kata untuk kalian yang baik hati, Di Setiap Tempat, Pasti Kalian Temukan Kegelapan Dalam Kehidupan. 
Kewajiban Kita Hanyalah Menyalakan Lampu Untuk Menerangi Diri Sendiri Dan Orang Lain. Jangan Pernah Merunggut Dan Mengeluh..

Sesungguhnya aku amat menyayangi kalian dunia dan akhirat.

He..he.. pasti ada yang suka ya.. yahoooo.com.myyyy..Jangan tanya bila aku mahu serius..seriuslah ni...



 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...